Penerbangan Cinta Kau & Aku (Bahasa Malaysia)
Aryan Syah...
Seorang jejaka kacukan melayu dan arab. Berusia 28 tahun dan membesar di Abu Dhabi, UAE.
Bekerja sebagai seorang juruterbang. Impiannya untuk berpindah ke Kuala Lumpur Malaysia adalah untuk mencari ayah kandungnya yang terpisah semenjak 25 tahun yang lalu. Dia juga diterima sebagai juruterbang di syarikat penerbangan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Di hari pertamanya menjalankan tugas bersama syarikat penerbangan terbarunya, satu insiden yang telah mempertemukan Aryan Syah dengan Ezma Umaira...
"Helo! Apa ni? Lain kali berjalan tu mata pandang depan! Jangan main langgar aje! Apa, ingat kita ni awan ke apa? Main langgar aje!" _ Ezma Umaira.
"Err... sorry, I yang silap. Tergesa-gesa sangat tad." _ Aryan Syah.
"Sorry-sorry naik lori! Dah... ke tepi sikit, nak cepat ni." _ Ezma Umaira.
Tanpa disedari, mereka ditugaskan di dalam penerbangan yang sama.
Semenjak itu, mereka kerap berjumpa dan ditugaskan dalam satu penerbangan yang sama. Bermula dari pertelingkahan dan salah faham antara mereka, kini kedua-duanya umpama anjing dengan kucing namun tanpa disedari bibit-bibit cinta juga berputik dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua pihak.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ribut di tengah hari. Di saat kebahagiaan hidup berumahtangga dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka, kehadiran Adriana Sofea, yang sudah lama mengenali Aryan Syah dan menagih cinta dari jejaka itu menyebabkan hubungan mereka dilanda badai taufan. Lebih-lebih lagi ketika Adriana Sofea ditugaskan bersama dalam penerbangan yang diketuai oleh Aryan Syah dan terpaksa berjauhan dengan isteri dan keluarganya, Adriana Sofea mengambil peluang keemasan itu untuk menambat hati Aryan Syah.
Berjayakah niat jahat Adriana Sofea untuk mencuri hati Aryan Syah? Bagaimana kesudahannya dan apa yang akan Ezma Umaira lakukan?
Read
Chapter: BAB 22TING! Isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Sejurus selepas itu, Pramugari Syazwana bingkas bangun dari tempat duduk. Dia segera mencapai gagang alat interkom seraya berpaling menghadap para penumpang di dalam kabin itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, tanda isyarat pasangan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Untuk keselamatan anda, sila duduk dan pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang. Kami akan menyediakan makanan tengah hari untuk anda sebentar saja lagi. Ladies and gentlemen, the seat belt signal has already been turned off.For your safety, please sit down and make sure seat belts are always fastened. We will prepare lunch for you. "Psst!" Airish Syafiqa yang duduk di tempat duduk bernombor 2A di sebelah Aryan Syah itu mengerling abangnya lama. "Abang..." Aryan Syah yang sedang mengelamun di sebelah Airish Syafiqa itu tidak mempedulikan panggilan dari adiknya itu. Otaknya ligat memikirkan apa yang tel
Last Updated: 2021-08-01
Chapter: BAB 21EZMA UMAIRA melajukan langkah kaki meninggalkan Aryan Syah yang masih berdiri menunggu jawapan. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. "Awak... Umaira! Setuju tak?" laung Aryan Syah berharap agar gadis pujaan hatinya itu menerima lamarannya. Dia ni, time macam ni pun sibuk nak melamar aku? Maaf awak! Laju tangan kanannya menyeka air mata yang tiba-tiba sahaja mengalir keluar. Aku belum bersedia lagilah! Otaknya ligat memikirkan gadis ketua kru kabin yang mengganggu Aryan Syah semasa dalam penerbangan semalam. Dia ingin tahu apa hubungan sebenar di antara mereka berdua. Aku baru aje kenal Aryan Syah, takkan nak terima terus lamaran dia kot! Langkah kakinya terhenti seraya menoleh ke kiri dan ke kanan. "Di mana aku ni? Adoi Umaira... di sini bukannya Kuala Lumpur! yang aku terhegeh-hegeh melarikan diri dari si Crazy Kitten tu tadi dah kenapa?!" Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baru sahaja dia hend
Last Updated: 2021-07-27
Chapter: BAB 20"TERIMA kasih aunty. "Ezma Umaira melabuhkan duduk di sebelah Datin Yasmin. Kemudian dia mengerling ke arah beg-beg kertas yang berisi pakaian-pakaian yang dibeli di pusat beli-belah di bandar Abu Dhabi petang tadi. Datin Yasmin tersenyum. Dia nenoleh ke sebelah kirinya. Ezma Umaira dikerling seraya pergelangan tangan gadis itu dicapai. "Terima kasih untuk?""Untuk semua ni, aunty. Saya tak tahu nak balas macam mana...""Alah... sikit aje ni Umaira."Datin Yasmin tersenyum seraya memeluk bahu Ezma Umaira. Dia tahu gadis itu banyak makan hati semenjak semalam lagi ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dia perasan cara renungan Ezma Umaira kepada anak tiri bujangnya penuh dengan tanda tanya. Si Aryan ni pun satu, bawak girlfriend pergi holiday, tapi takde pun dia bawak bakal menantu aku n
Last Updated: 2021-07-25
Chapter: BAB 19"APA perempuan tu buat dekat situ? Kenapa dia beriya-iya sangat nak goda buah hati aku?" Ezma Umaira yang memerhati tingkah ketua kru kabin Nour Airlines yang tiba-tiba datang ke arah Aryan Syah dan tiba-tiba memeluk tubuh jejaka itu. Entah-entah dia dengan Aryan memang ada apa-apa hubungan ke sebelum ni? Aryan ni pun satu, yang dia melayan sangat perempuan tu dah kenapa? Apa guna dia ajak aku bercuti ni kalau dia nak bermesra dengan perempuan lain? Ni dah lebih ni! Dia segera mengatur langkah. Tapak kasut dihentak kuat. Geram!Ezma Umaira masih berdiri tercegat di hadapan pintu balai ketibaan itu. Sedang dia sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan memerhati pemandangan di dalam terminal itu..."Ehem... kenapa berdiri tercegat aje dekat sini? Kenapa tak jalan dengan..." Aryan Syah yang baru sahaja datang dari arah belakang gadis itu menyapa namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ezma Umaira terus memintas.
Last Updated: 2021-07-24
Chapter: BAB 18TEPAT jam dua petang pesawat penerbangan Nour Airlines 7E417 boeing B757:3CV itu mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. "Ladies and gentlemen, we have safely landed at Abu Dhabi International Airport..." Sedang ketua kru kabin sibuk memaklumkan kepada penumpang penerbangan itu, Aryan Syah yang baru sahaja terjaga dari tidurnya itu terus mengerling ke arah Ezma Umaira sambil menggosok mata. Dia sempat menguap sekejap. Ezma Umaira perasan dirinya sedang diperhatikan oleh satu-satunya jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu memberikan senyuman buat Aryan Syah. Aryan Syah pula segera mengenyit matanya ke arah Ezma Umaira. "Hai... korang berdua ni asyik berbalas pandang siap yang dekat sini mengenyit mata, yang dekat sana pulak asyik tersenyum aje. Menyampah pulak papa tengok. B
Last Updated: 2021-07-24
Chapter: BAB 17"CABIN crew be seated for take off.""Abang, dah nak terbang dah ni! Kenapa abang masih duduk dekat situ? Masuklah dalam kokpit sana!""Airish... diamlah, dik."Airish Syafiqa tergelak melihat reaksi Aryan Syah yang duduk berseorangan di tempat duduk 1A, kemudian dia mengerling ke arah Ezma Umaira yang duduk di sebelahnya juga sudah tergelak. Mana taknya, dari tadi lagi dua beradik itu asyik bercakar.Dato' Hareez yang duduk di tempat duduk bernombor 2B di belakang anak sulungnya itu sudah menggeleng kepala. Manakala Datin Yasmin pula yang duduk di sebelah suaminya itu malas nak ambil peduli, dia memasang headphone di telinga dan menyibukkan diri dengan menonton filem yang disediakan di dalam penerbangan itu.Aryan Syah memerhati ke seluruh zon A dalam kabin pesawat itu. Kad keselamatan yang diselitkan di dalam poket sisi t
Last Updated: 2021-07-24
Chapter: BAB 46 (Finale) DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 45PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 44DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 43DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 42"WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "
Last Updated: 2021-08-31
Chapter: BAB 41NOMBOR telefon suaminya didail banyak kali, enam belas kali dia cuba menghubungi suaminya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Matanya agak sembam akibat menangis dari tengah hari tadi. Dia rindukan belaian si suami dan juga celoteh anak comelnya. "Abang, maafkan saya... abang pergi mana?"Zuriana Imani tidak hiraukan mama mertuanya yang turut berada di dalam bilik wad itu. Dia seolah-olah seperti seorang yang kehilangan arah tujuan. Puas Datin Safura memujuknya, namun esakannya semakin menjadi-jadi."Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu...""Mam
Last Updated: 2021-08-31