BAB 1 - STUPID, MIKAYLA THAQEEF tersenyum sinis melihat Mikayla yang letih ketiduran disebelahnya. Wajah anggun milik wanita itu dia pandang dengan rasa kosong. Rasa meluat dan rasa benci. Hanya rasa nafsunya yang tumbuh untuk Mikayla.Setahun yang lepas, dia sangat mencintai wanita ini namun cinta dan kasih sayangnya dipersiakan oleh Mikayla demi wang ringgit. Pada mulanya, memang dia sakit hati, dia kecewa namun baginya semua itu adalah tindakan yang sia-sia. Mengapa mahu mencintai lagi pada wanita yang sudah curang?Wanita seperti Mikayla tak akan pernah cukup dengan seorang lelaki. Dua minggu lepas, Mikayla mencarinya di kelab malam mewah miliknya,ingin melunaskan nafsu yang tak tertunai oleh bekas suaminya. Bercerai kerana tidak mendapat nafkah zahir yang cukup dari suaminya. Lebih tepat lagi, Mikayla tidak merasa puas. Thaqeef kembali tersenyum sinis apabila teringatkan itu. Mikayla oh Mikayla. Kau memang wanita yang bodoh!
Read more