Bab 1
DIA bersembunyi di balik pintu amari yang tertutup. Jeritan suara seorang lelaki yang memanggil namanya membuat seluruh tubuh Shayra mengigil.
Lutut dilipat kemas dan rapat ke dada dan wajahnya disembamkan di kepala lutut.
Tangisan yang hampir terlepas dari bibir itu cuba ditahan dengan menekup mulut. Badannya menggigil menahan ketakutan yang menjalar ke segenap urat. Debaran jantung pula begitu kuat sehingga boleh didengari di telinganya.
"Shayra. Baik kau keluar." Suara lelaki yang dia takuti itu meletup sehingga dia hampir terlompat. Kedengaran bunyi tapak kaki lelaki itu menghampiri tempat dia bersembunyi.
Dia cuba mengensot ke belakang takutnya dia usah dikata. Bibirnya sudah bergetar.
"Kenapa kau susah nak faham?"
Bunyi kaca jatuh berderai menyapa telinga. Kemudian satu demi satu perabot di dalam bilik itu ditolak, mencarinya.
Hati Shayra sudah semakin mengecut seperti badannya juga. Entah apa nasibnya hari ini? Peluh sudah terbit di dahi dan dia semakin sukar bernafas.
"Baik kau keluar sayang." Lelaki itu berderam.
Shayra faham amaran itu dengan jelas. Matanya membutang saat dia ternampak kasut lelaki yang bergelar tunang itu dari celahan jeriji pintu almari baju yang buat ketika ini menjadi tempat persembunyiannya.
"Boss, mungkin dia dah keluar." Kedengaran suara seorang lagi lelaki yang dia yakin adalah pengawal yang selalu bersama tunangnya.
"Aku pun dah cari bilik ni. Cari bilik lain sekali lagi. Mana dia nak lari?"
Kini tiada lagi bunyi yang kedengaran, hanya kesunyian. Seketika kemudian kedengaran bunyi pintu ditutup dengan kasar sebelum bunyi klik yang menandakan pintu bilik itu dikunci.
Shayra cuba mendiamkan diri buat seketika. Apabila tiada bunyi yang kedengaran, pintu almari itu ditolak dari dalam, bukaan kecil sahaja. Sekadar cukup untuk dia melihat dan memastikan tunangnya, Alqard sudah keluar dari bilik. Matanya melihat di dalam kegelapan, berhati-hati. Kakinya diluruskan sebelum dia membuka pintu itu dengan lebih luas.
Nafas lega baru mahu dilepaskan ketika cahaya lampu menerangi bilik yang tadinya gelap.
"Found you." Alqard duduk bertinggung di hadapan Shayra. Hujung bibirnya sedikit terjungkit, mecemuh gadis itu. Rambut hitam gadis itu ditarik dengan sebelah tangan.
"Kau ingat aku suka hukum kau, sayang?" Rambut Shayra ditarik sehingga hidung mereka hampir bertemu.
"Aku tak suka tengok wajah kau yang cantik ni dibasahi air mata." Jari-jemari kasar Alqard mengelap air mata yang jatuh di pipi Shayra dengan kasar. Perlahan dia melepaskan genggamannya pada rambut Shayra.
Bunyi tangisan gadis ketakutan itu semakin kuat. "Per... percayalah yang." Tekak Shayra terasa pahit sehingga sukar untuk dia menyambung bicara.
"Dia bawa ke pekan sahaja. Tak ada apa-apa yang berlaku." Shayra membela diri. Makanan di dalam peti ais sudah habis dan dia mahu memasak untuk Alqard. Sudah beberapa kali dia menelefon tunangnya itu tetapi panggilannya tidak berjawab.
"Makanan dah habis. Ingat nak masak. Kereta pula rosak. Saya jalan sampai jalan besar, nak ambil teksi." Takut-takut Shayra mengambil sapu tangan yang dihulur oleh Alqard. Lelaki itu mengambil kerusi dari hujung bilik dan memberi isyarat agar Shayra meneruskan bicaranya.
Dia tahu yang pelawaan lelaki yang merupakan jirannya itu harus ditolak. Tetapi lelaki itu terus menggesa dan mengatakan yang dia juga mahu ke pekan. Malahan isterinya juga ada di dalam kereta. Mata Shayra bercahaya apabila dia teringat perkara itu.
"Isteri dia pun ada dalam kereta, Qard." Shayra meletakkan tangan di lutut lelaki bermata hitam yang sudah melabuhkan duduk di kerusi.
"Jadi? Kau nak kata kau tak salah?" Soal Alqard.
Shayra terkaku, tidak pasti jawapan yang harus dia beri.
Pap!
Pipi kanannya ditampar sebelum sebelah yang kiri.Shayra meringis kesakitan apabila kepalanya dihentak ke dinding. Bola mata berpusing ke belakang, sakitnya hanya dia yang tahu. Belum sempat dia memegang bahagian belakang kepala yang sakit, Alqard sudah menendang perutnya sehingga dia jatuh terduduk.
"Kau tak pernah belajar dari kesilapan. Aku dah kata jangan kelaur dari rumah ni. Kau tetap nak keluar!" Suara garau Alqard melantun sehingga ia bergema ke seluruh bilik.
"Kau ingat sebab isteri si jahanam tu ada dalam kereta, kau selamat. Tak bersalah."
Anak mata Shayra menyorot, mengikut gerakan tangan Alqard yang membuka kunci tali pinggangnya.
"Malam ni aku kena ajar agar kau ingat sampai mati kesalahan yang kau buat hari ni."
Mata Shayra sudah terbuka luas. Tiada perkataan yang boleh menggambarkan ketakutan yang sedang menjalar ke segenap tubuhnya. "Qard, jangan. Aku minta maaf." Shayra mengensot ke belakang, menjauhi lelaki yang sudah mengenggam hujung tali pinggang itu.
Alqard tertawa kecil. Setahun sudah berlalu sejak dia menyarung cincin ke jari gadis bernama Shayra. Setahun juga dia menahan nafsu binatang yang hadir saat dia melihat tubuh montok Shayra. Apatah lagi sekarang ketika tanpa sedar, kain yang dipakai oleh Shayra terselak dan menampakkan kulit betis yang putih kemerah-merahan. Enam bulan dia menahan nafsu. Lalu, tali pinggang yang seharusnya digunakan untuk melibas bahagian belakang Shayra dijatuhkan dan butang baju dibuka satu demi satu.
"Kau tunang aku. Kalau kita tidur bersama pun tidak ada masalah. Tak lama lagi kau tu jadi isteri aku." Zip dan butang seluar itu dibuka.
Tawa lelaki itu bertambah kuat ketika dia melihat Shayra yang menahan sakit itu cuba melarikan diri. Dia biarkan sahaja. Kaki Shayra ditarik sehingga gadis yang sedang cuba untuk berdiri itu jatuh sehingga dahinya terhantuk pada lantai.
"Tolong Qard. Jangan," rayu Shayra. Air mata sudah laju menuruni pipi. Tubuhnya sudah menggeletar.
"Aku janji." Shayra mengangkat tangan. Dia sanggup melakukan apa sahaja agar maruahnya terselamat malam ini.
"Aku janji, lapar nak mati pun aku tak akan keluar. Tolong Qard." Tangan sudah disatukan. Shayra hampir mati akal. Pada saat-saat begini, hatinya memaki insan berjantina lelaki yang dipanggil ayah. Hutang lelaki itu yang membawa di ke sini, berhadapan dengan binatang kejam dan liar berkaki dua seperti Alqard.
"Ini hadiah aku untuk kau Qard. Bukan hari ni. Tapi selepas kita kahwin."
"Aku sayangkan kau. Sebab tu dalam ramai wanita, kau dipilih."
Shayra menangis sepenuh hati selepas Alqard meninggalkan dia malam itu. Pujuk rayunya berjaya menyelamatkan maruahnya. Tetapi tubuhnya tetap menerima balasan akibat melanggar arahan.
Entah detik mana yang menemukan dia dengan Alqard sehingga lelaki itu menawarkan duit kepada ayahnya. Hutang judi selesai jika bayarannya adalah dia.
KEMEWAHAN kapal layar yang disewa oleh tunangnya itu tidak dapat membeli jiwa Shayra. Ini memang cara Alqard Danish untuk memujuk hati dan tubuh Shayra yang terluka.
Bibir yang pecah itu disentuh. Perlahan air matanya jatuh. Luka di dahi dan lebam di pipi itu ditutup dengan krim muka sebelum ditepek dengan bedak. Ini bukan kali pertama dan dia yakin, bukan terakhir.
Gaun labuh berlengan panjang itu juga berjaya menutup kesan-kesan lebam di lengan dan juga kaki. Perlahan Shayra menapak keluar dari bilik yang terletak di dek atas.
Muzik yang bingit dan lampu strob disco itu petanda parti sambutan hari lahir Alqard berlangsung dengan meriah.
"Kenapa lambat." Lelaki yang bergelar tunang itu berdesis di telinga Shayra.
"Nak tutup kecantikan yang kau ukir di muka aku," balas Shayra. Dia tahu dan sangat mengenali lelaki itu. Hukuman hanya akan diberi ketika mereka berdua sahaja. Bukan di hadapan orang lain. Ini pula majlis yang dihadiri ramai orang.
"Aku dah minta maaf, bukan? Kau ingat aku bawa ke Sicily ni sebab apa, sayang?" Jari Alqard menyentuh pipi Shayra.
Senyum sinis terukir di wajah gadis itu. Semua ini salah ayah. Kegilaan bermain judi ayah yang menyeret dia ke dunia Alqard. Hutang yang bertimbun menyebabkan dia menjadi cara pembayaran. Tiada satupun kasino di New York yang tidak dikunjungi ayah.
Alqard pula bukan lelaki biasa. Wajah kacukan english dan Asia yang kacak itu tidak seperti dunia hodoh milik lelaki itu. Dadah, senjata api dan wanita. Semua itu bukan setakat kegilaan lelaki itu, tetapi juga perniagaan yang menjadikan dia kaya dan terkenal. Dunia mengenali lelaki itu sebagai dermawan. Hanya dia yang tahu kebenarannya, itupun selepas dia menjadi sebahagian dunia Alqard.
"Jom, tak manis aku potong kek tanpa tunang yang cantik."
Shayra terpaksa menahan air mata yang hampir jatuh itu.
Majlis memotong kek sudah selesai. Sukar sekali mengoyak senyum dengan bibir yang masih luka itu. Seminggu belum cukup untuk luka itu sembuh.
"Qard, aku naik. Penat." Dada lelaki itu disentuh. Dia yakin, malam ini pasti penuh warna buat Alqard. Wanita yang berpakaian bagai tidak cukup kain yang dipeluk erat itu sudah cukup sebagai tanda.
"Yes. Kau pergi. Kalau nak rehat, ruang dek bawah tu ada bilik lain. Kau tidur sana," balas lelaki itu.
Baju gaun malam itu sudah disalin. Dia lebih selesa memakai baju kemeja labuh yang dipasangkan dengan seluar jean. Dia sedang bersandar di penghadang besi itu ketika bunyi tembakan bergema. Bukan satu tetapi berdas-das tembakan. Segalanya pantas berlaku sehingga akhirnya dia terlihat api yang marak membakar dek atas, lebih tepat tempat majlis parti liar Alqard berlangsung.
Hatinya menjerit, meminta dia kembali ke atas melihat dengan mata sendiri kemusnahan lelaki yang menjadikan hidupnya bagai neraka di bumi. Akalnya pula berfikir yang lain. Tiada peluang kedua selepas ini.
Sedang dia berfikir, tubuh seseorang yang terbakar berlari kepadanya dengan laju dan Shayra terkaku.
"Shayra!"
LIMA TAHUN SELEPAS ITU. SETIAP satu wajah polos itu ditenung sebelum dia kembali mengukir senyum. Helaian kisah donggeng si gadis berhud merah itu diselak. Topeng serigala diletak di hadapan wajah. "Ohh, lihatlah betapa tajamnya gigiku." "Takutnya cikgu." Ben bersuara. "Kenapa?" Soal Qistina. Topeng serigala itu dialihkan dari wajah. Kening sudah bertaut di tengah. "Serigala tu gigi tajam. Nanti dia makan red riding hood tu?" Anak kecil sekitar usia lima tahun itu bersuara menyampaikan pendapat. Senyum yang hampir terukir di wajah itu hilang sekelip mata. Mahu sahaja dia khabarkan ada makhluk yang lebih menakutkan daripada serigala yang bergigi tajam itu. Giginya tersusun cantik dan kukunya tidak setajam kuku mana-mana binatang liar. Makhluk yang dikatakan itu berakal dan sangat pandai menyembunyikan kejahatannya. Makhluk yang bergelar manusia. "Kita tak perlu takut den
Bab 3 MAJLIS atau apa-apa sahaja keadaan di mana orang ramai berkumpul, masih cuba dijauhi sebaik mungkin. Hanya disebabkan majlis ini berkaitan Abang Amran sahaja yang menyebabkan dia hadir walaupun hatinya berat. Riya, adik kepada Kak Rina sedang tersenyum di atas pelamin. Mata yang terpancar cahaya kegembiraan itu bertemu dengan pasangannya. Terpancar cahaya cinta dari pandangan itu. Qistina mengeluh perlahan. Satu masa dahulu, dia juga melihat impian yang sama. Hidup bahagia bersama lelaki yang akan menyempurnakan dia. "Khayal tentang apa tu?" Suara garau Abang Amran menyentak Qistina keluar dari rentetan fikiran yang sedang berlari di mindanya. "Tak ada apa. Qis hanya berdoa agar Riya bahagia." Dia cuma menayang senyum. Alas meja tempat makan itu digulung-gulung, mahu melarikan pandangan dari bertemu dengan mata coklat milik Abang Amran. "Qis pun boleh berbahagia seperti dia." Suara itu l
Bab 4 WAJAH Aisy yang sedang diulit lena itu dipandang. Hanya anak itu tinggal sebagai kenangan daripada Marissa yang meninggal enam bulan lalu. Kehidupan seorang Eijaz berbeza sekali sebelum kehadiran Marissa. Wanita itu membuat hati yang kosong dan dipenuhi kegelapan itu mula belajar menyintai orang lain selain diri sendiri. Cinta Marissa menarik dia keluar dari kegelapan. Awalnya, banyak dugaan yang menghalang. Dia mahu berputus asa. Tetapi wajah Marissa berjaya membuat dia berjalan ke hadapan tanpa memandang ke belakang. Dunia gelap itu sudah lama hilang dan menjadi kisah silam. Oleh itu, dia mula bekerja keras demi untuk membahagiakan Marissa yang sanggup hidup bersama dengan dia. Flashback Sebut sahaja E, semua kenal. Kerjanya memukul dan demi duit dia sanggup buat apa sahaja. Sehingga dia diberi gambar Marissa. Gadis itu harus diugut agar menarik kembal
Bab 5 EIJAZ kembali ke pejabat selepas menghantar Aisy. Dia hanya berharap segalanya berjalan lancar. Nasib baik cikgu yang bernama Qistina itu pandai bermain dengan emosi Aisy. Dia menunggu di luar pintu tadika sebelum berlalu pergi, takut anak kecil itu melakukan sesuatu di luar jangkaan. "Tuan, butik kita di pulau ni sudah mula popular." Ketua jabatan jualan membuka bicara si dalam mesyuarat bulanan itu. Fail berisi unjuran jualan itu diteliti. "Bagus," puji Eijaz. Mata mengerling waktu di jam tangan. Takut pula dia terlupa memgambil Aisy. Mahu panjang sedepa mulut anak lelakinya nanti. Sudahlah dia berjanji macam-macam pagi tadi. Fokusnya hampir terganggu. "Tapi, kita ada masalah logistik. Shipment kain tersangkut akibat kita lambat bayar." Lelaki yang memberi laporan itu menunduk. "Lambat bayar? Terangkan." Suara Eijaz berubah keras. Belum pernah dia hadapi masalah begini. "Mereka beri invois yang salah, lain dari purc
Bab 6"RAM." Nama lelaki spesis mulut koyak itu dilaung. Pandangannya dibiarkan melata, melihat seluruh arena itu. Beg hitam yang disandang itu dimasukkan ke dalam lokar.Hampir seminggu dia tidak datang ke arena gusti itu disebabkan amaran yang diberi oleh abang Am. Hari ini dia datang pun curi-curi. Jika ia sampai ke pengetahuan lelaki yang dianggap sebagai abang itu, mahu berdarah telinganya nanti. Tetapi semua itu diabaikan kini. Seminggu duduk tanpa berlatih menjadikan badannya lesu dan tiada siapa yang lebih baik dari Ram untuk menjadi tempat dia melepas geram yang terbuku di hati.Nama lelaki berambut kerinting itu dilaung sekali lagi. Pandangan semacan peninju yang berada di dalam gelanggang diabaikan.Usia Ram atau Ramlan hampir sama dengan Abang Amran. Namun lelaki itu memintanya agar memanggilnya dengan nama sahaja."Kau ni," gumam Ram. Dia menghela nafas yang panjang. Remaja lelaki yang sedang dilatih itu di
Bab 7"JANGAN takut." Alqard berbisik di tepi telinga. Pistol yang pemegangnya berwarna coklat keemasan itu bertukar tangan. Dia meletakkannya di dalam genggaman Shayra dan memaksa gadis itu memegangnya.Wajah lelaki itu dipandang. Tangannya menggigil. Ini pertama kali dia memegang senjata yang dibuat dari logam itu.Alqard biasa mengajarnya secara teori sahaja. Cara memegang dan perkara-perkara penting tentang pistol, bukan memegangnya."Ke... kenapa?" Dia menyoal."Kau kena bersedia kalau ada musuhku yang datang menyerang," jawab Alqard. Beberapa botol kosong disusun di atas sebuah meja yang terletak sedikit jauh."Kau tembak gelas-gelas tu semua." Bahu Shayra dipegang dan dia membetulkan pegangan Shayra yang kelihatan goyah."Pastikan kau sasar botol, kena lurus. Jangan alih pandangan." Tanpa memperdulikan keadaan Shayra, dia terus mengarah
Bab 8"ALPHA ONE." Ram bersuara sambil menekan sebuah tolok. Seketika kemudian di bahagian atas, lubang berbentuk segiempat itu terbuka."Secret code?" Hanya mata yang kelihatan dari lubang yang kecil itu. Qistina segera memegang lengan baju Ram. Sedikit sebanyak ia mengingatkan dia tentang zaman lampaunya."Tiga belas, satu dan lapan belas. Sagittarius. Cipher," balas Ram.Suara dari dalam itu kemudian meminta agar Ram mendekati lubang yang terbuka itu."Retina scan," jelas Ram.Selepas itu barulah pintu besi itu dibuka dari dalam."Semua tu langkah keselamatan. Bukan semua boleh hadiri perlawan. Kena ada kod rahsia dan pas yang hanya boleh dapat dari aku atau partner aku." Ram melambai seorang rakan yang memanggil namanya."Walaupun kau?" Bibir Qistina sedikit terjungkit."Walaupun aku. Security memang ketat," jawab Ram bangga.
Bab 9 QISTINA masih memikirkan suasana di kelab Underground fight milik Ram itu. Ia bagai mempunyai kuasa magnet yang menarik Qistina. Masih terbayang adegan lawan di gelanggang itu di hadapan mata. Adrenalin yang dirasa ketika perlawanan berlangsung itu membuat mimpi negeri malamnya berlari jauh. Dia mula berfikir mahu menyertai perlawanan itu. Menonton sahaja sudah menakutkan mimpi ngerinya, bagaimana jika dia berlawan di arena yang sama? Dia yakin ia akan membawa perubahan yang besar di dalam hidupnya nanti. Namun Ram pasti menolak mentah-mentah akibat takutkan Abang Amran. Dahinya berkerut,minda pula laju berputar memikirkan alasan yang harus diberi kepada Ram agar dia dapat menyertai perlawanan itu. Sekali cukup. Pen yang dipusing-pusing di tangan itu dijatuhkan ke atas meja. "Cikgu Qis sakit kepala?" Aisy datang menegur tatkala dia melihat cikgunya itu memegang kepala dengan wajah berkerut seribu. Hanya merek
Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per
BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p
BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me
BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha
Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.
Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng
Bab 15WAJAH wakil pembekal dari China itu dipandang. Walaupun hati mengutuk, senyum tetap dipamer."Dia kata klausa nombor sembilan ni tak masuk akal."Sebenarnya dia sudah penat. Hati sudah melayang kepada Aisy. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling. Jarun jam itu bergerak menghampiri angka lapan. Lewat, fikirnya."Mizan, awak cadangkan kepada mereka. Lebih baik kita sambung perbincangan ni esok. Kita dah penat dan lebih mudah berdebat dalam keadaan ni." Dahi diraba dan keluhan terlepas dari bibir.Pekerja yang bernama Mizan itu mula bercakap dalam bahasa yang difahami kedua orang pembekal dari negara China itu.Dua wakil dari China itu saling berpandangan sebelum mengangguk. Bahasa merupakan halangan bagi pertemuan hari ini. Nasib baik salah dia telah bersedia lebih awal. Mizan, seorang pekerja di bahagian pemasaran itu fasih berbahasa cina dan menawarkan diri menjadi penterjemah.Nafas
Bab 14"PETER is here and Jane is here." Nafas lega dilepaskan. Wajah Cikgu Qistina dipandang oleh Aisy.Senyum di wajah cikgu muda itu melebar. Bunyi tepukan tangan bergema. "Pandai pun. Lancar Aisy baca.""Daddy tolong. Tengok ni." Jari kecil itu menunjuk huruf yang ditanda. Itu cara daddy mengajar Aisy agar dia ingat sebutan huruf here yang dirasakan agak sukar."Daddy suruh ingat cara cikgu ajar. Sebut satu demi satu huruf dan cuba gabung. Lepas tu daddy minta Aisy tonton satu video ni dalam YouTube." Gembira dia bercerita tentang usaha daddy mengajarnya semalam.Rambut Aisy diusap. Dia tahu anak kecil itu perlukan sokongan. Tugas mengajar anak selalunya dilakukan oleh para ibu. Namun figura yang dipanggil ibu itu diambil terlalu awal daripada hidup Aisy. Berbanding dia, anak bermata bundar itu lebih bernasib baik kerana mempunyai ayah sebaik Eijaz."Cikgu jangan lupa janji pula." Kedua belah tangan dileta
Bab 13"CIKGU, hari tu cikgu jumpa boyfriend ke?" Soal Aisy. Kuku jarinya digigit. Bibir merah itu tercebik seketika kemudian. Badan pula dipusing-pusing. Dia hanya berharap cikgunya itu mengatakan lelaki itu hanya kawan. Tetapi daddy yakin pula bahawa cikgu kesayangannya itu sudah berpunya. Jika betul, hancurlah rancangannya."Bila?" Kedua kening Qistina hampir bertaut di tengah. Seketika kemudian senyum terukir."Ohh, hari Sabtu lepas. Bukan. Tu kawan cikgu. Kenapa?"Jawapan Qistina bagai hujan yang turun di tanah tandus dan benih-benih terus bercambah. Wajah Aisy yang sedikit redup berubah ceria. Pinggang Qistina dipeluk. Tangan digamit meminta guru muda itu menunduk. Peluang itu diambil dan pipi Qistina dikucup beberapa kali."Nak ambil gambar dengan cikgu, boleh?"Permintaan Aisy langsung tidak ditolak lalu beberapa gambar diketik dengan posisi berbeza."Cikgu hantar gambar pada dad