Share

BAB 6

Author: Asterly
last update Last Updated: 2021-07-29 20:03:58

Bab 6

"RAM." Nama lelaki spesis mulut koyak itu dilaung. Pandangannya dibiarkan melata, melihat seluruh arena itu. Beg hitam yang disandang itu dimasukkan ke dalam lokar. 

Hampir seminggu dia tidak datang ke arena gusti itu disebabkan amaran yang diberi oleh abang Am. Hari ini dia datang pun curi-curi. Jika ia sampai ke pengetahuan lelaki yang dianggap sebagai abang itu, mahu berdarah telinganya nanti. Tetapi semua itu diabaikan kini. Seminggu duduk tanpa berlatih menjadikan badannya lesu dan tiada siapa yang lebih baik dari Ram untuk menjadi tempat dia melepas geram yang terbuku di hati.

Nama lelaki berambut kerinting itu dilaung sekali lagi. Pandangan semacan peninju yang berada di dalam gelanggang diabaikan.

Usia Ram atau Ramlan hampir sama dengan Abang Amran. Namun lelaki itu memintanya agar memanggilnya dengan nama sahaja. 

"Kau ni," gumam Ram. Dia menghela nafas yang panjang. Remaja lelaki yang sedang dilatih itu dipandang sebelum dia meminta rakannya mengantikan dia. 

"Kau latih dia," pinta Ram. Wajah Qistina yang masam bak cuka itu dijeling. 

"Bukan aku yang beritahu abang kau." Ram mengesat peluh di dahi dengan tuala kecil berwarna putih. Dia kemudian mengambil tempat duduk di tepi gelanggang. 

"Dia terdengar budak-budak ni sembang pasal kau. Hari tu kau berlawan dengan si Botak tu." Teringat pula dia peristiwa hampir dua minggu lalu itu. Wajah gadis di sebelahnya lebam. Namun Qistina bukan jenis cepat mengalah. Selepas kalah di dalam perlawan itu, Qistina meminta agar mengajarnya teknik berlawan dengan lelaki yang lebih besar.

"Kau jangan tipu, Ram." Jari diangkat memberi amaran. 

"Betul Qis. Dia cuma tanya aku kebenaran. Kau ingat mudah aku tipu atau sembunyikan kebenaran selepas tu?" Kening dijongket. Kedua belah tangan diletak ke tepi badan. Matanya memerhati gerakan remaja yang sepatutnya dia latih.

Qistina mengunci mulut. Matanya melingas ke kiri dan kanan.

"Amran maki aku. Botak lagi teruk. Pecah bibir dia Amran tumbuk." Ram menggeleng. Rakannya itu terlalu melindungi gadis yang dianggap seperti adik kandung.

"Kau kena faham." Qistina mengeluh kecil. 

Kedua mereka membisu seketika.

"Walaupun mempunyai black-belt, adik perempuan aku tetap jadi mangsa suami dia sendiri. Dia jadi lemah kerana cinta dan akhirnya..." Bahu dijungkit.

"Abang Am ada cerita tentang dia." Qistina menunduk. Nasibnya dan adik Ram hampir sama. Dia juga menunduk kepada kuasa cinta sambil berharap tunang yang dikasihi itu berubah seiring perubahan waktu. 

"Aku terlalu muda ketika itu. Melihat cara dia menjagaku, aku fikir semuanya benar dan jatuh cinta. Agama pun agak dangkal ketika itu. Tak sedar diri ini dijual sebagai bayaran hutang." Qistina mengeluh perlahan. Nama sahaja Islam, tetapi gaya hidupnya dahulu mengikut orang sana, gaya kebaratan. Solat entah ke mana. Selepas datang ke Carey Blue Island baru dia belajar ilmu agama. Ketika itu dia tersedar betapa jauhnya dia dari ajaran agama yang sebenar.

"Aku ajar kau sebab aku percaya kepada kesungguhan kau. Tetapi, aku juga bersetuju dengan Am. Hari tu kau terus terkaku selepas Botak tumbuk muka." 

 

Qistina tayang senyum sumbing. Lutut digoyang. Sukar untuk dia mengaku bahawa berlawan dengan lelaki itu tempoh hari membuka luka lama. 

"Qis teringat kembali kenangan lama itu, Ram. Dia sering pukul atas sebab yang kecil. Air teh tak cukup gula pun boleh menjadi sebab muka ni terima tanda lima jarinya."

"Baik, aku beri kau peluang kedua. kalau kau kalahkan Zack, dia akan jadi partner kau. Tapi kalau kalah, jangan ulang lagi permintaan kau ni. Boleh?" 

"Zack?" Qistina tidak mengenali pelatih di dalam arena dengan nama itu.

Jari Ram tegak menunjuk seorang remaja lelaki yang kelihatan lebih muda darinya. 

"Pastikan kau menang. Kedua, tiada lebam." Ram terpaksa menambah syarat kedua. Tidak dapat dia bayangkan kemarahan Amran nanti.

"Baik, tapi ada tambahan. Kalau aku menang kau bawa aku ke underground boxing yang botak cakap hari tu dan Botak akan jadi partner aku, bukan Zack."

"Kau gila?" Suara Ram melantun tinggi.

"Am tahu kau lawan dengan Botak pun dia mengamuk," sambung Ram seketika kemudian.

"Tak perlu." Qistina tersenyum sebelum meniup kukunya. 

"Aku beritahu Abang Am yang kau dan semua peninju di sini adakan underground fight club. Duit banyak, dadah lagilah." 

Ram teguk liur. Botaklah yang buka mulut tempoh hari tentang kelab gusti tidak berlesen yang dia buka setiap malam sabtu.

"Kalau kau kalah?" 

Qistina menjungkit bahu. "Aku tak akan minta kau ajar aku lawan dengan budak lelaki lagi." Wajah Ram dipandang tepat.

Ram menghela nafas panjang. Dia hanya berharap bahawa dia mengambil keputusan yang tepat. 

"Baik. Tapi kalau kau kalah, kau kena jadi tukang bersih arena ni untuk sebulan. Deal?" Jari kelingking ditunjuk.

Qistina mengangguk laju. Jari kelingkingnya bertaut dengan jari kelingking Ram tanda persetujuan sudah dicapai. Mata Qistina terbuka luas. Jeritan kecil terlepas dari bibirnya.

"Baik, esok malam. Hanya kita bertiga. Aku tak mahu lagi ada yang bergossip pula."

SEPERTI dijanjikan, malam itu mereka bertiga bertemu di studio kickboxing milik Ram.

Zack tersenyum sumbing. "Kau mesti kalah." Dia mula bercakap besar. Kedua belah tangannya dikepal. Sarung tinju sudah dipakai.

Qistina sekadar membalas cemuhan Zack dengan senyum yang lebar. Tanpa membalas bicara lelaki yang mungkin sedikit muda darinya, dia bersiap dengan memakai alat pelindung diri.

"Baik. Hanya satu pusingan. Markah akan diberi ikut pukulan yang kamu buat. Jika knock-down, kamu dikira kalah. Pemenang akan dipilih mengikut markah jika selepas lima belas minit masih tiada yang mengaku kalah." Ram memberitahu peraturan perlawanan malam itu. Loceng dibunyikan setelah Zack dan Qistina mengangguk, tanda faham.

Hidung disentuh dengan ibu jari sebelum dia meletakkan Kedua belah tangan di hadapan wajah. Gerakan kaki pula seperti dia menari, ke kiri dan kanan. Melompat menggunakan bola tumit kaki. 

Zack memulakan serangan dengan cubaan menumbuk dagu dengan kanan kanan Qistina namun dapat ditangkis oleh gadis itu. 

Qistina pula menyerang dengan menggunakan tangan kiri, tepat mengena dagu Zack. Tanpa memberi peluang kepada lawannya bersedia untuk menangkis serangan, lutut diangkat tinggi dan badan dipusing ke sebelah kiri sebelum tendangannya tepat  ke dahi Zack. Tubuh lelaki itu terundur beberapa langkah ke belakang.

Kedua belah tangan kembali diletak di hadapan wajah. Qistina pasti yang Zack akan menyerang dengan pukulan ke wajah. Oleh itu di menggerakkan kepalanya ke kanan saat lelaki itu melepaskankan tumbukan di sebelah kiri.

"Back fist!" Laung Ram dari tepi gelanggang.

Mendengar itu, Qistina menundukkan kepala, menjauhkan diri dari tumbukan yang dilepaskan oleh Zack. Dia bergerak dengan lincah ke sebelah kanan tubuh Zack, berpusing dan melepaskan tumbukan dengan menggunakan tangan kanan. 

Tetapi kali ini Zack lebih bersedia. Tumbukan Qistina ditangkis sebelum dia menumbuk dagu Qistina. Buat seketika kesakitan menjalar ke seluruh wajah dan pandangan Qistina sedikit kabur.

Wajah Zack tiba-tiba berubah menjadi wajah Alqard. Lelaki yang pernah dia cintai sepenuh hati sebelum lelaki itu berubah menjadi manusia bertopeng serigala. 

"Kau lemah. Hanya seorang wanita." Figura yang menyerupai Alqard itu mencemuh. Tubuh Qistina terkaku sehingga akhirnya dia terjatuh selepas kakinya ditendang oleh Zack.

"Qis! Qis!" 

Tubuh Qistina menggeletar. Ketakutan yang pernah menghantui segenap urat di tubuhnya, memacu setiap derianya kembali terangsang dengan wajah Alqard yang menakutkan. 

Dia berdiri kembali dengan kepala lutut yang terasa lemah. "Aku bukan lemah." Dia berbisik perlahan. Tekak terasa pahit dan berpasir. Tangan diangkat, melindungi wajah.

"Kau bukan dia, kau dah mati." Dia berbisik. 

Serangan demi serangan daripada Zack ditahan dengan semangat yang bertambah kuat seiring dengan peredaran waktu.

"Aku tak lemah." Dia menjerit sekuat hati sebelum berpusing, melompat tinggi dan melepaskan tendangan menyasarkan dahi Zack. Dia melompat sekali lagi dan melepaskan tumbukan ke dada Zack. Serangan terakhir itu menyebabkan Zack terjatuh ke lantai dan loceng berbunyi.

Ram cepat-cepat berlari masuk ke dalam gelanggang. Zack diperiksa dahulu sebelum dia mendekati Qistina dengan perlahan. Wajah gadis itu tidak menunjukkan sebarang emosi. 

"Qis." Nama gadis itu dipanggil sekali lagi. Sebentar tadi dia nama Qistina dilaung kerana dia risau. Gadis itu tiba-tiba kaku bagai batu. 

"Aku tak lemah, Ram." Perlahan terdengar suara Qistina bagaikan separuh berbisik. Sebaik sahaja bicara itu terlepas, Qistina jatuh terduduk.

Ram menggeleng. "Kau tak lemah. Kau kuat Qis. Tiada siapa yang kata kau lemah." Dia berlutut di hadapan Qis. 

"Dia kata aku lemah. Aku tak lemah, kan? Aku menang. Aku dapat kalahlan Zack, betul?" Mata gadis itu yang berkaca memandang wajah Ram dengan tepat, mahukan kepastian.

"Ya, kau menang. Zack kalah. Nampaknya aku kena bawa kau juga ke fight club tu. Kalau Amran tahu, mampus aku," ujar Ram cuba berjenaka. Dia berpaling melihat Zack yang menunjukkan wajah terkejut. Lelaki itu pasti tidak menyangka yang dia akan dikalahkan oleh gadis bertubuh kecil seperti Qistina.

Qistina tayang senyum pahit. "Terima kasih Ram. Kau tak tahu kesan apa yang kau lakukan hari ini." Adrenalin yang membuat semangat membara dan memandu tubuhnya tadi perlahan-lahan hilang. 

Comments (1)
goodnovel comment avatar
Noraelim Elin
sangat menarik
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 7

    Bab 7"JANGAN takut." Alqard berbisik di tepi telinga. Pistol yang pemegangnya berwarna coklat keemasan itu bertukar tangan. Dia meletakkannya di dalam genggaman Shayra dan memaksa gadis itu memegangnya.Wajah lelaki itu dipandang. Tangannya menggigil. Ini pertama kali dia memegang senjata yang dibuat dari logam itu.Alqard biasa mengajarnya secara teori sahaja. Cara memegang dan perkara-perkara penting tentang pistol, bukan memegangnya."Ke... kenapa?" Dia menyoal."Kau kena bersedia kalau ada musuhku yang datang menyerang," jawab Alqard. Beberapa botol kosong disusun di atas sebuah meja yang terletak sedikit jauh."Kau tembak gelas-gelas tu semua." Bahu Shayra dipegang dan dia membetulkan pegangan Shayra yang kelihatan goyah."Pastikan kau sasar botol, kena lurus. Jangan alih pandangan." Tanpa memperdulikan keadaan Shayra, dia terus mengarah

    Last Updated : 2021-08-03
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 8

    Bab 8"ALPHA ONE." Ram bersuara sambil menekan sebuah tolok. Seketika kemudian di bahagian atas, lubang berbentuk segiempat itu terbuka."Secret code?" Hanya mata yang kelihatan dari lubang yang kecil itu. Qistina segera memegang lengan baju Ram. Sedikit sebanyak ia mengingatkan dia tentang zaman lampaunya."Tiga belas, satu dan lapan belas. Sagittarius. Cipher," balas Ram.Suara dari dalam itu kemudian meminta agar Ram mendekati lubang yang terbuka itu."Retina scan," jelas Ram.Selepas itu barulah pintu besi itu dibuka dari dalam."Semua tu langkah keselamatan. Bukan semua boleh hadiri perlawan. Kena ada kod rahsia dan pas yang hanya boleh dapat dari aku atau partner aku." Ram melambai seorang rakan yang memanggil namanya."Walaupun kau?" Bibir Qistina sedikit terjungkit."Walaupun aku. Security memang ketat," jawab Ram bangga.

    Last Updated : 2021-08-07
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 9

    Bab 9 QISTINA masih memikirkan suasana di kelab Underground fight milik Ram itu. Ia bagai mempunyai kuasa magnet yang menarik Qistina. Masih terbayang adegan lawan di gelanggang itu di hadapan mata. Adrenalin yang dirasa ketika perlawanan berlangsung itu membuat mimpi negeri malamnya berlari jauh. Dia mula berfikir mahu menyertai perlawanan itu. Menonton sahaja sudah menakutkan mimpi ngerinya, bagaimana jika dia berlawan di arena yang sama? Dia yakin ia akan membawa perubahan yang besar di dalam hidupnya nanti. Namun Ram pasti menolak mentah-mentah akibat takutkan Abang Amran. Dahinya berkerut,minda pula laju berputar memikirkan alasan yang harus diberi kepada Ram agar dia dapat menyertai perlawanan itu. Sekali cukup. Pen yang dipusing-pusing di tangan itu dijatuhkan ke atas meja. "Cikgu Qis sakit kepala?" Aisy datang menegur tatkala dia melihat cikgunya itu memegang kepala dengan wajah berkerut seribu. Hanya merek

    Last Updated : 2021-08-10
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 10

    Bab 10 "BOLEHLAH Ram." Lengan lelaki itu ditarik. Ini kali kedua dia merayu agar dia dibenarkan bertanding di kelab bawah tanah milik lelaki itu. "Kau ugut nak beritahu Amran pun aku tak kisah. Aku sanggup nyawa ni melayang dari berdepan dengan abang kau tu," jawab Ram acuh tak acuh. Pandangannya terpaku pada Zack yang sedang berlatih di gelanggang. "Kaki tu tegakkan sebelum tendang," jerit lelaki itu. Bibir dikemut dan asap keluar dari hidung tatkala asap rokok itu dihembus keluar. Geram dengan Zack yang masih lemah, rokok yang tersepit di antara dua bibir itu dibuang ke lantai sebelum dipijak dengan kaki. Qistina yang sedang memujuknya sejak tadi diabaikan. Tali gelanggang itu diangkat sebelum dia melangkah masuk ke dalam arena. Kepala Zack diketuk. "Kau pakai kepala kau je. Tak dengar aku cakap?" Kedua-dua belah tangan diletakkan di pinggang. "Angkat kaki sekarang," gesa Ram. Zack telah memberin

    Last Updated : 2021-08-13
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 11

    Bab 11"BAJU KURUNG?" Diana menjegil mata sebelum menepuk dahi. Sah rakannya yang seorang itu sudah lama tidak keluar untuk bertemu dengan mana-mana lelaki."Salah?" Kening Qistina sudah bertemu di tengah. Badannya dipusing. Baju kurung berona hijau pucuk pisang itu digaya di hadapan cermin. Pada pandangan matanya, tiada apa yang salah. Semuanya kelihatan cantik."Bukan. Tapi pakailah kebaya. Nampak sikit kau tu nak melawa jumpa Ram. Ni macam nak jumpa parents anak murid kita untuk report card day." Diana hanya mampu menggeleng.Nasib saiz badan mereka berdua hampir sama. Dia mengeluarkan sehelai skirt panjang berwarna kelabu yang mempunyai ropol di bahagian bawah dan sedikit kembang. Sehelai baju berwarna merah jambu yang berbunga kelabu dikeluarkan lalu dipadankan bersama skirt yang dikeluarkan tadi."Ni cantik. Kau buka baju kurung tu sekarang dan pakai ni." Mata dibulatkan ketika Qistina menggeleng.

    Last Updated : 2021-08-19
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 12

    Bab 12. "AISY!" Tempelak Eijaz. Sudah beberapa kali dia memaklumkan anaknya itu bahawa Qistina itu hanya seorang guru. Maka tugas gadis muda itu tamat selepas dia mengambil Aisy pulang. "Tapi Cikgu Qis masak sedap," rintih Aisy. Air mata sudah laju menuruni pipi gebu anak kecil itu. "Takkan daddy nak minta cikgu Qis tu masak hari cuti begini." Eijaz berdecit. Sudahlah kerja pejabat bertimbun dan harus diselesaikan. Aisy pula buat hal setelah lama tidak berbuat demikian. Rambut yang sememangnya kusut itu bertambah kusut apabila dia menariknya. "Apa kata daddy bawa Aisy ke restoran yang baru tu? Nak?" Dia berlutut, mata anaknya itu dipandang penuh kasih. Walaupun hati menggerutu dan bimbang berkenaan kerja yang masih tidak selesai, dia harus tayang wajah yang gembira. Lebih lama Aisy merajuk begini, lebih lama kerja bertimbun itu bakal diselesaikan. "Daddy order udang tepung?" Pancingnya lagi. Harap kali ini umpannya me

    Last Updated : 2021-09-05
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 13

    Bab 13"CIKGU, hari tu cikgu jumpa boyfriend ke?" Soal Aisy. Kuku jarinya digigit. Bibir merah itu tercebik seketika kemudian. Badan pula dipusing-pusing. Dia hanya berharap cikgunya itu mengatakan lelaki itu hanya kawan. Tetapi daddy yakin pula bahawa cikgu kesayangannya itu sudah berpunya. Jika betul, hancurlah rancangannya."Bila?" Kedua kening Qistina hampir bertaut di tengah. Seketika kemudian senyum terukir."Ohh, hari Sabtu lepas. Bukan. Tu kawan cikgu. Kenapa?"Jawapan Qistina bagai hujan yang turun di tanah tandus dan benih-benih terus bercambah. Wajah Aisy yang sedikit redup berubah ceria. Pinggang Qistina dipeluk. Tangan digamit meminta guru muda itu menunduk. Peluang itu diambil dan pipi Qistina dikucup beberapa kali."Nak ambil gambar dengan cikgu, boleh?"Permintaan Aisy langsung tidak ditolak lalu beberapa gambar diketik dengan posisi berbeza."Cikgu hantar gambar pada dad

    Last Updated : 2021-09-22
  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 14

    Bab 14"PETER is here and Jane is here." Nafas lega dilepaskan. Wajah Cikgu Qistina dipandang oleh Aisy.Senyum di wajah cikgu muda itu melebar. Bunyi tepukan tangan bergema. "Pandai pun. Lancar Aisy baca.""Daddy tolong. Tengok ni." Jari kecil itu menunjuk huruf yang ditanda. Itu cara daddy mengajar Aisy agar dia ingat sebutan huruf here yang dirasakan agak sukar."Daddy suruh ingat cara cikgu ajar. Sebut satu demi satu huruf dan cuba gabung. Lepas tu daddy minta Aisy tonton satu video ni dalam YouTube." Gembira dia bercerita tentang usaha daddy mengajarnya semalam.Rambut Aisy diusap. Dia tahu anak kecil itu perlukan sokongan. Tugas mengajar anak selalunya dilakukan oleh para ibu. Namun figura yang dipanggil ibu itu diambil terlalu awal daripada hidup Aisy. Berbanding dia, anak bermata bundar itu lebih bernasib baik kerana mempunyai ayah sebaik Eijaz."Cikgu jangan lupa janji pula." Kedua belah tangan dileta

    Last Updated : 2021-09-27

Latest chapter

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   bab 21

    Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 20

    BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 19

    BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 18

    BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 17

    Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 16

    Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 15

    Bab 15WAJAH wakil pembekal dari China itu dipandang. Walaupun hati mengutuk, senyum tetap dipamer."Dia kata klausa nombor sembilan ni tak masuk akal."Sebenarnya dia sudah penat. Hati sudah melayang kepada Aisy. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling. Jarun jam itu bergerak menghampiri angka lapan. Lewat, fikirnya."Mizan, awak cadangkan kepada mereka. Lebih baik kita sambung perbincangan ni esok. Kita dah penat dan lebih mudah berdebat dalam keadaan ni." Dahi diraba dan keluhan terlepas dari bibir.Pekerja yang bernama Mizan itu mula bercakap dalam bahasa yang difahami kedua orang pembekal dari negara China itu.Dua wakil dari China itu saling berpandangan sebelum mengangguk. Bahasa merupakan halangan bagi pertemuan hari ini. Nasib baik salah dia telah bersedia lebih awal. Mizan, seorang pekerja di bahagian pemasaran itu fasih berbahasa cina dan menawarkan diri menjadi penterjemah.Nafas

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 14

    Bab 14"PETER is here and Jane is here." Nafas lega dilepaskan. Wajah Cikgu Qistina dipandang oleh Aisy.Senyum di wajah cikgu muda itu melebar. Bunyi tepukan tangan bergema. "Pandai pun. Lancar Aisy baca.""Daddy tolong. Tengok ni." Jari kecil itu menunjuk huruf yang ditanda. Itu cara daddy mengajar Aisy agar dia ingat sebutan huruf here yang dirasakan agak sukar."Daddy suruh ingat cara cikgu ajar. Sebut satu demi satu huruf dan cuba gabung. Lepas tu daddy minta Aisy tonton satu video ni dalam YouTube." Gembira dia bercerita tentang usaha daddy mengajarnya semalam.Rambut Aisy diusap. Dia tahu anak kecil itu perlukan sokongan. Tugas mengajar anak selalunya dilakukan oleh para ibu. Namun figura yang dipanggil ibu itu diambil terlalu awal daripada hidup Aisy. Berbanding dia, anak bermata bundar itu lebih bernasib baik kerana mempunyai ayah sebaik Eijaz."Cikgu jangan lupa janji pula." Kedua belah tangan dileta

  • Eleftheria (BAHASA MELAYU)   BAB 13

    Bab 13"CIKGU, hari tu cikgu jumpa boyfriend ke?" Soal Aisy. Kuku jarinya digigit. Bibir merah itu tercebik seketika kemudian. Badan pula dipusing-pusing. Dia hanya berharap cikgunya itu mengatakan lelaki itu hanya kawan. Tetapi daddy yakin pula bahawa cikgu kesayangannya itu sudah berpunya. Jika betul, hancurlah rancangannya."Bila?" Kedua kening Qistina hampir bertaut di tengah. Seketika kemudian senyum terukir."Ohh, hari Sabtu lepas. Bukan. Tu kawan cikgu. Kenapa?"Jawapan Qistina bagai hujan yang turun di tanah tandus dan benih-benih terus bercambah. Wajah Aisy yang sedikit redup berubah ceria. Pinggang Qistina dipeluk. Tangan digamit meminta guru muda itu menunduk. Peluang itu diambil dan pipi Qistina dikucup beberapa kali."Nak ambil gambar dengan cikgu, boleh?"Permintaan Aisy langsung tidak ditolak lalu beberapa gambar diketik dengan posisi berbeza."Cikgu hantar gambar pada dad

DMCA.com Protection Status