All Chapters of JIRAN DUA MINGGU ( BAHASA MALAYSIA): Chapter 1 - Chapter 4

4 Chapters

PROLOG JDM

Bunyi kicauan burung yang tidak henti seakan memanggil-manggil Iman Afina keluar dari rumah. Dia hanya mengikuti langkah gemersik kicauan itu. Mata melilau ke sana ke mari. Mencari arah kicauan.Sebatang pohon mangga menjadi arah langkah kakinya. Terkedik-kedik dia mendekati pohon yang tinggi 5 kaki darinya. Dia mendongak ke atas. Senyum diukir lebar. Segumpal lalang yang dijadikan sarang burung terlihat jelas di atas sana. Dari bawah, matanya menangkap samar-samar makhluk kecil yang sedang bergerak-gerak. Dia tahu, pasti itu anak burung yang berkicauan sebentar tadi. Tangan ditepuk tanda kesukaan. Anak patung dinasour yang digenggam erat sudah terjatuh menghempap kaki tidak dia pedulikan. Yang dia tahu hanyalah keseronokkan.Dia suka melihat makhluk kecil itu. Berkicau nyaring, mendendangkan lagu mengikut rentak irama bahasa ibunda mereka. Tubuh Iman Afina melompat kegirangan.Skrit!Bunyi tekanan brek mengejut yang datang dari
last updateLast Updated : 2021-06-25
Read more

BAB 1

Cermin mata dicapai rakus. Beg sandang digalas kemas. Rambut lurus miliknya ditocang kuda. Seluar sukan dan baju tshirt berlengan panjang dikemaskan sedikit supaya nampak sopan. Selesai membelek penampilan pada cermin, Iman Afina bergegas turun ke bawah. Langkah diatur ke arah meja makan. Haruman semerbak daun pandan menusuk hidung. Dia dapat mengagak menu sarapan pagi ini.“Wah, sedapnya bau. Kau masak nasi lemak eh? Mimpi apa pagi ni? Syam masuk meminang kau?” Ujar Iman Afina teruja. Dia membuntang mata pada hidangan nasi lemak yang memenuhi meja makan. Semuanya lengkap seperti dijual di kedai. Ada sambal ikan bilis, sambal sotong kering, telur rebus, timun yang dihiris nipis dan juga kacang serta ikan bilis yang dicampur. Nasi lemak pula berlapik daun pisang.“Mana kau dapat daun pisang ni?” tanpa menanti jawapan rakannya, Iman menyoal lagi.“Aku beli dekat jiran sebelah rumah kita. Rumah dia banyak daun
last updateLast Updated : 2021-06-26
Read more

BAB 2

Iman Afina menarik pintu kereta dari luar. Senyuman dihadiahkan untuk Zarul saat mata mereka bertemu pandang. Dia masuk dan menghenyak punggung ke kerusi lalu menutup pintu dengan perlahan.“Kau dah kenapa asyik pandang aku je? Nak aku korek biji mata tu dulu baru kau nak pandang tempat lain?” soal Iman kasar. Dia perasan yang lelaki itu asyik memandang dia sedari tadi lagi.Zarul ketawa.“Kalau kau korek biji mata aku, meranalah gadis-gadis kat luar sana, Iman. Silap hari bulan, kau pula yang kena kejar” “Eh, kenapa pula aku? Apa kena mengena dengan aku?” Iman menjuih bibir. “Yela, dah kau butakan mata aku. Mestilah semua peminat aku nak kejar kau, nak balas dendam. Padan muka kau.” Zarul tersengih. Saja dia mahu kenakan gadis itu.“Aigoo pak ustaz. Ramai benar peminat kau ya. Perasan betullah kau ni. Bukan setakat mata kau, mata peminat kau pun aku cungkil. Sebab, dorang sem
last updateLast Updated : 2021-07-05
Read more

BAB 3

“Cikgu, cikgu ...” panggil satu suara ketika Iman Afina sedang menyusun kerusi.Pergerakannya terhenti. Dia segera berpaling. Serta merta wajahnya berkerut menahan rasa tatkala mata bertemu pandang dengan lelaki yang menimbulkan kekecohan seketika tadi.Iman menarik nafas berat. Apa pula yang lelaki ini mahukan? Takkan dia mahu Iman melutut meminta maaf sekali lagi, baru selesai masalah antara mereka?“Cikgu, bonda nak jumpa dengan cikgu. Boleh?” monolog Iman terganggu dek goncangan pada jari jemarinya. Dia mengarahkan bebola mata  pada seorang kanak-kanak yang sedang berdiri bersebelahannya.“Bonda? Kenapa bonda Zarif nak jumpa cikgu?” soal Iman hairan.Kenapa wanita itu mahu menemuinya? Apa pula masalah yang bakal timbul selepas ini? Mahu marahkah wanita itu pada dia kerana menuduh suaminya yang bukan-bukan?Zarif Haikal menggeleng. Dia menarik-narik jari jemari Iman sekali lagi agar mengikuti langk
last updateLast Updated : 2021-07-30
Read more
DMCA.com Protection Status