Share

04

Author: Lucyana
last update Last Updated: 2021-08-19 11:18:30

"Ha dah kenapa pula tu?" tanya Puan Suria yang terdengar jeritan nyaring Am sebentar tadi. Nyaringnya mengalahkan ikan paus melalak dalam laut, sakit telinga Puan Amiran dibuatnya.

"Tak ada apa mami, nyamuk tadi." Jawab Puan Amiran sambil menjegil ke arah Am. Memberi isyarat supaya jangan bersuara.

"Jangan dicubit cucu aku tu Miran, cucu kesayangan aku tu." Kata Puan Suria semula sambil membetulkan kain batik yang hampir-hampir nak terlondeh dari pinggangnya.

Puan Suria masak sangat dah dengan perangai anak-beranak dia. Suka sangat bergaduh tak kena tempat. Am dengan perangai tak semenggahnya, Puan Amiran dengan bebelannya. Tergeleng kepala Puan Suria mengenangkan sikap anak dan cucunya itu.

"Aih! Tadi mami pukul dia tak apa pula? Miran cubit sikit je ha, tak rasa sakit pun. Kan Am?" tanya Puan Amiran selamba sambil menyiku tangan Am supaya mengiyakan dalihnya.

"Mana ada nenek! Mama punya cubit tu macam kena sengat dengan obor-obor. Haaaaa, nenek! Tengok tangan cucumu ini, dah biru-biru anakmu buat." Laju Am berlari mendekati Puan Suria kalau terlambat sesaat laju tangan mamanya mahu melepuk kepala.

"Alololo cucu nenek, kesiannya. Sakit ya?" soalan ditanya dan konon-kononnya mahu mengusap lengan Am tetapi, belum sempat Am nak bermanja. Telinga kanannya terlebih dahulu dipulas kuat oleh Puan Suria.

"Aaaaaa. Apa ni nek? Sakitlah, nenek dengan mama ni sama je dua-dua. Suka buli Am. Merajuklah macam ni," bibir Am sudah memuncung tajam. Renungan marah juga turut kelihatan dari rautnya.

"Eh! Mestilah aku dengan mak kamu tu sama, dah aku yang kandungkan dia. Dia keluar dari perut aku ni ha, aku yang besarkan dia. Jaga dia. Kamu apa tahu? Dah masuk cepat! Habis drama korea aku sat lagi! Ish budak ni,"

Laju Puan Suria masuk ke dalam rumah diikuti oleh Puan Amiran dari belakang. Am pula berpaling ke belakang lalu mendekati Encik Murshid yang baru tiba di situ.

"Baba..." panggil Am perlahan lalu mengemam bibir sambil mata terkelip-kelip memandang Encik Murshid.

"Ha kenapa?" soal Encik Murshid yang sudah bermandikan peluh sendiri. Penat mengangkat beg pakaian anak dan isteri. Apa yang mereka sumbat dalam beg pun Encik Murshid tak tahu. Penyudahnya, dia yang penat mengangkat semua beg tersebut.

"Am nak keluar kejaplah baba. Boleh tak?" pinta Am lalu tersengih sumbing.

Mendengarkan saja permintaan Am, Encik Murshid terus meletakkan beg yang dipegangnya ke bawah. Tak sanggup lagi dia nak bawa beg tu.

"Am dengan mama bawa apa dalam beg ni? Beratnya... Baba ni dah tua, jangan suruh dibawa batu bata. Boleh patah pinggang baba kalau macam ni Am," omel Encik Murshid. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Am sudah mencebit monyok.

"Baba! Am nak keluar ni." Rengek Am kerana Encik Murshid sengaja mengubah topik perbualan mereka.

"Aih! Kita baru je sampai, duduklah dulu. Lagipun Am bukan tahu jalan dekat Korea ni. Sesat nanti," balas Encik Murshid tanpa mengendahkan Am yang sudah memuncung sedepa. Kalah itik dah gayanya.

"Jom masuk dulu." Ajak Encik Murshid sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Namun tidak pula Am, dia memandang rumah dan garaj neneknya silih berganti.

Perlahan-lahan, Am menuruni anak tangga mahu mendekati garaj Puan Suria. Pintu garaj dibuka lantas senyuman lebar mula terukir.

🌼🌼🌼

"Eh abang, Am mana?" tanya Puan Amiran yang baru perasan anaknya tiada bersama mereka ketika itu.

"Eh tadi ada belakang abang ni ha," jawab Encik Murshid turut terkejut. Laju betul Am menghilang sampaikan Encik Murshid pun tak perasan.

"Mama! Baba!"

Pin! pin!

Suara Am diselangi dengan bunyi hon motor skuter Puan Suria yang begitu nyaring.

"Itu motor aku tu!" terbeliak Puan Suria mendengarkan hon skuternya tidak henti berbunyi.

Puan Amiran, Puan Suria dan Encik Murshid segera keluar semula dari rumah. Mereka melihat Am sudah bersiap sedia di atas motor skuter itu.

"Mama! Baba! Am pergi dulu. Muahhh." Flying kiss Am berikan sebelum dia memulas laju minyak motor untuk menjauhi kawasan rumah. Encik Murshid yang tadinya terkejut kini bergerak laju menuruni tangga untuk mengejar Am.

"Bertuah punya budak!" jerit Encik Murshid apabila tidak sempat menahan Am dari berlalu pergi

"Kenapalah degil sangat anak kamu tu Miran oi? Macam mana kamu didik dia? Sakit kepala aku dengan anak kamu tu," tanya Puan Suria dengan suara yang sengaja dipanjangkan beberapa harakat. Terutama di perkataan 'oi' itu.

"Entahlah mami, dekat Malaysia pun perangai dia sama juga. Tak reti nak makan saman, langsung tak takut apa-apa. Itu yang Miran dengan Abang Murshid bawa dia balik kampung. Manalah tahu, kata mami dia nak dengar." Terang Puan Amiran akan tujuannya dan suami pulang semula ke Korea. Tergeleng Puan Suria dibuatnya mendengarkan semua itu.

🌼🌼🌼

Sementara itu, gembiranya Am langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akhirnya, dia dapat kembali semula ke tanah kelahirannya dan dapat bersiar-siar di bandar Seoul dengan menaiki motor skuter antik milik Puan Suria.

Ketika sedang ralit mata Am melilau melihat ke sekeliling menikmati pemandangan kota raya, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang laju melintas di hadapan motor. Tidak semena-menanya Am terpaksa menekan brek secara mengejut.

"HOI! Nak mati ke!" jerkah Am dengan lantang kepada lelaki yang sudah terjatuh ke bahu jalan. Segala barang yang dibawa oleh lelaki itu habis bersepah.

Lelaki itu tidak mengendahkan kata-kata Am sebaliknya merenung Am dengan tajam. Entah apalah yang berada di fikirannya ketika melihat Am membebel macam nenek kebayan.

"Kau yang buta!" sergah lelaki itu membuatkan Am terjegilkan mata kerana terkejut lelaki itu berani pula menjawab.

"Apa kau cakap?" tanya Am tidak berpuas hati.

"Kau yang buta! Pekak ke tuli?" sound lelaki itu tanpa mempedulikan Am yang sudah mula naik hantu.

"Yah!" jerkah Am dengan geram. Lelaki itu mula bangun sambil menepuk-nepuk habuk yang terlekat di bajunya.

Pandangan dikalih ke arah beg plastik yang dipegangnya tadi. Segala jajan serta pelbagai lagi stock makanannya habis bersepah dan ada juga yang sudah dilanggar kereta lalu lalang.

"YAHHH!" jerkah lelaki itu kepada Am membuatkan Am terkedu. Matanya yang tak berapa nak bulat tu terus dibulatkan.

"Siapa nak ganti semua barang-barang aku ni? Kau yang buta, jalan pandang mana? Kan aku dah angkat tangan tadi nak lalu. Kau yang buta ke aku yang buta? Aku tak kira, aku nak kau ganti balik semua barang-barang aku ni! Sekarang!" marah lelaki itu. Terkebil-kebil Am dibuatnya.

 

Related chapters

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   05

    Am segera menghidupkan enjin motornya, dia langsung tak menyangka lelaki yang dilanggarnya tadi adalah seorang manusia yang tak nomal. Bebelan lelaki itu membuatkan semua mata baik si penjalan kaki mahu pun yang menaiki kenderaan memandang ke arah mereka berdua. "Ha kau nak pergi?" tanya lelaki itu sambil menahan motor skuter Am dari bergerak pergi. Am mengetap bibir bawahnya. Matilah dia kali ni, macam manalah dia boleh terjumpa pula dengan manusia tak normal tu. "Nak baliklah..." jawab Am selamba membuatkan lelaki tadi menyepetkan matanya yang sememangnya sudah pun sepet. "Apa? Balik? Habis barang-barang aku siapa nak ganti?" tanya lelaki itu lagi dengan wajah serius. Am memandang ke kiri dan ke kanan. "Ada nampak aku yang rosakkan barang-barang kau ke? Tak kan? Aku cuma terlanggar kau, jadi barang-barang kau bukan tanggungjawab akulah!" jawab Am lagi tidak mahu bertanggu

    Last Updated : 2021-08-19
  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   06

    Am berhentikan semula motorsikal itu. "Apasal kau naik motor aku?" tanya Am separuh menjerit tidak puas hati."Aku dah lambat ni! Cepat jalan!" arah Kasyaf tanpa ada rasa mahu turun dari motor itu."Kau ingat ni motor bapak kau ke? Nak main arah-arah aku pula!" soal Am diakhiri dengan nada meninggi. Kecil besar kecil besar je dia tengok lelaki yang membonceng motornya itu. Nasib baik kaki dia sakit, kalau tidak dah lama dia bagi sepakan ribut taufannya."Aish. Masalahlah kau ni. Turun!" marah Kasyaf pula dan Am pun turun dengan lurus bendulnya dari motor tersebut.Sebaik saja Am turun dari motor, Kasyaf terus bergerak ke depan dan menyuruh Am naik semula. Tetapi, kali ni Am pula yang perlu membonceng motor tersebut."Hoi! Ni motor aku, kau yang turun!" marah Am sambil menendang perlahan kaki Kasyaf."Nak naik ke tak nak? Tak nak aku tingg

    Last Updated : 2021-08-19
  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   07

    "Mr. Kook, saya rasa perut saya memulas! Saya kena ke tandas dulu!" kata Kasyaf sambil membuat aksi membongkok kononnya sedang menahan sakit. Tanpa memunggu lama di situ, dengan pantas Kasyaf melarikan diri dari Mr. Jongkook."Yah! Yah!" akhirnya Mr. Jongkook mengangkat tangan. Hidungnya tercium bau ketiak sendiri. Terus laju dia menutup hidung gara-gara mahu termuntah.Kasyaf yang sudah menaiki tangga untuk ke biliknya berasa lega seketika. Akhirnya dia terlepas juga dari Mr. Jongkook yang ditakuti oleh ramai pelajar. Bukan kerana dia terlalu garang tetapi, takut kerana bau ketiak dan mulutnya yang terlalu menyengat.Tetapi, hasil Kasyaf melarikan diri dari Me. Jongkook nampak macam dia keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau. Terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai oleh Jackson sedang berada di hadapan pintu bilik Kasyaf ketika ini."Yes? Can I help you?" tanya Ka

    Last Updated : 2021-08-19
  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   08

    "Mr. Kook, saya rasa perut saya memulas! Saya kena ke tandas dulu!" kata Kasyaf sambil membuat aksi membongkok kononnya sedang menahan sakit. Tanpa memunggu lama di situ, dengan pantas Kasyaf melarikan diri dari Mr. Jongkook. "Yah! Yah!" akhirnya Mr. Jongkook mengangkat tangan. Hidungnya tercium bau ketiak sendiri. Terus laju dia menutup hidung gara-gara mahu termuntah. Kasyaf yang sudah menaiki tangga untuk ke biliknya berasa lega seketika. Akhirnya dia terlepas juga dari Mr. Jongkook yang ditakuti oleh ramai pelajar. Bukan kerana dia terlalu garang tetapi, takut kerana bau ketiak dan mulutnya yang terlalu menyengat. Tetapi, hasil Kasyaf melarikan diri dari Me. Jongkook nampak macam dia keluar dari mulut buaya masuk mulut harimau. Terdapat sekumpulan pelajar lelaki yang dianggotai oleh Jackson sedang berada di hadapan pintu bilik Kasyaf ketika ini. "Yes? Can I help you?" t

    Last Updated : 2021-08-19
  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   09

    Seminggu sudah berlalu, leteran demi leteran Am sumbat ke telinga melalui telinga kanan dan keluar ke telinga kiri.Dia tak mahu masuk ke sekolah baru gara-gara Puan Amiran dan Encik Murshid tak mahu masukkan dia ke dalam sekolah lelaki sahaja.Dia tu perempuan, mana mahunya masuk sekolah lelaki. Agaknya dah ada wayar putus dalam kepala sebab itu beria sangat nak masuk sekolah lelaki."Sampai bila ni, Am nak macam ni? Tak nak pergi sekolah? Mama dengan baba pindah sini lama tau bukan sehari dua. Sekarang pun dah seminggu berlalu," pujuk Puan Amiran.Am yang sedang meniarap sambil bermain dengan pspnya langsung tidak mahu mendengar pujukan itu kerana dia tahu kalau dia menjawab kejap lagi Puan Amiran mula beleter teruk."Hei Ira... kamu dengar ke tak mama kamu cakap apa tu?" tiba-tiba Puan Suria menyampuk dari pintu bilik Am membuatkan Am terus menggosok telinga se

    Last Updated : 2021-08-23
  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   10

    Minggu kedua Kasyaf berada di Shin High School. Setakat ini, kehidupannya berjalan dengan lancar walaupun asyik dikerumuni pelbagai pelajar dari peringkat umur. Hari ini, seperti biasa Kasyaf akan bangun awal untuk menjamah roti dan air susu halal yang dibelinya di kedai serbaneka 24 jam setiap hari. Selesai bersarapan sendiri Kasyaf terus bangun dan mengambil kasut sekolahnya yang berada di hujung katil. "Kay!" jerit Suho dari luar bilik. "Apa?" tanya Kasyaf tanpa ada rasa mahu membukakan pintu bilik itu untuk Suho masuk ke dalam biliknya. "Aku nak tanya, kau ada perfume tak? Perfume aku dah habis, roomate aku pun tak pakai perfume." Laung Suho dari luar. "Kejap, balas Kasyaf sambil mengapai minyak wanginya yang terletak di dalam almari pakaian. Seraya itu langkahnya menuju ke arah pintu bilik lalu membukanya. Laju dia menghulur botol mi

    Last Updated : 2021-08-26
  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   11

    "Selamat pagi Mrs Jee," sapa Mr Kwan yang berdiri di pintu kelas 4-B2."Oho... Mr Kwan. Kenapa awal-awal datang kelas saya ni? Nak ajak dating, tunggulah rehat nanti." Tersipu malu Mrs Jee dibuatnya apabila Mr Kwan tidak lekang dek senyumannya."Eh bukan cikgu," balas Mr. Kwan terus senyuman sipu Mrs. Jee mati. Semua pelajar kelas itu sudah mula menahan ketawa melihat gelagat Mrs Jee."Oh, hem hem... jadi ada apa cikgu ke sini?" soal Mrs. Jee selepas berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa malunya."Ni saya ada bawa pelajar baru." Terang Mr. Kwan."Oh ya? Mana budaknya?" Mrs. Jee mula terjengguk-jengguk keluar bilik darjah mahu melihat mana pelajar yang dikatakan oleh Mr Kwan tu."Silakan..." panggil Mr Kwan dan pelajar itu pun masuk ke dalam kelas.Kasyaf yang tadi hanya memerhati tanpa reaksi, kini matanya terbeliak deng

    Last Updated : 2021-08-26
  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   12

    "Hello?" Jimien melambai tangan ke depan muka Hira. Gadis itu dari tadi mencebik dan termenung saja sambil menongkat dagu sendiri."Kau tengoklah tu Mien! Handsomenya, Am nama dia. Aduh, aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertamalah Jimien! Omo ottokhaji? (macam mana sekarang?)" omel Hira panjang lebar sambil mengoncang lengan Jimien. Sampai naik pening kawan dibuatnya."Yah! Yah!" Jimien cuba menolak tangan Hira dari mengoncang lengan dia. Naik rimas jadinya, digoncang lengan sampai pening."Kau ni angau teruk sangat ni. Demam ke?" soal Jimien sambil meletakkan tangan ke dahi Hira. Mahu merasa sama ada panas atau tidak suhu badan rakan semejanya itu.Hira mula mendecit kuat, lalu menolak kasar lengan Jimien."Aku nak ikut dia orang pergi bilik guru. Kau nak ikut tak?" tanya Hira dengan senyuman melebar. Mata pula bersinar-sin

    Last Updated : 2021-08-26

Latest chapter

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   56

    "Mama apa dia buat dekat sini ma?" soal Am sambil mengoncang tangan Puan Amiran dengan laju. Pening ibunya makin menjadi-jadi dengan perangai dia. Akhirnya, Puan Amiran menepis tangan Am kasar lantas tersenyum mesra kepada tetamu tersebut."Sabarlah dulu Am..." pujuk Puan Amiran manakala Puan Kemelia atau lebih mesra dipanggil Puan Lia itu hanya tersenyum melihat kekraban keluarga sahabatnya di hadapan mata. Terlihat begitu menyenangkan walaupun Am sebenarnya berperangai tidak sepatutnya ketika di hadapan tetamu."Am, mama dengan Aunty Lia ni dah lama dah cadang benda ni," kata Puan Amiran sambil menarik Am untuk duduk di sofa. Am hanya menurut kerana dari tadi tangan Puan Amiran asyik mencubit pinggangnya saja.Setelah Am melabuhkan punggung, Puan Amiran mula tersenyum lebar.

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   55

    Beberapa hari kemudian...Kini, tibalah waktunya Am untuk pulang ke rumah. Setelah beberapa hari dia menghabiskan masa di rumah tumpangan di Itaewon. Dia memberitahu kepada Puan Amiran dan Encik Murshid yang dia pergi becuti sekejap untuk mengambil angin dan hilangkan stress menghempas pulas belajar.Puan Amiran tahu Am pandai menjaga diri jadi kedua ibu bapanya memberi izin walaupun anak mereka baru mencecah 16 tahun dan tidak lama lagi akan menjadi seorang remaja berumur 17 tahun! Tetapi, kepercayaan keluarganya teramat tinggi menyebabkan Am tidak berani melakukan perkara lain selain bergaduh dan berlawan dengan orang yang cuba mencari masalah dengan dirinya.Perlawanan bola keranjang Kasyaf juga tidak dihadiri kerana tidak mahu menunjukkan diri kepada khalayak pelajar di sekolahnya

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   54

    "Kay mana?" soal Am. Bercakap tentang Kasyaf, sejak awal pagi tadi dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Am jadi tertanya-tanya pula, ke mana lelaki itu pergi. Pandangan matanya kini meliar mencari di mana kelibat rakan sebiliknya itu."Kay terpaksa balik awal. Hari ni dia tak ambil exam. Eh! kau tak tahu ke?" kata Suho, terkejut."Tak. Aku bangun-bangun dia dah tak ada, kenapa dia tak ambil exam pula. Habis tu, lusa perlawanan dia macam mana?" Am turut terkejut lantas mencebik bibir sambil menyumpah rakan sebiliknya itu di dalam hati.'Kata aku ada masalah tak nak cerita, dia pun sampai. Eh! Tapi... aku kan perempuan, dia lelaki... mesti dia kekok dengan aku. Adui Am apa la masalah kau ni!'"Dia ada kecemasan hari ni, esok baru dia am

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   53

    "Sampai bila nak sorok semya ni? Aku penat la!" Am menolak Kasyaf dengan kasar. Dia melarikan diri keluar dari asrama sambil menangis kuat. Ya! Hari ini adalah hari paling teruk untuk Am lalui.Tiba-tiba Am ternampak seorang lelaki yang pernah dia nampak sebelum ini. Ya! Lelaki yang cuba membunuh diri dengan duduk di tengah jalan raya, lelaki itu juga yang dia nampak mahu terjun dari dorm asramanya dan lelaki itu jugalah yang dikejar sampai ke belakang belukar.Lelaki itu hanya tersenyum ke arah Am. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghilangkan diri seperti dibawa arus angin. Am terkejut, mungkin lelaki itu ada sesuatu yang cuba hendak disampaikan kepada Am namun, Am tidak pasti apa perkara tersebut.Am mengusap kasar wajahnya. Perlahan-lahan dia melangkah masuk semula ke dalam asrama

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   52

    "Eh! Eh! Kalau rindu mak ayah kau, pergi jelah balik sana." Kasyaf bangun dari katil dan menuju ke almari untuk mengapai tuala. Badannya yang terasa melekit harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum dia menyambung study untuk exam terakhir mereka esok."Rindu memanglah rindu tapi entahlah. Bukan itu," jawab Am mendatar.Kasyaf mula mengerut dahi."Tak apalah, kalau rasa nak kongsikan apa-apa dengan aku. Cakap jelah. Lagipun aku bukannya patung dalam bilik ni," balas Kasyaf. Dia tidak mahu memaksa Am untuk bercerita. Dia tahu yang dia bukanlah siapa-siapa, tetapi ketika melihat Am menangis. Perasaan ingin tahu tentang mengapa gadis itu menangis membuak-buak pula.Dia tidak sukakan Am sepenuhnya lagi kerana dia masih dalam proses untuk

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   51

    Am bangun dari pembaringan, sudah dua minggu dia terpaksa menghadap peperiksaan dengan perasaan bercampur baur. Ketika keluar dari hospital, Puan Amiran dan Encik Murshid tidak benarkan dia pulang ke rumah jadi terpaksalah dia pulang ke asrama dengan hati yang berat."Habiskan exam kamu, dah akhir tahun dah pun. Lepas tu baru balik ke rumah." ujar Puan Amiran.Am mencebik.Encik Murshid yang sedang memegang beg pakaian anaknya itu menoleh ke arah Am."Jangan macam tu, kalau nak hadiah balik ke rumah lepas exam." Encik Murshid cuba memujuk. Pandangan Am mula menoleh ke arah Encik Murshid pula."Hadiah apa?" tanya Am teruja sungguh dibuatnya. Siapa tak sukakan hadiah? Pasti semua orang

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   50

    "Semalam apa yang jadi?" tanya Am malas mahu melayan Kasyaf. Entah rahsia apa pula yang lelaki itu tahu pun Am tidak pasti. Jadi, lebih baik dia endahkan saja perkara itu. Sesungguhnya, Am tidak suka akan perkara yang memerlukan jawapan melalui teka-teki. Pantang betul dia."Semalam, eish. Aku dapat tangkap dua mangkuk hayun tu tau! Aku peluk dia lepas tu hantar pergi jumpa Mr.Kook," kata Suho siap dengan gaya aksi taek kwan do lagi. Senyuman bangga terpamer di wajahnya, namun semua itu tidak lama apabila Jimien menyampuk."Ye ye oo je kau! Padahal Habin dengan Jiwon yang lawan Jackson lepas tu tangkap si dua budak sengal tu. Kau tu tolong aje," bidas Jimien. Suho mencebik sekali lagi."Kau ni kan, bagilah aku peluang nak tunjuk hero. Habis kau tu, lagilah! Dahlah ranting jatuh pun men

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   49

    "Apa dia mummy?" Lembut saja Kasyaf mengutarakan soalan. Dalam kasar seorang lelaki bernama Kasyaf Safwan, dia juga merupakan seorang anak yang taat dan teramat menyayangi ibunya."Sebelum mummy cakap kenapa mummy ada dekat Korea, Syaf jangan terkejut tau."Kasyaf hanya mengangguk perlahan, tidak akan sesekali dia ingkari kata-kata ibunya. Dari kecil Kasyaf sudah diasuh untuk menghormati orang tua. Walaupun dia merupakan anak tunggal sama seperti Am, tetapi setiap perkara sudah dididik dengan tegas oleh kedua ibu dan bapanya.Namun begitu, ayah Kasyaf telah pun meninggal dunia sebelum dia menerima tawaran pertukaran pelajar ke Korea Selatan. Pada awalnya, dia mahu menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu meninggalkan Puan Kamelia di Malaysia sendirian memandangkan dia anak tunggal da

  • The First Snow (Bahasa Malaysia)   48

    "HOI!" jerkah Kasyaf dengan lantang. Jaebum dan Jinyoung sudah pun melepaskan Am dan mahu melarikan diri.Habin pula terus menerpa ke arah Jackson mahu menangkap lelaki itu. Manakala Jiwon dan Suho mengejar Jaebum dan Jinyoung yang mahu melarikan diri melalui tingkap.Kasyaf mendekati Am, matanya membuntang melihatkan Am tidak sedarkan diri dengan pakaian yang koyak rabak. Kasyaf segera membuka baju kemejanya lalu disarungkan ke tubuh Am."Am!" Tubuh Am dibaringkan ke atas ribanya sambil menepuk-nepuk wajah gadis itu."Am!" Sekali lagi Kasyaf memanggil. Kali ini, tubuh Am digoncang pula. Kasyaf mula hilang arah apabila tangan Am lembik semacam. Dia mengangkat tangan Am untuk merasa nadinya.

Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status