Home / YA/TEEN / The First Snow (Bahasa Malaysia) / Chapter 1 - Chapter 10

All Chapters of The First Snow (Bahasa Malaysia): Chapter 1 - Chapter 10

56 Chapters

01

MALAYSIA. Sepasang suami isteri sedang duduk di ruang tamu sambil membincangkan sesuatu dan perkara itu kelihatannya seperti agak serius. Pasangan tersebut dikenali sebagai Puan Amiran Binti Abdullah manakala suaminya Encik Murshid Bin Sulaiman.  Mereka menoleh ke arah anak tunggal mereka yang sedang leka duduk di meja belajar sambil mengulang kaji pelajaran. Namun, dari tadi kepalanya asyik teranguk-anguk mengikut rentak lagu yang diputarkan di corong headfonnya. "Am...." panggil Puan Amiran dengan nada sederhana. Namun, anak tunggal mereka itu langsung tidak menyahut panggilan tersebut. "Am!" sekali lagi Puan Amiran memanggil kali ini suaranya ditinggikan sedikit. Namun, masih tetap sama seperti tadi. Tiada sahutan atau toleha
Read more

02

KOREA SELATAN."Akhirnya!" turun saja dari pesawat Korean Air, Am terus mendepakan tangannya lalu menghirup udara segar melalui rongga hidung yang sejak tadi kembang kempis dengan sendiri.Namun tidak lama selepas itu, dia terbatuk kerana bukan udara segar yang di sedut sebaliknya habuk dari jalan tar lapangan terbang itu. Encik Murshid dan Puan Amiran tergeleng kepala melihat Am sedang memengang tengkuknya seolah-olah sedang tercekik sesuatu. Memamg kuat berdrama anak mereka ini."Baba! Tolong Am...." Pinta Am dengan suara yang tersekat-sekat namun, tangannya segera ditarik oleh Puan Amiran."Jangan buat malu mama dengan baba dekat sini. Dah jom masuk." Kata Puan Amiran sambil menepuk bahu Am dengan perlahan. Setelah itu, Am hanya menurut langkah Puan Amiran dan Encik Murshid masuk ke dalam bangunan. Drama yang baru saja hendak dilakonkan tidak menjadi apabila
Read more

03

"Aish Am ni buat malu mama dengan baba ajelah!" rungut Puan Amiran yang kini berada di dalam teksi bersama-sama dengan anak dan suaminya."Ala ma... budak tu yang cari pasal dulu tau, dia yang main tunding-tunding jari dekat Am!" cebik Am lalu memeluk tubuhnya sendiri. Inilah perkara yang paling Amsyar Munirah tidak suka! Segala kesalahan orang lain, Puan Amiran suka menyalahkan dirinya seorang saja."Ya memang budak tu yang cari pasal dulu, tapi Am tak sepatutnya buat dia macam tu tau! Dia tu pelajar pertukaran dari Malaysia dan dia tu lelaki! Am tu pula perempuan, jagalah sikit perangai tu Am. Kita baru je sampai Korea. Hormatlah orang sikit. Peninglah kepala mama macam ni. Nasib baiklah pengawal keselamatan tu terima budi bicara mama dan budak tu pun terima permohonan maaf Am. Kalau tak? Dah lama Am kena hantar balik ke Malaysia tau!" bebel Puan Amiran panjang menjela.Am pula sudah lali dibele
Read more

04

"Ha dah kenapa pula tu?" tanya Puan Suria yang terdengar jeritan nyaring Am sebentar tadi. Nyaringnya mengalahkan ikan paus melalak dalam laut, sakit telinga Puan Amiran dibuatnya."Tak ada apa mami, nyamuk tadi." Jawab Puan Amiran sambil menjegil ke arah Am. Memberi isyarat supaya jangan bersuara."Jangan dicubit cucu aku tu Miran, cucu kesayangan aku tu." Kata Puan Suria semula sambil membetulkan kain batik yang hampir-hampir nak terlondeh dari pinggangnya.Puan Suria masak sangat dah dengan perangai anak-beranak dia. Suka sangat bergaduh tak kena tempat. Am dengan perangai tak semenggahnya, Puan Amiran dengan bebelannya. Tergeleng kepala Puan Suria mengenangkan sikap anak dan cucunya itu."Aih! Tadi mami pukul dia tak apa pula? Miran cubit sikit je ha, tak rasa sakit pun. Kan Am?" tanya Puan Amiran selamba sambil menyiku tangan Am supaya mengiyakan da
Read more

05

Am segera menghidupkan enjin motornya, dia langsung tak menyangka lelaki yang dilanggarnya tadi adalah seorang manusia yang tak nomal. Bebelan lelaki itu membuatkan semua mata baik si penjalan kaki mahu pun yang menaiki kenderaan memandang ke arah mereka berdua. "Ha kau nak pergi?" tanya lelaki itu sambil menahan motor skuter Am dari bergerak pergi. Am mengetap bibir bawahnya. Matilah dia kali ni, macam manalah dia boleh terjumpa pula dengan manusia tak normal tu. "Nak baliklah..." jawab Am selamba membuatkan lelaki tadi menyepetkan matanya yang sememangnya sudah pun sepet. "Apa? Balik? Habis barang-barang aku siapa nak ganti?" tanya lelaki itu lagi dengan wajah serius. Am memandang ke kiri dan ke kanan. "Ada nampak aku yang rosakkan barang-barang kau ke? Tak kan? Aku cuma terlanggar kau, jadi barang-barang kau bukan tanggungjawab akulah!" jawab Am lagi tidak mahu bertanggu
Read more

06

Am berhentikan semula motorsikal itu. "Apasal kau naik motor aku?" tanya Am separuh menjerit tidak puas hati."Aku dah lambat ni! Cepat jalan!" arah Kasyaf tanpa ada rasa mahu turun dari motor itu."Kau ingat ni motor bapak kau ke? Nak main arah-arah aku pula!" soal Am diakhiri dengan nada meninggi. Kecil besar kecil besar je dia tengok lelaki yang membonceng motornya itu. Nasib baik kaki dia sakit, kalau tidak dah lama dia bagi sepakan ribut taufannya."Aish. Masalahlah kau ni. Turun!" marah Kasyaf pula dan Am pun turun dengan lurus bendulnya dari motor tersebut.Sebaik saja Am turun dari motor, Kasyaf terus bergerak ke depan dan menyuruh Am naik semula. Tetapi, kali ni Am pula yang perlu membonceng motor tersebut."Hoi! Ni motor aku, kau yang turun!" marah Am sambil menendang perlahan kaki Kasyaf."Nak naik ke tak nak? Tak nak aku tingg
Read more

07

"Mr. Kook, saya rasa perut saya memulas! Saya kena ke tandas dulu!" kata Kasyaf sambil membuat aksi membongkok kononnya sedang menahan sakit. Tanpa memunggu lama di situ, dengan pantas Kasyaf melarikan diri dari Mr. Jongkook."Yah! Yah!" akhirnya Mr. Jongkook mengangkat tangan. Hidungnya tercium bau ketiak sendiri. Terus laju dia menutup hidung gara-gara mahu termuntah.Kasyaf yang sudah menaiki tangga untuk ke biliknya berasa lega seketika. Akhirnya dia terlepas juga dari Mr. Jongkook yang ditakuti oleh ramai pelajar. Bukan kerana dia terlalu garang tetapi, takut kerana bau ketiak dan mulutnya yang terlalu menyengat.Tetapi, hasil Kasyaf melarikan diri dari Me. Jongkook nampak macam dia keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau. Terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai oleh Jackson sedang berada di hadapan pintu bilik Kasyaf ketika ini."Yes? Can I help you?" tanya Ka
Read more

08

"Mr. Kook, saya rasa perut saya memulas! Saya kena ke tandas dulu!" kata Kasyaf sambil membuat aksi membongkok kononnya sedang menahan sakit. Tanpa memunggu lama di situ, dengan pantas Kasyaf melarikan diri dari Mr. Jongkook. "Yah! Yah!" akhirnya Mr. Jongkook mengangkat tangan. Hidungnya tercium bau ketiak sendiri. Terus laju dia menutup hidung gara-gara mahu termuntah. Kasyaf yang sudah menaiki tangga untuk ke biliknya berasa lega seketika. Akhirnya dia terlepas juga dari Mr. Jongkook yang ditakuti oleh ramai pelajar. Bukan kerana dia terlalu garang tetapi, takut kerana bau ketiak dan mulutnya yang terlalu menyengat. Tetapi, hasil Kasyaf melarikan diri dari Me. Jongkook nampak macam dia keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau. Terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai oleh Jackson sedang berada di hadapan pintu bilik Kasyaf ketika ini. "Yes? Can I help you?" t
Read more

09

Seminggu sudah berlalu, leteran demi leteran Am sumbat ke telinga melalui telinga kanan dan keluar ke telinga kiri.Dia tak mahu masuk ke sekolah baru gara-gara Puan Amiran dan Encik Murshid tak mahu masukkan dia ke dalam sekolah lelaki sahaja.Dia tu perempuan, mana mahunya masuk sekolah lelaki. Agaknya dah ada wayar putus dalam kepala sebab itu beria sangat nak masuk sekolah lelaki."Sampai bila ni, Am nak macam ni? Tak nak pergi sekolah? Mama dengan baba pindah sini lama tau bukan sehari dua. Sekarang pun dah seminggu berlalu," pujuk Puan Amiran.Am yang sedang meniarap sambil bermain dengan pspnya langsung tidak mahu mendengar pujukan itu kerana dia tahu kalau dia menjawab kejap lagi Puan Amiran mula beleter teruk."Hei Ira... kamu dengar ke tak mama kamu cakap apa tu?" tiba-tiba Puan Suria menyampuk dari pintu bilik Am membuatkan Am terus menggosok telinga se
Read more

10

Minggu kedua Kasyaf berada di Shin High School. Setakat ini, kehidupannya berjalan dengan lancar walaupun asyik dikerumuni pelbagai pelajar dari peringkat umur. Hari ini, seperti biasa Kasyaf akan bangun awal untuk menjamah roti dan air susu halal yang dibelinya di kedai serbaneka 24 jam setiap hari. Selesai bersarapan sendiri Kasyaf terus bangun dan mengambil kasut sekolahnya yang berada di hujung katil. "Kay!" jerit Suho dari luar bilik. "Apa?" tanya Kasyaf tanpa ada rasa mahu membukakan pintu bilik itu untuk Suho masuk ke dalam biliknya. "Aku nak tanya, kau ada perfume tak? Perfume aku dah habis, roomate aku pun tak pakai perfume." Laung Suho dari luar. "Kejap, balas Kasyaf sambil mengapai minyak wanginya yang terletak di dalam almari pakaian. Seraya itu langkahnya menuju ke arah pintu bilik lalu membukanya. Laju dia menghulur botol mi
Read more
PREV
123456
DMCA.com Protection Status