Enam belas bulan sebelumnya... KRINGGG!! jam sudah menunjukkan pukul enam pagi. Aryan Syah, juruterbang berusia 28 tahun berdarah kacukan arab dan melayu yang terbaring di atas katil bingkas bangun. "Okay... Last flight for Nour Airlines today, Captain Aryan, please say goodbye for the airlines crews." Kain tuala dililitkan di pinggang. Aryan Syah leka merenung pantulan dirinya sendiri di hadapan cermin di dinding bilik mandi. "Hari ini hari terakhir aku di UAE, goodbye Abu Dhabi, and hello Kuala Lumpur!"Pagi ini Aryan Syah ditugaskan untuk mengetuai penerbangan Nour Airlines 7E55 dan 7E56 untuk sektor Abu Dhabi ke Cairo dan Cairo ke Abu Dhabi. Pesawat yang dikendalikan pada pagi ini adalah pesawat narrow body, Airbus A320:214 bernombor pendaftaran A6-NEE. Langkah diatur, beg bagasi beroda ditarik menuju ke balai perlepasan. Pandangan matanya kini tertumpu kepada dua orang cabin crew yang baru sahaja memulakan tugas untuk hari ini. Sala
Last Updated : 2021-07-21 Read more