"Kau nampak tak, nombor bilik ni berapa?" soal Kasyaf tegas sambil jari telunjuk menunjuk ke arah nombor bilik yang terletak elok di tepi pintu.
"201 bilik aku!" Am tidak berpuas hati, dia tahulah. Dia tak silap masuk bilik pun, pagi tadi Warden Jongkook yang bawa dia ke bilik itu. Mustahil dia silap bilik pula. Kalau salah bilik mesti kunci pintu bilik tak boleh dibuka sewaktu dia hendak masuk ke bilik itu.
"Kau ada nampak tak nama bilik ni?" tanya Kasyaf lagi sambil matanya pula melirik ke wajah Am.
"Mana nama kau? Mana?" soal Am sambil meninjau keadaan pintu bilik itu. Dicarinya nama Kasyaf dengan badan membongkok dan kepala meliar ke sekeliling pintu.
"Semak!" kata Kasyaf yang mula berasa geram dengan perlian Am. Setelah itu, dia
Sudah seminggu Am tinggal di asrama, semenjak seminggu itulah Am langsung tidak bertemu dengan Kasyaf. Sama ada di dalam asrama mahu pun di sekolah. Dalam ralit Am sedang mengemas meja belajar yang bersepah, tiba-tiba pintu bilik itu diketuk bagai nak roboh bangunan oleh siapa pun Am tidak tahu. "Aduh budak ni," omel Am sendirian sambil melangkah malas menuju ke pintu bilik itu. Sebaik saja pintu dibuka Am terus berkata, "Kau tak reti sabar ke? Macam nak pecah pintu bilik ni asal?" marah Am tanpa melihat ke arah orang yang berdiri di hadapan pintu itu kerana sedang menggosok lutut yang terlanggar tiang katil. "Arghh! Apa kau buat dekat sini!" Sebaik saja Am menoleh terus terkejut dan menjerit kuat. "Hihi..." Seorang gadis bernama Hira sedang mengelip-ngelip mata ke arah Am. Senyuman seram turut diberi membuatkan Am mula meremang bulu roma.
Dalam sebuah gudang lama yang berada di pinggiran bandar. Tubuh seorang lelaki bernama Kasyaf Safwan sedang terbaring lemah di atas lantai. Kelilingnya dikawal oleh sekumpulan lelaki berkod hitam. Kolar baju t-shirt hitam yang dipakai Kasyaf direntap kasar oleh salah seorang lelaki berpakaian kod hitam itu.Tubuh Kasyaf yang lemah diangkat lalu diheret ke sebuah bilik yang terang benderang. Setibanya mereka di bilik tersebut, Kasyaf dipaksa duduk di atas kerusi dan saat itu dia hanya mampu meludahkan air liur darahnya ke arah orang yang sedang mengawalnya itu."Tak guna kau buat macam ni," ungkap lelaki yang sedang mengawal Kasyaf itu. Sapu tangan dari dalam suit ditarik keluar lalu mengelap wajahnya yang melekat air liur remaja lelaki itu."Apa salah aku, sampai kau semua buat aku mac
"Hoi!"Badan Kasyaf yang sudah longlai itu, mereka lepaskan sehingga terjatuh ke jalan tar.Kehadiran Am di situ benar-benar menyelamatkan Kasyaf yang sudah seperti nyawa-nyawa ikan! Am memandang ke arah Kasyaf yang tidak bermaya itu dan dahinya terus berkerut."Tak guna betul, nak lawan ukur baju dekat badan sendirilah bodoh. Ish," omel Am kepada Kasyaf dalam bahasa melayu kerana tidak mahu lelaki berbangsa korea di hadapannya itu mengetahui perbualan tersebut."Kepala hotak kau, aku tak lawandorang. Dorangyang datang tiba-tiba pukul aku. Manalah aku tahu apa-apa!" jerit Kasyaf sambil menahan sakit di seluruh badan.Walauapun dalam kepenatan, Kasyaf tetap juga m
Kasyaf membuka mata dengan perlahan-lahan sebaik saja dia tersedar. Matanya terasa berpinar entah mengapa dia sendiri tak pasti. Kepala pula sejak tadi rasa berdenyut, bagaikan satu renjatan elektrik terkena kepala membuatkan dia memejam mata semula."Kau dah sedar?" Suara seseorang yang agak lembut, tetapi garau menusuk ke gegendang telinga membuatkan dia memaksa membuka mata semula.Kepalanya menyenget ke tepi di mana suara itu datang. Dia cuba mengecam wajah orang yang berada di sisinya itu. Lama-kelamaan dia berjaya juga mengenal pasti wajah orang itu."Kau buat apa dekat sini?" tanya Kasyaf tiba-tiba berubah dingin. Entah mengapa dia terkejut melihat lelaki itu ditambah dengan perasaan ingin tahu membuak dalam hati."Alah k
"Dah dah... tak payah nak berdrama dekat sini Hira. Aku dengan kau bukan pasangan kekasih pun. Asal beria sangat ni," kata Am sambil berjalan melepasi Hira untuk masuk ke dalam kawasan asrama."Sampai hati! Saya benci awak Amsyar!" jerit Hira sambil memejam mata. Am berhenti dari berjalan lalu menoleh ke belakang."Aku tak suruh pun kau sukakan aku! Jimien pujuk kawan kau ni suruh dia balik bilik dia, aku cakap jujur ni aku tengah letih gila sekarang ni. Homeworkpun aku tak siap lagi ha ikutkankorang, habishomework aku tergadai." Perasaan simpati terhadap Hira mula beransur hilang sebaik saja gadis itu menjerit ke telinga Am. Tanpa bicara lagi, Am segera masuk ke dalam kawasan asrama meninggalkan Hira dan Jimien di situ.Jimien mengerutkan d
Jiwon memandang Am dengan pandangan yang agak sukar Am tafsirkan."Apa?" soal Am yang sedang bercekak pinggang dengan pandangan hairan."Kau yang belasah dia ke?" tanya Jiwon sambil terangkat kening. Belum apa-apa lagi Jiwon sudah menuduh Am yang belasah Kasyaf."Eh kau..." Am mula naik angin. Jelingan maut dia berikan kepada Jiwon."Tak, aku tanya je sebab kau kan pernah belasah budak lain," jawab Jiwon selamba tanpa menghiraukan Am menjegil mata. Wajah juga sudah berubah merah menahan geram.Am mula berdecit kuat. Sakit hati dengan tekaan Jiwon yang agak melulu itu."Kau fikir aku ni gila sangat ke nak belasah roommate ak
"Gila! Takkan diasorang je yang kemas semua ni?" tanya Kasyaf seolah-olah tidak percaya dengan mata kepala sendiri apabila melihat bilik itu bersih bagaikan baru semalam dia mengemas bilik itu."Daebak! Budak ni bagus ni. Tak payah aku nak membebel teruk-teruk haha," letus Kasyaf dengan begitu gembira.Kakinya menjejak lantai, tubuhnya segera bangun. Tangannya mengapai beg plastik sampah yang disuruh Am tadi untuk buang ke tempat pembuangan sampah di belakang asrama.Sementara itu, Am melangkah ke kamar mandi dalam keadaan menguap. Dia rasa hendak saja melenakan diri. Perasaan terlalu penat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, badannya sudah tidak bermaya ditambah pula melekit teruk. Mahu tidak mahu, terpaksa dia bersihkan diri terlebih dahulu sebelum melen
"Macam mana boleh dorang pun pengsan sekali?" tanya Yugeum yang sedang berdiri di luar bilik mandi itu.Youngjae hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu."Aduh masalahlah dorang ni, dah angkat budak tu dulu baru angkat dua budak sengal ni." Yugeum memberi arahan kepada Youngjae, mereka hanya berdua yang pengsannya bertiga. Jenuh meraka mahu mengangkat ketiga-tiga mereka.Youngjae hanya menurut arahan tersebut. Diangkatnya tubuh Am dan dibawa ke bilik penyimpanan barang di belakang kafe asrama. Selesai mengangkat tubuh Am mereka kembali semula ke bilik mandi untuk mengangkat Jaebum dan Jinyoung pula."Eh kau perasan tak?" tanya Youngjae yang baru melepaskan Jaebum dari papahannya ke lantai.
"Mama apa dia buat dekat sini ma?" soal Am sambil mengoncang tangan Puan Amiran dengan laju. Pening ibunya makin menjadi-jadi dengan perangai dia. Akhirnya, Puan Amiran menepis tangan Am kasar lantas tersenyum mesra kepada tetamu tersebut."Sabarlah dulu Am..." pujuk Puan Amiran manakala Puan Kemelia atau lebih mesra dipanggil Puan Lia itu hanya tersenyum melihat kekraban keluarga sahabatnya di hadapan mata. Terlihat begitu menyenangkan walaupun Am sebenarnya berperangai tidak sepatutnya ketika di hadapan tetamu."Am, mama dengan Aunty Lia ni dah lama dah cadang benda ni," kata Puan Amiran sambil menarik Am untuk duduk di sofa. Am hanya menurut kerana dari tadi tangan Puan Amiran asyik mencubit pinggangnya saja.Setelah Am melabuhkan punggung, Puan Amiran mula tersenyum lebar.
Beberapa hari kemudian...Kini, tibalah waktunya Am untuk pulang ke rumah. Setelah beberapa hari dia menghabiskan masa di rumah tumpangan di Itaewon. Dia memberitahu kepada Puan Amiran dan Encik Murshid yang dia pergi becuti sekejap untuk mengambil angin dan hilangkan stress menghempas pulas belajar.Puan Amiran tahu Am pandai menjaga diri jadi kedua ibu bapanya memberi izin walaupun anak mereka baru mencecah 16 tahun dan tidak lama lagi akan menjadi seorang remaja berumur 17 tahun! Tetapi, kepercayaan keluarganya teramat tinggi menyebabkan Am tidak berani melakukan perkara lain selain bergaduh dan berlawan dengan orang yang cuba mencari masalah dengan dirinya.Perlawanan bola keranjang Kasyaf juga tidak dihadiri kerana tidak mahu menunjukkan diri kepada khalayak pelajar di sekolahnya
"Kay mana?" soal Am. Bercakap tentang Kasyaf, sejak awal pagi tadi dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Am jadi tertanya-tanya pula, ke mana lelaki itu pergi. Pandangan matanya kini meliar mencari di mana kelibat rakan sebiliknya itu."Kay terpaksa balik awal. Hari ni dia tak ambil exam. Eh! kau tak tahu ke?" kata Suho, terkejut."Tak. Aku bangun-bangun dia dah tak ada, kenapa dia tak ambil exam pula. Habis tu, lusa perlawanan dia macam mana?" Am turut terkejut lantas mencebik bibir sambil menyumpah rakan sebiliknya itu di dalam hati.'Kata aku ada masalah tak nak cerita, dia pun sampai. Eh! Tapi... aku kan perempuan, dia lelaki... mesti dia kekok dengan aku. Adui Am apa la masalah kau ni!'"Dia ada kecemasan hari ni, esok baru dia am
"Sampai bila nak sorok semya ni? Aku penat la!" Am menolak Kasyaf dengan kasar. Dia melarikan diri keluar dari asrama sambil menangis kuat. Ya! Hari ini adalah hari paling teruk untuk Am lalui.Tiba-tiba Am ternampak seorang lelaki yang pernah dia nampak sebelum ini. Ya! Lelaki yang cuba membunuh diri dengan duduk di tengah jalan raya, lelaki itu juga yang dia nampak mahu terjun dari dorm asramanya dan lelaki itu jugalah yang dikejar sampai ke belakang belukar.Lelaki itu hanya tersenyum ke arah Am. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghilangkan diri seperti dibawa arus angin. Am terkejut, mungkin lelaki itu ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan kepada Am namun, Am tidak pasti apa perkara tersebut.Am mengusap kasar wajahnya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk semula ke dalam asrama
"Eh! Eh! Kalau rindu mak ayah kau, pergi jelah balik sana." Kasyaf bangun dari katil dan menuju ke almari untuk mengapai tuala. Badannya yang terasa melekit harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum dia menyambung study untuk exam terakhir mereka esok."Rindu memanglah rindu tapi entahlah. Bukan itu," jawab Am mendatar.Kasyaf mula mengerut dahi."Tak apalah, kalau rasa nak kongsikan apa-apa dengan aku. Cakap jelah. Lagipun aku bukannya patung dalam bilik ni," balas Kasyaf. Dia tidak mahu memaksa Am untuk bercerita. Dia tahu yang dia bukanlah siapa-siapa, tetapi ketika melihat Am menangis. Perasaan ingin tahu tentang mengapa gadis itu menangis membuak-buak pula.Dia tidak sukakan Am sepenuhnya lagi kerana dia masih dalam proses untuk
Am bangun dari pembaringan, sudah dua minggu dia terpaksa menghadap peperiksaan dengan perasaan bercampur baur. Ketika keluar dari hospital, Puan Amiran dan Encik Murshid tidak benarkan dia pulang ke rumah jadi terpaksalah dia pulang ke asrama dengan hati yang berat."Habiskan exam kamu, dah akhir tahun dah pun. Lepas tu baru balik ke rumah." ujar Puan Amiran.Am mencebik.Encik Murshid yang sedang memegang beg pakaian anaknya itu menoleh ke arah Am."Jangan macam tu, kalau nak hadiah balik ke rumah lepas exam." Encik Murshid cuba memujuk. Pandangan Am mula menoleh ke arah Encik Murshid pula."Hadiah apa?" tanya Am teruja sungguh dibuatnya. Siapa tak sukakan hadiah? Pasti semua orang
"Semalam apa yang jadi?" tanya Am malas mahu melayan Kasyaf. Entah rahsia apa pula yang lelaki itu tahu pun Am tidak pasti. Jadi, lebih baik dia endahkan saja perkara itu. Sesungguhnya, Am tidak suka akan perkara yang memerlukan jawapan melalui teka-teki. Pantang betul dia."Semalam, eish. Aku dapat tangkap dua mangkuk hayun tu tau! Aku peluk dia lepas tu hantar pergi jumpa Mr.Kook," kata Suho siap dengan gaya aksi taek kwan do lagi. Senyuman bangga terpamer di wajahnya, namun semua itu tidak lama apabila Jimien menyampuk."Ye ye oo je kau! Padahal Habin dengan Jiwon yang lawan Jackson lepas tu tangkap si dua budak sengal tu. Kau tu tolong aje," bidas Jimien. Suho mencebik sekali lagi."Kau ni kan, bagilah aku peluang nak tunjuk hero. Habis kau tu, lagilah! Dahlah ranting jatuh pun men
"Apa dia mummy?" Lembut saja Kasyaf mengutarakan soalan. Dalam kasar seorang lelaki bernama Kasyaf Safwan, dia juga merupakan seorang anak yang taat dan teramat menyayangi ibunya."Sebelum mummy cakap kenapa mummy ada dekat Korea, Syaf jangan terkejut tau."Kasyaf hanya mengangguk perlahan, tidak akan sesekali dia ingkari kata-kata ibunya. Dari kecil Kasyaf sudah diasuh untuk menghormati orang tua. Walaupun dia merupakan anak tunggal sama seperti Am, tetapi setiap perkara sudah dididik dengan tegas oleh kedua ibu dan bapanya.Namun begitu, ayah Kasyaf telah pun meninggal dunia sebelum dia menerima tawaran pertukaran pelajar ke Korea Selatan. Pada awalnya, dia mahu menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu meninggalkan Puan Kamelia di Malaysia sendirian memandangkan dia anak tunggal da
"HOI!" jerkah Kasyaf dengan lantang. Jaebum dan Jinyoung sudah pun melepaskan Am dan mahu melarikan diri.Habin pula terus menerpa ke arah Jackson mahu menangkap lelaki itu. Manakala Jiwon dan Suho mengejar Jaebum dan Jinyoung yang mahu melarikan diri melalui tingkap.Kasyaf mendekati Am, matanya membuntang melihatkan Am tidak sedarkan diri dengan pakaian yang koyak rabak. Kasyaf segera membuka baju kemejanya lalu disarungkan ke tubuh Am."Am!" Tubuh Am dibaringkan ke atas ribanya sambil menepuk-nepuk wajah gadis itu."Am!" Sekali lagi Kasyaf memanggil. Kali ini, tubuh Am digoncang pula. Kasyaf mula hilang arah apabila tangan Am lembik semacam. Dia mengangkat tangan Am untuk merasa nadinya.