Bab 15
WAJAH wakil pembekal dari China itu dipandang. Walaupun hati mengutuk, senyum tetap dipamer.
"Dia kata klausa nombor sembilan ni tak masuk akal."
Sebenarnya dia sudah penat. Hati sudah melayang kepada Aisy. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling. Jarun jam itu bergerak menghampiri angka lapan. Lewat, fikirnya.
"Mizan, awak cadangkan kepada mereka. Lebih baik kita sambung perbincangan ni esok. Kita dah penat dan lebih mudah berdebat dalam keadaan ni." Dahi diraba dan keluhan terlepas dari bibir.
Pekerja yang bernama Mizan itu mula bercakap dalam bahasa yang difahami kedua orang pembekal dari negara China itu.
Dua wakil dari China itu saling berpandangan sebelum mengangguk. Bahasa merupakan halangan bagi pertemuan hari ini. Nasib baik salah dia telah bersedia lebih awal. Mizan, seorang pekerja di bahagian pemasaran itu fasih berbahasa cina dan menawarkan diri menjadi penterjemah.
Nafas
Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng
Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.
BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha
BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me
BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p
Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per
Bab 1 DIA bersembunyi di balik pintu amari yang tertutup. Jeritan suara seorang lelaki yang memanggil namanya membuat seluruh tubuh Shayra mengigil. Lutut dilipat kemas dan rapat ke dada dan wajahnya disembamkan di kepala lutut. Tangisan yang hampir terlepas dari bibir itu cuba ditahan dengan menekup mulut. Badannya menggigil menahan ketakutan yang menjalar ke segenap urat. Debaran jantung pula begitu kuat sehingga boleh didengari di telinganya. "Shayra. Baik kau keluar." Suara lelaki yang dia takuti itu meletup sehingga dia hampir terlompat. Kedengaran bunyi tapak kaki lelaki itu menghampiri tempat dia bersembunyi. Dia cuba mengensot ke belakang takutnya dia usah dikata. Bibirnya sudah bergetar. "Kenapa kau susah nak faham?" Bunyi kaca jatuh berderai menyapa telinga. Kemudian satu demi satu perabot di dalam bilik itu ditolak, mencarinya. Hati Shayra sudah semakin mengecut
LIMA TAHUN SELEPAS ITU. SETIAP satu wajah polos itu ditenung sebelum dia kembali mengukir senyum. Helaian kisah donggeng si gadis berhud merah itu diselak. Topeng serigala diletak di hadapan wajah. "Ohh, lihatlah betapa tajamnya gigiku." "Takutnya cikgu." Ben bersuara. "Kenapa?" Soal Qistina. Topeng serigala itu dialihkan dari wajah. Kening sudah bertaut di tengah. "Serigala tu gigi tajam. Nanti dia makan red riding hood tu?" Anak kecil sekitar usia lima tahun itu bersuara menyampaikan pendapat. Senyum yang hampir terukir di wajah itu hilang sekelip mata. Mahu sahaja dia khabarkan ada makhluk yang lebih menakutkan daripada serigala yang bergigi tajam itu. Giginya tersusun cantik dan kukunya tidak setajam kuku mana-mana binatang liar. Makhluk yang dikatakan itu berakal dan sangat pandai menyembunyikan kejahatannya. Makhluk yang bergelar manusia. "Kita tak perlu takut den
Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per
BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p
BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me
BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha
Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.
Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng
Bab 15WAJAH wakil pembekal dari China itu dipandang. Walaupun hati mengutuk, senyum tetap dipamer."Dia kata klausa nombor sembilan ni tak masuk akal."Sebenarnya dia sudah penat. Hati sudah melayang kepada Aisy. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling. Jarun jam itu bergerak menghampiri angka lapan. Lewat, fikirnya."Mizan, awak cadangkan kepada mereka. Lebih baik kita sambung perbincangan ni esok. Kita dah penat dan lebih mudah berdebat dalam keadaan ni." Dahi diraba dan keluhan terlepas dari bibir.Pekerja yang bernama Mizan itu mula bercakap dalam bahasa yang difahami kedua orang pembekal dari negara China itu.Dua wakil dari China itu saling berpandangan sebelum mengangguk. Bahasa merupakan halangan bagi pertemuan hari ini. Nasib baik salah dia telah bersedia lebih awal. Mizan, seorang pekerja di bahagian pemasaran itu fasih berbahasa cina dan menawarkan diri menjadi penterjemah.Nafas
Bab 14"PETER is here and Jane is here." Nafas lega dilepaskan. Wajah Cikgu Qistina dipandang oleh Aisy.Senyum di wajah cikgu muda itu melebar. Bunyi tepukan tangan bergema. "Pandai pun. Lancar Aisy baca.""Daddy tolong. Tengok ni." Jari kecil itu menunjuk huruf yang ditanda. Itu cara daddy mengajar Aisy agar dia ingat sebutan huruf here yang dirasakan agak sukar."Daddy suruh ingat cara cikgu ajar. Sebut satu demi satu huruf dan cuba gabung. Lepas tu daddy minta Aisy tonton satu video ni dalam YouTube." Gembira dia bercerita tentang usaha daddy mengajarnya semalam.Rambut Aisy diusap. Dia tahu anak kecil itu perlukan sokongan. Tugas mengajar anak selalunya dilakukan oleh para ibu. Namun figura yang dipanggil ibu itu diambil terlalu awal daripada hidup Aisy. Berbanding dia, anak bermata bundar itu lebih bernasib baik kerana mempunyai ayah sebaik Eijaz."Cikgu jangan lupa janji pula." Kedua belah tangan dileta
Bab 13"CIKGU, hari tu cikgu jumpa boyfriend ke?" Soal Aisy. Kuku jarinya digigit. Bibir merah itu tercebik seketika kemudian. Badan pula dipusing-pusing. Dia hanya berharap cikgunya itu mengatakan lelaki itu hanya kawan. Tetapi daddy yakin pula bahawa cikgu kesayangannya itu sudah berpunya. Jika betul, hancurlah rancangannya."Bila?" Kedua kening Qistina hampir bertaut di tengah. Seketika kemudian senyum terukir."Ohh, hari Sabtu lepas. Bukan. Tu kawan cikgu. Kenapa?"Jawapan Qistina bagai hujan yang turun di tanah tandus dan benih-benih terus bercambah. Wajah Aisy yang sedikit redup berubah ceria. Pinggang Qistina dipeluk. Tangan digamit meminta guru muda itu menunduk. Peluang itu diambil dan pipi Qistina dikucup beberapa kali."Nak ambil gambar dengan cikgu, boleh?"Permintaan Aisy langsung tidak ditolak lalu beberapa gambar diketik dengan posisi berbeza."Cikgu hantar gambar pada dad