"Semalam apa yang jadi?" tanya Am malas mahu melayan Kasyaf. Entah rahsia apa pula yang lelaki itu tahu pun Am tidak pasti. Jadi, lebih baik dia endahkan saja perkara itu. Sesungguhnya, Am tidak suka akan perkara yang memerlukan jawapan melalui teka-teki. Pantang betul dia.
"Semalam, eish. Aku dapat tangkap dua mangkuk hayun tu tau! Aku peluk dia lepas tu hantar pergi jumpa Mr.Kook," kata Suho siap dengan gaya aksi taek kwan do lagi. Senyuman bangga terpamer di wajahnya, namun semua itu tidak lama apabila Jimien menyampuk.
"Ye ye oo je kau! Padahal Habin dengan Jiwon yang lawan Jackson lepas tu tangkap si dua budak sengal tu. Kau tu tolong aje," bidas Jimien. Suho mencebik sekali lagi.
"Kau ni kan, bagilah aku peluang nak tunjuk hero. Habis kau tu, lagilah! Dahlah ranting jatuh pun men
Am bangun dari pembaringan, sudah dua minggu dia terpaksa menghadap peperiksaan dengan perasaan bercampur baur. Ketika keluar dari hospital, Puan Amiran dan Encik Murshid tidak benarkan dia pulang ke rumah jadi terpaksalah dia pulang ke asrama dengan hati yang berat."Habiskan exam kamu, dah akhir tahun dah pun. Lepas tu baru balik ke rumah." ujar Puan Amiran.Am mencebik.Encik Murshid yang sedang memegang beg pakaian anaknya itu menoleh ke arah Am."Jangan macam tu, kalau nak hadiah balik ke rumah lepas exam." Encik Murshid cuba memujuk. Pandangan Am mula menoleh ke arah Encik Murshid pula."Hadiah apa?" tanya Am teruja sungguh dibuatnya. Siapa tak sukakan hadiah? Pasti semua orang
"Eh! Eh! Kalau rindu mak ayah kau, pergi jelah balik sana." Kasyaf bangun dari katil dan menuju ke almari untuk mengapai tuala. Badannya yang terasa melekit harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum dia menyambung study untuk exam terakhir mereka esok."Rindu memanglah rindu tapi entahlah. Bukan itu," jawab Am mendatar.Kasyaf mula mengerut dahi."Tak apalah, kalau rasa nak kongsikan apa-apa dengan aku. Cakap jelah. Lagipun aku bukannya patung dalam bilik ni," balas Kasyaf. Dia tidak mahu memaksa Am untuk bercerita. Dia tahu yang dia bukanlah siapa-siapa, tetapi ketika melihat Am menangis. Perasaan ingin tahu tentang mengapa gadis itu menangis membuak-buak pula.Dia tidak sukakan Am sepenuhnya lagi kerana dia masih dalam proses untuk
"Sampai bila nak sorok semya ni? Aku penat la!" Am menolak Kasyaf dengan kasar. Dia melarikan diri keluar dari asrama sambil menangis kuat. Ya! Hari ini adalah hari paling teruk untuk Am lalui.Tiba-tiba Am ternampak seorang lelaki yang pernah dia nampak sebelum ini. Ya! Lelaki yang cuba membunuh diri dengan duduk di tengah jalan raya, lelaki itu juga yang dia nampak mahu terjun dari dorm asramanya dan lelaki itu jugalah yang dikejar sampai ke belakang belukar.Lelaki itu hanya tersenyum ke arah Am. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghilangkan diri seperti dibawa arus angin. Am terkejut, mungkin lelaki itu ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan kepada Am namun, Am tidak pasti apa perkara tersebut.Am mengusap kasar wajahnya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk semula ke dalam asrama
"Kay mana?" soal Am. Bercakap tentang Kasyaf, sejak awal pagi tadi dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Am jadi tertanya-tanya pula, ke mana lelaki itu pergi. Pandangan matanya kini meliar mencari di mana kelibat rakan sebiliknya itu."Kay terpaksa balik awal. Hari ni dia tak ambil exam. Eh! kau tak tahu ke?" kata Suho, terkejut."Tak. Aku bangun-bangun dia dah tak ada, kenapa dia tak ambil exam pula. Habis tu, lusa perlawanan dia macam mana?" Am turut terkejut lantas mencebik bibir sambil menyumpah rakan sebiliknya itu di dalam hati.'Kata aku ada masalah tak nak cerita, dia pun sampai. Eh! Tapi... aku kan perempuan, dia lelaki... mesti dia kekok dengan aku. Adui Am apa la masalah kau ni!'"Dia ada kecemasan hari ni, esok baru dia am
Beberapa hari kemudian...Kini, tibalah waktunya Am untuk pulang ke rumah. Setelah beberapa hari dia menghabiskan masa di rumah tumpangan di Itaewon. Dia memberitahu kepada Puan Amiran dan Encik Murshid yang dia pergi becuti sekejap untuk mengambil angin dan hilangkan stress menghempas pulas belajar.Puan Amiran tahu Am pandai menjaga diri jadi kedua ibu bapanya memberi izin walaupun anak mereka baru mencecah 16 tahun dan tidak lama lagi akan menjadi seorang remaja berumur 17 tahun! Tetapi, kepercayaan keluarganya teramat tinggi menyebabkan Am tidak berani melakukan perkara lain selain bergaduh dan berlawan dengan orang yang cuba mencari masalah dengan dirinya.Perlawanan bola keranjang Kasyaf juga tidak dihadiri kerana tidak mahu menunjukkan diri kepada khalayak pelajar di sekolahnya
"Mama apa dia buat dekat sini ma?" soal Am sambil mengoncang tangan Puan Amiran dengan laju. Pening ibunya makin menjadi-jadi dengan perangai dia. Akhirnya, Puan Amiran menepis tangan Am kasar lantas tersenyum mesra kepada tetamu tersebut."Sabarlah dulu Am..." pujuk Puan Amiran manakala Puan Kemelia atau lebih mesra dipanggil Puan Lia itu hanya tersenyum melihat kekraban keluarga sahabatnya di hadapan mata. Terlihat begitu menyenangkan walaupun Am sebenarnya berperangai tidak sepatutnya ketika di hadapan tetamu."Am, mama dengan Aunty Lia ni dah lama dah cadang benda ni," kata Puan Amiran sambil menarik Am untuk duduk di sofa. Am hanya menurut kerana dari tadi tangan Puan Amiran asyik mencubit pinggangnya saja.Setelah Am melabuhkan punggung, Puan Amiran mula tersenyum lebar.
MALAYSIA. Sepasang suami isteri sedang duduk di ruang tamu sambil membincangkan sesuatu dan perkara itu kelihatannya seperti agak serius. Pasangan tersebut dikenali sebagai Puan Amiran Binti Abdullah manakala suaminya Encik Murshid Bin Sulaiman. Mereka menoleh ke arah anak tunggal mereka yang sedang leka duduk di meja belajar sambil mengulang kaji pelajaran. Namun, dari tadi kepalanya asyik teranguk-anguk mengikut rentak lagu yang diputarkan di corong headfonnya. "Am...." panggil Puan Amiran dengan nada sederhana. Namun, anak tunggal mereka itu langsung tidak menyahut panggilan tersebut. "Am!" sekali lagi Puan Amiran memanggil kali ini suaranya ditinggikan sedikit. Namun, masih tetap sama seperti tadi. Tiada sahutan atau toleha
KOREA SELATAN."Akhirnya!" turun saja dari pesawat Korean Air, Am terus mendepakan tangannya lalu menghirup udara segar melalui rongga hidung yang sejak tadi kembang kempis dengan sendiri.Namun tidak lama selepas itu, dia terbatuk kerana bukan udara segar yang di sedut sebaliknya habuk dari jalan tar lapangan terbang itu. Encik Murshid dan Puan Amiran tergeleng kepala melihat Am sedang memengang tengkuknya seolah-olah sedang tercekik sesuatu. Memamg kuat berdrama anak mereka ini."Baba! Tolong Am...." Pinta Am dengan suara yang tersekat-sekat namun, tangannya segera ditarik oleh Puan Amiran."Jangan buat malu mama dengan baba dekat sini. Dah jom masuk." Kata Puan Amiran sambil menepuk bahu Am dengan perlahan. Setelah itu, Am hanya menurut langkah Puan Amiran dan Encik Murshid masuk ke dalam bangunan. Drama yang baru saja hendak dilakonkan tidak menjadi apabila
"Mama apa dia buat dekat sini ma?" soal Am sambil mengoncang tangan Puan Amiran dengan laju. Pening ibunya makin menjadi-jadi dengan perangai dia. Akhirnya, Puan Amiran menepis tangan Am kasar lantas tersenyum mesra kepada tetamu tersebut."Sabarlah dulu Am..." pujuk Puan Amiran manakala Puan Kemelia atau lebih mesra dipanggil Puan Lia itu hanya tersenyum melihat kekraban keluarga sahabatnya di hadapan mata. Terlihat begitu menyenangkan walaupun Am sebenarnya berperangai tidak sepatutnya ketika di hadapan tetamu."Am, mama dengan Aunty Lia ni dah lama dah cadang benda ni," kata Puan Amiran sambil menarik Am untuk duduk di sofa. Am hanya menurut kerana dari tadi tangan Puan Amiran asyik mencubit pinggangnya saja.Setelah Am melabuhkan punggung, Puan Amiran mula tersenyum lebar.
Beberapa hari kemudian...Kini, tibalah waktunya Am untuk pulang ke rumah. Setelah beberapa hari dia menghabiskan masa di rumah tumpangan di Itaewon. Dia memberitahu kepada Puan Amiran dan Encik Murshid yang dia pergi becuti sekejap untuk mengambil angin dan hilangkan stress menghempas pulas belajar.Puan Amiran tahu Am pandai menjaga diri jadi kedua ibu bapanya memberi izin walaupun anak mereka baru mencecah 16 tahun dan tidak lama lagi akan menjadi seorang remaja berumur 17 tahun! Tetapi, kepercayaan keluarganya teramat tinggi menyebabkan Am tidak berani melakukan perkara lain selain bergaduh dan berlawan dengan orang yang cuba mencari masalah dengan dirinya.Perlawanan bola keranjang Kasyaf juga tidak dihadiri kerana tidak mahu menunjukkan diri kepada khalayak pelajar di sekolahnya
"Kay mana?" soal Am. Bercakap tentang Kasyaf, sejak awal pagi tadi dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Am jadi tertanya-tanya pula, ke mana lelaki itu pergi. Pandangan matanya kini meliar mencari di mana kelibat rakan sebiliknya itu."Kay terpaksa balik awal. Hari ni dia tak ambil exam. Eh! kau tak tahu ke?" kata Suho, terkejut."Tak. Aku bangun-bangun dia dah tak ada, kenapa dia tak ambil exam pula. Habis tu, lusa perlawanan dia macam mana?" Am turut terkejut lantas mencebik bibir sambil menyumpah rakan sebiliknya itu di dalam hati.'Kata aku ada masalah tak nak cerita, dia pun sampai. Eh! Tapi... aku kan perempuan, dia lelaki... mesti dia kekok dengan aku. Adui Am apa la masalah kau ni!'"Dia ada kecemasan hari ni, esok baru dia am
"Sampai bila nak sorok semya ni? Aku penat la!" Am menolak Kasyaf dengan kasar. Dia melarikan diri keluar dari asrama sambil menangis kuat. Ya! Hari ini adalah hari paling teruk untuk Am lalui.Tiba-tiba Am ternampak seorang lelaki yang pernah dia nampak sebelum ini. Ya! Lelaki yang cuba membunuh diri dengan duduk di tengah jalan raya, lelaki itu juga yang dia nampak mahu terjun dari dorm asramanya dan lelaki itu jugalah yang dikejar sampai ke belakang belukar.Lelaki itu hanya tersenyum ke arah Am. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghilangkan diri seperti dibawa arus angin. Am terkejut, mungkin lelaki itu ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan kepada Am namun, Am tidak pasti apa perkara tersebut.Am mengusap kasar wajahnya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk semula ke dalam asrama
"Eh! Eh! Kalau rindu mak ayah kau, pergi jelah balik sana." Kasyaf bangun dari katil dan menuju ke almari untuk mengapai tuala. Badannya yang terasa melekit harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum dia menyambung study untuk exam terakhir mereka esok."Rindu memanglah rindu tapi entahlah. Bukan itu," jawab Am mendatar.Kasyaf mula mengerut dahi."Tak apalah, kalau rasa nak kongsikan apa-apa dengan aku. Cakap jelah. Lagipun aku bukannya patung dalam bilik ni," balas Kasyaf. Dia tidak mahu memaksa Am untuk bercerita. Dia tahu yang dia bukanlah siapa-siapa, tetapi ketika melihat Am menangis. Perasaan ingin tahu tentang mengapa gadis itu menangis membuak-buak pula.Dia tidak sukakan Am sepenuhnya lagi kerana dia masih dalam proses untuk
Am bangun dari pembaringan, sudah dua minggu dia terpaksa menghadap peperiksaan dengan perasaan bercampur baur. Ketika keluar dari hospital, Puan Amiran dan Encik Murshid tidak benarkan dia pulang ke rumah jadi terpaksalah dia pulang ke asrama dengan hati yang berat."Habiskan exam kamu, dah akhir tahun dah pun. Lepas tu baru balik ke rumah." ujar Puan Amiran.Am mencebik.Encik Murshid yang sedang memegang beg pakaian anaknya itu menoleh ke arah Am."Jangan macam tu, kalau nak hadiah balik ke rumah lepas exam." Encik Murshid cuba memujuk. Pandangan Am mula menoleh ke arah Encik Murshid pula."Hadiah apa?" tanya Am teruja sungguh dibuatnya. Siapa tak sukakan hadiah? Pasti semua orang
"Semalam apa yang jadi?" tanya Am malas mahu melayan Kasyaf. Entah rahsia apa pula yang lelaki itu tahu pun Am tidak pasti. Jadi, lebih baik dia endahkan saja perkara itu. Sesungguhnya, Am tidak suka akan perkara yang memerlukan jawapan melalui teka-teki. Pantang betul dia."Semalam, eish. Aku dapat tangkap dua mangkuk hayun tu tau! Aku peluk dia lepas tu hantar pergi jumpa Mr.Kook," kata Suho siap dengan gaya aksi taek kwan do lagi. Senyuman bangga terpamer di wajahnya, namun semua itu tidak lama apabila Jimien menyampuk."Ye ye oo je kau! Padahal Habin dengan Jiwon yang lawan Jackson lepas tu tangkap si dua budak sengal tu. Kau tu tolong aje," bidas Jimien. Suho mencebik sekali lagi."Kau ni kan, bagilah aku peluang nak tunjuk hero. Habis kau tu, lagilah! Dahlah ranting jatuh pun men
"Apa dia mummy?" Lembut saja Kasyaf mengutarakan soalan. Dalam kasar seorang lelaki bernama Kasyaf Safwan, dia juga merupakan seorang anak yang taat dan teramat menyayangi ibunya."Sebelum mummy cakap kenapa mummy ada dekat Korea, Syaf jangan terkejut tau."Kasyaf hanya mengangguk perlahan, tidak akan sesekali dia ingkari kata-kata ibunya. Dari kecil Kasyaf sudah diasuh untuk menghormati orang tua. Walaupun dia merupakan anak tunggal sama seperti Am, tetapi setiap perkara sudah dididik dengan tegas oleh kedua ibu dan bapanya.Namun begitu, ayah Kasyaf telah pun meninggal dunia sebelum dia menerima tawaran pertukaran pelajar ke Korea Selatan. Pada awalnya, dia mahu menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu meninggalkan Puan Kamelia di Malaysia sendirian memandangkan dia anak tunggal da
"HOI!" jerkah Kasyaf dengan lantang. Jaebum dan Jinyoung sudah pun melepaskan Am dan mahu melarikan diri.Habin pula terus menerpa ke arah Jackson mahu menangkap lelaki itu. Manakala Jiwon dan Suho mengejar Jaebum dan Jinyoung yang mahu melarikan diri melalui tingkap.Kasyaf mendekati Am, matanya membuntang melihatkan Am tidak sedarkan diri dengan pakaian yang koyak rabak. Kasyaf segera membuka baju kemejanya lalu disarungkan ke tubuh Am."Am!" Tubuh Am dibaringkan ke atas ribanya sambil menepuk-nepuk wajah gadis itu."Am!" Sekali lagi Kasyaf memanggil. Kali ini, tubuh Am digoncang pula. Kasyaf mula hilang arah apabila tangan Am lembik semacam. Dia mengangkat tangan Am untuk merasa nadinya.