Home / Romansa / Prince's Lover : Thelma / Chapter 31 - Chapter 40

All Chapters of Prince's Lover : Thelma: Chapter 31 - Chapter 40

55 Chapters

Bab 31

AIR shower itu dibiarkan membasahi seluruh tubuhnya. Rasa melekit tadi kini hilang diganti dengan sebuah kesegaran. Thelma lama berdiri dalam kebasahan itu agar dia boleh membuang segala memori yang memeritkan dirinya. Dia tidak tahu kenapa perasaannya kala itu berbelah bahagi. Namun dia cuba untuk lupakan semuanya. Dia harap dia boleh keluar dari bilik mewah ini dan bebas menghirup udara luar yang segar. Thelma terperanjat kecil bila ada tangan melingkar di pinggangnya. Dia tidak menoleh sebab dia tahu gerangan orang tersebut. Terasa bibir hangat itu melekap di kulit bahunya. Mereka sama-sama basah di bawah air shower itu. Thelma tidak menolak sentuhan lelaki itu. Entah mengapa hatinya membuat dirinya begitu keliru. Sejak beberapa hari dia tinggal di bilik itu, dia jadi bukan Thelma yang dulu.Mungkin sebab anak di dalam perutnya...atau semua itu nafsu semata."Kenapa tak bangunkan saya?" Jeremy membisik lembut. Sempat lagi bibirnya mencium leher Thelma.
last updateLast Updated : 2024-12-25
Read more

Bab 32

DIRINYA banyak mengelamun sejak hari dirinya diberitahu bayi dalam perutnya keguguran. Dia menangis dan terus menerus menyalahkan dirinya kerana tidak berhati-hati. Dia kehilangan satu nyawa yang tidak bersalah. Dia begitu gembira menerima kehadirannya dan ternyata hadirnya cuma sekejap. Layanannya pun begitu dingin pada Jeremy. Dia tidak benarkan lelaki itu masuk ke dalam wadnya menemuinya. Arahan tegas dia berikan pada jururawat di situ. Dia tidak peduli dengan rayuan dan kata maaf lelaki itu. Kalau bukan kerana kejadian hari itu, bayi dalam perutnya pasti masih hidup sehingga kini. Tapi semuanya hancur kerana kecuaiannya. Dia terlebih mengikut emosinya sehingga dia tidak sedar dirinya kecelakaan. Pintu wad ditolak seseorang. Thelma menoleh tanpa berminat. Namun bila melihat gerangan orang itu laju sahaja tangisannya pecah untuk sekian kali. "Selma!" Selma meluru mendapatkan Thelma. Tubuh kawannya itu dipeluk erat dan dia cuba menenangkan Th
last updateLast Updated : 2024-12-25
Read more

Bab 33

SETAHUN berlalu...Selama tempoh itu, Thelma tinggal bersama keluarganya yang sangat dia rindukan. Kota McCaron masih sibuk seperti selalunya dan selama itu dia bekerja di kedai buku ayahnya. Kedai buku ayahnya sekarang sedikit besar dan ayahnya sudah membuka satu lagi di tempat lain. Di kota tempatnya. Namun saat ini ayahnya meminta orang lain namun kepercayaan ayahnya menjaga kedai itu. Theodore pula sudah menamatkan persekolahannya. Kini dia sibuk menjaga dirinya. Bersenam untuk menguatkan stamina tubuhnya. Bulan lepas, dia sudah menghantar permohonan untuk menyertai pasukan tentera. Setelah mendapat keputusan yang dia telah diterima, bukan main gembira lagi Theodore kerana cita-citanya tercapai juga. Thelma tumpang gembira untuk adiknya itu.Usai menulis di buku diarinya, dia langsung membawa dirinya di atas katilnya yang sudah bertukar saiz itu. Dulu saiz single sekarang dah jadi King size. Tilamnya pun empuk sekali. Rumah mereka sudah diubahsuai ata
last updateLast Updated : 2025-01-01
Read more

Bab 34

ENTAH berapa lama dia menunggu di situ. Namun orang yang ingin ditemuinya belum kunjung tiba. Thelma mula bosan. Kakinya sudah penat berdiri di bawah pokok itu. Sudahlah hari nak gelap seperti mahu hujan. Kalau dia nak balik sekarang dia khuatir orang itu muncul disaat dirinya pergi. Jadi dia setia menunggu di situ.Thelma meliarkan pandangannya mencari-cari susuk tubuh yang menemuinya hari itu. Semuanya atas permintaan ibunya setelah mendapat surat dari mak cik Bertha beberapa hari yang lalu. Bukan main senang lagi Marlene suruh dia berdandan cantik dan memakai gaun yang dibelinya itu. Sekarang dia kenakan di tubuhnya untuk melihat dia lebih menarik. Awan mendung kian gelap di atas sana. Thelma tidak menyedari semua itu hingga dia merasakan titisan hujan menyentuh kulit bahunya. Beberapa saat sahaja hujan yang menitik lembut tadi kini menjadi lebat. Thelma gusar namun cepat sahaja kakinya berlari anak menuju ke arah sebuah pondok. Habis basah kuyup dirinya dek me
last updateLast Updated : 2025-01-01
Read more

Bab 35

BEBERAPA hari lalu dia menolak permintaan bondanya. Dia tidak suka dengan kahwin jodoh kerana hatinya sudah dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat dia cintai. Dia sudah menunggu terlalu lama. Tapi Bertha tidak mengerti perasaannya itu. Bondanya terus menerus mendesaknya untuk bertemu dengan jodoh pilihannya itu. Bahkan mereka sudah dijodohkan dari kecil lagi tapi dia langsung tidak ingat gerangan perempuan merangkap teman kecilnya itu. Namun dia menurut juga. Di dalam bilik itu dia hanya berdua bersama perempuan itu. Bibirnya tersenyum namun hatinya gembira tidak terkira. Dia kenalkan dirinya sebagai Tobias padahal dirinya adalah lelaki yang Thelma kenal sangat. Dia takut Thelma pergi andai dia tahu perkara sebenar.Dia menutup separuh wajahnya kerana dia kenal sangat dengan Thelma. Thelma masih sama seperti dulu. Tidak menyangka mereka dipertemukan hari itu dalam hujan lebat. Mereka kebasahan dan larut dalam nafsu mereka. Tiada petanda hujan itu ma
last updateLast Updated : 2025-01-01
Read more

Bab 36

HARI sudah menginjak ke petang. Namun suhu panasnya tidak berkurangan. Thelma mengibas tangannya ke muka untuk menyejukkan dirinya. Namun dia menanti juga di situ bersama kedua orang tuanya. Kalau bukan disebabkan Theodore, memang dari awal tadi dia sudah angkat kaki. Di depan kem itu, bukan mereka sahaja yang menunggu. Ada lagi keluarga lain yang tujuannya seperti mereka. Hari itu merupakan tamatnya kursus rekrut baru dan selepas ini mereka menjadi seorang tentera yang sejati. Thelma bangga dengan adiknya itu kerana cita-citanya sudah tercapai. Beberapa jam menanti, akhirnya keluar juga pasukan rekrut baru dalam barisan. Selesai barisan itu, mereka berpecah mencari keluarga masing-masing. Ada yang melepaskan tawa bahagia bersama, ada yang menangis terharu, ada juga gembira tidak terucap dengan kata-kata. Momen itu sangat indah bila dinikmati bersama keluarga tersayang. Theodore memunculkan dirinya. Berlari laju meluru ke arah Alfred da
last updateLast Updated : 2025-01-11
Read more

Bab 37

PERTEMUAN kedua mereka akhirnya dilaksanakan hari itu. Thelma sangat cantik sekali. Dia seperti perempuan anggun dengan gaun longgarnya itu. Paras lututnya. Rambutnya dibiarkan lepas bebas tidak terikat. Saat itu dia duduk berhadapan dengan lelaki yang menutup separuh mukanya. Mereka sedang menikmati makan tengahari mereka di sebuah restoran mewah dan semuanya telah dibayar oleh lelaki itu.Thelma ukir senyuman bila mata mereka bertembung. Sepanjang mereka makan itu, tiada patah bicara keluar dari mulut mereka. Mereka menikmati hidangan makanan di atas meja itu. Usai makan tengahari itu, Tobias membawanya ke hotel yang mereka pernah sewa dulu cuma berlainan bilik sahaja. "Kenapa banyak tempat...awak bawa saya dekat sini?" Soal Thelma dengan senyuman di bibirnya."Privacy," Thelma angguk mengerti. Bibirnya masih tersenyum."Awak ada simpan rahsia yang saya tidak tahu ke?" Tiba-tiba Thelma menukar topik perbualan mereka. Tobias
last updateLast Updated : 2025-01-11
Read more

Bab 38

KEPULANGANNYA disambut oleh orang tuanya di muka pintu rumah. Thelma tersenyum memandangkan hari itu pertama kali dia mengajak Walter ke rumahnya untuk bertemu dengan orang tuanya. Thelma nak orang tuanya terima Walter apa adanya sebelum mereka disatukan nanti. "Silakan masuk," pelawa Marlene dengan senang hati. Walter senyum lalu melangkah masuk ke dalam rumah Thelma dan sekeluarga. Dulu rumah itu kecil sahaja tapi sekarang sudah diubahsuai menjadi agak besar sedikit. Walter henyak punggungnya di sebelah Thelma, berhadapan dengan Alfred dan Marlene. Matanya melilau mencari keberadaan Theodore di dalam ruang rumah itu."Theodore tak ada di rumah. Dia keluar sebentar tadi dengan kawan dia," beritahu Alfred bila perasan tingkah laku bakal menantunya itu.Walter angguk senyum. Marlene dan Thelma beredar ke ruang dapur. Tinggal Alfred di situ bersamanya. "Dah lama kenal dengan Thelma? Pak cik perasan hari itu awak berdua berbual tidak keko
last updateLast Updated : 2025-01-19
Read more

Bab 39

SELESAI mengenakan gaun paras pehanya itu, dia merapikan gaya rambutnya pula. Bibirnya dioles dengan gincu. Tarik nafas hembus nafas. Hatinya lega bila akhirnya dia selesai berdandan. Gaun di tubuhnya ditenung penuh kagum. Indah sekali rekaannya meskipun tidak terlalu mendedahkan. Ketukan di pintu menyedarkannya dari kekaguman itu. Dia menoleh dan terjengul kepala ibunya di muka pintu biliknya itu. Bibirnya seraya tersenyum."Dah siap?" Soal Marlene. "Dah," Marlene melangkah masuk. Tubuh anaknya dihampiri. Bibirnya tersenyum, dalam hati memuji kecantikan anaknya itu. "Kamu cantik sekali," "Ibu juga cantik," Mereka sama-sama tersenyum lebar. Mereka berdua sama-sama keluar dari bilik itu lalu menuju ke ruang depan di mana Alfred dan Theodore sedang menanti mereka. "Semua dah siap? Kereta dari istana sudah ada di luar," Alfred menanya memandangkan perjalanan mereka agak jauh kali ini. Dia tidak mahu mereka t
last updateLast Updated : 2025-01-19
Read more

Bab 40

BUKAN main gembira lagi Thelma bila bertemu dengan Selma dan Yvonne di istana itu. Mereka berpelukan sama untuk melepas rasa rindu. Thelma memeluk tubuh Yvonne penuh erat sekali. Dia dapat rasa tepukan lembut di belakangnya. Dia sangat berterima kasih pada Yvonne. "Saya fikir keluarga mereka akan menolak awak dengan Walter tapi semuanya diluar dugaan," Selma bersuara, masih belum percaya.Thelma meleraikan pelukan lalu menghadap dua orang perempuan di hadapannya itu. Bibirnya tersenyum terus. "Mereka sebahagian keluarga ibu saya. Awalnya saya tidak tahu menahu. Lagipun saya kerja di sini tak pernah lagi terjumpa dengan permaisuri. Itulah tidak kenal langsung. Tapi bila terjumpa dengan Walter kembali, baru saya tahu. Saya pun masih belum dapat percaya tapi itulah...semuanya dah jadi begini. Terima je lah," kata Thelma dengan lapang dada."Saya bangga sekali lihat awak gembira seperti ini. Inilah Thelma yang saya kenal. Terima kasih sebab kuatkan
last updateLast Updated : 2025-01-26
Read more
PREV
123456
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status