Home / Romansa / Prince's Lover : Thelma / Chapter 41 - Chapter 50

All Chapters of Prince's Lover : Thelma: Chapter 41 - Chapter 50

55 Chapters

Bab 41

TIGA hari lagi mereka bakal akan disatukan. Bila dikabarkan tentang perkahwinan itu, banyak yang patah hati terutamanya sang perempuan. Putera Walter akhirnya menemukan jodohnya. Di usianya yang mahu menginjak 30, dia akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak menyangka tahun ini menjadi saksi perkahwinan mereka. Susun atur acara sudah diuruskan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab akan hal itu. Segala pakaian untuk pengantin sudah siap dijahit dan direka oleh fashion designer yang sangat popular saat itu. Thelma tersenyum sambil memandang pemandangan di depan matanya itu. Macam tidak percaya sekarang dia berada di dalam istana itu lagi. Kali ini di dalam kamar tetamu. Mereka sekeluarga tidur di istana itu sehingga selesai majlis perkahwinan nanti. Thelma bakal menetap di situ selamanya.Thelma mencuba untuk membiasakan dirinya di dalam istana itu. Dia berkenalan dengan seisi istana itu dan kedatangannya dialukan sekali. Meskipun dia rasa tidak
last updateLast Updated : 2025-01-26
Read more

Bab 42

PERKAHWINAN antara Walter dan Thelma akhirnya berlangsung hari itu. Setelah menunggu begitu lama akhirnya mereka disatukan hari bahagia itu dengan disaksikan oleh keluarga mereka dan rakyat jelata. Seluruh negara menjadi saksi penyatuan dua hati itu. Seperti yang diduga, banyak perempuan yang patah hati dengan perkahwinan itu. Putera yang menjadi idaman kalbu kini dimiliki oleh orang lain. Thelma lah orang yang bertuah kerana dipilih menjadi pendamping hidup putera itu. Dan selama upacara majlis perkahwinan mereka itu diadakan, bibirnya tidak lekang dengan senyuman bahagia. Ada juga momen terharu bila Alfred harus melepas hak penjagaannya pada Walter.Indah tidak terkata bila perkahwinan itu direstui oleh dua belah pihak. Thelma menikmati momen indah itu dengan Walter berada di sampingnya. Tidak lupa juga, Thelma diperkenalkan dengan menteri-menteri negara itu. Bahkan beberapa orang terkenal yang banyak dia tidak ketahui. Dia juga turut diperkenalkan dengan kawan sekerja su
last updateLast Updated : 2025-02-01
Read more

Bab 43

THELMA menoleh bila Walter memanggil namanya. Mereka siap untuk pergi cuti bulan madu mereka di luar negeri. Semuanya sudah diatur oleh Permaisuri Bertha dan Raja Albert untuk mereka berdua. "Is this yours?" Walter menunjukkan rantai yang berada di tangannya. Sekian lama dia menyimpan rantai itu namun belum ada masa untuk disuakan kepada Thelma."Dari mana awak dapat?" Thelma terus mencapai rantai itu penuh teruja. Disangkakan hilang entah di mana ternyata ada bersama Walter."Dalam kamar saya. Di bawah katil dekat meja lampu," Thelma kian mengetahui bila hilangnya rantai itu. Namun dia cepat lupakan kisah hitam itu lalu bibirnya tersenyum lebar. Dia akan kembalikan rantai itu pada pemiliknya. Rantai itu tidak sesuai untuk dirinya kerana kini dia milik suaminya itu."Terima kasih sebab simpan rantai ini. Saya fikir saya tercicir rantai ini di luar istana. Terima kasih, Walter," Thelma langsung menghadiahkan suaminya dengan ciu
last updateLast Updated : 2025-02-01
Read more

Bab 44

SEHARIAN itu mereka menjelajah percutian mereka di negeri orang. Sejak tiga hari mereka sampai di hotel itu, mereka berdua terus menikmati percutian itu dengan senang hati. Mereka lebih meluangkan masa bersama dan lebih intim. Walter lupa seketika akan kerjanya sebagai tentera. Thelma kian senang bila sepenuhnya Walter fokus kepadanya. Berpisah tiada. Hotel itu menjadi saksi hubungan erat mereka suami isteri sedang berbulan madu. Mereka berdua dilayan sebagai tetamu istimewa. Siangnya mereka pergi ke tempat yang menarik. Semuanya sudah diatur dengan baik. Jam makan mereka pun sudah disediakan oleh pihak hotel tersebut. Thelma begitu teruja bila pertama kalinya menginap di hotel yang mewah. Bilik hotelnya bukan kecil untuk cukup dua orang. Malah besar dan luas untuk 30 orang. Katilnya bersaizkan queen dan tilamnya empuk. Gebarnya tebal dan malam mereka tidak kesejukan. Bilik airnya juga sangat mewah. Tab mandinya luas sangat. Serupa seperti tinggal di dalam istana
last updateLast Updated : 2025-02-08
Read more

Bab 45

MEREKA sarapan seperti biasa di dalam kamar penginapan itu. Thelma melirik pada Walter yang hanya beriak biasa sahaja itu. Dia pula yang malu bila mengingat kejadian mereka pulang ke hotel tersebut. Mujur tidak banyak orang tapi adalah seorang dua pekerja yang dia terserempak saat mereka kembali itu. Pakaiannya habis basah lencun namun dapat ditutup dengan baju suaminya. Suaminya yang tidak berbaju, hanya berseluar. Dalam fikirannya sudah penuh dengan pelbagai andaian dua orang pekerja itu saat melihat mereka sebegitu. Malunya dia."Hari ni nak pergi mana?" Soal Thelma sambil mengunyah makanan dalam mulut. "More adventure," balas Walter bersahaja. Berkerut kening Thelma tidak mengerti. Pandangannya mula terarah kepada suaminya itu."Maksud awak?" "Hiking," Terbeliak sepasang mata bundar itu bila mendengar perkataan yang baru keluar dari mulut suaminya itu. Hal yang meresahkannya. Dia tidak suka sangat dengan aktiviti lasak tapi kerana suaminya berminat jadi dia tidak bersuara. Dia
last updateLast Updated : 2025-02-08
Read more

Bab 46

TERKEDU Thelma bila melihat bukit yang harus didaki untuk sampai ke puncak. Kalau bukan kerana Walter, dia tidak akan buat aktiviti itu. Namun mereka sudah bangun awal pagi untuk buat aktiviti itu bersama-sama. Mahu tidak mahu dia menurut. Walter mendahului di depan dan dia di belakang suaminya itu. Berpeluh tubuhnya meskipun berjalan tidak sampai lima meter. Peluh yang merenik di dahinya dikesat dengan tangannya. Thelma berjalan lagi bila Walter bergerak. Kakinya yang malas itu jadi rajin mendaki. Seluruh tubuhnya berpeluh bila mendaki beberapa minit. Tubuhnya rasa segar sekali. Otaknya pun rasa kosong saat mendaki itu. Bibirnya terukir senyuman senang. "Be careful," beritahu Walter bila jalan yang dia lalui tadi agak licin. Thelma berjalan penuh berhati-hati. Dia khuatir andai dia jatuh tergelincir. Kalau tanah rata tidak apa ini tanahnya membukit. Tergelincir sahaja mungkin sudah tergolek ke bawah. Dia terus fokus memandang ke bawah. Tidak mahu menga
last updateLast Updated : 2025-02-15
Read more

Bab 47

WALTER selesa mengenakan tuxedo hitam di tubuhnya. Ditilik dirinya di hadapan cermin hias yang besar itu. Setelah pasti dengan penampilannya, barulah dia berpusing menghadap isterinya. Mata terpaku pada hujung gaun labuh isterinya itu yang mencecah lantai. Perlahan matanya naik ke atas dan terleka bila gaun itu sangat indah di tubuh isterinya.Walter terpesona dengan kecantikkan isterinya itu untuk beberapa minit yang lama. Wajah isterinya dihias cantik oleh orang kepercayaannya. Dia expert dalam bidang tersebut. Malah rambut isterinya pun didandan penuh kemas. Rambut atasnya dibuat seperti crown dan selebihnya lepas ke bawah. Setelah memastikan penampilannya tiada cacat celanya, Thelma mula menoleh ke arah suaminya. Mata mereka langsung bertembung dan bibir mereka seraya mengukir senyum lebar. "You look beautiful, lovely. Really really beautiful," ucap Walter sambil mendekati isterinya itu.Tangan Thelma dicapainya lalu dibawa ke atas mendekati
last updateLast Updated : 2025-02-15
Read more

Bab 48

MALAM itu dia tidak mahu berakhir cepat. Dia rasa berat hati untuk pulang ke istana esok hari. Dia belum merelakan Walter untuk pergi kerja dan menyibukkan diri dengan kerjanya. Sedangkan dia tidak tahu nak buat apa di dalam istana itu. "Saya pun tidak mahu malam ini berakhir begitu saja," ujar Walter bersama dengan senyuman penuh makna.Thelma memandang suaminya untuk penjelasan lanjut. Dia tidak mengerti maksud Walter. Entah apa yang ada di fikiran suaminya saat itu dia tidak tahu. "Walter, saya nak awak fokus pada saya selepas ini. Bukan waktu cuti bulan madu ini saja tapi di istana nanti. Saya tidak mahu awak sibuk terus dengan kerja awak. Saya tidak mahu berpisah dua minggu dari awak. Awak suami saya dan saya nak awak beri sepenuh perhatian awak pada saya. Saya janji saya akan jadi isteri yang baik untuk awak. Layan awak bila awak nak. Saya akan berikan semuanya untuk awak tapi awak mesti ada di sisi saya selalu," Panjang lebar Thelma menj
last updateLast Updated : 2025-02-15
Read more

Bab 49

KETIKA kapal itu mendarat dengan selamatnya, berpusu-pusu orang mahu keluar dari kapal itu secepat yang mungkin. Tidak mahu bersesakan. Ada yang tidak tahan dengan ombak. Pelbagai ragam manusia di dalam kapal tersebut. Namun tidak suami isteri yang begitu santai di tempat VIP itu. Segala bagasi mereka sudah dibawa keluar oleh pekerja kapal tersebut.Tinggal mereka untuk melangkah keluar dari tempat itu. Walter mencapai tangan isterinya dan mereka sama-sama menuruni anak tangga itu menuju ke daratan. Selamat kaki mereka mencecah daratan itu, kedatangan mereka disambut oleh seorang pekerja istana selaku pemandu. Kereta sudah disediakan dan mereka terus memasuki kereta tersebut tanpa banyak soal. "Ayahanda dengan bonda ada di istana ke sekarang?" Walter menanya pekerja itu yang bertanggungjawab menyambut kedatangan mereka hari itu."Ada, tuanku. Mereka tengah menanti kedatangan tuanku dengan isteri tuanku," Walter lepas keluh kecil. Fikirnya sampai
last updateLast Updated : 2025-02-22
Read more

Bab 50

HAMPIR senja, Walter berangkat dan meninggalkannya di situ. Suaminya pergi ditemani oleh Max. Bila malam tiba, dia menikmati makan malamnya di meja besar itu bersama keluarga suaminya. Dia tidak sendirian kerana dirinya dilayan mesra oleh keluargan suaminya itu. Dia paling rapat dengan Wanda. Sepanjang mereka makan itu, tidak seorang pun buka bicara. Mereka menikmati kunyahan mereka penuh selera. Selesai makan, mereka dihidangkan lagi dengan pencuci mulut. Thelma gembira sangat. Sambil menikmati pencuci mulut itu, mereka di meja makan itu mulai bersuara untuk memecah keheningan. Pandangan Thelma tertuju pada William. Melihat layanan William yang begitu kasih pada Donna, hatinya tumpang bahagia. Tidak salah lagi dia menolak cinta dari abang iparnya itu. Akhirnya keluarga mereka bersatu atas permintaan Bertha. "Sampai hati kan Walter pergi tinggalkan Thelma sendirian...dahlah baru kahwin, boleh pula Walter pentingkan kerja dia," Wanda memulakan protes seb
last updateLast Updated : 2025-02-22
Read more
PREV
123456
Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status