"Mr. Kook, saya rasa perut saya memulas! Saya kena ke tandas dulu!" kata Kasyaf sambil membuat aksi membongkok kononnya sedang menahan sakit. Tanpa memunggu lama di situ, dengan pantas Kasyaf melarikan diri dari Mr. Jongkook.
"Yah! Yah!" akhirnya Mr. Jongkook mengangkat tangan. Hidungnya tercium bau ketiak sendiri. Terus laju dia menutup hidung gara-gara mahu termuntah.
Kasyaf yang sudah menaiki tangga untuk ke biliknya berasa lega seketika. Akhirnya dia terlepas juga dari Mr. Jongkook yang ditakuti oleh ramai pelajar. Bukan kerana dia terlalu garang tetapi, takut kerana bau ketiak dan mulutnya yang terlalu menyengat.
Tetapi, hasil Kasyaf melarikan diri dari Me. Jongkook nampak macam dia keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau. Terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai oleh Jackson sedang berada di hadapan pintu bilik Kasyaf ketika ini.
"Yes? Can I help you?" tanya Kasyaf tanpa ada sekelumit pun rasa takut dengan kumpulan tersebut.
"Haaa... balik pun kau," sapa Yugyeom dengan nada meninggi. Merupakan pelajar kedua terkaya dalam Shin High School.
"Kenapa?" soal Kasyaf tidak mengerti mengapa Yugyeom perlu meninggikan suaranya sedangkan hanya mereka berpalan di situ.
Youngjae, pelajar paling digemari ramai walaupun mulut lebih kurang macam busut puaka mula mendekati Kasyaf. Tanpa banyak bicara, Youngjae terus mencengkam kolar baju Kasyaf dan menolak lelaki itu sehingga belakangnya berlaga dengan pintu bilik.
"Apa ni? Lepaslah!" marah Kasyaf sambil menarik tangan Youngjae menjauhinya.
"Mana makanan kami?" soal Jaebum pula yang kelihatan lebih tinggi dari yang lain.
"Makanan apa ni? Sejak bila pula aku kena belikan korang makanan?" tanya Kasyaf kehairanan. Dia baru saja hendak menyesuaikan diri dalam sekolah tu. Tiba-tiba datang sekumpulan pelajar bertanyakan tentang makanan mereka. Siapa yang tak berkerut kening dibuatnya.
"Kau orang ingat aku ni makcik kafe ke tiba-tiba datang serbu aku tanya makanan?" soal Kasyaf lagi apabila soalan pertamanya tidak dijawab mereka.
"Ei! Kau budak baru tu kan?" Jaebum mengacah mahu menampar Kasyaf tetapi tak pula dia teruskan.
"Kalau ya pun kenapa?"
"Kau ni memang dasar budak baru betul. Kalau kau nak tahu, dekat sekolah ni ada peraturan. Pelajar baru kena layan kami bertujuh macam raja sepanjang kau belajar dekat sini. Kalau tidak, tahulah nasib kau nanti macam mana." Youngjae mengertak Kasyaf dengan menumbuk bahu lelaki itu.
"Wait! Wait the minute! Aku tak faham, asal pula aku kena layan korang macam raja? Aku bukannya kuli korang pun. Tambahan lagi, aku ni pelajar pertukaran dari Malaysia. Bukan pelajar baru yang sesenang kulit kacang korang nak buli! Dah tepi tangan kau ni, kalau tak aku jerit panggil Mr. Jongkook." Dengan beraninya Kasyaf melawan kata-kata mereka membuatkan Youngjae cuba menumbuk wajahnya.
"Youngjae!" suara garau seseorang kedengaran dan ianya milik ketua mereka iaitu Jackson. Youngjae menahan tangannya sendiri dari terus menumbuk Kasyaf.
"Lepaskan dia," arah Jackson.
"Weh! Seriuslah nak lepaskan? Dia ni kurang ajar kot." Bentak Youngjae dan sekali lagi mahu menumbuk Kasyaf.
"Hoi! Aku cakap lepaskan dia. Lepaskan dia, sabar dulu. Dia belum kenal siapa kita. Jadi, kita bagi peluang dia kenal dulu." Tegah Jackson lantas mengukir senyuman sinis.
"Tak guna betul!" Youngjae menghentak dada Kasyaf sehingga badan lelaki itu terhendak ke pintu bilik. Akibat dari hentakan kuat itu, pintu bilik Kasyaf terus terbuka dengan sendiri.
"Habis tu takkan nak biar je?" soal Jinyoung yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Kini, baru kedengaran suaranya berbunyi bertanyakan soalan yang agar kurang bernas.
Jackson mula menonyoh hidungnya. Pandangannya merenung Kasyaf tajam.
"Macam biasa. Jaebum, Jinyoung. Korang uruskan." Sebelum berlalu pergi sempat Jackson menendang kaki Kasyaf.
"Baik bos," laju Jaebum menarik tangan Kasyaf lalu dibawa masuk ke dalam bilik.
"Korang nak buat apa ni?" tanya Kasyaf mula panik. Namun, soalannya langsung tidak dijawab. "Lepaslah!" Kasyaf mula menolak tangan mereka dari bahunya. Setelah berjaya meloloskan diri. Kasyaf terus menolak mereka berdua keluar dari dormnya.
"Weh! Weh! Weh!" Jinyoung cuba menahan dirinya dari ditolak Kasyaf. Memandangkan hanya tinggal mereka bertiga saja di situ kerana yang lain sudah pun menghilangkan diri. Kekuatan Jaebum dan Jinyoung agak berkurangan dari tadi.
Setelah berjaya menolak mereka keluar dari biliknya. Pintu bilik ditutup rapat lalu menguncinya. Untung dia, bilik itu hanya dihuni oleh dia seorang saja. Kalau berkongsi agaknya riuh rendah jadinya.
"Arghh! Tak guna betullah!" getus Jaebum sambil menendang pintu bilik dorm Kasyaf.
"Tak apa Bum, aku rasa betul kata Jackson. Dia belum kenal siapa kita, tunggu nanti. Ada ubi ada batas, ada hari kita balas. Dahlah, jom balik dorm. Semak duduk sini lama-lama." Ajak Jinyoung lalu mereka terus bergerak balik ke bilik masing-masing.
๐ผ๐ผ๐ผ
Sementara itu, jam tepat menunjukkan pukul 9 malam. Dari tadi Puan Amiran dan Encik Murshid tak senang duduk dibuatnya.
Anak dara mereka masih belum pulang. Jika di Malaysia pukul 10 begini anaknya itu sudah masuk tidur. Walaupun bersikap annoying dan tomboi, Am tetap pandai jaga diri sendiri.
"Mana ni bang... lamanya dia keluar. Aduhlah, jangan jadi macam kat lapangan terbang tadi sudahlah." Omel Puan Amiran sambil berkerut dahi. Menunjukkan yang dia betul-betul risau dengan anak tunggal mereka itu.
"Sabarlah Miran, kejap lagi dia balik tu. Dia cucu aku, aku tahulah." Sampuk Puan Suria cuba menenangkan anaknya dari kerisauan yang agak serius. Puan Amiran terus berdengus kasar.
"Mami dengan abang suka sangat manjakan budak tu tau. Mana taknya dia keras kepala!" bidas Puan Amiran. Dia tengah risau mana boleh bersabar, selagi wajah Amsyar Munirah tu tak terjojol depan mata dia memang dia tak boleh nak bersabar.
"Eh! Apa kau ni Miran, aku baru jumpa dia hari ni. Dah kata aku manjakan dia pula. Kamu laki bini yang manjakan dia. Babitkan aku pula," jawab Puan Suria pula sambil menjeling tajam ke arah anak menantunya itu.
Sahlah dia tahu dah perangai Am tu ikut perangai siapa. Mesti maminya yang memang otak gila-gila. Dah tua pun lagak macam orang muda. Tak sedar pula tu, ikat kain batik pun berselerak. Nyaris-nyaris je nak terlondeh. Tergeleng kepala Puan Amiran kenangkan perangai ibunya yang seorang ini.
Puan Amiran mengurut dahinya yang terasa sakit. Pening dia nak menghadap perangai anak dan maminya itu. Encik Murshid pula dari tadi steady je baca surat khabar online.
Tiba-tiba suara Am kedengaran sedang bersiul-siul di laman rumah mereka membuatkan Puan Amiran segera bangun dari duduk dan bergegas keluar dari rumah.
"I'm coming home, I'm coming home. Lost the way, I'm coming home..." ewah-wah sedap pula si Am ni bernyanyi-nyanyi ya. Gembira sungguh!
"Amboi-amboi! Baru reti nak balik? Dah malam kamu ke mana Am?" sergah Puan Amira tidak berpuas hati sambil bercekak pinggang di atas tangga. Tanga yang menghubungkan rumah di atas dan laman di bawah.
"Aduh mama... Memang suka eh buat Am terkena serangan lipas kudung?" seloroh Am sambil memengang dadanya kerana terkejut melihat Puan Amiran di hadapannya.
Dalam banyak-banyak tempat, depan tangga juga Puan Amiran nak berdiri. Dengan bercekak pinggangnya, dengan pakai masker dekat mukanya ditambah pula dengan baju tidur burung kelawar besar gedabak dari badan pula tu. Cukup pakej untuk jadi burung hantu!
"Kamu tu dari mana?" soal Puan Amiran tegas.
"Marah-marah ni nak bawa ke mana ma?" tanya Am sambil tersengih-sengih. Soalan Puan Amiran langsung tidak dijawabnya.
"Kamu balik naik apa? Mana motor nenek? Kenapa balik naik teksi?" bertubi-tubi soalan Puan Amiran membuatkan Am mencebik.
"Mama... kalau mama nak tahu, motor nenek tu dah lama. Dah berkarat, nenek jarang bawa. So bila Am bawa, tiba-tiba motor tu meletup pop pop pop. Nak dipendekkan cerita. Am tinggallah motor tu. Kan habis cerita?" terang Am dengan panjang lebar sambil bergaya seolah-olah dialah pencerita paling hebat di abad ke-21 ini. Siap menyuruh Puan Amiran bayangkan lagi adegan ceritanya tadi.
"APA?"
Seminggu sudah berlalu, leteran demi leteran Am sumbat ke telinga melalui telinga kanan dan keluar ke telinga kiri.Dia tak mahu masuk ke sekolah baru gara-gara Puan Amiran dan Encik Murshid tak mahu masukkan dia ke dalam sekolah lelaki sahaja.Dia tu perempuan, mana mahunya masuk sekolah lelaki. Agaknya dah ada wayar putus dalam kepala sebab itu beria sangat nak masuk sekolah lelaki."Sampai bila ni, Am nak macam ni? Tak nak pergi sekolah? Mama dengan baba pindah sini lama tau bukan sehari dua. Sekarang pun dah seminggu berlalu," pujuk Puan Amiran.Am yang sedang meniarap sambil bermain dengan pspnya langsung tidak mahu mendengar pujukan itu kerana dia tahu kalau dia menjawab kejap lagi Puan Amiran mula beleter teruk."Hei Ira... kamu dengar ke tak mama kamu cakap apa tu?" tiba-tiba Puan Suria menyampuk dari pintu bilik Am membuatkan Am terus menggosok telinga se
Minggu kedua Kasyaf berada di Shin High School. Setakat ini, kehidupannya berjalan dengan lancar walaupun asyik dikerumuni pelbagai pelajar dari peringkat umur. Hari ini, seperti biasa Kasyaf akan bangun awal untuk menjamah roti dan air susu halal yang dibelinya di kedai serbaneka 24 jam setiap hari. Selesai bersarapan sendiri Kasyaf terus bangun dan mengambil kasut sekolahnya yang berada di hujung katil. "Kay!" jerit Suho dari luar bilik. "Apa?" tanya Kasyaf tanpa ada rasa mahu membukakan pintu bilik itu untuk Suho masuk ke dalam biliknya. "Aku nak tanya, kau ada perfume tak? Perfume aku dah habis, roomate aku pun tak pakai perfume." Laung Suho dari luar. "Kejap, balas Kasyaf sambil mengapai minyak wanginya yang terletak di dalam almari pakaian. Seraya itu langkahnya menuju ke arah pintu bilik lalu membukanya. Laju dia menghulur botol mi
"Selamat pagi Mrs Jee," sapa Mr Kwan yang berdiri di pintu kelas 4-B2."Oho... Mr Kwan. Kenapa awal-awal datang kelas saya ni? Nak ajak dating, tunggulah rehat nanti." Tersipu malu Mrs Jee dibuatnya apabila Mr Kwan tidak lekang dek senyumannya."Eh bukan cikgu," balas Mr. Kwan terus senyuman sipu Mrs. Jee mati. Semua pelajar kelas itu sudah mula menahan ketawa melihat gelagat Mrs Jee."Oh, hem hem... jadi ada apa cikgu ke sini?" soal Mrs. Jee selepas berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa malunya."Ni saya ada bawa pelajar baru." Terang Mr. Kwan."Oh ya? Mana budaknya?" Mrs. Jee mula terjengguk-jengguk keluar bilik darjah mahu melihat mana pelajar yang dikatakan oleh Mr Kwan tu."Silakan..." panggil Mr Kwan dan pelajar itu pun masuk ke dalam kelas.Kasyaf yang tadi hanya memerhati tanpa reaksi, kini matanya terbeliak deng
"Hello?" Jimien melambai tangan ke depan muka Hira. Gadis itu dari tadi mencebik dan termenung saja sambil menongkat dagu sendiri."Kau tengoklah tu Mien! Handsomenya, Am nama dia. Aduh, aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertamalah Jimien! Omo ottokhaji? (macam mana sekarang?)" omel Hira panjang lebar sambil mengoncang lengan Jimien. Sampai naik pening kawan dibuatnya."Yah! Yah!" Jimien cuba menolak tangan Hira dari mengoncang lengan dia. Naik rimas jadinya, digoncang lengan sampai pening."Kau ni angau teruk sangat ni. Demam ke?" soal Jimien sambil meletakkan tangan ke dahi Hira. Mahu merasa sama ada panas atau tidak suhu badan rakan semejanya itu.Hira mula mendecit kuat, lalu menolak kasar lengan Jimien."Aku nak ikut dia orang pergi bilik guru. Kau nak ikut tak?" tanya Hira dengan senyuman melebar. Mata pula bersinar-sin
"Sampai bila kita nak lari ni?" tanya Am separuh menjerit ke arah Jimien dan juga Kasyaf yang berada di kiri dan kanannya.Kini, mereka bertiga sedang berlari laju seolah-olah didenda oleh guru."Kena kejar Hira sampai dia berhenti. Dia memang cepat melatah! Tambah-tambah kalau dia terkejut." jerit Jimien."Asal aku kena join sekali!" jerit Kasyaf pula sambil menolak-nolak bahu Am."Manalah aku tahu!" balas Am pula yang turut menolak tangan Kasyaf dari menolak bahunya.Tidak semena-menanya mereka masuk ke padang dan berlari laju hanya kerana mahu memberhentikan Hira dari terus berlari.Akhirnya, kedengaran loceng rehat bergema ke segenap ruangan sekolah mereka. Am berhenti dari terus berlari dan memandang ke belakang lalu tergolek jatuh. Penat yang dialaminya mengalahkan atlet balapan. Tercugap-cugap Am dibuatnya, habis habis baju sekolah
"Weh kau fikir tak apa aku fikir?" tanya Jinyoung sambil tersenyum senget ke arah Jaebum."Apa benda kau ni?" soal Jaebum yang sedang mencuci tangan di singki. Dia tak faham dengan kawannya yang pendek ini. Mereka bukannya duduk dalam satu tubuh yang sama, hati dan fikiran pun lain-lain tiba-tiba tanya soalan begitu. Terang lagi bersuluhlah Jaebum tak tahu apa yang difikirkan oleh Jinyoung."Adui kau ni, kita sekat jalan budak tu. Apa lagi, kerja macam biasalah." Jinyoung menepuk-nepuk bahu Jaebum sambil sekejap-sekejap dia menoleh ke arah pintu bilik tandas Am."Oh ya tak ya juga kan, ha jomlah." Otak Jaebum baru saja dapat berfungsi dan barulah dia faham apa yang difikirkan oleh Jinyoung ketika itu.Mereka berdua melangkah keluar dari tandas. Seperti biasa, tunggu di luar tandas untuk mengenakan mangsa buli mereka. Mata Jaebum melirik ke sekelili
Jam menunjukkan pukul 3 petang. Kini Am berada di taman bunga. Keluhan berat dilepas dengan malas."Tak guna betul! Kalau dekat Malaysia cikgu yang main denda-denda ni. Dekat sini pengawas sendiri yang denda pelajar. Apa hal lah hidup aku ni! Malaysia camni, Korea camtu! Ahhhsetoreslahaku gini!" bebel Am sendirian sambil buat kerja tak ikhlas.Segala daun dan rumput kering di taman bunga itu diambil dengan kasar. Menyampah! Itu belum lagi dia kena beritahu keluarganya tentang hal masuk asrama, lagi haru hidup dibuatnya."Apa kau bebelsorang-sorang tu?" Seorang lelaki yang agak tinggi sedikit daripada Am mendekatinya sambil mengunyah sesuatu di dalam mulut."Kau siapa? Jangan kacau aku!" marah Am yan
"Asrama?" Puan Amiran seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru saja Am terangkan tadi. "Asrama lelaki ke perempuan?" tanya Puan Amiran lagi dan Am hanya mengangkat bahu. "Ma kalau tak setuju, tulis hangul besar-besar yang mama tak setuju habis cerita. Biar Mrs. Jee tu tahufamilyAm tak suka Am duduk asrama hahaha," kata Am dengan panjang lebar diakhiri dengan ketawa seronok. "Bagus juga cadangan cikgu tu," tiba-tiba suara terkejut Puan Amiran berubah kepada suara biasa. Am mula membulatkan mata. "Mama!" jerit Am. Encik Murshid mula mengenyit matanya kepada Puan Amiran. Puan Amiran tersenyum lebar. "Da
"Mama apa dia buat dekat sini ma?" soal Am sambil mengoncang tangan Puan Amiran dengan laju. Pening ibunya makin menjadi-jadi dengan perangai dia. Akhirnya, Puan Amiran menepis tangan Am kasar lantas tersenyum mesra kepada tetamu tersebut."Sabarlah dulu Am..." pujuk Puan Amiran manakala Puan Kemelia atau lebih mesra dipanggil Puan Lia itu hanya tersenyum melihat kekraban keluarga sahabatnya di hadapan mata. Terlihat begitu menyenangkan walaupun Am sebenarnya berperangai tidak sepatutnya ketika di hadapan tetamu."Am, mama dengan Aunty Lia ni dah lama dah cadang benda ni," kata Puan Amiran sambil menarik Am untuk duduk di sofa. Am hanya menurut kerana dari tadi tangan Puan Amiran asyik mencubit pinggangnya saja.Setelah Am melabuhkan punggung, Puan Amiran mula tersenyum lebar.
Beberapa hari kemudian...Kini, tibalah waktunya Am untuk pulang ke rumah. Setelah beberapa hari dia menghabiskan masa di rumah tumpangan di Itaewon. Dia memberitahu kepada Puan Amiran dan Encik Murshid yang dia pergi becuti sekejap untuk mengambil angin dan hilangkan stress menghempas pulas belajar.Puan Amiran tahu Am pandai menjaga diri jadi kedua ibu bapanya memberi izin walaupun anak mereka baru mencecah 16 tahun dan tidak lama lagi akan menjadi seorang remaja berumur 17 tahun! Tetapi, kepercayaan keluarganya teramat tinggi menyebabkan Am tidak berani melakukan perkara lain selain bergaduh dan berlawan dengan orang yang cuba mencari masalah dengan dirinya.Perlawanan bola keranjang Kasyaf juga tidak dihadiri kerana tidak mahu menunjukkan diri kepada khalayak pelajar di sekolahnya
"Kay mana?" soal Am. Bercakap tentang Kasyaf, sejak awal pagi tadi dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Am jadi tertanya-tanya pula, ke mana lelaki itu pergi. Pandangan matanya kini meliar mencari di mana kelibat rakan sebiliknya itu."Kay terpaksa balik awal. Hari ni dia tak ambil exam. Eh! kau tak tahu ke?" kata Suho, terkejut."Tak. Aku bangun-bangun dia dah tak ada, kenapa dia tak ambil exam pula. Habis tu, lusa perlawanan dia macam mana?" Am turut terkejut lantas mencebik bibir sambil menyumpah rakan sebiliknya itu di dalam hati.'Kata aku ada masalah tak nak cerita, dia pun sampai. Eh! Tapi... aku kan perempuan, dia lelaki... mesti dia kekok dengan aku. Adui Am apa la masalah kau ni!'"Dia ada kecemasan hari ni, esok baru dia am
"Sampai bila nak sorok semya ni? Aku penat la!" Am menolak Kasyaf dengan kasar. Dia melarikan diri keluar dari asrama sambil menangis kuat. Ya! Hari ini adalah hari paling teruk untuk Am lalui.Tiba-tiba Am ternampak seorang lelaki yang pernah dia nampak sebelum ini. Ya! Lelaki yang cuba membunuh diri dengan duduk di tengah jalan raya, lelaki itu juga yang dia nampak mahu terjun dari dorm asramanya dan lelaki itu jugalah yang dikejar sampai ke belakang belukar.Lelaki itu hanya tersenyum ke arah Am. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghilangkan diri seperti dibawa arus angin. Am terkejut, mungkin lelaki itu ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan kepada Am namun, Am tidak pasti apa perkara tersebut.Am mengusap kasar wajahnya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk semula ke dalam asrama
"Eh! Eh! Kalau rindu mak ayah kau, pergi jelah balik sana." Kasyaf bangun dari katil dan menuju ke almari untuk mengapai tuala. Badannya yang terasa melekit harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum dia menyambung study untuk exam terakhir mereka esok."Rindu memanglah rindu tapi entahlah. Bukan itu," jawab Am mendatar.Kasyaf mula mengerut dahi."Tak apalah, kalau rasa nak kongsikan apa-apa dengan aku. Cakap jelah. Lagipun aku bukannya patung dalam bilik ni," balas Kasyaf. Dia tidak mahu memaksa Am untuk bercerita. Dia tahu yang dia bukanlah siapa-siapa, tetapi ketika melihat Am menangis. Perasaan ingin tahu tentang mengapa gadis itu menangis membuak-buak pula.Dia tidak sukakan Am sepenuhnya lagi kerana dia masih dalam proses untuk
Am bangun dari pembaringan, sudah dua minggu dia terpaksa menghadap peperiksaan dengan perasaan bercampur baur. Ketika keluar dari hospital, Puan Amiran dan Encik Murshid tidak benarkan dia pulang ke rumah jadi terpaksalah dia pulang ke asrama dengan hati yang berat."Habiskan exam kamu, dah akhir tahun dah pun. Lepas tu baru balik ke rumah." ujar Puan Amiran.Am mencebik.Encik Murshid yang sedang memegang beg pakaian anaknya itu menoleh ke arah Am."Jangan macam tu, kalau nak hadiah balik ke rumah lepas exam." Encik Murshid cuba memujuk. Pandangan Am mula menoleh ke arah Encik Murshid pula."Hadiah apa?" tanya Am teruja sungguh dibuatnya. Siapa tak sukakan hadiah? Pasti semua orang
"Semalam apa yang jadi?" tanya Am malas mahu melayan Kasyaf. Entah rahsia apa pula yang lelaki itu tahu pun Am tidak pasti. Jadi, lebih baik dia endahkan saja perkara itu. Sesungguhnya, Am tidak suka akan perkara yang memerlukan jawapan melalui teka-teki. Pantang betul dia."Semalam, eish. Aku dapat tangkap dua mangkuk hayun tu tau! Aku peluk dia lepas tu hantar pergi jumpa Mr.Kook," kata Suho siap dengan gaya aksi taek kwan do lagi. Senyuman bangga terpamer di wajahnya, namun semua itu tidak lama apabila Jimien menyampuk."Ye ye oo je kau! Padahal Habin dengan Jiwon yang lawan Jackson lepas tu tangkap si dua budak sengal tu. Kau tu tolong aje," bidas Jimien. Suho mencebik sekali lagi."Kau ni kan, bagilah aku peluang nak tunjuk hero. Habis kau tu, lagilah! Dahlah ranting jatuh pun men
"Apa dia mummy?" Lembut saja Kasyaf mengutarakan soalan. Dalam kasar seorang lelaki bernama Kasyaf Safwan, dia juga merupakan seorang anak yang taat dan teramat menyayangi ibunya."Sebelum mummy cakap kenapa mummy ada dekat Korea, Syaf jangan terkejut tau."Kasyaf hanya mengangguk perlahan, tidak akan sesekali dia ingkari kata-kata ibunya. Dari kecil Kasyaf sudah diasuh untuk menghormati orang tua. Walaupun dia merupakan anak tunggal sama seperti Am, tetapi setiap perkara sudah dididik dengan tegas oleh kedua ibu dan bapanya.Namun begitu, ayah Kasyaf telah pun meninggal dunia sebelum dia menerima tawaran pertukaran pelajar ke Korea Selatan. Pada awalnya, dia mahu menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu meninggalkan Puan Kamelia di Malaysia sendirian memandangkan dia anak tunggal da
"HOI!" jerkah Kasyaf dengan lantang. Jaebum dan Jinyoung sudah pun melepaskan Am dan mahu melarikan diri.Habin pula terus menerpa ke arah Jackson mahu menangkap lelaki itu. Manakala Jiwon dan Suho mengejar Jaebum dan Jinyoung yang mahu melarikan diri melalui tingkap.Kasyaf mendekati Am, matanya membuntang melihatkan Am tidak sedarkan diri dengan pakaian yang koyak rabak. Kasyaf segera membuka baju kemejanya lalu disarungkan ke tubuh Am."Am!" Tubuh Am dibaringkan ke atas ribanya sambil menepuk-nepuk wajah gadis itu."Am!" Sekali lagi Kasyaf memanggil. Kali ini, tubuh Am digoncang pula. Kasyaf mula hilang arah apabila tangan Am lembik semacam. Dia mengangkat tangan Am untuk merasa nadinya.