PENERBANGAN 7E610 Nour Airlines Airbus A330:243 bernombor pendaftaran A6-NFU yang mengambil masa selama enam jam dari Abu Dhabi kini bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Aryan Syah menghabiskan masa enam jam penerbangan itu dengan tidur. Sesungguhnya dia memerlukan rehat dan tidur yang cukup memandangkan dia langsung tidak tidur pada malam terakhirnya di Abu Dhabi, UAE. Pada masa yang sama juga dia berasa hampa. Apa yang dia harapkan tidak berlaku seperti yang diinginkan. Enam jam yang lalu, dia berharap agar dia dan papa kandungnya berbual-bual sepanjang penerbangan, tetapi masing-masing dengan urusan sendiri. Papanya, Dato' Hareez sibuk menghadap laptopnya sepanjang penerbangan.
Melihat kesibukan Dato' Hareez itu, Aryan Syah membuat keputusan untuk tidak mengganggu. Dia leka melayan perasaannya sendiri sehingga tertidur sambil memeluk lukisan yang dihadiahkan oleh Dato' Hareez kepadanya dua puluh lima tahun yang lalu.
"Ladies and gentlemen, we will landing at Kuala Lumpur International Airport shortly. Please return to your seat, keep your window shade are fully opened. Using toilet at this time is strictly prohibited. Thank you for flying with us."
Dato' Hareez mengerling ke arah Aryan Syah yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Lama dia merenung wajah jejaka itu. Seketika pandangan matanya mencuri pandang ke arah lukisan tangan yang terlepas dari pelukan Aryan Syah. Perlahan tangannya mengambil kertas lukisan itu. Ini... lukisan ni... tak mungkin, takkan dia ni... getus hatinya. Sekali lagi dia mengerling ke arah Aryan Syah yang sedang nyenyak tidur. Adakah dia ni anak aku?
"Aryan... Bangunlah, kita nak sampai dah ni." Dengan spontan ayat-ayat itu terkeluar dari mulut Dato' Hareez tatkala tangan kanannya mencapai bahu jejaka yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya.
Aryan Syah masih nyenyak tidur. Tiada respon daripadanya.
"Papa... Aryan rindu papa..."
Tiba-tiba sahaja kata-kata itu menumbuk gegendang telinga Dato' Hareez. Diperhatinya Aryan Syah yang masih nyenyak tidur itu. Lah... dia ni mengigau rupanya... getus hati Dato' Hareez. Lukisan seorang juruterbang dan sebuah kapal terbang yang diambilnya dari dakapan Aryan Syah itu tadi direnungnya lama. Sahlah! Ini lukisan yang aku lukiskan khas buat anak aku di hari lahirnya yang ke tiga tahun!
Masih jelas kelihatan tulisan tangan darinya di bahagian bawah lukisan itu.
Istimewa buat anak kesayanganku, Aryan Syah bin Harriz,
Selamat ulang tahun yang ketiga untukmu... Semoga anak papa dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.Aryan suka kapal terbang, kan? Jadi papa hadiahkan lukisan ini untuk Aryan.Papa harap suatu hari nanti Aryan akan menjadi juruterbang yang terhebat. Selamat hari lahir sayang!Tak semena-mena air matanya menitis keluar seraya mengerling ke arah Aryan Syah yang masih lagi terlena.
"Are you okay, sir? Tiba-tiba sahaja seorang pramugara menegur Dato' Hareez sebaik sahaja mendapati air matanya mengalir membasahi pipi.
"I'm okay, don't worry..."
"Alhamdulillah... Err, Captain Aryan, wake up, captain... we will landing shortly." Pramugara itu memanggil Aryan Syah yang masih dibuai mimpi.
Aryan Syah membuka matanya perlahan. "Hmm... dah sampai ke?"
"Dah nak mendarat dah ni, Aryan... nyenyak betul dia tidur," sahut Dato' Hareez sambil tersenyum. Kertas lukisan yang dipegangnya diberikan semula kepada Aryan Syah yang terkebil-kebil merenung ke arahnya.
"Oh, maaf... Lukisan ni... lukisan ni terjatuh tadi, saya tolong ambilkan. Lukisan ni hadiah dari siapa?" Dato' Hareez sengaja bertanya.
"Papa..." jawab Aryan Syah perlahan. Dia menunduk dan reaksi mukanya terus berubah. "Ini lukisan yang papa saya hadiahkan semasa birthday saya yang ke tiga tahun... satu minggu sebelum dia bercerai dengan arwah mama saya."
Arwah?! Maknanya Aisyah... dia... getus hati Dato' Hareez.
"Arwah mama? Maksudnya, mama Aryan sudah..." kata-kata Dato' Hareez terhenti.
"Ya... mama saya meninggal dunia enam bulan selepas dia diceraikan. Dia..."
Dato' Hareez terpempan. "Habis tu, papa Aryan pulak? Dia langsung tak ambil berat? Dia tahu tak mama Aryan tu sudah meninggal?" pantasnya pula.
Aryan Syah tidak menjawab pertanyaan itu. Dia menundukkan kepalanya. Matanya sudah berkaca ketika itu, namun dikuatkan semangatnya. Air mata yang bertakung di kelopak matanya ditahan agar tidak mengalir keluar. Dia mesti menunjukkan bahawa dirinya kuat di hadapan papa kandungnya itu. Papa... kenapa papa tanya soalan tu? Aryan anak papa! Kenapa papa tak perasan?!
Hatinya meronta untuk memberitahu kepada lelaki yang duduk di sebelahnya bahawa dialah orangnya tetapi, lidahnya seolah-olah dikunci dan bibirnya digam. Sehinggalah pesawat Airbus A330:243 itu selamat mendarat dan dia terus diam membungkam.
Dato' Hareez masih menunggu Aryan Syah menyambung ceritanya tetapi Aryan Syah tetap diam membisu. "Okeylah Aryan, kalau ada masa nanti, bolehlah hubungi saya, ini business card saya, Aryan boleh jumpa saya bila-bila masa aje. Kita jumpa lagi nanti, ye!"
__________?__________
LANGKAH diatur dan beg bagasi beroda miliknya ditarik menuju ke arah pintu keluar. Dia hanya perlu menunggu grab datang untuk menjemputnya untuk ke hotel yang ditempah tiga hari yang lalu. Belum sempat kakinya melangkah keluar dari terminal...
"Aryan Syah!"
Suara garau yang baru dia kenal enam jam yang lalu tiba-tiba mengetuk gegendang telinganya. Sepantas kilat dia menoleh ke arah datangnya suara garau itu. "Papa?" Dia mengerling figura lelaki pertengahan usia yang sedang berjalan menghampirinya. Senyuman di bibir terukir dengan sendirinya sebaik sahaja mendapati papa kandungnya sedang berjalan menghampirinya.
"Err... Aryan, rumah Aryan dekat mana?" soal Dato' Hareez ingin tahu. Kalau betul dia ni anak aku, aku takkan biarkan dia berjauhan dengan aku. "Err... apa kata Aryan ikut saya balik rumah dulu... boleh kita sembang-sembang..."
"Eh... takpe, saya dah tempah grab untuk ke hotel..." kata-kata Aryan Syah terhenti.
"Hotel?" pintas Dato' Hareez pula. Takkan dia nak duduk hotel? Dari apa yang aku dengar masa dia bersembang dengan pramugara semasa flight tadi, katanya dia resign dan berpindah ke sini. Takkan dia nak terus menetap di hotel? "Aryan, jomlah ikut saya balik rumah."
"Tapi..."
"Eh, tak perlu tapi-tapi lagi wahai anak muda... jomlah, driver saya dah sampai tu." Dato' Hareez terus memaut lengan kekar Aryan Syah supaya mengikutnya berjalan menuju ke arah kereta Toyota Vellfire berwarna hitam yang sedang menunggu.
"Tunggu sekejap, Dato', saya nak hubungi grab yang saya tempah tu... saya nak batalkan tempahan."
"Okeylah... kalau macam tu, saya tunggu Aryan dalam kereta."
"Baiklah," sahut Aryan Syah ringkas.
Lima belas meter dari situ ada sepasang mata sedang memerhati. "Dato' Hareez, akhirnya kau muncul jugak, sudah lama aku tunggu saat ini, dan hari ini, kau terimalah akibatnya!" Pedal minyak ditekan sekuat hati. Senyuman terukir di bibir. "Selamat tinggal Dato' Hareez... hahaha! Matilah kau!"
Punat power di sisi telefon pintar miliknya ditekan seraya menyelitkan semula telefon pintar itu ke dalam kocek seluar. Alhamdulillah, aku yakin dia akan ingat siapa aku, monolog Aryan Syah dalam hati. Dia segera meneruskan langkahnya untuk mengejar papanya di hadapan.
Beberapa saat selepas itu, gegendang telinga Aryan Syah diterjah oleh teriakan tayar kereta bergesel dengan lantai simen menandakan kereta itu bergerak dengan laju. Membulat besar matanya sebaik sahaja mendapati sebuah kereta Honda Civic yang meluncur laju menuju ke arah Dato' Hareez yang sedang berjalan menuju ke arah keretanya.
Beg bagasinya terlepas dari pegangan. Kakinya bergerak dengan sendiri melangkah laju menuju ke arah Dato' Hareez.
"Papa!!"
Dengan spontan dia menjerit memanggil Dato' Hareez dengan panggilan papa. Disebabkan itu, Dato' Hareez cepat-cepat menoleh ke arah belakang sebaik sahaja laungan itu menumbuk telinganya. "Aryan... anak papa," senyuman terukir di bibirnya. Dia tidak perasan sebuah kereta Honda Civic sedang menghampirinya ketika ini. Dia terleka dengan anak kandungnya yang terpisah dua puluh lima tahun itu sedang berlari menghampirinya.
"Papa, jaga-jaga!!" teriak Aryan Syah sekali lagi sambil berlari menghampiri Dato' Hareez.
Dua saat selepas itu Aryan Syah terus menolak tubuh papanya itu ke arah tepi. Dato' Hareez jatuh terduduk tepat di sebelah sisi kereta Toyota Vellfire miliknya.
Bammm!!
"Allahuakbar!!"
Satu dentuman kuat menampar telinganya. Sepantas kilat Dato' Hareez menoleh ke sebelah kirinya. Dia tergamam sebaik pandangan matanya memandang susuk tubuh Aryan Syah sedang melambung ke atas bumbung kereta yang melanggarnya. Aryan Syah jatuh terkulai di atas lantai jalan yang kini dibanjiri lautan darah.
Kereta Honda Civic berwarna hitam yang melanggar Aryan Syah itu terus memecut laju meninggalkan kawasan itu.
"Aryan!!" Dato' Hareez bingkas bangun seraya berlari mendapatkan Aryan Syah yang terbaring dengan keadaan kepalanya berlumuran darah. Serta-merta tubuh kekar itu diraih dan dipeluknya erat. "Aryan... ini papa, Aryan anak papa... jangan pergi tinggalkan papa, nak!" Diusapnya kepala Aryan Syah dengan berhati-hati. Darah merah pekat mengalir dengan deras di bahagian kanan kepala anaknya itu.
Perlahan Aryan Syah membuka matanya. "Papa..." Perlahan tangannya bergerak menyentuh pipi papa kandungnya. "Syukurlah papa sela... mat..."
"Aryan... bangun, Aryan... jangan tinggalkan papa," ujar Dato' Hareez. Semakin kuat pelukannya. Air matanya juga sudah mengalir dengan deras. Dia mengerling ke arah pemandunya, Pak Syameer yang menghampirinya.
"Cepat panggilkan ambulans!"
"AIRISH, macam mana keadaan dia?" Dato' Hareez bertanya kepada anak perempuannya yang merupakan seorang doktor dan kebetulan sedang bertugas pada masa itu.Airish Syafiqa merenung Dato' Hareez lama. Hairan dengan tingkah papanya itu. Sebelum ni tak pernah aku tengok papa macam ni, getus hatinya."Papa, boleh bagitahu siapa lelaki yang cedera teruk tu?""Itu tak penting! Yang penting sekarang, papa nak tahu keadaan dia macam mana?!" tegas Dato' Hareez lagi. Dia tidak mempedulikan pertanyaan anak perempuannya itu."Darah... papa, dia banyak kehilangan darah.""Airish ambil darah papa!" sepantas kilat Dato' Hareez membalas kata-kata Airish Syafiqa."Papa, apa yang papa merepek ni? Darah dia jenis B+, papa..." ujar Airish Syafiqa perlahan sebelum kata-katanya dipintas."Ye! Papa tahu darah dia j
"ASSALAMMUALAIKUM...""Waalaikumsalam... dah sampai pun." Datin Yasmin, isteri kedua Dato' Hareez menyambut kedatangan suami dan anak perempuannya, Airish Syafiqa.Hari ini juga Aryan Syah dibenarkan balik ke rumah. Dia berdiri di belakang adiknya sambil bertongkat. Dia menunduk, segan."Aryan... jom masuk," ajak Dato' Hareez. Tangannya dihulurkan ke arah anak sulungnya itu. Aryan Syah menyambut sambil tersenyum. Dia mengerling pula ke arah mama tirinya, Datin Yasmin yang berdiri di sebelah kiri papanya.Aryan Syah perasan Datin Yasmin mencebikkan bibirnya ke arah papanya seraya menoleh ke arahnya sambil memberikan renungan tajam. Bismillahirahmanirahim, ucap Aryan Syah dalam hati. Dari renungan mata mama tirinya itu, Aryan Syah dapat mentafsirkan bahawa wanita di hadapannya tu tidak menyukai akan keberadaannya di banglo mewah milik papanya.
"UHUKK!! Ssssttt... fuh!" Aryan Syah berdesit akibat kepedasan sebaik sahaja menjamah lauk ayam masak kari yang disediakan oleh Datin Yasmin. Kesemua manusia yang berada di situ mengerling ke arah Aryan Syah yang sudahpun merah padam mukanya dek penangan kari ayam itu. Apa benda yang mama tiri aku masukkan dalam lauk ni? Pedas sangat! Tak pernah aku makan benda pedas sangat macam ni walaupun dah hampir satu dunia ni aku jelajah. Aryan Syah bengang tetapi hanya mampu disimpan dalam hati sahaja kemarahannya itu. Dia perasan kini dirinya menjadi perhatian di situ.Aryan Syah bingkas bangun dari kerusinya. Tongkat yang disandarkan di dinding belakangnya itu dicapai. Perutnya memulas ketika ini.Dato' Hareez mengerling anak sulungnya itu. "Aryan, nak ke mana pulak tu?"Jelas kelihatan peluh jantan merembes di dahi Aryan Syah. "Nak ke bilik air sekejap, papa."
"KAPTEN, err... selamat pagi, pax untuk flight pagi ini penuh..." Ezma Umaira berkata. Dia cuba menyembunyikan rasa malunya kepada Aryan Syah. Untuk empat penerbangan hari ini, dia diberi tanggungjawab sebagai ketua kru kabin.Aryan Syah yang baru sahaja menapak masuk ke dalam kabin pesawat itu memberikan senyuman manis buat ketua pramugari, Ezma Umaira. "Assalamualaikum..."Ezma Umaira tertunduk sebaik sahaja Aryan Syah membalas kata-katanya dengan memberi salam. Adoi dia ni... segan pulak aku. Oh... lupa pulak dia ni dulu kan pilot untuk Nour Airlines... Jadi mungkin dia dah biasa macam tu kot? Ezma Umaira mengerling Aryan Syah yang sedang menyimpan beg bagasinya di dalam ruangan penyimpanan compartment di ruangan atas tempat duduk kelas bisnes."Hai... saya bagi salam tak ada seorang pun nak jawab? Hmm... Good mo
"AKU nak ke toilet sekejap.""Okey... selamat melabur emas ye kapten!" Berdekah C.O Pilot Nasrul Effendy ketawa sebaik sahaja ucapan itu terkeluar dari mulutnya.Aryan Syah terhenti langkahnya seraya menoleh ke arah pembantu juruterbang, CO pilot Nasrul Effendy yang sudahpun menahan perut sambil ketawa. Dia terlopong. "Tak ada emas nak dilaburkan pun. Aku nak buang air ajelah!""Yelah..." sahut Nasrul Effendy pula. "Jangan lama sangat, aku pun nak ke toilet jugak ni.""Bagi aku masa dua minit aje, okey..." ujar Aryan Syah seraya menekan punat untuk membuka pintu kokpit seraya menapak keluar. Sebaik sahaja menapak keluar dari perut kokpit, dia sempat memberikan senyuman kepada pramugari Syazwana dan Ezma Umaira yang berada di galley hadapan. Mereka berdua sedang menyediakan pencuci mulu
TEPAT jam 5:15 petang pesawat Red Skyline Boeing B737:8FZ bernombor pendaftaran 9M-JVH penerbangan OX280 dari Singapura mencecah lantai landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Maka tamatlah tugas Aryan Syah untuk hari pertamanya bertugas untuk Syarikat Penerbangan Red Skyline. Senyuman terukir di bibir. Dia mengerling pembantunya C.O Pilot Nasrul Effendy yang sedang khusyuk mengemaskini data penerbangan untuk pesawat itu. "Nasrul, esok kau naik aircraft apa dan destinasi kau esok...?""Kalau aircraft tu aku tak berapa pasti lagi, tapi esok jadual aku... KL ke Darwin, Australia. Tapi kalau destinasinya Darwin... buat masa ni flight ke situ hanya menggunakan aircraft Boeing B738 aje, eh! Lupa... Airline ni hanya ada boeing 738 aje," jawab C.O Pilot Nasrul Effendy. "Kenapa kau tanya?""Betul ni?" Aryan Syah bertanya sambil tersengih d
"UMAIRA...""Apa?"Aryan Syah yang sedang memandu di sebelahnya dikerlingnya sekilas. Ezma Umaira mengetap bibir, geram."Kenapa buat muka macam tu?" Aryan Syah bertanya tanpa mengerling ke arah gadis manis yang duduk di sebelahnya."Macam apa?" sahut Ezma Umaira malas."Like a crazy puppy." Selamba Aryan Syah berkata.Ezma Umaira tersentap. "What? You said my face like a crazy puppy?!""Yeah... saya tak nafikan bila awak buat muka macam tu..." Belum sempat Aryan Syah menghabiskan kata-katanya, Ezma Umaira terus memintas."My face or your face is like a crazy puppy?!" Menyirap darah Ezma Umaira sebaik sahaja Aryan Syah dengan selamba mengata dirinya.Aryan Syah tersenyum. "You know what? bil
"ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan... saya Kapten Aryan Syah selaku first officer untuk penerbangan OX45 ke Darwin. Sekarang ni kita sedang merentasi laut jawa pada ketinggian 39,000 kaki dari aras laut dan pada kelajuan 910 kilometer sejam. Err... keadaan cuaca di Darwin buat masa ini adalah... mendung dan kita dijangka mendarat dalam masa 2 jam 10 minit dari sekarang. Assalamualaikum and good evening, ladies and gentlemen, I'm Captain Aryan Syah as the first officer of flight OX45 to Darwin. Now we are crossing the java sea at an altitude of 39,000 feet above sea level with a speed of 910 kilometers per hour. Err... the weather in Darwin for now is... cloudy and we are expected to landed within 2 hour and 10 minutes from now, bye!"Aryan Syah mengerling ke arah pembantunya C.O Pilot Tengku Iman Khuzairi yang sedang menikmati ais krim strawberi sebaga
TING! Isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Sejurus selepas itu, Pramugari Syazwana bingkas bangun dari tempat duduk. Dia segera mencapai gagang alat interkom seraya berpaling menghadap para penumpang di dalam kabin itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, tanda isyarat pasangan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Untuk keselamatan anda, sila duduk dan pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang. Kami akan menyediakan makanan tengah hari untuk anda sebentar saja lagi. Ladies and gentlemen, the seat belt signal has already been turned off.For your safety, please sit down and make sure seat belts are always fastened. We will prepare lunch for you. "Psst!" Airish Syafiqa yang duduk di tempat duduk bernombor 2A di sebelah Aryan Syah itu mengerling abangnya lama. "Abang..." Aryan Syah yang sedang mengelamun di sebelah Airish Syafiqa itu tidak mempedulikan panggilan dari adiknya itu. Otaknya ligat memikirkan apa yang tel
EZMA UMAIRA melajukan langkah kaki meninggalkan Aryan Syah yang masih berdiri menunggu jawapan. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. "Awak... Umaira! Setuju tak?" laung Aryan Syah berharap agar gadis pujaan hatinya itu menerima lamarannya. Dia ni, time macam ni pun sibuk nak melamar aku? Maaf awak! Laju tangan kanannya menyeka air mata yang tiba-tiba sahaja mengalir keluar. Aku belum bersedia lagilah! Otaknya ligat memikirkan gadis ketua kru kabin yang mengganggu Aryan Syah semasa dalam penerbangan semalam. Dia ingin tahu apa hubungan sebenar di antara mereka berdua. Aku baru aje kenal Aryan Syah, takkan nak terima terus lamaran dia kot! Langkah kakinya terhenti seraya menoleh ke kiri dan ke kanan. "Di mana aku ni? Adoi Umaira... di sini bukannya Kuala Lumpur! yang aku terhegeh-hegeh melarikan diri dari si Crazy Kitten tu tadi dah kenapa?!" Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baru sahaja dia hend
"TERIMA kasih aunty. "Ezma Umaira melabuhkan duduk di sebelah Datin Yasmin. Kemudian dia mengerling ke arah beg-beg kertas yang berisi pakaian-pakaian yang dibeli di pusat beli-belah di bandar Abu Dhabi petang tadi. Datin Yasmin tersenyum. Dia nenoleh ke sebelah kirinya. Ezma Umaira dikerling seraya pergelangan tangan gadis itu dicapai. "Terima kasih untuk?""Untuk semua ni, aunty. Saya tak tahu nak balas macam mana...""Alah... sikit aje ni Umaira."Datin Yasmin tersenyum seraya memeluk bahu Ezma Umaira. Dia tahu gadis itu banyak makan hati semenjak semalam lagi ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dia perasan cara renungan Ezma Umaira kepada anak tiri bujangnya penuh dengan tanda tanya. Si Aryan ni pun satu, bawak girlfriend pergi holiday, tapi takde pun dia bawak bakal menantu aku n
"APA perempuan tu buat dekat situ? Kenapa dia beriya-iya sangat nak goda buah hati aku?" Ezma Umaira yang memerhati tingkah ketua kru kabin Nour Airlines yang tiba-tiba datang ke arah Aryan Syah dan tiba-tiba memeluk tubuh jejaka itu. Entah-entah dia dengan Aryan memang ada apa-apa hubungan ke sebelum ni? Aryan ni pun satu, yang dia melayan sangat perempuan tu dah kenapa? Apa guna dia ajak aku bercuti ni kalau dia nak bermesra dengan perempuan lain? Ni dah lebih ni! Dia segera mengatur langkah. Tapak kasut dihentak kuat. Geram!Ezma Umaira masih berdiri tercegat di hadapan pintu balai ketibaan itu. Sedang dia sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan memerhati pemandangan di dalam terminal itu..."Ehem... kenapa berdiri tercegat aje dekat sini? Kenapa tak jalan dengan..." Aryan Syah yang baru sahaja datang dari arah belakang gadis itu menyapa namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ezma Umaira terus memintas.
TEPAT jam dua petang pesawat penerbangan Nour Airlines 7E417 boeing B757:3CV itu mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. "Ladies and gentlemen, we have safely landed at Abu Dhabi International Airport..." Sedang ketua kru kabin sibuk memaklumkan kepada penumpang penerbangan itu, Aryan Syah yang baru sahaja terjaga dari tidurnya itu terus mengerling ke arah Ezma Umaira sambil menggosok mata. Dia sempat menguap sekejap. Ezma Umaira perasan dirinya sedang diperhatikan oleh satu-satunya jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu memberikan senyuman buat Aryan Syah. Aryan Syah pula segera mengenyit matanya ke arah Ezma Umaira. "Hai... korang berdua ni asyik berbalas pandang siap yang dekat sini mengenyit mata, yang dekat sana pulak asyik tersenyum aje. Menyampah pulak papa tengok. B
"CABIN crew be seated for take off.""Abang, dah nak terbang dah ni! Kenapa abang masih duduk dekat situ? Masuklah dalam kokpit sana!""Airish... diamlah, dik."Airish Syafiqa tergelak melihat reaksi Aryan Syah yang duduk berseorangan di tempat duduk 1A, kemudian dia mengerling ke arah Ezma Umaira yang duduk di sebelahnya juga sudah tergelak. Mana taknya, dari tadi lagi dua beradik itu asyik bercakar.Dato' Hareez yang duduk di tempat duduk bernombor 2B di belakang anak sulungnya itu sudah menggeleng kepala. Manakala Datin Yasmin pula yang duduk di sebelah suaminya itu malas nak ambil peduli, dia memasang headphone di telinga dan menyibukkan diri dengan menonton filem yang disediakan di dalam penerbangan itu.Aryan Syah memerhati ke seluruh zon A dalam kabin pesawat itu. Kad keselamatan yang diselitkan di dalam poket sisi t
"SIAPA yang memandai-mandai reka cerita aku bercinta dengan kru kabin Nour Airlines ni? Tiba-tiba aje?!" Aryan Syah pelik dengan berita yang disampaikan oleh Azrul Rosman tiga hari yang lalu. "Hai... tak boleh jadi ni. Harap-harap tak sampai ke pengetahuan Umaira!" "Kalau Umaira dapat tahu pasal ni, habislah peluang aku nak pikat hati dia," gumam Aryan Syah lagi. Tubuhnya dihempas di atas katil bersaiz King. Pandangan matanya beralih ke arah meja kecil di sebelah katil itu di mana terletaknya satu bingkai gambar. Ya, itu bingkai gambar arwah ibunya, Aisyah. Cepat-cepat tangannya menyambar bingkai gambar itu. Dia menarik nafas panjang. Sedang Aryan Syah merenung gambar arwah ibunya itu, daun pintu bilik diketuk seseorang. Dia bingkas bangun dan mengatur langkah ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas, sebaik sahaja daun pintu dikuak
"KALAU saya cakap ni... awak jangan marah tau. Saya sebenarnya... saya sebenarnya sukakan awak dari hari pertama kita jumpa hari tu!"Ezma Umaira melabuhkan tubuhnya di atas katil seraya menarik comforter. Kata-kata yang diungkapkan oleh Aryan Syah tengah hari tadi masih segar berlegar-legar di mindanya ketika ini. Senyuman bahagia terus terukir dengan sendirinya. "Hai... Aryan Syah, aku pun sukakan kau..."Telefon bimbit yang terletak di atas meja sisi katil itu disambar. Cepat-cepat dia membuka aplikasi WhatsApp. Senyuman masih terukir di bibir.Assalammualaikum awak, terima kasih... Selamat
KITA nak pergi ke mana?""Jalan-jalan.""Tahulah pergi jalan-jalan... tapi nak jalan-jalan dekat mana?""Awak nak kita pergi ke mana?" Aryan Syah menaikkan kening kirinya seraya berpeluk tubuh. Gadis cantik manis di sebelahnya direnung dengan renungan sayu. "Saya akan ikut apa aje yang awak cakap..."Ezma Umaira mencerlung tajam ke arah Aryan Syah. "Saya nak balik!""Hey! Kita baru aje bergerak ni... takkan nak balik dah?" gumam Aryan Syah. Dia mengerling Ezma Umaira seraya menekan pedal minyak. "Saya nak bawak awak jalan-jalan... shopping... lepas tu saya nak ajak awak lunch di rumah saya. Papa dan mama saya nak sangat jumpa dengan awak.""Kenapa perlu lunch di rumah awak pulak, kapten? Saya tak nak..." Ezma Umaira mendengus geram.Kalau shopping tu okey... ta