Share

BAB 2

Author: Asterly
last update Last Updated: 2021-07-25 12:33:53

LIMA TAHUN SELEPAS ITU.

SETIAP satu wajah polos itu ditenung sebelum dia kembali mengukir senyum. Helaian kisah donggeng  si gadis berhud merah itu diselak. 

Topeng serigala diletak di hadapan wajah. "Ohh, lihatlah betapa tajamnya gigiku." 

"Takutnya cikgu." Ben bersuara.

"Kenapa?" Soal Qistina. Topeng serigala itu dialihkan dari wajah. Kening sudah bertaut di tengah. 

"Serigala tu gigi tajam. Nanti dia makan red riding hood tu?" Anak kecil sekitar usia lima tahun itu bersuara menyampaikan pendapat.

Senyum yang hampir terukir di wajah itu hilang sekelip mata. Mahu sahaja dia khabarkan ada makhluk yang lebih menakutkan daripada serigala yang bergigi tajam itu. Giginya tersusun cantik dan kukunya tidak setajam kuku mana-mana binatang liar. Makhluk yang dikatakan itu berakal dan sangat pandai menyembunyikan kejahatannya. Makhluk yang bergelar manusia.

"Kita tak perlu takut dengan makhluk selain Allah S.W.T," jawab Qistina penuh yakin. Itulah yang dia selalu kata kepada dirinya sendiri ketika ketakutan datang mengetuk mimpi.

"Hati kita ni perlu diingatkan dengan perkara yang sama. Setiap hari." Rambut anak bernama Ben itu diusap lembut. 

"Kau ni Ben, suka menyampuk. Tunggulah habis cerita." Seorang anak kecil bernama Salina pula menegur dengan wajah yang masam. 

Guru yang bertudung merah abu itu tersenyum. Hatinya gembira melihat keletah anak kecil yang tidak nampak kejahatan dunia nyata.

Hari jumaat memang dinanti anak-anak itu kerana  hari itu dipenuhi dengan aktiviti di luar kelas seperti bercucuk tanam. Aktiviti wajib hari jumaat pula, kelas bercerita seperti yang sedang berjalan. Pencerita yang paling disukai anak-anak adalah cikgu Qistina yang gemar menukar intonasi dan membuat pelbagai gaya.

"Baik. Semua diam. Nanti cikgu jawab soalan. Sekarang beri peluang cikgu habiskan, ya?" Cerita lagenda itu disambung semula dengan aksi yang membuat anak-anak kecil itu mendengar tanpa mengelip mata, tertawan. 

Anak-anak itu kemudiannya berdiri di hadapan pintu menanti ahli keluarga atau van yang akan membawa mereka pulang. Satu demi satu mengucup pipi Qistina sebelum melambai bersama titipan ucapan janji untuk bertemu isnin hadapan.

"Ben, ibu kata Pak Cik Syam ambil kamu. Tadi dia telefon cikgu Diana." Wanita separuh abad itu bersuara. Dia pemilik tadika tempat Qistina mengajar. Sempat lagi wanita itu mengenyit mata kepada Qistina sebelum berlalu ke ruang dapur. Kelas petang akan bermula pada jam 2.30. Dia harus memastikan semuanya bersih dan kemas.

Qistina sekadar menggeleng. Faham sangat usikan Diana. Pak cik anak muridnya itu selalu sahaja mengambil kesempatan mahu berjanji temu sekiranya datang mengambil Ben. 

"Mesti dia beli bunga untuk kau, Qis." Sempat lagi Diana mengusik. 

Nasib si Ben sedang asyik menyuap makanan ke dalam mulut.  "Sedapnnya cikgu Qis masak," puji Ben. Berselera betul dia makan.

"Kau ni Di." Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Tiba-tiba kenangan lama datang mengetuk kotak memori.

Walaupun jurang usia mereka jauh, dia lebih selesa memanggil wanita itu dengan nama. Malahan itu yg diminta oleh Diana. Wanita yang masih bujang itu  tertawa kecil.

"Habis, nak jadi macam aku? Pilih punya pilih... last-last dapat pangkat special. Andartu."

"Kau lain Di. Isu kau bukan sebab pilih tapi."

Diana melepaskan keluhan kecil. "Ya, aku tak boleh ada anak lepas accident tu. Tunang aku meninggal, aku pulak jadi incomplete gini." Itu antara sebab dia membuka perniagaan ini. Sekurang-kurangnya dia dapat mendekatkan diri dengan anak-anak kecil. Anak yang tak mungkin hadir dalam hidupnya selepas satu kemalangan ngeri.

"Kes kau pasal kau tak dapat nak kikis cinta pertama tu dari hati. Lupakan dia, Qis. Dia dah cukup lukakan kau dengan pengkhianatan tu."

"Seminggu, sebulan atau mungkin bertahun-tahun lama, bukan tempoh itu menentukan darjah cinta aku kepada dia. Yang penting, dia lelaki pertama yang ajar aku erti cinta dan yang pertama menetap di hati," balas Qistina. Ini bukan kali pertama Diana cuba menasihati dia agar memberi peluang kepada hati untuk belajar untuk bercinta kembali. Walaupun selepas itu cinta itu menjadi sebab dia menderita di dalam kesunyian malam.

"Kau masih cintakan dia?" Soal Diana seketika kemudian.

"Tak. Namanya sudah lama terpadam. Tetapi kenangan yg masih mengikat hati aku. Hati ni takut mengingatkan kesan cinta itu sendiri. Cukuplah cinta sedetik itu untuk aku habislan usia ini tanpanya lagi." Qistina cuba mengorak senyum tetapi tekaknya sendiri terasa pahit. 

"Lagipun, aku ada kau dan anak-anak ni. Cukuplah."

"Kan aku bagitau tu mat romeo bawak bunga untuk kau."  Sempat Diana menjeling pintu pagar yang dikunci. Tubuh pak cik Ben sudah tercongok di situ dengan senyum manis.

Qistina menepuk dahi. Bahasa lembut sudah. Pernah juga dia memaki lelaki itu ketika dia menolak ajakan makan malam bersama. "Kena cakap bahasa Jerman ke?"

Diana dan Kalthom, seorang lagi guru tertawa di belakang Qistina yang berjalan dengan wajah masam mencuka. Kemarahan Qistina sudah sampai ke kemuncak.

"Ni bunga untuk Cikgu Qis yang comel." Lelaki itu tersenyum lebar. Cermin mata hitam yang tersangkut di pangkal hidung itu dibuka.  Anak saudara yang dijemput pulang digesa masuk ke dalam kereta. 

Qis memejam mata buat seketika. Jarinya memicit dahi. Seketika kemudian dia menjegilkan mata. Bunga yang dihulur oleh Syam itu diambil sebelum dia membuangnya ke dalam tong sampah. "Awak nak keluar makan dengan mak Annabelle?" Matanya dijegilkan. Ikut hati mahu dia makan hidup-hidup lelaki itu.

"Kalau mak Annabelle tu cantik macam cikgu Qis, tak salah pun." Jawapan acuh tak acuh lelaki itu membuat Qistina bertambah marah.

Qistina menjerit kegeraman. Mahu sahaja dia tumbuk wajah lelaki itu sehingga giginya berterabur jatuh ke tanah.

"Beginilah Encik Syam, kalau awak berjaya angkat kereta ni, saya keluar dengan awak." Kedua belah tangan dilipat kemas ke dada. Tapak kaki mengetuk jalan tar hitam. 

Pak cik kepada Ben itu mula menggaru kepala. 

"Kereta ni?" Soalnya.

Qistina mengangguk laju. Dia tahu melainkan lelaki berambut hitam itu mempunyai kuasa seperti adiwira yang ditonton di kaca televisyen, perkara itu adalah mustahil. 

"Pak su, jom balik. Nanti ibu bising." Ben mula menjerit dari dalam kereta.

"Balik nanti saya berlatih. Tapi Cik Qistina jangan pula mungkir janji." Lelaki itu lekas-lekas memasuki perut kereta sebelum mengenyit mata.

Qistina menggeleng. Lelaki itu memang tidak akan mengaku kalah. Langkah diayun laju menunjuk masuk ke dalam pejabat. Baju kurung dan tudung merah abu itu ditukar kepada t shirt hitam dan seluar panjang. Tudung berbunga disarung.

"Kau nak gi kelas kickboxing tu." Teguran Diana menghentikan langkah Qistina. Kelas itu dia ikuti sejak dua tahun yang  lalu. 

"Kan kau tahu." Bahu diangkat. Beg sudah disandang. Dia sudah memasukkan kunci ke dalam  pencucuh. Motor itu sahaja alat pengangkutan yang dia ada.

"Kau lupa?" Dahi Kalthom sudah berkerut.

"Lupa apa?" 

Mata Qistina kembali terpejam. Malam ini ada majlis berinai bagi Riya, adik ipar abang Amran. Sudah berkali-kali kak Rina meminta dia berjanji. 

"Cakap kat Kak Rina, aku datang sok. Hari ni aku kena lepaskan geram kat punching beg tu." 

Related chapters

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 3

    Bab 3 MAJLIS atau apa-apa sahaja keadaan di mana orang ramai berkumpul, masih cuba dijauhi sebaik mungkin. Hanya disebabkan majlis ini berkaitan Abang Amran sahaja yang menyebabkan dia hadir walaupun hatinya berat. Riya, adik kepada Kak Rina sedang tersenyum di atas pelamin. Mata yang terpancar cahaya kegembiraan itu bertemu dengan pasangannya. Terpancar cahaya cinta dari pandangan itu. Qistina mengeluh perlahan. Satu masa dahulu, dia juga melihat impian yang sama. Hidup bahagia bersama lelaki yang akan menyempurnakan dia. "Khayal tentang apa tu?" Suara garau Abang Amran menyentak Qistina keluar dari rentetan fikiran yang sedang berlari di mindanya. "Tak ada apa. Qis hanya berdoa agar Riya bahagia." Dia cuma menayang senyum. Alas meja tempat makan itu digulung-gulung, mahu melarikan pandangan dari bertemu dengan mata coklat milik Abang Amran. "Qis pun boleh berbahagia seperti dia." Suara itu l

    Last Updated : 2021-07-25
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 4

    Bab 4 WAJAH Aisy yang sedang diulit lena itu dipandang. Hanya anak itu tinggal sebagai kenangan daripada Marissa yang meninggal enam bulan lalu. Kehidupan seorang Eijaz berbeza sekali sebelum kehadiran Marissa. Wanita itu membuat hati yang kosong dan dipenuhi kegelapan itu mula belajar menyintai orang lain selain diri sendiri. Cinta Marissa menarik dia keluar dari kegelapan. Awalnya, banyak dugaan yang menghalang. Dia mahu berputus asa. Tetapi wajah Marissa berjaya membuat dia berjalan ke hadapan tanpa memandang ke belakang. Dunia gelap itu sudah lama hilang dan menjadi kisah silam. Oleh itu, dia mula bekerja keras demi untuk membahagiakan Marissa yang sanggup hidup bersama dengan dia. Flashback Sebut sahaja E, semua kenal. Kerjanya memukul dan demi duit dia sanggup buat apa sahaja. Sehingga dia diberi gambar Marissa. Gadis itu harus diugut agar menarik kembal

    Last Updated : 2021-07-25
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 5

    Bab 5 EIJAZ kembali ke pejabat selepas menghantar Aisy. Dia hanya berharap segalanya berjalan lancar. Nasib baik cikgu yang bernama Qistina itu pandai bermain dengan emosi Aisy. Dia menunggu di luar pintu tadika sebelum berlalu pergi, takut anak kecil itu melakukan sesuatu di luar jangkaan. "Tuan, butik kita di pulau ni sudah mula popular." Ketua jabatan jualan membuka bicara si dalam mesyuarat bulanan itu. Fail berisi unjuran jualan itu diteliti. "Bagus," puji Eijaz. Mata mengerling waktu di jam tangan. Takut pula dia terlupa memgambil Aisy. Mahu panjang sedepa mulut anak lelakinya nanti. Sudahlah dia berjanji macam-macam pagi tadi. Fokusnya hampir terganggu. "Tapi, kita ada masalah logistik. Shipment kain tersangkut akibat kita lambat bayar." Lelaki yang memberi laporan itu menunduk. "Lambat bayar? Terangkan." Suara Eijaz berubah keras. Belum pernah dia hadapi masalah begini. "Mereka beri invois yang salah, lain dari purc

    Last Updated : 2021-07-25
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 6

    Bab 6"RAM." Nama lelaki spesis mulut koyak itu dilaung. Pandangannya dibiarkan melata, melihat seluruh arena itu. Beg hitam yang disandang itu dimasukkan ke dalam lokar.Hampir seminggu dia tidak datang ke arena gusti itu disebabkan amaran yang diberi oleh abang Am. Hari ini dia datang pun curi-curi. Jika ia sampai ke pengetahuan lelaki yang dianggap sebagai abang itu, mahu berdarah telinganya nanti. Tetapi semua itu diabaikan kini. Seminggu duduk tanpa berlatih menjadikan badannya lesu dan tiada siapa yang lebih baik dari Ram untuk menjadi tempat dia melepas geram yang terbuku di hati.Nama lelaki berambut kerinting itu dilaung sekali lagi. Pandangan semacan peninju yang berada di dalam gelanggang diabaikan.Usia Ram atau Ramlan hampir sama dengan Abang Amran. Namun lelaki itu memintanya agar memanggilnya dengan nama sahaja."Kau ni," gumam Ram. Dia menghela nafas yang panjang. Remaja lelaki yang sedang dilatih itu di

    Last Updated : 2021-07-29
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 7

    Bab 7"JANGAN takut." Alqard berbisik di tepi telinga. Pistol yang pemegangnya berwarna coklat keemasan itu bertukar tangan. Dia meletakkannya di dalam genggaman Shayra dan memaksa gadis itu memegangnya.Wajah lelaki itu dipandang. Tangannya menggigil. Ini pertama kali dia memegang senjata yang dibuat dari logam itu.Alqard biasa mengajarnya secara teori sahaja. Cara memegang dan perkara-perkara penting tentang pistol, bukan memegangnya."Ke... kenapa?" Dia menyoal."Kau kena bersedia kalau ada musuhku yang datang menyerang," jawab Alqard. Beberapa botol kosong disusun di atas sebuah meja yang terletak sedikit jauh."Kau tembak gelas-gelas tu semua." Bahu Shayra dipegang dan dia membetulkan pegangan Shayra yang kelihatan goyah."Pastikan kau sasar botol, kena lurus. Jangan alih pandangan." Tanpa memperdulikan keadaan Shayra, dia terus mengarah

    Last Updated : 2021-08-03
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 8

    Bab 8"ALPHA ONE." Ram bersuara sambil menekan sebuah tolok. Seketika kemudian di bahagian atas, lubang berbentuk segiempat itu terbuka."Secret code?" Hanya mata yang kelihatan dari lubang yang kecil itu. Qistina segera memegang lengan baju Ram. Sedikit sebanyak ia mengingatkan dia tentang zaman lampaunya."Tiga belas, satu dan lapan belas. Sagittarius. Cipher," balas Ram.Suara dari dalam itu kemudian meminta agar Ram mendekati lubang yang terbuka itu."Retina scan," jelas Ram.Selepas itu barulah pintu besi itu dibuka dari dalam."Semua tu langkah keselamatan. Bukan semua boleh hadiri perlawan. Kena ada kod rahsia dan pas yang hanya boleh dapat dari aku atau partner aku." Ram melambai seorang rakan yang memanggil namanya."Walaupun kau?" Bibir Qistina sedikit terjungkit."Walaupun aku. Security memang ketat," jawab Ram bangga.

    Last Updated : 2021-08-07
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 9

    Bab 9 QISTINA masih memikirkan suasana di kelab Underground fight milik Ram itu. Ia bagai mempunyai kuasa magnet yang menarik Qistina. Masih terbayang adegan lawan di gelanggang itu di hadapan mata. Adrenalin yang dirasa ketika perlawanan berlangsung itu membuat mimpi negeri malamnya berlari jauh. Dia mula berfikir mahu menyertai perlawanan itu. Menonton sahaja sudah menakutkan mimpi ngerinya, bagaimana jika dia berlawan di arena yang sama? Dia yakin ia akan membawa perubahan yang besar di dalam hidupnya nanti. Namun Ram pasti menolak mentah-mentah akibat takutkan Abang Amran. Dahinya berkerut,minda pula laju berputar memikirkan alasan yang harus diberi kepada Ram agar dia dapat menyertai perlawanan itu. Sekali cukup. Pen yang dipusing-pusing di tangan itu dijatuhkan ke atas meja. "Cikgu Qis sakit kepala?" Aisy datang menegur tatkala dia melihat cikgunya itu memegang kepala dengan wajah berkerut seribu. Hanya merek

    Last Updated : 2021-08-10
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 10

    Bab 10 "BOLEHLAH Ram." Lengan lelaki itu ditarik. Ini kali kedua dia merayu agar dia dibenarkan bertanding di kelab bawah tanah milik lelaki itu. "Kau ugut nak beritahu Amran pun aku tak kisah. Aku sanggup nyawa ni melayang dari berdepan dengan abang kau tu," jawab Ram acuh tak acuh. Pandangannya terpaku pada Zack yang sedang berlatih di gelanggang. "Kaki tu tegakkan sebelum tendang," jerit lelaki itu. Bibir dikemut dan asap keluar dari hidung tatkala asap rokok itu dihembus keluar. Geram dengan Zack yang masih lemah, rokok yang tersepit di antara dua bibir itu dibuang ke lantai sebelum dipijak dengan kaki. Qistina yang sedang memujuknya sejak tadi diabaikan. Tali gelanggang itu diangkat sebelum dia melangkah masuk ke dalam arena. Kepala Zack diketuk. "Kau pakai kepala kau je. Tak dengar aku cakap?" Kedua-dua belah tangan diletakkan di pinggang. "Angkat kaki sekarang," gesa Ram. Zack telah memberin

    Last Updated : 2021-08-13

Latest chapter

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   bab 21

    Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 20

    BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 19

    BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 18

    BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 17

    Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 16

    Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 15

    Bab 15WAJAH wakil pembekal dari China itu dipandang. Walaupun hati mengutuk, senyum tetap dipamer."Dia kata klausa nombor sembilan ni tak masuk akal."Sebenarnya dia sudah penat. Hati sudah melayang kepada Aisy. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling. Jarun jam itu bergerak menghampiri angka lapan. Lewat, fikirnya."Mizan, awak cadangkan kepada mereka. Lebih baik kita sambung perbincangan ni esok. Kita dah penat dan lebih mudah berdebat dalam keadaan ni." Dahi diraba dan keluhan terlepas dari bibir.Pekerja yang bernama Mizan itu mula bercakap dalam bahasa yang difahami kedua orang pembekal dari negara China itu.Dua wakil dari China itu saling berpandangan sebelum mengangguk. Bahasa merupakan halangan bagi pertemuan hari ini. Nasib baik salah dia telah bersedia lebih awal. Mizan, seorang pekerja di bahagian pemasaran itu fasih berbahasa cina dan menawarkan diri menjadi penterjemah.Nafas

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 14

    Bab 14"PETER is here and Jane is here." Nafas lega dilepaskan. Wajah Cikgu Qistina dipandang oleh Aisy.Senyum di wajah cikgu muda itu melebar. Bunyi tepukan tangan bergema. "Pandai pun. Lancar Aisy baca.""Daddy tolong. Tengok ni." Jari kecil itu menunjuk huruf yang ditanda. Itu cara daddy mengajar Aisy agar dia ingat sebutan huruf here yang dirasakan agak sukar."Daddy suruh ingat cara cikgu ajar. Sebut satu demi satu huruf dan cuba gabung. Lepas tu daddy minta Aisy tonton satu video ni dalam YouTube." Gembira dia bercerita tentang usaha daddy mengajarnya semalam.Rambut Aisy diusap. Dia tahu anak kecil itu perlukan sokongan. Tugas mengajar anak selalunya dilakukan oleh para ibu. Namun figura yang dipanggil ibu itu diambil terlalu awal daripada hidup Aisy. Berbanding dia, anak bermata bundar itu lebih bernasib baik kerana mempunyai ayah sebaik Eijaz."Cikgu jangan lupa janji pula." Kedua belah tangan dileta

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 13

    Bab 13"CIKGU, hari tu cikgu jumpa boyfriend ke?" Soal Aisy. Kuku jarinya digigit. Bibir merah itu tercebik seketika kemudian. Badan pula dipusing-pusing. Dia hanya berharap cikgunya itu mengatakan lelaki itu hanya kawan. Tetapi daddy yakin pula bahawa cikgu kesayangannya itu sudah berpunya. Jika betul, hancurlah rancangannya."Bila?" Kedua kening Qistina hampir bertaut di tengah. Seketika kemudian senyum terukir."Ohh, hari Sabtu lepas. Bukan. Tu kawan cikgu. Kenapa?"Jawapan Qistina bagai hujan yang turun di tanah tandus dan benih-benih terus bercambah. Wajah Aisy yang sedikit redup berubah ceria. Pinggang Qistina dipeluk. Tangan digamit meminta guru muda itu menunduk. Peluang itu diambil dan pipi Qistina dikucup beberapa kali."Nak ambil gambar dengan cikgu, boleh?"Permintaan Aisy langsung tidak ditolak lalu beberapa gambar diketik dengan posisi berbeza."Cikgu hantar gambar pada dad

DMCA.com Protection Status