"Gila! Takkan dia sorang je yang kemas semua ni?" tanya Kasyaf seolah-olah tidak percaya dengan mata kepala sendiri apabila melihat bilik itu bersih bagaikan baru semalam dia mengemas bilik itu.
"Daebak! Budak ni bagus ni. Tak payah aku nak membebel teruk-teruk haha," letus Kasyaf dengan begitu gembira.
Kakinya menjejak lantai, tubuhnya segera bangun. Tangannya mengapai beg plastik sampah yang disuruh Am tadi untuk buang ke tempat pembuangan sampah di belakang asrama.
Sementara itu, Am melangkah ke kamar mandi dalam keadaan menguap. Dia rasa hendak saja melenakan diri. Perasaan terlalu penat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, badannya sudah tidak bermaya ditambah pula melekit teruk. Mahu tidak mahu, terpaksa dia bersihkan diri terlebih dahulu sebelum melen
"Macam mana boleh dorang pun pengsan sekali?" tanya Yugeum yang sedang berdiri di luar bilik mandi itu.Youngjae hanya mengangkat bahu sebagai tanda tidak tahu."Aduh masalahlah dorang ni, dah angkat budak tu dulu baru angkat dua budak sengal ni." Yugeum memberi arahan kepada Youngjae, mereka hanya berdua yang pengsannya bertiga. Jenuh meraka mahu mengangkat ketiga-tiga mereka.Youngjae hanya menurut arahan tersebut. Diangkatnya tubuh Am dan dibawa ke bilik penyimpanan barang di belakang kafe asrama. Selesai mengangkat tubuh Am mereka kembali semula ke bilik mandi untuk mengangkat Jaebum dan Jinyoung pula."Eh kau perasan tak?" tanya Youngjae yang baru melepaskan Jaebum dari papahannya ke lantai.
Kasyaf segera memuruni anak tangga bangunan 5 tingkat itu, memandangkan lift yang ada terlalu lambat untuk membuka pintunya. Dia mula teringat kejadian pagi tadi. Kumpulan yang serang dia di Apgujeong tu, salah seorangnya adalah Mark! "Tak guna betullah!" laung Kasyaf. Firasatnya kuat mengatakan yang Mark mahu membalas dendam kepada Am kerana lelaki itu berjaya mengalahkan kumpulan SG. Setibanya di bawah, Kasyaf mendekati kawasan yang Mark lalu tadi. Dahinya mula berkerut. "Apa dia buat dekat belakang kafe ni?" tanya Kasyaf sambil menyorok di sebalik dinding bangunan kafe asrama. Perlahan-lahan Kasyaf membuka langkah untuk mendekati bangunan bangsal tempat penyimpanan barang di belakang kafe itu. Sebaik saja dia mendekati bangsal itu, dia cuba mengintai dari lubang-lubang yang ada u
"Aku tak buat apa-apa pun! Aku cuma tengok balutan kain dekat dada kau. Tu je! Aku tak buka pun baju kau!" jawab Youngjae yang sudah mengigil satu badan. Tubuhnya kelihatan seperti nyawa-nyawa ikan akibat teruk dibelasah Am tadi. Tanpa sebarang kata, Am terus menunjal kepala lelaki itu.Yugeum yang berada di belakangnya cuba menumbuk perut Am seteah lama tidak berkutik di tempat dia berdiri. Namun, sempat Am mengelak dan tanganya segera menyinggah di dagu Yugeum menyebabkan bunyi krek di rahang lelaki itu kedengaran.Kesemua konco-konco Jackson melarikan diri dan berdiri di belakang Jackson. Mereka mula ketakutan begitu juga dengan Jaebum dan Jinyoung. Badan mereka teruk menggigil setelah melihat wajah Yongjae berdarah."Kau berani dekat? Kau yang mati!" ugut Am membuatkan Jac
Am yang baru selesai membuang hajat di tandas mula melangkah keluar dengan niat mahu menuju ke perpustakaan. Memandangkan guru-guru semua sedang sibuk bermesyuarat untuk peperiksaan pertengahan tahun sekolah mereka, jadi suasana di dalam kelas bukan tempat yang sesuai untuk Am mengulang kaji pelajaran.Ketika Am menolak pintu perpustakaan, wajah Hira di sebalik pintu itu mengejutkan Am. Ke mana saja Am pergi pasti Hira ada. Dalam ramai-ramai manusia, kenapalah Hira juga yang minat dengannya? Macam perempuan pyschopun ada."Kau dah kenapa?" soal Am dingin terhadap Hira sambil berjalan masuk ke dalam perpustakaan tanpa hiraukan Hira."Saya cari awaklah Am," jawab Hira yang sudah memuncung bibir. Jelas kelihatan di wajahnya yang dia masih belum berputus asa mahu mendekati A
Am pulang ke asrama setelah tamat waktu pembelajaran, walaupun dia cuba fokus dengan mengulang kaji pelajaran di perpustakaan tadi, namun fikirannya melayang jauh memikir apa yang akan berlaku seterusnya.Macam mana kalau lelaki yang menculiknya semalam bongkarkan identiti dia adalah seorang perempuan? Tapi dia nak takut apa, dia memang perempuan cuma apa yang membuatkan dia risau adalah penerimaan orang sekeliling di sekolah itu terhadapnya.Macam mana pula kalau lelaki itu memberitahu pengetua yang dia sebenarnya adalah perempuan? Mungkin namanya akan disenarai hitamkan dari terus bersekolah di situ? Am mengusutkan rambutnya yang pendek itu.Geram, rimas, sesak nafas semuanya ada. Kenapa dia juga yang harus terbabit dalam hal ini. Serabut kepala dibuatnya!
"Mulut kau jaga sikit!" Kasyaf menggenggam buku limanya lalu mengaju ke arah Suho yang berada di depan pintu bilik itu."Dah tu asal adegan tadi tu? Euuu." Suho mula mengeletis macam beruk seolah-olah geli sangat melihat adegan tadi. Kasyaf terus menjeling tajam."Yang kau masuk bilik aku tak ketuk pintu dulu tu kenapa?" tanya Kasyaf pula. Dia bangun dari lantai sambil menepuk-nepuk bajunya yang terkena habuk."Dah. Aku dah ketuk, tak dengar apa-apa pun. Aku ingat kau tengah study, tapi tak pula aku sangka yang kau hem hem dengan Am..." Suho sengaja berdehem di hujung ayat membuatkan Kasyaf menyepet mata yang tak berapa nak sepet."Kau jangan nak fikir bukan-bukan, kita orang tak ada buat apa-apa pun. Rebutkan botol minyak wa
Am memberhentikan motorsikal yang dibawa ke tepi jalan, langkahnya segera dibuka untuk mendekti van hitam yang berhenti di satu kawasan gudang usang. "Apa dorang nak buat dekat sini?" tanya Am sendirian. Dia terlupa seketika yang dia itu adalah seorang perempuan kerana sudah terlalu lama menganggap diri sendiri seperti seorang lelaki. Kelibat Kasyaf diheret oleh Jaebum dan Jinyoung mula menyapa mata. Dalam keadaan terkejut, Am cuba mengorak langkah mendekati gudang usang itu. Setelah mereka bertiga berjaya masuk ke dalam gudang, Am menghampiri pintu gudang tersebut untuk melihat apa yang akan mereka lakukan terhadap Kasyaf. Tubuh Kasyaf yang lemah longlai itu mereka campak ke lantai sehingga tergolek dibuatnya. Jaebum dan
"Motor siapa kau rembat ni Am?" tanya Kasyaf."Entah. Aku pun tak tahu haha aku rembat je," balas Am sambil memulas minyak agar motorsikal itu bergerak lebih laju. Tergeleng kepala Kasyaf mendengar jawapan itu.Sebaik saja tiba di asrama. Mereka turun dari motorsikal yang diparkirkan semula di tempat Am ambil tadi."Seriuslah kau ambil motor ni dekat sini?" tanya Kasyaf lagi tidak percaya sambil membuka helmet di kepala."Ya, aku ambil dekat sini. Tak tahu motor siapa. Haha," jawab Am geli hati. Entah motosikal siapa dia curi itu pun tak tahu.Am cuba membuka helmet, tetapi tersekat pula."Alah dah kenapa pula ni," rungut Am.