"Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu..."
"Mam
"WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "
DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku
DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya
PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l
DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.
PEDAL minyak kereta Toyota Vios berwarna putih itu ditekan dengan sepenuh hati. Ketika hatinya sudahpun memilih untuk memperisterikan Raisya, rakan yang juga merupakan teman wanita untuk menghilangkan rasa bosannya itu, namun hampa. Hancur remuk hatinya bagaikan ditembak dengan peluru berpandu sebaik sahaja melihat dengan mata kepalanya sendiri di mana Raisya sedang khayal dengan nafsu serakah lelaki yang tidak dikenalinya di dalam bilik hotel. "Tak guna kau Raisya! Kau tipu aku, sepatutnya aku yang bersama kau sekarang, bukan jantan tu!"Rayyan menghentak kuat tangannya pada stereng kereta seraya menekan pedal minyak dengan sekuat hati. Kereta yang dipandu laju itu menuju ke arah sebuah kelab malam. Sebaik sahaja kereta Toyota Vios berwarna putih itu berhenti di hadapan kelab malam itu, Rayyan terus menapak keluar dari perut keretanya dan segera masuk ke dalam kelab
Tujuh bulan sebelumnya...TUBUHNYA direbahkan di atas sofa fabrik berwarna biru di dalam bilik pejabat papanya, Dato' Azahari. Dia mengerling lama ke arah gambar potret keluarga yang tergantung di dinding pejabat itu. Pandangan matanya ditumpukan kepada gambar dirinya sendiri yang berdiri sambil tersenyum bersebelahan dengan adiknya yang berdiri di belakang papa dan mamanya itu. Hai... rasanya kalau aku dah kahwin, pasti bilangan manusia dalam potret tu akan bertambah. kalau bukan setakat isteri, pasti dah ada budak kecil dalam pangkuan papa. Papa kan suka budak-budak..."Rayyan tak keluar lunch ke?" Satu suara garau menyedarkan Rayyan Zafrul dari lamunannya. Dato' Azahari.Lengan baju kemeja berwarna biru muda itu disingsing ke sik
ZURIANA Imani bergegas semula ke kaunter untuk meminta tisu dan kembali mendapatkan Rayyan Zafrul semula, kemudian dia terus mengelap baju jejaka yang sudah basah itu.Dengan tidak disengajakan Zuriana Imani mengelap bahagian dada bidang Rayyan Zafrul yang terdedah itu tanpa dia sedar. Cepat-cepat tangannya ditepis kuat oleh Rayyan Zafrul."Dah! Tak payah nak buat-buat baik! Buat malu aku aje!" marah Rayyan seraya terus berjalan keluar dari restoran itu dan terus meluru ke arah kereta Toyota Vios berwarna putih miliknya yang diparkirkan di hadapan restoran itu."Argghhh!! Tak guna betullah!" Hilang terus rasa laparnya akibat kejadian yang memalukan sebentar tadi. "Takpe... takpe perempuan... kau tunggu ajelah... ada ubi ada batas," mengomel Rayyan seorang dir
DATO' Azahari jatuh terduduk di hadapan pintu pagar rumah banglonya itu. Matanya yang berkaca-kaca itu sudahpun mula menitiskan titisan air matanya. Cepat-cepat dia memeluk anaknya, Rayyan Zafrul yang sudahpun seperti tidak keruan memikirkan nasib yang menimpa Damian Mikhael, anak kesayangannya itu."Papa, mereka culik anak Rayyan pa... Damian dah kena culik! Damian anak Rayyan pa..." laung Rayyan Zafrul dalam esakannya."Siapa? Siapa yang culik cucu papa tu Rayyan?!" soal Dato'Azahari sambil menggoncang bahu Rayyan Zafrul."Rayyan tak tahu pa... Tak tahu! Orang tu bertopeng!" jawab Rayyan Zafrul pula. Matanya sudah merah dengan deraian air matanya mengalir tanpa henti.Datin Safura pula sedang berusaha menenangkan menantunya, Zuriana Imani yang meraung seperti terkena serangan histeria sebaik sahaja mendapati anaknya diculik.
PEDAL minyak ditekan semahu-mahunya. Kereta Toyota C-HR itu menyusur laju membelah jalan. Kerisauan jelas kelihatan di raut wajah Rayyan Zafrul. Apa yang dia fikirkan sekarang hanyalah keselamatan isteri dan anaknya sahaja."Sayang, abang takkan biarkan sayang diapa-apakan oleh Raisya. Abang terlupa nak ceritakan kepada sayang bahawa Raisya adalah orang yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari yang telah memisahkan kita dua tahun lepas. Damian, papa akan pastikan anak papa berada dalam keadaan selamat." Rayyan Zafrul bermonolog semasa memandu.Setiba sahaja Rayyan Zafrul di Hospital, langkahnya dilajukan menuju ke bilik wad di mana isterinya ditempatkan. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja melihat kelibat si isteri yang sudahpun bersedia untuk di bawa keluar."Abang, awalnya? Katanya tadi l
DAMIAN Mikhael berlari menuju ke arah atoknya Dato' Azahari yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik wad di mana Zuriana Imani ditempatkan untuk menerima rawatan. "Atok!!" "Eh, cucu atok... Wah rindunya atok dengan cucu kesayangan atok ni," kata Dato' Azahari sambil merangkul tubuh cucu kesayangannya itu."Damian, lepas ni tak nak jerit-jerit lagi tau! Dalam hospital ni, kita tak boleh buat bising." Rayyan Zafrul yang berjalan di belakang anaknya itu berkata."Baiklah papa.""Dah, takpe... Damian kan masih budak kecil lagi... Damian, jom kita masuk ke dalam. Mama dan nenek sedang menunggu tu," Dato' Azahari pula berkata."Okey jom!""Selamat pagi sayang."Zuriana Imani membuka matanya perlahan. Alangkah gembira dan terujanya
DUA puluh minit berikutnya, Rayyan Zafrul, Aryan Syah dan Damian Mikhael tiba di resort. Rayyan Zafrul cepat-cepat pergi mendapatkan Encik Aiman yang sedang berbual dengan seorang pegawai polis di hadapan kaunter pendaftaran. "Aiman, apa yang berlaku sebenarnya?" "Ha.. Tuan Rayyan, kenalkan ini Inspektor Radhi. Err... Tuan Rayyan, macam ni... tadi ada pengunjung resort kita terjumpa mayat seorang perempuan di tepi pantai yang tak jauh dari chalet di bahagian barat resort," jawab Encik Aiman seraya menunjukkan sekeping gambar kepada Rayyan Zafrul dan Aryan Syah. Mereka berdua terlopong sebaik sahaja mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Encik Aiman itu."Ini... ini Diana PA saya! Macam mana dia boleh berada dekat sini?""Rayyan, kau dah lupa ke? Bukan ke tadi aku
"WAH, aku rasa macam tak percaya Rayyan boyfriend aku tu ada resort yang sebesar ni, tak sabarnya aku nak kahwin dengan dia," ujar Raisya dengan bangganya. Dia dan Diana baru sahaja tiba di resort milik Rayyan Zafrul yang diwasiatkan oleh mendiang atoknya , Sir Erricson.Raisya... Raisya... kau nak berkahwin dengan dia? Langkah mayat aku dululah! Aku tahu yang kau tu hanya nakkan harta Rayyan aje, semua kepunyaan Rayyan tu aku yang punyalah! Diana bermonolog dalam hatinya sambil memerhatikan sepupunya, Raisya yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum di hadapannya. Raisya perasan sepupunya itu semenjak balik dari London satu minggu yang lalu kelakuannya agak pelik. Sekarang pula Diana asyik merenung dirinya dengan tajam seperti renungan maut! "
NOMBOR telefon suaminya didail banyak kali, enam belas kali dia cuba menghubungi suaminya, namun tetap tidak dapat dihubungi. Matanya agak sembam akibat menangis dari tengah hari tadi. Dia rindukan belaian si suami dan juga celoteh anak comelnya. "Abang, maafkan saya... abang pergi mana?"Zuriana Imani tidak hiraukan mama mertuanya yang turut berada di dalam bilik wad itu. Dia seolah-olah seperti seorang yang kehilangan arah tujuan. Puas Datin Safura memujuknya, namun esakannya semakin menjadi-jadi."Zuriana, mama mohon kepada menantu mama ni, lepas ni tolonglah jangan percaya pada siapa-siapa lagi selain dari suami sendiri," ujar Datin Safura sambil melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil. "Mama ni kenal sangat dengan Rayyan tu Zuriana, mama dah jaga dan besarkan dia dari usianya empat tahun, boleh dikatakan semua mengenai Rayyan, mama tahu...""Mam
HARI ini Zuriana Imani menjalani rawatan kaki kirinya di Hospital Kuala Lumpur, Dia ditemani oleh suami dan anaknya."Encik Rayyan, isteri encik akan dimasukkan ke dalam wad hari ini, dia akan menjalani pembedahan sebelah malam nanti, takpe kan, Encik Rayyan?" soal Doktor Khairunnisa kepada Rayyan Zafrul.Pergelangan tangan isterinya digenggam dengan erat sambil merenung wajah isterinya. Sayang, kalaulah boleh dipindahkan kesakitan yang sayang alami tu dekat abang, abang sanggup menanggungnya. Abang tak sanggup melihat insan yang paling abang sayang di dunia ni menderita."Encik Rayyan?" Doktor Khairunnisa memanggil. Rayyan Zafrul mendiamkan diri sambil merenung lama isterinya itu."Tak... takpe doktor, asalkan isteri saya sembuh. Itu dah cukup bermakna bagi saya.""Baiklah, kalau macam itu, Encik Rayyan da
"KEMALANGAN?"Bagaikan hendak tercabut jantung Rayyan Zafrul sebaik sahaja diberitahu oleh Dato' Azahari bahawa isteri kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan. Dia memeluk Zuriana Imani dengan lebih erat lagi sambil mengerling tepat ke wajah pucat isterinya itu. "Kesiannya isteri abang."Matanya agak sembam, mungkin akibat menangis setiap hari. Saat ini pun dia masih menangis dalam pelukan Rayyan Zafrul. Manakala anaknya, Damian Mikhael pula berada di dalam pangkuan atoknya."Kenapa papa tak maklumkan pada Rayyan pasal isteri Rayyan kemalangan?" Rayyan Zafrul bertanya."Hmm... papa tak nak Rayyan risau... lagipun bukan ke Rayyan dah pesan dulu... Rayyan dah lupa ke?" jawab Dato' Azahari seraya bertanya pula kepada anaknya itu.Rayyan Zafrul terdiam sejenak. Hmm... Oh ya, baru aku teringat. Dulu aku
ENAM bulan Rayyan Zafrul dan Damian Mikhael pergi meninggalkan dia seorang diri, keadaan Zuriana Imani sekarang sangat tidak stabil. Dia sangat rindukan suami dan anak lelakinya. Malah kesihatannya kini juga tidak menentu.Abang, bila abang nak balik? Saya rindu... sangat rindukan abang... rindukan Damian. Kenapa abang pergi lama sangat? Gambar suami dan anaknya yang disimpan di dalam galeri telefon bimbit direnungnya lama. Juraian air mata sememangnya sentiasa menemaninya setiap hari. Sedang dia duduk termenung di atas kerusi roda itu, Syamira menapak masuk ke dalam biliknya sambil membawa ubat. Dia terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ataupun berkerusi roda, tulang kaki kirinya patah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur enam bulan yang lalu."Zuriana, kau fikirkan a