BUKAN main gembira lagi Thelma bila bertemu dengan Selma dan Yvonne di istana itu. Mereka berpelukan sama untuk melepas rasa rindu. Thelma memeluk tubuh Yvonne penuh erat sekali. Dia dapat rasa tepukan lembut di belakangnya. Dia sangat berterima kasih pada Yvonne.
"Saya fikir keluarga mereka akan menolak awak dengan Walter tapi semuanya diluar dugaan," Selma bersuara, masih belum percaya.Thelma meleraikan pelukan lalu menghadap dua orang perempuan di hadapannya itu. Bibirnya tersenyum terus."Mereka sebahagian keluarga ibu saya. Awalnya saya tidak tahu menahu. Lagipun saya kerja di sini tak pernah lagi terjumpa dengan permaisuri. Itulah tidak kenal langsung. Tapi bila terjumpa dengan Walter kembali, baru saya tahu. Saya pun masih belum dapat percaya tapi itulah...semuanya dah jadi begini. Terima je lah," kata Thelma dengan lapang dada."Saya bangga sekali lihat awak gembira seperti ini. Inilah Thelma yang saya kenal. Terima kasih sebab kuatkanTIGA hari lagi mereka bakal akan disatukan. Bila dikabarkan tentang perkahwinan itu, banyak yang patah hati terutamanya sang perempuan. Putera Walter akhirnya menemukan jodohnya. Di usianya yang mahu menginjak 30, dia akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak menyangka tahun ini menjadi saksi perkahwinan mereka. Susun atur acara sudah diuruskan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab akan hal itu. Segala pakaian untuk pengantin sudah siap dijahit dan direka oleh fashion designer yang sangat popular saat itu. Thelma tersenyum sambil memandang pemandangan di depan matanya itu. Macam tidak percaya sekarang dia berada di dalam istana itu lagi. Kali ini di dalam kamar tetamu. Mereka sekeluarga tidur di istana itu sehingga selesai majlis perkahwinan nanti. Thelma bakal menetap di situ selamanya.Thelma mencuba untuk membiasakan dirinya di dalam istana itu. Dia berkenalan dengan seisi istana itu dan kedatangannya dialukan sekali. Meskipun dia rasa tidak
PERKAHWINAN antara Walter dan Thelma akhirnya berlangsung hari itu. Setelah menunggu begitu lama akhirnya mereka disatukan hari bahagia itu dengan disaksikan oleh keluarga mereka dan rakyat jelata. Seluruh negara menjadi saksi penyatuan dua hati itu. Seperti yang diduga, banyak perempuan yang patah hati dengan perkahwinan itu. Putera yang menjadi idaman kalbu kini dimiliki oleh orang lain. Thelma lah orang yang bertuah kerana dipilih menjadi pendamping hidup putera itu. Dan selama upacara majlis perkahwinan mereka itu diadakan, bibirnya tidak lekang dengan senyuman bahagia. Ada juga momen terharu bila Alfred harus melepas hak penjagaannya pada Walter.Indah tidak terkata bila perkahwinan itu direstui oleh dua belah pihak. Thelma menikmati momen indah itu dengan Walter berada di sampingnya. Tidak lupa juga, Thelma diperkenalkan dengan menteri-menteri negara itu. Bahkan beberapa orang terkenal yang banyak dia tidak ketahui. Dia juga turut diperkenalkan dengan kawan sekerja su
THELMA menoleh bila Walter memanggil namanya. Mereka siap untuk pergi cuti bulan madu mereka di luar negeri. Semuanya sudah diatur oleh Permaisuri Bertha dan Raja Albert untuk mereka berdua. "Is this yours?" Walter menunjukkan rantai yang berada di tangannya. Sekian lama dia menyimpan rantai itu namun belum ada masa untuk disuakan kepada Thelma."Dari mana awak dapat?" Thelma terus mencapai rantai itu penuh teruja. Disangkakan hilang entah di mana ternyata ada bersama Walter."Dalam kamar saya. Di bawah katil dekat meja lampu," Thelma kian mengetahui bila hilangnya rantai itu. Namun dia cepat lupakan kisah hitam itu lalu bibirnya tersenyum lebar. Dia akan kembalikan rantai itu pada pemiliknya. Rantai itu tidak sesuai untuk dirinya kerana kini dia milik suaminya itu."Terima kasih sebab simpan rantai ini. Saya fikir saya tercicir rantai ini di luar istana. Terima kasih, Walter," Thelma langsung menghadiahkan suaminya dengan ciu
KESIBUKAN kota McCaron nyata menyerlahkan kegigihan berpuluh-puluh orang yang sedang bersedia untuk pergi ke tempat kerja. Ada yang tampak menunggu seseorang untuk dijemput. Ada pula berjalan kaki menuju ke stesen keretapi yang berdekatan. Segelintirnya menggunakan kereta sendiri memandu megah di atas jalan tar itu. Di dalam kesibukan itu, ada seorang perempuan dengan rambutnya dibiarkan lepas ke bahu, berjalan kaki menuju ke kedai buku . Kedai buku itu terletak 10 meter dari rumahnya. Saat kakinya menginjak masuk ke dalam kedai buku Monroe's book family, mata bundarnya berwarna kecoklatan itu menyapa sang ayah yang sedang berada di kaunter. "Selamat pagi, ayah!" Sang ayah menyapa kembali. Dia tersenyum dan seperti hari selalunya, dia akan membantu ayahnya di kedai buku itu. Dia mengeluarkan semua papan promo untuk promosi bulan itu hingga hujung bulan depan. Dia menyusun apa yang patut di luar kedai itu sehinggalah dia siap segalanya. Senang hatinya bila beberapa pelanggan mula b
THELMA terus mengatur langkahnya laju ke arah yang telah ayahnya berikan. Kedai buku ayahnya juga melakukan penghantaran secara percuma untuk kawasan terdekat sahaja. Tercunggap-cunggap dia keletihan dek mengejar masa. Sekejap lagi masuk waktu siang. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Mujur ayahnya memberinya sedikit wang saku untuk beli makanan. "Terima kasih ye!" Pelanggan yang menerima tersenyum ramah.Thelma angguk mesra. Memang sudah tugasnya membantu ayahnya. Nanti kalau adiknya habis sekolah, adiknya itu akan menyambung urusan bisnes keluarga mereka."Tunggu sekejap,"Thelma terbantut mahu pergi. Dia menunggu di luar sementara pelanggan tadi masuk ke dalam semula dengan tindakan yang pantas. Beberapa minit sahaja dia memunculkan dirinya lalu dihulurkan beberapa keping wang kertas kepadanya. Thelma tercenggang namun laju sahaja dia menolak pemberian pelanggannya itu."Ambillah...saya tahu awak bersusah payah pergi ke sini. Saya nampak awak kelihatan penat. Terimalah pembe
KERTAS itu diunjuk pada perempuan yang bertanggungjawab dalam menerima kertas ujian dari semua orang yang hadir pada hari itu. Thelma kembali ke asalnya dan agak gugup bila ratanya semua yang hadir dari kalangan yang muda sebaya dengannya. Terlalu banyak yang memohon sehingga Thelma rasa kecil. Sekarang kertas ujian mereka sedang diperiksa oleh pihak atasan. Thelma dan lain hanya menanti penuh sabar. Degupan jantung Thelma tidak setenang tadi. Bila keputusan diumumkan, dia mula gugup. Matanya dilemparkan pada perempuan tadi. Dibalik badannya yang kecil itu, suaranya sangat lantang dan besar. Mudah untuk didengari oleh semua mereka di situ."Samantha Bently," Satu nama diucap. Serentak pemilik nama itu bersorak gembira."Lilibeth Jones," Satu persatu nama disebut yang diterima bekerja di tempat itu. Thelma masih menanti penuh harapan. Berharap namanya disebut di dalam senarai nama yang diterima itu."Thelma..."Thelma berdegup. Namanya disebut ke?"....Alfred," Thelma terkejut. Te
SELESAI memakai pakaian uniform mereka, barulah mereka berdua mengekori langkah Gina dan Lily menuju ke dewan makan yang berada di belakang Beeston girl. Dengan kasut high heel Thelma cuba untuk beriak santai dan selesa. Padahal dalam hati menjerit sakit dan tidak suka. Tapi untuk jaga imej pekerja perempuan di situ, dia cuba hulur senyum palsu. Dipandang Selma yang begitu bangga berjalan dengan high heel nya. Meja makan yang kosong diduduki sebaik mereka selesai mengambil makanan masing-masing. "This is a place that we take our breakfast, lunch and also dinner. Breakfast start 7, lunch at 12 and dinner on 7. No strict rules here but we must obey the rules," Gina bersuara sebelum dia memakan spaghetti di pinggannya.Thelma mendengar sambil menikmati makanannya. Selma di sebelahnya juga turut mendengar."We are most like family here. Be friendly with others," Lily bersuara pula selepas Gina."After this breakfast, I'll bring both of you to Yvonne's office. She'll bring you to your wor
MATANYA tergam pada satu gambar keluarga diraja yang terkini namun kelihatan begitu agak lama. Matanya mengecil sedikit untuk memandang gambar yang kian memudar dalam cetakan itu. King Albert dan Queen Bertha.Mereka mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Putera William, Puteri Wilma, Putera Walter dan Puteri Wanda. Tapi di dalam gambar itu ketika mereka masih kecil. Sekarang mungkin dah tumbuh dewasa. Thelma menyerah bila dia tidak temui gambar baru keluarga diraja itu. Dia belek buku itu namun akhirnya dia menamatkan bacaannya sampai di situ sahaja. Buku ditutup lalu dia menyimpan kembali ke arah rak asalnya tadi. Bila melihat rak tersebut, hatinya mula merindukan sang keluarga yang ditinggalkan di Kota McCaron. Ayah...mama...Theodore...Hatinya bisik rindu akan nama tersebut. Mungkin sekarang ayahnya sedang di kedai buku mereka. Theodore mungkin masih ada kelas tambahan di sekolahnya. Ibunya mungkin tengah memasak untuk makan tengahari mereka sekeluarga di rum
THELMA menoleh bila Walter memanggil namanya. Mereka siap untuk pergi cuti bulan madu mereka di luar negeri. Semuanya sudah diatur oleh Permaisuri Bertha dan Raja Albert untuk mereka berdua. "Is this yours?" Walter menunjukkan rantai yang berada di tangannya. Sekian lama dia menyimpan rantai itu namun belum ada masa untuk disuakan kepada Thelma."Dari mana awak dapat?" Thelma terus mencapai rantai itu penuh teruja. Disangkakan hilang entah di mana ternyata ada bersama Walter."Dalam kamar saya. Di bawah katil dekat meja lampu," Thelma kian mengetahui bila hilangnya rantai itu. Namun dia cepat lupakan kisah hitam itu lalu bibirnya tersenyum lebar. Dia akan kembalikan rantai itu pada pemiliknya. Rantai itu tidak sesuai untuk dirinya kerana kini dia milik suaminya itu."Terima kasih sebab simpan rantai ini. Saya fikir saya tercicir rantai ini di luar istana. Terima kasih, Walter," Thelma langsung menghadiahkan suaminya dengan ciu
PERKAHWINAN antara Walter dan Thelma akhirnya berlangsung hari itu. Setelah menunggu begitu lama akhirnya mereka disatukan hari bahagia itu dengan disaksikan oleh keluarga mereka dan rakyat jelata. Seluruh negara menjadi saksi penyatuan dua hati itu. Seperti yang diduga, banyak perempuan yang patah hati dengan perkahwinan itu. Putera yang menjadi idaman kalbu kini dimiliki oleh orang lain. Thelma lah orang yang bertuah kerana dipilih menjadi pendamping hidup putera itu. Dan selama upacara majlis perkahwinan mereka itu diadakan, bibirnya tidak lekang dengan senyuman bahagia. Ada juga momen terharu bila Alfred harus melepas hak penjagaannya pada Walter.Indah tidak terkata bila perkahwinan itu direstui oleh dua belah pihak. Thelma menikmati momen indah itu dengan Walter berada di sampingnya. Tidak lupa juga, Thelma diperkenalkan dengan menteri-menteri negara itu. Bahkan beberapa orang terkenal yang banyak dia tidak ketahui. Dia juga turut diperkenalkan dengan kawan sekerja su
TIGA hari lagi mereka bakal akan disatukan. Bila dikabarkan tentang perkahwinan itu, banyak yang patah hati terutamanya sang perempuan. Putera Walter akhirnya menemukan jodohnya. Di usianya yang mahu menginjak 30, dia akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya. Tidak menyangka tahun ini menjadi saksi perkahwinan mereka. Susun atur acara sudah diuruskan oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab akan hal itu. Segala pakaian untuk pengantin sudah siap dijahit dan direka oleh fashion designer yang sangat popular saat itu. Thelma tersenyum sambil memandang pemandangan di depan matanya itu. Macam tidak percaya sekarang dia berada di dalam istana itu lagi. Kali ini di dalam kamar tetamu. Mereka sekeluarga tidur di istana itu sehingga selesai majlis perkahwinan nanti. Thelma bakal menetap di situ selamanya.Thelma mencuba untuk membiasakan dirinya di dalam istana itu. Dia berkenalan dengan seisi istana itu dan kedatangannya dialukan sekali. Meskipun dia rasa tidak
BUKAN main gembira lagi Thelma bila bertemu dengan Selma dan Yvonne di istana itu. Mereka berpelukan sama untuk melepas rasa rindu. Thelma memeluk tubuh Yvonne penuh erat sekali. Dia dapat rasa tepukan lembut di belakangnya. Dia sangat berterima kasih pada Yvonne. "Saya fikir keluarga mereka akan menolak awak dengan Walter tapi semuanya diluar dugaan," Selma bersuara, masih belum percaya.Thelma meleraikan pelukan lalu menghadap dua orang perempuan di hadapannya itu. Bibirnya tersenyum terus. "Mereka sebahagian keluarga ibu saya. Awalnya saya tidak tahu menahu. Lagipun saya kerja di sini tak pernah lagi terjumpa dengan permaisuri. Itulah tidak kenal langsung. Tapi bila terjumpa dengan Walter kembali, baru saya tahu. Saya pun masih belum dapat percaya tapi itulah...semuanya dah jadi begini. Terima je lah," kata Thelma dengan lapang dada."Saya bangga sekali lihat awak gembira seperti ini. Inilah Thelma yang saya kenal. Terima kasih sebab kuatkan
SELESAI mengenakan gaun paras pehanya itu, dia merapikan gaya rambutnya pula. Bibirnya dioles dengan gincu. Tarik nafas hembus nafas. Hatinya lega bila akhirnya dia selesai berdandan. Gaun di tubuhnya ditenung penuh kagum. Indah sekali rekaannya meskipun tidak terlalu mendedahkan. Ketukan di pintu menyedarkannya dari kekaguman itu. Dia menoleh dan terjengul kepala ibunya di muka pintu biliknya itu. Bibirnya seraya tersenyum."Dah siap?" Soal Marlene. "Dah," Marlene melangkah masuk. Tubuh anaknya dihampiri. Bibirnya tersenyum, dalam hati memuji kecantikan anaknya itu. "Kamu cantik sekali," "Ibu juga cantik," Mereka sama-sama tersenyum lebar. Mereka berdua sama-sama keluar dari bilik itu lalu menuju ke ruang depan di mana Alfred dan Theodore sedang menanti mereka. "Semua dah siap? Kereta dari istana sudah ada di luar," Alfred menanya memandangkan perjalanan mereka agak jauh kali ini. Dia tidak mahu mereka t
KEPULANGANNYA disambut oleh orang tuanya di muka pintu rumah. Thelma tersenyum memandangkan hari itu pertama kali dia mengajak Walter ke rumahnya untuk bertemu dengan orang tuanya. Thelma nak orang tuanya terima Walter apa adanya sebelum mereka disatukan nanti. "Silakan masuk," pelawa Marlene dengan senang hati. Walter senyum lalu melangkah masuk ke dalam rumah Thelma dan sekeluarga. Dulu rumah itu kecil sahaja tapi sekarang sudah diubahsuai menjadi agak besar sedikit. Walter henyak punggungnya di sebelah Thelma, berhadapan dengan Alfred dan Marlene. Matanya melilau mencari keberadaan Theodore di dalam ruang rumah itu."Theodore tak ada di rumah. Dia keluar sebentar tadi dengan kawan dia," beritahu Alfred bila perasan tingkah laku bakal menantunya itu.Walter angguk senyum. Marlene dan Thelma beredar ke ruang dapur. Tinggal Alfred di situ bersamanya. "Dah lama kenal dengan Thelma? Pak cik perasan hari itu awak berdua berbual tidak keko
PERTEMUAN kedua mereka akhirnya dilaksanakan hari itu. Thelma sangat cantik sekali. Dia seperti perempuan anggun dengan gaun longgarnya itu. Paras lututnya. Rambutnya dibiarkan lepas bebas tidak terikat. Saat itu dia duduk berhadapan dengan lelaki yang menutup separuh mukanya. Mereka sedang menikmati makan tengahari mereka di sebuah restoran mewah dan semuanya telah dibayar oleh lelaki itu.Thelma ukir senyuman bila mata mereka bertembung. Sepanjang mereka makan itu, tiada patah bicara keluar dari mulut mereka. Mereka menikmati hidangan makanan di atas meja itu. Usai makan tengahari itu, Tobias membawanya ke hotel yang mereka pernah sewa dulu cuma berlainan bilik sahaja. "Kenapa banyak tempat...awak bawa saya dekat sini?" Soal Thelma dengan senyuman di bibirnya."Privacy," Thelma angguk mengerti. Bibirnya masih tersenyum."Awak ada simpan rahsia yang saya tidak tahu ke?" Tiba-tiba Thelma menukar topik perbualan mereka. Tobias
HARI sudah menginjak ke petang. Namun suhu panasnya tidak berkurangan. Thelma mengibas tangannya ke muka untuk menyejukkan dirinya. Namun dia menanti juga di situ bersama kedua orang tuanya. Kalau bukan disebabkan Theodore, memang dari awal tadi dia sudah angkat kaki. Di depan kem itu, bukan mereka sahaja yang menunggu. Ada lagi keluarga lain yang tujuannya seperti mereka. Hari itu merupakan tamatnya kursus rekrut baru dan selepas ini mereka menjadi seorang tentera yang sejati. Thelma bangga dengan adiknya itu kerana cita-citanya sudah tercapai. Beberapa jam menanti, akhirnya keluar juga pasukan rekrut baru dalam barisan. Selesai barisan itu, mereka berpecah mencari keluarga masing-masing. Ada yang melepaskan tawa bahagia bersama, ada yang menangis terharu, ada juga gembira tidak terucap dengan kata-kata. Momen itu sangat indah bila dinikmati bersama keluarga tersayang. Theodore memunculkan dirinya. Berlari laju meluru ke arah Alfred da
BEBERAPA hari lalu dia menolak permintaan bondanya. Dia tidak suka dengan kahwin jodoh kerana hatinya sudah dimiliki oleh seorang perempuan yang sangat dia cintai. Dia sudah menunggu terlalu lama. Tapi Bertha tidak mengerti perasaannya itu. Bondanya terus menerus mendesaknya untuk bertemu dengan jodoh pilihannya itu. Bahkan mereka sudah dijodohkan dari kecil lagi tapi dia langsung tidak ingat gerangan perempuan merangkap teman kecilnya itu. Namun dia menurut juga. Di dalam bilik itu dia hanya berdua bersama perempuan itu. Bibirnya tersenyum namun hatinya gembira tidak terkira. Dia kenalkan dirinya sebagai Tobias padahal dirinya adalah lelaki yang Thelma kenal sangat. Dia takut Thelma pergi andai dia tahu perkara sebenar.Dia menutup separuh wajahnya kerana dia kenal sangat dengan Thelma. Thelma masih sama seperti dulu. Tidak menyangka mereka dipertemukan hari itu dalam hujan lebat. Mereka kebasahan dan larut dalam nafsu mereka. Tiada petanda hujan itu ma