“Cikgu, cikgu ...” panggil satu suara ketika Iman Afina sedang menyusun kerusi.
Pergerakannya terhenti. Dia segera berpaling. Serta merta wajahnya berkerut menahan rasa tatkala mata bertemu pandang dengan lelaki yang menimbulkan kekecohan seketika tadi.
Iman menarik nafas berat. Apa pula yang lelaki ini mahukan? Takkan dia mahu Iman melutut meminta maaf sekali lagi, baru selesai masalah antara mereka?
“Cikgu, bonda nak jumpa dengan cikgu. Boleh?” monolog Iman terganggu dek goncangan pada jari jemarinya. Dia mengarahkan bebola mata pada seorang kanak-kanak yang sedang berdiri bersebelahannya.
“Bonda? Kenapa bonda Zarif nak jumpa cikgu?” soal Iman hairan.
Kenapa wanita itu mahu menemuinya? Apa pula masalah yang bakal timbul selepas ini? Mahu marahkah wanita itu pada dia kerana menuduh suaminya yang bukan-bukan?
Zarif Haikal menggeleng. Dia menarik-narik jari jemari Iman sekali lagi agar mengikuti langkahnya. Langsung tidak dipedulikan situasi Iman ketika itu.
Pemuda yang dipanggil daddy tadi hanya mencerlung pandang dirinya dari jarak 1 meter. Barangkali mahu dipastikan agar Iman Afina ikut berjumpa dengan isterinya tanpa bantahan.
Iman terpaksa akur. Dia mengikuti langkah Hadif Haikal menuju ke arah sebuah kereta jenis Nissan Xtrail. Dari jauh kelihatan pintu bahagian penumpang terbuka luas. Namun kelibat wanita yang dimaksudkan tidak pula kelihatan.
Iman fikir, mungkin ini hanya perangkap. Adakah mereka berkomplot mahu menculik dia? Entah-entah bila dia sudah sampai dekat pintu kereta itu, pemuda tadi akan menolak dia masuk ke kereta tanpa belas.
Dan kemudian, Hadif pula akan menekup mulutnya dengan sapu tangan yang diletak cecair yang boleh buat orang pengsan. Dan akhir sekali dia akan dibawa entah ke mana. Semuanya gara-gara dia menyoal identiti waris pelajarnya.
Iman menggeleng laju. Semua itu hanyalah teori konspirasi semata-mata. Takkan mereka mahu menculik guru anak mereka sendiri. Logikkah?
“Kenapa bonda Hadif nak jumpa cikgu? Ada sesuatu yang perlu dibincangkan ke?” soal Iman lembut. Anak matanya memandang tepat pada wajah kanak-kanak tersebut.
Dia masih ragu-ragu mahu mengikuti mereka. Hadif tidak terus membalas kata-kata Iman sebaliknya kanak-kanak kecil itu terusan menarik dia tanpa suara.
Iman mengeluh. Kenapalah dia perlu menyoal si kecil itu. Hadif Haikal baru berusia 6 tahun. Bukan tahu apa-apa yang orang dewasa fikir dan bincangkan. Yang mereka tahu, hanya menurut kata bila disuruh.
“Hadif ...” Iman kembali memanggil. Langkahnya sengaja dimatikan.
“Boleh tak cikgu ikut saja Hadif tanpa banyak soal? Bonda Hadif bukan mahu culik cikgu. Dia cuma nak jumpa cikgu. Boleh buang tak rasa curiga dalam kepala cikgu tu?” celah lelaki tadi dari belakang tiba-tiba.
Iman tersentak. Dia segera menoleh.“Eh, bila pula saya curiga? Saya cuma bertanya.” Dalih Iman pantas. Padahal dalam hati dia sudah memikirkan yang bukan-bukan.
“Sayapun tak faham kenapa nak sangat bonda si Hadif ni jumpa cikgu. Yang awak pula sebagai cikgu, tak habis-habis mahu berprasangka buruk pada orang.” Tempelak lelaki tadi sekali lagi. Dia terus berjalan mendahului Iman Afina dan anak saudaranya.
Iman tersentak.
“Encik Nazrul Haq!” nada suara Iman sudah naik seoktaf.
Dadanya turun naik menahan rasa amarah. Lelaki memang mahu cari fasal. Dia tidak sepatutnya menghakimi Iman. Lelaki itu juga tidak sepatutnya menuduh dia yang bukan-bukan.
Dia hanya menjalankan tugas. Dia cuma melaksanakan amanah yang diberi. Takkanlah dia mahu membenarkan pelajarnya pulang bersama lelaki yang mempunyai hubungan samar-samar. Kalau terjadi sesuatu pada pelajarnya bagaimana. Siapa yang mahu bertanggungjawab?
Nazrul Haq menoleh semula.
Mata Iman mencerlung pandang lelaki itu. Penampilan manis lelaki itu tadi dilihat sudah ditelan kebiadapan. Menjalar rasa benci yang mula bercambah dalam hatinya.
“Kenapa?” Nazrul Haq menyoal balas. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Bebola matanya memandang tepat ke wajah guru muda tersebut.
“Encik ...”
“Apa encik, encik?” celah Nazrul Haq. Nada suaranya dikeraskan sedikit. Saja mahu menakut-nakutkan gadis itu.
Iman berpeluk tubuh. Mata mereka saling bertentangan. Entah apalah yang lelaki itu belum puas hati dengannya. Angin satu badan.
“Haq!” belum sempat dia mahu membalas kata-kata Nazrul Haq, satu suara memanggil nama pemuda itu dengan tegas.
Pantas Iman menoleh. Matanya terpaku pada sekujur tubuh wanita yang berjubah biru gelap dan bertudung labuh.
Dia terperanjat. Adakah wanita di hadapannya ini bonda yang Hadif Haikal maksudkan? Atau ada wanita lain selain wanita itu? Kalau yang ini, memang nampak berumur dan sudah pasti bukan isteri pemuda di hadapan dia.
Wanita itu mengatur langkah mendekati Iman. Senyuman manis terukir indah diraut wajahnya yang penuh kelembutan.
“Cikgu Imankan? Iman Afina?” sapa wanita itu ramah. Pantas saja Iman mengangguk.
“Datang sini ...” ajak wanita itu.
Iman hanya menurut bila ditarik mendekati pintu kereta yang terbuka luas sebentar tadi. Dia sempat menjeling kelibat ‘daddy’ Hadif Haikal.
Nazrul Haq sudah bergerak ke bahagian tempat duduk pemandu. Wajah lelaki itu tampak keruh bila ditegur. Barangkali masih tidak berpuas hati dengan dia.
Iman memandang sekeliling. Serta merta hatinya melantun rasa cemas. Adakah tekaan dia sebentar tadi bakal menjadi kenyataan? Mereka mahu menculik diakah?
Dia melarikan anak matanya ke arah wanita separuh abad tadi. Hadif Haikal juga sudah menghilang ke dalam kereta.
“Bonda mahu hadiahkan sesuatu pada Cikgu Iman ...” jelas wanita tadi sambil mencari sesuatu di dalam kereta.
Iman menarik nafas lega.
Mujurlah sangkaan dia tadi tidak tepat. Memang mainan perasaan betullah. Dia hanya memerhati tingkah wanita yang dipanggil bonda sebentar tadi.
Satu kotak berwarna coklat bersaiz sederhana yang diikat kemas dengan riben berwarna keemasan dihulurkan pada dia sebaik saja wanita itu menoleh.
“Ini untuk Cikgu Iman. Bonda sediakan khas untuk Cikgu Iman. Sebagai penghargaan kerana melayan karenah cucu bonda.”
“Cucu?” Iman sedikit terkejut.
“Iyelah, memang cucu. Hadif Haikal memang cucu bonda.” jelas wanita itu sambil mengukir senyuman.
Sudah. Mati-mati dia ingat wanita itu ibu kepada Hadif Haikal tadi. Sangkaannya meleset sama sekali apabila bertemu mata dengan wanita itu.
Iman menyambutkan huluran bungkusan yang diserahkan bonda Hadif. “Terima kasih, er ... mak cik. Buat susah-susah aja sediakan hadiah” Dia membelek pemberian tersebut. Nampak besar. Tidak sabar mahu mengetahui isi dalamnya.
“Mak cik apanya. Panggil saja bonda, cikgu Iman. Hadif kata, ini bulan terakhir cikgu dekat sini. Betul ke?”
Iman mendongak. Dia tersipu malu. Memang betul ini bulan terakhir perkhidmatan dia. Dia dapat mengajar di sekolah kebangsaan. Sudah lama dia mengisi borang dan kali ini rezeki dia dapat berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
“Iya mak cik. Saya dapat mengajar dekat sekolah rendah. Kebetulan sekolah tu dekat dengan kampung halaman mak ayah saya.”
Bonda Hadif terangguk-angguk.
“Syukur Alhamdulillah. Tak dapatlah cucu bonda jumpa dengan Cikgu Iman lagi. Dia kata cikgu Iman baik sangat.”
Iman ketawa. Bahagia pula rasa bila diri dihargai begini walaupun dari seorang kanak-kanak kecil.
“Maaf mak cik. Saya ingatkan tadi, mak cik ibu Hadif, tak sangka pula ...”
“Mujur bonda cakap cucu. Kalau tidak, dari tadi lagi si cikgu perasaan lawa tu ingatkan bonda mak Hadif. Lepas tu Haq pula dianggapnya suami bonda.” celah Nazrul Haq tiba-tiba. Pandangannya penuh sangsi dan sinis.
Iman mencebik. Dia menjeling Nazrul Haq dengan perasaan jelik. Tak sangka lelaki itu dapat menebak isi fikiran dia.
“Nazrul Haq tu bapa saudara Hadif, cikgu Iman. Hadif ni anak yatim piatu.”
Kening Iman bertaut.
“Yatim piatu? Mana ayah dan ibu Hadif?” soal Iman ingin tahu. Dalam rekod persekolahan tidak pula dinyatakan hal sebegini.
“Ayah dan ibunya meninggal dunia akibat kebakaran rumah mereka yang berlaku 5 rahun lalu. Masa tu, umur Hadif baru setahun ...” Bonda sebak. Dia tertunduk.
Iman pula rasa serba salah. Dia tidak sepatutnya menyentuh perihal keluarga mereka. Perkara itu terlalu sensitif untuk dikongsikan.
“Maaf mak cik. Saya tak tahu. Saya tidak sepatutnya bertanya.” Ujar Iman cuba meredakan rasa hiba.
Wanita itu mengeleng pantas.
“Tak pa, bonda okey aja. Tiba-tiba saja rasa sedih dan sayu bila tengok cikgu Iman. Wajah cikgu mengingatkan bonda pada anak bonda yang meninggal tu.”
Sekali lagi Iman Afina tersentak.
“Bonda, kalau cakap saja bukan dia percaya. Cikgu jenis gini, suka tengok bukti depan mata, bonda. Baru nak percaya. Jom balik. Hadif dah terlelap. Kesian dia.” Nazrul Haq mencelah lagi.
Kali ini dia sudah menghidupkan enjin kereta. Malas mahu berlama-lama mendengar kisah sedih yang sudah lama tersimpan kemas. Perit mahu diingati.
Bonda Hadif berdehem.“Okeylah Cikgu Iman. Nanti ada jodoh kita jumpa lagi ya? Bonda doakan cikgu Iman berjaya walau di mana cikgu berada.” Ujar bonda mengakhiri perbualan mereka.
Iman melambai ke arah wanita itu sebaik saja kereta mereka bergerak meninggalkan pekarangan tempat letak kereta. Sempat lagi dia menoleh ke arah Nazrul Haq yang melemparkan senyuman sinis.
Kakinya dihentak perlahan. Geram. Dalam diam dia berdoa supaya tidak lagi bertemu dengan lelaki yang tidak ada perasaan seperti Nazrul Haq. Bikin hatinya sakit saja.
“Woi, kau tak nak balik ke?” panggil Zarul dari jauh. Lelaki itu sudah berada bersebelahan keretanya.
Iman berlari-lari anak mendekati Zarul.
“Tunggu jab, aku nak ambil beg. Kau tolong letak dalam kereta tau.” Ujar Iman menghulurkan kotak pemberian bonda Hadif tadi.
“Apa ni? Hadiah dari someone special ke? Waris?”
Zarul memandang pelik. Hatinya sedikit terusik melihat hadiah tersebut. Gadis cantik macam Iman Afina memang ramai peminat. Termasuklah dia yang menyukai gadis itu.
“Aigoo pak ustaz. Datang mana pula someone special ni? Dah-dah. Malas nak explain lebih-lebih. Aku masuk masuk jab. Tunggu aku tau.” Pesan Iman sebelum menghilang ke dalam bangunan sekolah mereka.
Zarul memandang gadis itu dari jauh. Hatinya terdetik kecil. Seandainya kasih dia bersambut, pasti dialah lelaki paling bahagia di dunia. Tapi, itulah, liat sungguh mahu melenturkan hati seorang Iman Afina.
Bunyi kicauan burung yang tidak henti seakan memanggil-manggil Iman Afina keluar dari rumah. Dia hanya mengikuti langkah gemersik kicauan itu. Mata melilau ke sana ke mari. Mencari arah kicauan.Sebatang pohon mangga menjadi arah langkah kakinya. Terkedik-kedik dia mendekati pohon yang tinggi 5 kaki darinya. Dia mendongak ke atas.Senyum diukir lebar. Segumpal lalang yang dijadikan sarang burung terlihat jelas di atas sana. Dari bawah, matanya menangkap samar-samar makhluk kecil yang sedang bergerak-gerak. Dia tahu, pasti itu anak burung yang berkicauan sebentar tadi.Tangan ditepuk tanda kesukaan. Anak patung dinasour yang digenggam erat sudah terjatuh menghempap kaki tidak dia pedulikan. Yang dia tahu hanyalah keseronokkan.Dia suka melihat makhluk kecil itu. Berkicau nyaring, mendendangkan lagu mengikut rentak irama bahasa ibunda mereka. Tubuh Iman Afina melompat kegirangan.Skrit!Bunyi tekanan brek mengejut yang datang dari
Cermin mata dicapai rakus. Beg sandang digalas kemas. Rambut lurus miliknya ditocang kuda. Seluar sukan dan baju tshirt berlengan panjang dikemaskan sedikit supaya nampak sopan. Selesai membelek penampilan pada cermin, Iman Afina bergegas turun ke bawah.Langkah diatur ke arah meja makan. Haruman semerbak daun pandan menusuk hidung. Dia dapat mengagak menu sarapan pagi ini.“Wah, sedapnya bau. Kau masak nasi lemak eh? Mimpi apa pagi ni? Syam masuk meminang kau?” Ujar Iman Afina teruja.Dia membuntang mata pada hidangan nasi lemak yang memenuhi meja makan. Semuanya lengkap seperti dijual di kedai. Ada sambal ikan bilis, sambal sotong kering, telur rebus, timun yang dihiris nipis dan juga kacang serta ikan bilis yang dicampur. Nasi lemak pula berlapik daun pisang.“Mana kau dapat daun pisang ni?” tanpa menanti jawapan rakannya, Iman menyoal lagi.“Aku beli dekat jiran sebelah rumah kita. Rumah dia banyak daun
Iman Afina menarik pintu kereta dari luar. Senyuman dihadiahkan untuk Zarul saat mata mereka bertemu pandang. Dia masuk dan menghenyak punggung ke kerusi lalu menutup pintu dengan perlahan.“Kau dah kenapa asyik pandang aku je? Nak aku korek biji mata tu dulu baru kau nak pandang tempat lain?” soal Iman kasar. Dia perasan yang lelaki itu asyik memandang dia sedari tadi lagi.Zarul ketawa.“Kalau kau korek biji mata aku, meranalah gadis-gadis kat luar sana, Iman. Silap hari bulan, kau pula yang kena kejar”“Eh, kenapa pula aku? Apa kena mengena dengan aku?” Iman menjuih bibir.“Yela, dah kau butakan mata aku. Mestilah semua peminat aku nak kejar kau, nak balas dendam. Padan muka kau.” Zarul tersengih. Saja dia mahu kenakan gadis itu.“Aigoo pak ustaz. Ramai benar peminat kau ya. Perasan betullah kau ni. Bukan setakat mata kau, mata peminat kau pun aku cungkil. Sebab, dorang sem
“Cikgu, cikgu ...” panggil satu suara ketika Iman Afina sedang menyusun kerusi.Pergerakannya terhenti. Dia segera berpaling. Serta merta wajahnya berkerut menahan rasa tatkala mata bertemu pandang dengan lelaki yang menimbulkan kekecohan seketika tadi.Iman menarik nafas berat. Apa pula yang lelaki ini mahukan? Takkan dia mahu Iman melutut meminta maaf sekali lagi, baru selesai masalah antara mereka?“Cikgu, bonda nak jumpa dengan cikgu. Boleh?” monolog Iman terganggu dek goncangan pada jari jemarinya. Dia mengarahkan bebola mata pada seorang kanak-kanak yang sedang berdiri bersebelahannya.“Bonda? Kenapa bonda Zarif nak jumpa cikgu?” soal Iman hairan.Kenapa wanita itu mahu menemuinya? Apa pula masalah yang bakal timbul selepas ini? Mahu marahkah wanita itu pada dia kerana menuduh suaminya yang bukan-bukan?Zarif Haikal menggeleng. Dia menarik-narik jari jemari Iman sekali lagi agar mengikuti langk