"AIRISH, macam mana keadaan dia?" Dato' Hareez bertanya kepada anak perempuannya yang merupakan seorang doktor dan kebetulan sedang bertugas pada masa itu.
Airish Syafiqa merenung Dato' Hareez lama. Hairan dengan tingkah papanya itu. Sebelum ni tak pernah aku tengok papa macam ni, getus hatinya.
"Papa, boleh bagitahu siapa lelaki yang cedera teruk tu?"
"Itu tak penting! Yang penting sekarang, papa nak tahu keadaan dia macam mana?!" tegas Dato' Hareez lagi. Dia tidak mempedulikan pertanyaan anak perempuannya itu.
"Darah... papa, dia banyak kehilangan darah."
"Airish ambil darah papa!" sepantas kilat Dato' Hareez membalas kata-kata Airish Syafiqa.
"Papa, apa yang papa merepek ni? Darah dia jenis B+, papa..." ujar Airish Syafiqa perlahan sebelum kata-katanya dipintas.
"Ye! Papa tahu darah dia jenis B+! Papa jugak sama darah dengan dia... dia anak kandung papa! Anak sulung papa! Abang kepada Airish!" jawab Dato' Hareez perlahan tapi tegas.
"Apa?! Jadi dia tu anak papa yang pernah papa ceritakan dulu tu?! Bukan ke atok cakap mereka dah lama meninggal?"
Pang!!
Dengan serta-merta tapak tangan Dato' Hareez hinggap di pipi anak perempuannya itu sebaik sahaja Airish Syafiqa mempertikaikan kewujudan Aryan Syah, anak kandungnya dengan arwah isteri pertamanya satu ketika dahulu.
"Begini ke cara Airish menjalankan tugas semasa berlaku kecemasan, hah?!" tengking Dato' Hareez. Sakit hatinya membuak-buak bila anak perempuannya itu menunjukkan perangai egonya di saat-saat genting seperti ini.
Airish tidak membalas pertanyaan Dato' Hareez itu, sebaliknya dia berlari keluar dari bilik kecemasan itu tanpa mempedulikan papanya yang berharap agar anak sulungnya diselamatkan.
Pak Syamir menghampiri Dato' Hareez untuk menenangkannya. "Dato', apa sebenarnya yang berlaku ni? Boleh Dato' ceritakan tak?"
"Macam mana saya nak ceritakan? Anak lelaki saya, satu-satunya zuriat saya dengan arwah isteri pertama saya sedang bertarung nyawa di dalam tu, Syameer!" terang Dato' Hareez. Matanya sudahpun berkaca ketika itu. "Tak sangka, anak gadis saya yang berkerja sebagai doktor! Tergamak mempertikaikan kewujudan abang dia di saat genting macam ni!"
Sedang Dato' Hareez bercerita mengenai anak yang sudah dua puluh lima tahun terpisah itu, daun pintu bilik kecemasan itu dikuak dari dalam. Terpacul satu figura doktor lelaki yang sepertinya sedang mencari seseorang. Dato' Hareez bingkas bangun dari kerusi dan terus mendapatkan doktor itu. "Doktor, macam mana keadaan anak saya?"
"Oh, pesakit yang kena langgar lari tu anak Dato' ye? Okey... saya Doktor Reza, err... Dato', anak Dato' tu mengalami kecederaan yang agak serius di kepala dan banyak kehilangan darah. Jadi, kami memerlukan darah jenis B+... siapa di sini yang memiliki darah jenis ni? Kami kekurangan darah jenis tu buat masa ini," ujar Doktor Reza panjang lebar.
Dato' Hareez segera menghampiri Doktor Reza. "Doktor, doktor boleh ambil darah saya. Dia anak kandung saya, darah kami adalah sama!"
"Syukur alhamdulillah... Jom, Dato' Hareez boleh ikut saya."
__________☁__________
MATANYA dibuka perlahan. Aroma ubat menusuk ke dalam hidungnya. Dengan perlahan dia menoleh ke arah kiri dan kanannya. Dia cuba untuk menggerakkan kaki kirinya.
"Argh!! Sakit!"
Tiga saat selepas itu, pintu bilik wad itu dikuak dari luar. Aryan Syah cuba untuk duduk namun tubuhnya masih lemah. Dia mengerling ke arah pintu yang sudah terbuka luas itu. Susuk tubuh papanya, Dato' Hareez diiringi oleh seorang doktor perempuan menapak masuk dan menghampirinya.
"Papa..." Perlahan bibir Aryan Syah memanggil Dato' Hareez yang semakin hampir dengannya seraya melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katilnya.
"Aryan... anak papa dah sedar! Macam mana keadaan Aryan sekarang?" Pergelangan tangan anak sulungnya itu dicapai. Tenang rasa hatinya sebaik mendapati anak sulungnya selamat dan sedar dari koma.
"Sa... saya... sekarang saya dekat mana?" Bergetar suara Aryan Syah ketika ini.
"Aryan sekarang ni berada di dalam wad hospital... Aryan kena langgar lari dekat airport tiga hari lepas... Aryan ingat tak?" sahut Dato' Hareez perlahan. Tangannya mendarat di dahi anak sulungnya itu. Balutan di kepala anaknya itu diusap lembut.
"Tiga hari?" soal Aryan Syah terkejut. Dia tidak sedarkan diri selama tiga hari. "Pasal kena langgar tu... Aryan ingat. Aryan nak selamatkan papa..."
"Ye... Terima kasih Aryan."
Jeda buat seketika.
Aryan Syah merenung Dato' Hareez, lama. Tanpa disedari air matanya sudahpun mengalir keluar. "Pa... papa? Jadi, papa dah ingat dengan Aryan... Aryan Syah? Anak yang papa tinggalkan semasa usianya baru tiga tahun?" soal Aryan Syah perlahan. Dia menundukkan kepala seraya bermain jari tangannya.
"Ya... Papa ingat anak papa... Aryanlah anak kandung yang papa tinggalkan selama 25 tahun ni! Papa tengok lukisan yang papa hadiahkan buat Aryan tu. Dari situ papa perasan Aryan ni anak papa! Nama penuh dan dari apa yang Aryan sembangkan dengan pramugara dalam flight tempoh hari..."
"Aryan... sebenarnya... dah lama pasang niat untuk mencari papa. Aryan jugak tahu papa akan naik flight dari airline di mana Aryan..." kata-katanya terhenti sebaik sahaja tubuhnya diraih dan dipeluk erat oleh Dato' Hareez.
"Papa jugak dah lama cari Aryan dan mama. Papa kerap pergi ke Abu Dhabi semata-mata untuk mencari korang berdua. Tapi tak jumpa. Mulai dari saat ni... Papa takkan tinggalkan anak papa lagi." Pelukan dilepaskan. Dato' Hareez segera menyeka air mata yang mengalir di pipi anaknya itu.
"Abang Aryan ni seorang pilot ye? Wah... Airish tak sangka yang Airish ada seorang abang yang berkerja sebagai seorang pilot! Nour Airlines pulak tu... bukan calang-calang airline tu bang!" Airish Syafiqa tiba-tiba bersuara.
"Airish? Doktor ni..."
"Aryan... Papa nak kenalkan ini Airish Syafiqa, adik Aryan. Dia ni anak papa dengan isteri kedua papa," ujar Dato' Hareez sambil menarik lengan anak gadisnya itu. "Dia ni seorang doktor... Tiga hari ni dialah yang jagakan Aryan selepas papa berus dia hari tu.
Berkerut dahi Aryan Syah sebaik sahaja mendengar kata-kata papa kandungnya itu. "Berus?"
Doktor Airish Syafiqa pecah tawa melihat gelagat abangnya itu. "Papa, apa ni? Malulah..."
"Tahu pun malu, sekarang dah terbukti dia ni anak kandung papa... Kita dah buat DNA, malah papa dermakan darah untuk dia jugak tau!" bebel Dato' Hareez. "Hari tu Airish tak nak percaya apa yang papa cakap... siap tak nak rawat abang dia... Kesian tahu? Dia datang ke sini semata-mata nak jumpa papa!
"Terima kasih papa," ucap Aryan Syah perlahan.
__________☁__________
TING!!
Ezma Umaira bingkas bangun dari tempat duduk seraya mencapai alat interkom untuk berhubung dengan penumpang-penumpang di dalam kabin. Sebelum memulakan kata-katanya, dia mengerling ke arah tanda isyarat tapi pinggang dinyalakan menandakan keadaan cuaca yang kurang memuaskan.
"Tuan-tuan dan puan-puan, disebabkan keadaan cuaca yang kurang memuaskan, anda dikehendaki kembali ke tempat duduk anda. Sila pasangkan tali pinggang keledar anda untuk keselamatan anda. Ladies and gentleman, We are experiencing bad weather conditions, please return to your seat. Please attach your seat belts for your safety."
Penerbangan Red Skylines OX705 berlepas dari Manila, Filipina menuju ke Kuala Lumpur itu menggunakan pesawat narrow body Boeing B737:8FZ bernombor pendaftaran 9M-JVL kini sedang meluncur laju membelah awan merentasi laut cina selatan dengan kelajuan 850 kilometer sejam.
Ezma Umaira kembali melabuhkan punggungnya di tempat duduk seraya mengerling ke arah Syazwana, rakan baiknya. "Wana, kau free tak malam nanti?"
"Malam ni aku free, kenapa?"
"Temankan aku shopping, boleh?"

"ASSALAMMUALAIKUM...""Waalaikumsalam... dah sampai pun." Datin Yasmin, isteri kedua Dato' Hareez menyambut kedatangan suami dan anak perempuannya, Airish Syafiqa.Hari ini juga Aryan Syah dibenarkan balik ke rumah. Dia berdiri di belakang adiknya sambil bertongkat. Dia menunduk, segan."Aryan... jom masuk," ajak Dato' Hareez. Tangannya dihulurkan ke arah anak sulungnya itu. Aryan Syah menyambut sambil tersenyum. Dia mengerling pula ke arah mama tirinya, Datin Yasmin yang berdiri di sebelah kiri papanya.Aryan Syah perasan Datin Yasmin mencebikkan bibirnya ke arah papanya seraya menoleh ke arahnya sambil memberikan renungan tajam. Bismillahirahmanirahim, ucap Aryan Syah dalam hati. Dari renungan mata mama tirinya itu, Aryan Syah dapat mentafsirkan bahawa wanita di hadapannya tu tidak menyukai akan keberadaannya di banglo mewah milik papanya.
"UHUKK!! Ssssttt... fuh!" Aryan Syah berdesit akibat kepedasan sebaik sahaja menjamah lauk ayam masak kari yang disediakan oleh Datin Yasmin. Kesemua manusia yang berada di situ mengerling ke arah Aryan Syah yang sudahpun merah padam mukanya dek penangan kari ayam itu. Apa benda yang mama tiri aku masukkan dalam lauk ni? Pedas sangat! Tak pernah aku makan benda pedas sangat macam ni walaupun dah hampir satu dunia ni aku jelajah. Aryan Syah bengang tetapi hanya mampu disimpan dalam hati sahaja kemarahannya itu. Dia perasan kini dirinya menjadi perhatian di situ.Aryan Syah bingkas bangun dari kerusinya. Tongkat yang disandarkan di dinding belakangnya itu dicapai. Perutnya memulas ketika ini.Dato' Hareez mengerling anak sulungnya itu. "Aryan, nak ke mana pulak tu?"Jelas kelihatan peluh jantan merembes di dahi Aryan Syah. "Nak ke bilik air sekejap, papa."
"KAPTEN, err... selamat pagi, pax untuk flight pagi ini penuh..." Ezma Umaira berkata. Dia cuba menyembunyikan rasa malunya kepada Aryan Syah. Untuk empat penerbangan hari ini, dia diberi tanggungjawab sebagai ketua kru kabin.Aryan Syah yang baru sahaja menapak masuk ke dalam kabin pesawat itu memberikan senyuman manis buat ketua pramugari, Ezma Umaira. "Assalamualaikum..."Ezma Umaira tertunduk sebaik sahaja Aryan Syah membalas kata-katanya dengan memberi salam. Adoi dia ni... segan pulak aku. Oh... lupa pulak dia ni dulu kan pilot untuk Nour Airlines... Jadi mungkin dia dah biasa macam tu kot? Ezma Umaira mengerling Aryan Syah yang sedang menyimpan beg bagasinya di dalam ruangan penyimpanan compartment di ruangan atas tempat duduk kelas bisnes."Hai... saya bagi salam tak ada seorang pun nak jawab? Hmm... Good mo
"AKU nak ke toilet sekejap.""Okey... selamat melabur emas ye kapten!" Berdekah C.O Pilot Nasrul Effendy ketawa sebaik sahaja ucapan itu terkeluar dari mulutnya.Aryan Syah terhenti langkahnya seraya menoleh ke arah pembantu juruterbang, CO pilot Nasrul Effendy yang sudahpun menahan perut sambil ketawa. Dia terlopong. "Tak ada emas nak dilaburkan pun. Aku nak buang air ajelah!""Yelah..." sahut Nasrul Effendy pula. "Jangan lama sangat, aku pun nak ke toilet jugak ni.""Bagi aku masa dua minit aje, okey..." ujar Aryan Syah seraya menekan punat untuk membuka pintu kokpit seraya menapak keluar. Sebaik sahaja menapak keluar dari perut kokpit, dia sempat memberikan senyuman kepada pramugari Syazwana dan Ezma Umaira yang berada di galley hadapan. Mereka berdua sedang menyediakan pencuci mulu
TEPAT jam 5:15 petang pesawat Red Skyline Boeing B737:8FZ bernombor pendaftaran 9M-JVH penerbangan OX280 dari Singapura mencecah lantai landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Maka tamatlah tugas Aryan Syah untuk hari pertamanya bertugas untuk Syarikat Penerbangan Red Skyline. Senyuman terukir di bibir. Dia mengerling pembantunya C.O Pilot Nasrul Effendy yang sedang khusyuk mengemaskini data penerbangan untuk pesawat itu. "Nasrul, esok kau naik aircraft apa dan destinasi kau esok...?""Kalau aircraft tu aku tak berapa pasti lagi, tapi esok jadual aku... KL ke Darwin, Australia. Tapi kalau destinasinya Darwin... buat masa ni flight ke situ hanya menggunakan aircraft Boeing B738 aje, eh! Lupa... Airline ni hanya ada boeing 738 aje," jawab C.O Pilot Nasrul Effendy. "Kenapa kau tanya?""Betul ni?" Aryan Syah bertanya sambil tersengih d
"UMAIRA...""Apa?"Aryan Syah yang sedang memandu di sebelahnya dikerlingnya sekilas. Ezma Umaira mengetap bibir, geram."Kenapa buat muka macam tu?" Aryan Syah bertanya tanpa mengerling ke arah gadis manis yang duduk di sebelahnya."Macam apa?" sahut Ezma Umaira malas."Like a crazy puppy." Selamba Aryan Syah berkata.Ezma Umaira tersentap. "What? You said my face like a crazy puppy?!""Yeah... saya tak nafikan bila awak buat muka macam tu..." Belum sempat Aryan Syah menghabiskan kata-katanya, Ezma Umaira terus memintas."My face or your face is like a crazy puppy?!" Menyirap darah Ezma Umaira sebaik sahaja Aryan Syah dengan selamba mengata dirinya.Aryan Syah tersenyum. "You know what? bil
"ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan... saya Kapten Aryan Syah selaku first officer untuk penerbangan OX45 ke Darwin. Sekarang ni kita sedang merentasi laut jawa pada ketinggian 39,000 kaki dari aras laut dan pada kelajuan 910 kilometer sejam. Err... keadaan cuaca di Darwin buat masa ini adalah... mendung dan kita dijangka mendarat dalam masa 2 jam 10 minit dari sekarang. Assalamualaikum and good evening, ladies and gentlemen, I'm Captain Aryan Syah as the first officer of flight OX45 to Darwin. Now we are crossing the java sea at an altitude of 39,000 feet above sea level with a speed of 910 kilometers per hour. Err... the weather in Darwin for now is... cloudy and we are expected to landed within 2 hour and 10 minutes from now, bye!"Aryan Syah mengerling ke arah pembantunya C.O Pilot Tengku Iman Khuzairi yang sedang menikmati ais krim strawberi sebaga
"CABIN crew be seated for landing."Gear pendaratan dilepaskan. Aryan Syah cepat-cepat mencapai punat autopilot untuk dimatikan. Dia mengerling ke arah pembantunya, C.O Pilot Kapten Tengku Iman Khuzairi di sebelahnya seraya mencapai penal kawalan manual untuk mendarat. "Flap 2 and 3 down?""Flap 2 and 3 down activated," sahut Tengku Iman Khuzairi."Gear 1 gear 2 and gear 3 down?""Gear 1, gear 2 and gear 3 down successfully.""Okay... have a save landing." Senyuman terukir di bibir. Beberapa saat sahaja lagi tamatlah tugas Aryan Syah untuk hari ini.Fifty...Fourty...Thirty...Twenty...Ten...Retarded
TING! Isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Sejurus selepas itu, Pramugari Syazwana bingkas bangun dari tempat duduk. Dia segera mencapai gagang alat interkom seraya berpaling menghadap para penumpang di dalam kabin itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, tanda isyarat pasangan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Untuk keselamatan anda, sila duduk dan pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang. Kami akan menyediakan makanan tengah hari untuk anda sebentar saja lagi. Ladies and gentlemen, the seat belt signal has already been turned off.For your safety, please sit down and make sure seat belts are always fastened. We will prepare lunch for you. "Psst!" Airish Syafiqa yang duduk di tempat duduk bernombor 2A di sebelah Aryan Syah itu mengerling abangnya lama. "Abang..." Aryan Syah yang sedang mengelamun di sebelah Airish Syafiqa itu tidak mempedulikan panggilan dari adiknya itu. Otaknya ligat memikirkan apa yang tel
EZMA UMAIRA melajukan langkah kaki meninggalkan Aryan Syah yang masih berdiri menunggu jawapan. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. "Awak... Umaira! Setuju tak?" laung Aryan Syah berharap agar gadis pujaan hatinya itu menerima lamarannya. Dia ni, time macam ni pun sibuk nak melamar aku? Maaf awak! Laju tangan kanannya menyeka air mata yang tiba-tiba sahaja mengalir keluar. Aku belum bersedia lagilah! Otaknya ligat memikirkan gadis ketua kru kabin yang mengganggu Aryan Syah semasa dalam penerbangan semalam. Dia ingin tahu apa hubungan sebenar di antara mereka berdua. Aku baru aje kenal Aryan Syah, takkan nak terima terus lamaran dia kot! Langkah kakinya terhenti seraya menoleh ke kiri dan ke kanan. "Di mana aku ni? Adoi Umaira... di sini bukannya Kuala Lumpur! yang aku terhegeh-hegeh melarikan diri dari si Crazy Kitten tu tadi dah kenapa?!" Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baru sahaja dia hend
"TERIMA kasih aunty. "Ezma Umaira melabuhkan duduk di sebelah Datin Yasmin. Kemudian dia mengerling ke arah beg-beg kertas yang berisi pakaian-pakaian yang dibeli di pusat beli-belah di bandar Abu Dhabi petang tadi. Datin Yasmin tersenyum. Dia nenoleh ke sebelah kirinya. Ezma Umaira dikerling seraya pergelangan tangan gadis itu dicapai. "Terima kasih untuk?""Untuk semua ni, aunty. Saya tak tahu nak balas macam mana...""Alah... sikit aje ni Umaira."Datin Yasmin tersenyum seraya memeluk bahu Ezma Umaira. Dia tahu gadis itu banyak makan hati semenjak semalam lagi ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dia perasan cara renungan Ezma Umaira kepada anak tiri bujangnya penuh dengan tanda tanya. Si Aryan ni pun satu, bawak girlfriend pergi holiday, tapi takde pun dia bawak bakal menantu aku n
"APA perempuan tu buat dekat situ? Kenapa dia beriya-iya sangat nak goda buah hati aku?" Ezma Umaira yang memerhati tingkah ketua kru kabin Nour Airlines yang tiba-tiba datang ke arah Aryan Syah dan tiba-tiba memeluk tubuh jejaka itu. Entah-entah dia dengan Aryan memang ada apa-apa hubungan ke sebelum ni? Aryan ni pun satu, yang dia melayan sangat perempuan tu dah kenapa? Apa guna dia ajak aku bercuti ni kalau dia nak bermesra dengan perempuan lain? Ni dah lebih ni! Dia segera mengatur langkah. Tapak kasut dihentak kuat. Geram!Ezma Umaira masih berdiri tercegat di hadapan pintu balai ketibaan itu. Sedang dia sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan memerhati pemandangan di dalam terminal itu..."Ehem... kenapa berdiri tercegat aje dekat sini? Kenapa tak jalan dengan..." Aryan Syah yang baru sahaja datang dari arah belakang gadis itu menyapa namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ezma Umaira terus memintas.
TEPAT jam dua petang pesawat penerbangan Nour Airlines 7E417 boeing B757:3CV itu mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. "Ladies and gentlemen, we have safely landed at Abu Dhabi International Airport..." Sedang ketua kru kabin sibuk memaklumkan kepada penumpang penerbangan itu, Aryan Syah yang baru sahaja terjaga dari tidurnya itu terus mengerling ke arah Ezma Umaira sambil menggosok mata. Dia sempat menguap sekejap. Ezma Umaira perasan dirinya sedang diperhatikan oleh satu-satunya jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu memberikan senyuman buat Aryan Syah. Aryan Syah pula segera mengenyit matanya ke arah Ezma Umaira. "Hai... korang berdua ni asyik berbalas pandang siap yang dekat sini mengenyit mata, yang dekat sana pulak asyik tersenyum aje. Menyampah pulak papa tengok. B
"CABIN crew be seated for take off.""Abang, dah nak terbang dah ni! Kenapa abang masih duduk dekat situ? Masuklah dalam kokpit sana!""Airish... diamlah, dik."Airish Syafiqa tergelak melihat reaksi Aryan Syah yang duduk berseorangan di tempat duduk 1A, kemudian dia mengerling ke arah Ezma Umaira yang duduk di sebelahnya juga sudah tergelak. Mana taknya, dari tadi lagi dua beradik itu asyik bercakar.Dato' Hareez yang duduk di tempat duduk bernombor 2B di belakang anak sulungnya itu sudah menggeleng kepala. Manakala Datin Yasmin pula yang duduk di sebelah suaminya itu malas nak ambil peduli, dia memasang headphone di telinga dan menyibukkan diri dengan menonton filem yang disediakan di dalam penerbangan itu.Aryan Syah memerhati ke seluruh zon A dalam kabin pesawat itu. Kad keselamatan yang diselitkan di dalam poket sisi t
"SIAPA yang memandai-mandai reka cerita aku bercinta dengan kru kabin Nour Airlines ni? Tiba-tiba aje?!" Aryan Syah pelik dengan berita yang disampaikan oleh Azrul Rosman tiga hari yang lalu. "Hai... tak boleh jadi ni. Harap-harap tak sampai ke pengetahuan Umaira!" "Kalau Umaira dapat tahu pasal ni, habislah peluang aku nak pikat hati dia," gumam Aryan Syah lagi. Tubuhnya dihempas di atas katil bersaiz King. Pandangan matanya beralih ke arah meja kecil di sebelah katil itu di mana terletaknya satu bingkai gambar. Ya, itu bingkai gambar arwah ibunya, Aisyah. Cepat-cepat tangannya menyambar bingkai gambar itu. Dia menarik nafas panjang. Sedang Aryan Syah merenung gambar arwah ibunya itu, daun pintu bilik diketuk seseorang. Dia bingkas bangun dan mengatur langkah ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas, sebaik sahaja daun pintu dikuak
"KALAU saya cakap ni... awak jangan marah tau. Saya sebenarnya... saya sebenarnya sukakan awak dari hari pertama kita jumpa hari tu!"Ezma Umaira melabuhkan tubuhnya di atas katil seraya menarik comforter. Kata-kata yang diungkapkan oleh Aryan Syah tengah hari tadi masih segar berlegar-legar di mindanya ketika ini. Senyuman bahagia terus terukir dengan sendirinya. "Hai... Aryan Syah, aku pun sukakan kau..."Telefon bimbit yang terletak di atas meja sisi katil itu disambar. Cepat-cepat dia membuka aplikasi WhatsApp. Senyuman masih terukir di bibir.Assalammualaikum awak, terima kasih... Selamat
KITA nak pergi ke mana?""Jalan-jalan.""Tahulah pergi jalan-jalan... tapi nak jalan-jalan dekat mana?""Awak nak kita pergi ke mana?" Aryan Syah menaikkan kening kirinya seraya berpeluk tubuh. Gadis cantik manis di sebelahnya direnung dengan renungan sayu. "Saya akan ikut apa aje yang awak cakap..."Ezma Umaira mencerlung tajam ke arah Aryan Syah. "Saya nak balik!""Hey! Kita baru aje bergerak ni... takkan nak balik dah?" gumam Aryan Syah. Dia mengerling Ezma Umaira seraya menekan pedal minyak. "Saya nak bawak awak jalan-jalan... shopping... lepas tu saya nak ajak awak lunch di rumah saya. Papa dan mama saya nak sangat jumpa dengan awak.""Kenapa perlu lunch di rumah awak pulak, kapten? Saya tak nak..." Ezma Umaira mendengus geram.Kalau shopping tu okey... ta