Jam menunjukkan pukul 3 petang. Kini Am berada di taman bunga. Keluhan berat dilepas dengan malas.
"Tak guna betul! Kalau dekat Malaysia cikgu yang main denda-denda ni. Dekat sini pengawas sendiri yang denda pelajar. Apa hal lah hidup aku ni! Malaysia camni, Korea camtu! Ahhh setoreslah aku gini!" bebel Am sendirian sambil buat kerja tak ikhlas.
Segala daun dan rumput kering di taman bunga itu diambil dengan kasar. Menyampah! Itu belum lagi dia kena beritahu keluarganya tentang hal masuk asrama, lagi haru hidup dibuatnya.
"Apa kau bebel sorang-sorang tu?" Seorang lelaki yang agak tinggi sedikit daripada Am mendekatinya sambil mengunyah sesuatu di dalam mulut.
"Kau siapa? Jangan kacau aku!" marah Am yan
"Asrama?" Puan Amiran seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru saja Am terangkan tadi. "Asrama lelaki ke perempuan?" tanya Puan Amiran lagi dan Am hanya mengangkat bahu. "Ma kalau tak setuju, tulis hangul besar-besar yang mama tak setuju habis cerita. Biar Mrs. Jee tu tahufamilyAm tak suka Am duduk asrama hahaha," kata Am dengan panjang lebar diakhiri dengan ketawa seronok. "Bagus juga cadangan cikgu tu," tiba-tiba suara terkejut Puan Amiran berubah kepada suara biasa. Am mula membulatkan mata. "Mama!" jerit Am. Encik Murshid mula mengenyit matanya kepada Puan Amiran. Puan Amiran tersenyum lebar. "Da
"Yah! Ira! Apa kau buat dengan anak ikan aku tu!" jerkah Puan Suria dari arah dapur sambil bekejaran ke depan bilik Am dibawa juga bersamanya sudip. Al-maklumlah tengah memasak katakan. Tak sempat nak tinggal sudip, terkejut mendengar suara Sehun yang gentleman itu menjerit kuat."Siapa dia ni nek!" tanya Am sambil menunding jari kepada Sehun."Anak ikan aku ni. Kau buat apa dengan dia? Ya tuhan! Ira, kau gigit tangan dia? Sehun, mehke dapur, nek sapukan ubat denganbuhplaster," ajak Puan Suria dan Sehun hanya mengikut saja. Am mula mencebik."Cucu sendiri tak ada pula beria nak ambil berat sampai macam tu sekali," omel Am sambil menayang wajah menyampah kepada neneknya dan Sehun."Kan aku d
Am masuk ke kelas tanpa reaksi. Wajah rakan-rakan sekelas memandang kepadanya dengan wajah yang sukar untuk Am tafsirkan. Punggung Am terus dihenyak ke kerusi belajar, tiba-tiba Hira mendekati mejanya."Awak..." panggil Hira sambil meletak dagunya di atas mejanya. Badan Hira sedang duduk mencangkung di hadapan meja Am. Bibirnya mencebik sambil mengelip mata penuh manja kepada Am."Eihhh!" terkejut Am dibuatnya dengan wajah Hira yang seolah-olah meminta penampar."Kau dah kenapa gila?" tinggi nada suara Am kerana terkejut bukan main kepalang."Lambatnya awak masuk kelas, awak pergi mana?" tanya Hira dengan nada manja membuatkan Am berasa geli-geliman seketika. Air liurnya ditelan sambil memandang ke sekeliling.
"Apa!" suara Mrs. Jung juga dilantangkan. Habis satu kelas mula kecut perut terutama sekali Hira."Kenapa sekolah ni macam neraka? Cikgu-cikgu dekat sini pun macam hampeh je!" jawab Am separuh menjerit.Mrs. Jung terus menunjukkan wajah bengis."Keluar dari kelas ni sekarang! Berdiri dekat luar sampai habis waktu saya!" arah Mrs. Jung membuatkan Am menjelingmya tajam. Kakinya segera melangkah keluar. Kasyaf yang melihat hanya ketawa perlahan."Yah! Kay!" panggil Mrs. Jung membuatkan Kasyaf terus bangun berdiri sambil menunduk ke bawah."Kamu pun berdiri dekat luar!" arah Mrs. Jung. Kasyaf mula membulatkan mata tidak percaya."Ya
"Apa nak jadi dengan kamu semua ni?" Kini Mrs. Jung dan enam orang pelajar itu berada di dalam bilik guru disiplin. Rotan yang patah tadi ditalakan ke arah mereka seorang demi seorang."Sampai patah rotan saya dibuatnya. Apa masalah kamu semua ni?" Rotan yang patah itu dicampak ke atas meja guru. Dengusan panjang dilepaskan. Geram bukan main kepalang lagi Mrs. Jung ketika itu, masalahnya kalau dia lepaskan amarah kepada pelajar-pelajarnya itu nanti dia pula yang bermasalah.Tangannya segera diangkat dan mengurut dahi. Kesemua pelajar yang berdiri di hadapannya itu hanya mendiamkan diri. Am pula hanya menunjukkan wajah bosan kepada guru disiplin itu."Sepanjang 8 tahun saya mengajar disini, belum pernah lagi ada masalah pelajar macam kamu semua ni," kata Mrs. Jung sambil merenung ke ara
"Kau nampak tak, nombor bilik ni berapa?" soal Kasyaf tegas sambil jari telunjuk menunjuk ke arah nombor bilik yang terletak elok di tepi pintu."201 bilik aku!" Am tidak berpuas hati, dia tahulah. Dia tak silap masuk bilik pun, pagi tadi Warden Jongkook yang bawa dia ke bilik itu. Mustahil dia silap bilik pula. Kalau salah bilik mesti kunci pintu bilik tak boleh dibuka sewaktu dia hendak masuk ke bilik itu."Kau ada nampak tak nama bilik ni?" tanya Kasyaf lagi sambil matanya pula melirik ke wajah Am."Mana nama kau? Mana?" soal Am sambil meninjau keadaan pintu bilik itu. Dicarinya nama Kasyaf dengan badan membongkok dan kepala meliar ke sekeliling pintu."Semak!" kata Kasyaf yang mula berasa geram dengan perlian Am. Setelah itu, dia
Sudah seminggu Am tinggal di asrama, semenjak seminggu itulah Am langsung tidak bertemu dengan Kasyaf. Sama ada di dalam asrama mahu pun di sekolah. Dalam ralit Am sedang mengemas meja belajar yang bersepah, tiba-tiba pintu bilik itu diketuk bagai nak roboh bangunan oleh siapa pun Am tidak tahu. "Aduh budak ni," omel Am sendirian sambil melangkah malas menuju ke pintu bilik itu. Sebaik saja pintu dibuka Am terus berkata, "Kau tak reti sabar ke? Macam nak pecah pintu bilik ni asal?" marah Am tanpa melihat ke arah orang yang berdiri di hadapan pintu itu kerana sedang menggosok lutut yang terlanggar tiang katil. "Arghh! Apa kau buat dekat sini!" Sebaik saja Am menoleh terus terkejut dan menjerit kuat. "Hihi..." Seorang gadis bernama Hira sedang mengelip-ngelip mata ke arah Am. Senyuman seram turut diberi membuatkan Am mula meremang bulu roma.
Dalam sebuah gudang lama yang berada di pinggiran bandar. Tubuh seorang lelaki bernama Kasyaf Safwan sedang terbaring lemah di atas lantai. Kelilingnya dikawal oleh sekumpulan lelaki berkod hitam. Kolar baju t-shirt hitam yang dipakai Kasyaf direntap kasar oleh salah seorang lelaki berpakaian kod hitam itu.Tubuh Kasyaf yang lemah diangkat lalu diheret ke sebuah bilik yang terang benderang. Setibanya mereka di bilik tersebut, Kasyaf dipaksa duduk di atas kerusi dan saat itu dia hanya mampu meludahkan air liur darahnya ke arah orang yang sedang mengawalnya itu."Tak guna kau buat macam ni," ungkap lelaki yang sedang mengawal Kasyaf itu. Sapu tangan dari dalam suit ditarik keluar lalu mengelap wajahnya yang melekat air liur remaja lelaki itu."Apa salah aku, sampai kau semua buat aku mac