BAB 7
PAGI itu, Thaqeef tersedar bila tubuh Adra tiada disisinya. Pantas dia bangun dari katil dan berlari keluar mencari Adra.Thaqeef takut Adra lari tinggalkan dirinya. Dia juga takut ada lelaki lain yang akan miliki Adra. Adra miliknya, dan hanya miliknya saja.
Nafas dihela dengan rasa lega bila Thaqeef melihat Adra yang sedang sibuk di dapur. Mungkin Adra tidak menyedari kerana tubuh Adra membelakanginya.
Thaqeef berdeham perlahan. Jari naik mengaru hujung keningnya.
"Kau masak?" Tanya Thaqeef pada Adra. Tubuh Adra dia dekati dan dia peluk tubuh itu.
Adra terkejut bila Thaqeef memeluk tubuhnya dari arah belakang.
Adra hanya mengangguk.
"Masak apa?" Tanya Thaqeef lagi sambil hujung telinga Adra itu dia kucup.
"Roti telur je, boleh? Sebab saya tengok dalam almari dapur tu, tak ada apa pun.."
"Hmm.." Thaqeef cuma mengumam lembut disebalik rambut Adra.
"Lepaskan saya, boleh? Susah saya nak buat kerja ni." Pinta Adra pada Thaqeef bila semakin erat pula pelukan lelaki itu padanya.
"Tak nak.. Nanti kau lari.." Thaqeef cuba memberi alasan padahal dia sudah ketagih dengan tubuh Adra.
Adra tepuk perlahan tangan Thaqeef yang membelit pinggangnya.
"Tak.. Saya tak lari." Senafas Adra jawab.
"Betul?" Tanya Thaqeef lagi.
"Ye, betul.."
"Okay.." Tanpa banyak soal, Thaqeef lepaskan pelukan itu dan keluar dari dapur.
Beberapa minit kemudian, Thaqeef sudah siap berpakaian rapi.
Thaqeef berdecit geram bila Adra masih sibuk dengan kerjanya. Dia perlukan perhatian wanita itu.
"Adra.. Sini kejap.." Arah Thaqeef pada Adra yang sedang mengelap almari kaca di ruangan tamu itu.
Adra palingkan tubuh, menghadap wajah Thaqeef, tubuh lelaki itu dia dekati.
"Kenapa?" Tanya Adra, bingung.
Yelah, sarapan sudah terhidang atas meja. Minuman pun sudah Adra buat.
"Aku nak kau suap aku makan.." Arah Thaqeef lagi. Tubuh Adra dia pandang atas dan bawah. Tadi, dia tak perasan kerana asyik memeluk tubuh Adra.
Comel pula bila Adra memakai t-shirt dan seluar pendek miliknya.
Adra silangkan tangannya pada dada bila mata Thaqeef dari tadi memandang tubuhnya.
Adra takut, Adra takut kena belasah lagi.
Thaqeef tersenyum kecil bila tengok reaksi Adra. Tangan Adra disentuh dan diusap lembut. Tubuh Adra dia letakkan atas ribanya.
Adra hanya diam. Tangan mula mengambil roti telur untuk Thaqeef. Adra gigit bibir bawah bila Thaqeef mengusap lembut tubuhnya.
"Don't.." Kata Thaqeef tiba-tiba.
Adra tercengang. Apa maksud Thaqeef?
"Ap-" Tak sempat Adra bertanya, bibirnya disambar laju oleh Thaqeef.
"Jangan gigit bibir kau macam tu.." Ucap Thaqeef selepas dia lepaskan ciuman antara mereka.
Bibir Adra dia usap dengan jari besarnya. Wajah Adra dia pandang.
"Kalau tak, aku denda macam tadi..nak?"
"Tak nak.." Cepat Adra menjawab.
Thaqeef gelak kecil. Dahi Adra dia cium sebelum tubuh Adra dia letakkan atas sofa.
"Aku dah kenyang.."
"Tapi awak makan satu je.." Mendongak memandang wajah Thaqeef yang sedang berdiri.
"Not need to heavy breakfast, Adra sayang.." Tundukkan badan, pipi dan bibir Adra dikucup oleh Thaqeef.
"Okay.." Jawab Adra, perlahan bila melihat Thaqeef menghilang disebalik lif.
****
Thaqeef menjeling tajam ke arah telefon bimbitnya bila deringan demi deringan tak henti dari tadi.
Nak buat kerja pun tak boleh nak fokus. Apa lah yang si Mikayla ni nak?
" Kau nak apa?" Tanyanya garang bila menjawab panggilan Mikayla.
"I nak you lah, sayang." Jawab Mikayla dengan suara lunak merdu dari hujung talian.
"Aku tak nak kau, aku dah bosan dengan kau.." Jawab Thaqeef sekali nafas. Menyampah dengar suara kepit Mikayla macam pondan.
Dan bila jeritan Mikayla terbit dari sana, Thaqeef putuskan panggilan itu. Belum sempat pun menarik nafas, biliknya diterjah oleh Mikayla.
Cepat pula perempuan ni datang? Agaknya tadi dia sudah berada dalam Hotel Luna.
Thaqeef hanya tayang muka selamba bila Mikayla masuk sambil hempas pintu biliknya.
"Kau dah kenapa hah perempuan?" Naik senoktaf suara Thaqeef bila Mikayla menampar wajahnya.
"Berani you buang I, Qeef?" Tanya Mikayla. Wajah Thaqeef dia pandang dengan tajam.
Senyuman sinis terukir di bibir Thaqeef.
"Kenapa aku tak berani nak buang kau pulak?" Sindir Thaqeef lagi.
"You are nothing to me, Mikayla. Nothing!" Tegas Thaqeef lagi. Dia bangun dari kerusi, tubuh Mikayla dia dekati.
Lengan wanita itu dia cengkam dengan kuat lalu tubuh itu dia tolak begitu saja. Pintu sengaja dihempaskan depan wajah Mikayla.
Jeritan dan ketukan bertalu-talu dari Mikayla tidak dia hiraukan.
Thaqeef merasakan dirinya tidak memerlukan Mikayla lagi.
Cinta? Bullshit! Thaqeef tak akan percaya pada cinta lagi.
Sekarang ni, yang penting cuma nafsu, kuasa dan wang.
Mikayla patut rasa apa yang pernah dia rasakan dulu. Banyak yang dia korbankan untuk Mikayla. Hubungan dengan Datuk Ikram hampir musnah bila dia terlalu mempercayai Mikayla.
******
Petang itu, Jasmin tak peduli. Dia mesti cari Adra. Dia tak nak Thaqeef lakukan perkara tak elok pada Adra.
Sebab dia tahu lelaki bernama Thaqeef Ilham Datuk Ikram. Terlalu kenal sangat. Seorang lelaki playboy. Tukar perempuan macam tukar baju.
Dekat kelab tu, ada juga pekerja perempuan dia layan dan dia tiduri. Memiliki wajah yang tampan, tubuh yang sasa, siapalah yang nak tolak tuah kan?
Lebih-lebih Thaqeef COO Hotel Luna. Pemilik kelab malam mewah Diamond pula.
Syafiq pula tak bagitahu apa-apa pada dia. Itu yang buat dia makin geram. Dia cuba untuk telefon Adra, namun panggilannya ditolak.
Jasmin yakin mesti telefon Adra pun Thaqeef pegang.
Sudah dua hari dia tak dapat mencari Adra. Thaqeef pula tak datang kelab. Tempat tinggal Thaqeef manalah dia tahu.
Bila tanya Ricky jawapan sama je dengan Syafiq. Diorang hanya mendiamkan diri.
Ketukan pada cermin keretanya membuatkan dia menoleh ke tepi dan melihat wajah Thaqeef sedang memeluk tubuh di luar keretanya.
"Kau tak kerja ke hari ni, Jasmin?"Tanya Thaqeef bila Jasmin buka pintu kereta.
Baru je dia mahu masuk dalam basement kelab miliknya, dia terpandang kereta Jasmin di tepi jalan berdekatan dengan Diamonds. Dia ingatkan kereta Jasmin rosak.
Jasmin keluar dari kereta dan memandang tajam wajah Thaqeef.
Esh! Geram pula dia dengan wajah tenang Thaqeef tu.
"Mana Adra? Mana kawan saya? Apa awak dah buat pada kawan saya, Thaqeef?" Bagaikan peluru, Jasmin tanya soalan itu.
"Adra? Ada dengan aku..Kenapa?" Selamba jawapan Thaqeef.
Tangan naik mencekak pinggang. Jasmin buat-buat acah berani. Wajah Thaqeef kembali dia pandang.
Eh, letihlah asyik dongak je kepala ni dari tadi. Kenapa lah Thaqeef ni tinggi? Dan kenapa dia pendek walaupun dah pakai heels, dirinya paras bahu Thaqeef je.
"Kawan saya tu. Saya nak Adra."
"Dulu kawan kau, sekarang dia hak aku." Jawab Thaqeef. Senyuman sinis terukir di bibir.
Tergamam Jasmin. Thaqeef ingat Adra tu macam perempuan dia bawa ke hulu ke hilir tu ke?
"Adra bukan macam perempuan lain.Perempuan yang mudah jatuh dalam dakapan awak."
Thaqeef sandarkan tubuhnya pada kereta Jasmin. Mujurlah saat itu, kereta tak banyak dekat situ.
"Aku tahu. Sebab dia istimewa buat aku."
"Jangan merepek lah, Thaqeef. Saya tak kira, saya nak awak bagi balik Adra pada saya." Ucap Jasmin, tegas.
Thaqeef ketawa kecil. Dia tundukkan wajahnya dekati Jasmin.
"Never.. Sekali jadi milik aku, sampai bila-bila jadi hak aku."
Dan Jasmin terasa ingin pancung kepala Thaqeef bila lelaki selamba meninggalkan dia tanpa bagitahu dimana Adra.
BAB 8MIKAYLA hempas pintu rumahnya sekuat hati. Rasa dimalukan oleh Thaqeef tadi masih terasa.Tak guna punya Thaqeef. Dia ingat kalau bukan kerana nafsu atau wang lelaki itu, dia mahu memalukan dirinya sebegitu rupa?Ye, memang dulu dia cintakan Thaqeef. Dia curang dulu pun kerana sifat lelaki itu yang tidak ada masa untuknya. Dia perlukan perhatian dan belaian.Thaqeef bukan lelaki pertama yang menyentuh dirinya.Terukir senyuman sinis pada bibir Mikayla. Thaqeef miliknya dan dia tak akan lepaskan lelaki itu lagi."Baby.."Mikayla tersenyum manja bila seorang lelaki memeluk tubuhnya.Charles,lelaki yang temani dia malam tadi. Lelaki kelahiran Jordan itu sudah seminggu dia kenali.Datang ke Malaysia atas dasar perniagaan. Suami dan ayah kepada dua orang anak. Tapi, ada Mikayla kisah? Sebab yang penting, adalah tuntutan nafsunya yang dapat dipenuhi oleh lelaki ini.Mikayla memeluk leher lelaki itu. Mereka berkucu
BAB 9 "Dah lah you, I penat lah." Ucap Mikayla dengan suara lunak merdu. Tubuh Charles yang masih menindih dirinya itu dia tolak dengan perlahan. Tubuhnya diangkat bangun dari katil itu lalu tubuh bogelnya dibalut dengan bathrobe yang tersidai pada kepala katil. Charles yang sudah dilanda perasaan kecewa itu hanya meraup wajah dengan kasar. Belum puas dia mengulit tubuh Mikayla. "Baby, what's wrong? I miss you. I miss your touch.." Belakang tubuh Mikayla yang masih terdedah itu, Charles kucup lembut. Bathrobe yang ingin Mikayla pakai itu, dia ambil dan lempar pada tepi katil. Kucupan demi kucupan terbit dari bibir Charles. "You, please.." Suara Mikayla meleret manja bila Charles sengaja mengusap lembut tubuhnya. Charles tersenyum kecil. Mengenali wanita ini seminggu yang lalu, dia tahu untuk melemahkan Mikayla. Mikayla cepat lemah dengan nafsu serakahnya. Tidak
BAB 10 Thaqeef bangun berdiri menghadap Adra. Dia tersenyum sinis. Rahang wanita itu dia cengkam dengan kuat."Sa.. kit..""Hati aku lagi sakit lah perempuan!" Ucap Thaqeef lalu memegang belakang rambut wanita tersebut lantas mencumbui wanita itu dengan kasar."Jadi isteri aku? Layak ke kau nak jadi isteri aku? kau hanya pemuas nafsu aku.." Lepaskan ciuman antara mereka, Thaqeef bisikkan kata-kata itu pada telinga Adra.Wanita itu tunduk. Tangan dia genggam dengan kuat. Perlahan-lahan dia angkat muka dan pandang wajah lelaki itu dengan kabur air matanya. Sekali lagi dia mencuba.Bismillah. Kuatkan aku Ya Allah."Jadikan saya yang halal untuk awak, Thaqeef. Saya mohon, nikahi saya. Biarpun hanya untuk 100hari, saya rela. Awak boleh gauli saya bila-bila saja yang awak mahu. Lagipun, hanya itu yang awak mahu dari saya, kan? Saya janji tak akan tuntut apa-apa pun hak. Saya janji akan patuh segala arahan awak. Nikahi say
BEBERAPA saat kemudian, Thaqeef lepaskan ciuman antara mereka. Satukan dahinya dengan Adra, pipi gebu itu dielus lembut. Thaqeef pejamkan mata serapatnya. Tubuh Adra dibawa semakin dekat padanya.Tangan naik merangkul pinggang ramping Adra."Kau isteri aku, Adra.." Buka mata, Thaqeef renung wajah anggun milik Adra. Dua butang baju kemeja Adra dibuka perlahan-lahan oleh Thaqeef."Hmm.." Thaqeef mengumam lembut depan wajah Adra.Tangan dikepal kuat oleh Adra. Adra masih takut pada seorang Thaqeef."Ye, saya isteri awak.." Ucap Adra, perlahan."Aku nak kau, boleh?" Tanya Thaqeef, acah baik dan suci murni.Adra pejam mata bila pakaian miliknya berjaya dilerai oleh Thaqeef. Adra masih malu dan takut. Dia tahu sekarang ni Thaqeef adalah suaminya.Namun...Belum sempat dia membantah, tubuhnya dicempung dan diletakkan atas katil. Adra silangkan tangan pada tubuhnya bila Thaqeef merangkak naik atas katil itu sambil tersenyum naka
BAB 12 ADRA pandang wajahnya di depan cermin. Dia sentuh leher yang sempat ditanda oleh Thaqeef. Mungkin, sampai bila-bila hanya ini yang Thaqeef mahu dari dia. Kenapa dia merasa sedih? Kenapa dia merasa terluka? Kan ini yang dia mahu. Hanya 100hari dan dia ingin bebas dari cengkaman Thaqeef. Disentuh dadanya yang masih tidak hilang debaran itu. Memandang mata Thaqeef, Adra dapat merasakan kesedihan dan kedukaan disebalik mata yang sentiasa mencerlung tajam itu. Adra letak tangannya depan meja solek itu. Wajah yang merah dengan air mata itu, dia kembali pandang. Wajah yang suram, wajah yang sudah tiada serinya lagi. Dia pula tak nak ambil tahu dimana Thaqeef. Sejak keluar dari bilik air tadi, bilik itu hanya kosong. Seusai berpakaian, Adra rebahkan tubuh, penat dan terluka. "Jasmin" .. Rintih Adra, perlahan. ***** Thaqeef buka pintu bilik. Adra yang lena di
BAB 13 "AWAK.." Thaqeef toleh ke belakang bila namanya dipanggil oleh Adra. Thaqeef tersenyum nipis bila Adra mengusap bahunya yang terdedah. "Come.."Gamit Thaqeef supaya Adra dekati dirinya. Langkah kaki diayun, dia hampir tersungkur bila tangannya dipegang erat oleh Thaqeef. " Awak, kenapa duduk kat luar ni? Sejuk..Awak kan demam?" Dongak memandang Thaqeef,dia tahan dada lelaki itu bila wajah suaminya semakin dekat. "Kau ada.. Aku tak sejuk." Balas Thaqeef. Tubuh kecil Adra dipeluk erat. Dikucup tepi dahi Adra. Tolak perlahan tubuh Adra membelakangi dirinya, pinggang Adra dirangkul dari arah belakang. Adra gigit bibir bawah bila berada sedekat ni dengan Thaqeef. Tanpa arahan, tanpa amarah, tanpa tengkingan. Sunyi dan sepi itu bagaikan mengerti keadaan mereka saat itu. Tepuk lembut tangan Thaqeef yang membelit tubuhnya, Adra cuba. Cuba untuk bertanya. "Thaqeef.." Panggi
BAB 14THAQEEF tumbuk perlahan bahu Syafiq yang sedang duduk di meja bar kelab Diamonds.Syafiq jeling menyampah pada Thaqeef. Jam di pergelengan tangan diangkat. Lewat hampir sejam datang tersenyum macam tidak ada apa.Kalau dia yang buat Thaqeef macam tu, bernanah lah telinga hadap cemuhan Thaqeef."Kau apasal lambat ni? Dah sejam aku macam orang bodoh tunggu kau." Rungut Shafiq. Jari besarnya dilalukan pada tepi gelas air coke miliknya.Peluk bahu Syafiq, Thaqeef tayang senyuman biasa. Dah biasa dengan si Shafiq kekwat ni."Baru macam bodoh? Tapi tak sampai jadi bodoh lagi kan?" Setepek Thaqeef bagi pada Syafiq.Bukan boleh layan Syafiq ni. Bapak segala drama."Menyampah aku dengan kau ni, Qeef.. Ni, aku nak tanya sampai bila kau nak pegang si Adra tu? Aku kesian dekat Jasmin lah." Soal Syafiq bila setiap hari dia disajikan dengan wajah murung Jasmin.Thaqeef hela nafas. Diusa
BAB 15TURUN dari kereta,Jasmin mendongak memandang bangunan mewah yang tinggi dihadapannya.Oh, rupanya dekat sini Thaqeef kurung Adra? Patutlah, puas dia cari Adra disekitar hotel mewah. Rupanya Adra dikurung di Setia Sky. Kondo mewah yang terkenal dengan keselamatan yang begitu ketat dan baik.Mujurlah, sebelum dia datang ke sini pagi tadi, Syafiq sempat memberitahu dirinya yang Thaqeef sudah memberi izin dan kedatangannya sudah diberitahu kepada security guard disitu.Kad akses yang sempat diberi padanya oleh security guard yang bernama Darius itu, dia lihat ada nama Thaqeef disitu.Jasmin masuk dengan menggunakan kad akses yang ada pada dirinya.Ting!Lif terbuka dan Jasmin terpegun melihat kondo mewah Thaqeef. Rupanya lif dalam rumah. Hanya orang yang dibenarkan saja boleh masuk dalam kondo tersebut.Pintu dibuka perlahan-lahan oleh Jasmin.Buka kasut converse miliknya, beg yang
EPILOG TUBUH belakang disandar pada bantal. Rambut Thaqeef dibelai lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, Adra menunduk dengan perut yang mula menampakkan bentuk,dia kucup pula dahi Thaqeef. Tak sedar masa cepat berlalu, sudah tiga bulan kandungan Adra. "Sayang.." Thaqeef memulakan bicara, tangan runcing Adra dicium sekilas. "Ye, suami saya." Adra ukir senyuman manis pada Thaqeef. Thaqeef tekup wajah di perut Adra,disertakan sekali ciuman pada perut itu. Seolah tak percaya, dirinya akan menjadi seorang bapa. Seorang lelaki dan suami yang pendosa. "Ajar aku solat, boleh?" Bukan tidak tahu solat, cuma Thaqeef sudah lama menunaikan kewajipan yang satu itu. Terkelip-kelip mata Adra seolah tidak percaya. Sebenarnya Adra selalu bentangkan sejadah pada Thaqeef selepas dia menunaikan solat namun Adra tahu bukan senang untuk suaminya berubah. Kini, mungkin makbulnya doa seorang isteri. Adra kucup pip
BAB 59SENYUMAN lebar terukir pada bibir Adra dan Thaqeef bila doktor mengesahkan Adra mengandung hampir dua bulan,sama kandungan pula dengan Mikayla. Tak mahu berlama dalam bilik doktor itu, dengan cepat mereka terus meminta diri untuk pulang. Tak sabar mahu melepaskan rasa kebahagiaan yang mereka alami sekarang.Thaqeef peluk Adra dengan erat. Dia kucup lembut tepi dahi Adra."Abang, lepaskan sayang. Lemas lah!" Jawab Adra di sebalik pelukan tersebut.Masuk saja dalam kereta, terus tubuhnya dipeluk kemas oleh ThaqeefPeluk dia macam tak peluk sepuluh tahun. Semput bila Thaqeef peluk kuat sangat. Kesian baby dan mummy baby.Thaqeef lepaskan pelukan itu sambil tersenyum bahagia. Yelah, siapa tak bahagia budak kecik ni dah mengandung. Yeay!Thaqeef cubit pipi tembam Adra. Makin cantik pula mummy buyung ni. Geram nak meow meow je."Sakit lah abang, tangan abang tu besar. Sakit tau pipi sayang." Adra tepis tangan dengan
BAB 58 COMFORTER ditarik menutupi tubuh Adra yang terdedah. Tidak mahu tubuh seksi Adra kesejukan bila ditinggalkan seketika. Dia melangkah ke arah balkoni. Mahu menenangkan amarah untuk Rafiq yang sengaja disembunyikan ke pelusuk hatinya yang sangat dalam. Bibir pandai memujuk Adra kerana dia tidak mahu Adra tahu gelodak hatinya yang seolah mahu terbakar selagi dia tidak menjumpai lelaki durjana yang berani menyentuh isterinya. Dia, Thaqeef Ilham. Tak akan sesekali lepaskan manusia yang berani menyentuh isterinya. Akan dicari sampai jumpa. Dia akan membuat perhitungan terakhir dengan lelaki durjana itu. Adra yang nyenyak ketiduran atas katil itu dia pandang penuh rasa cinta. Jika bayangan Rafiq muncul kembali, dia akan menghilangkan semua itu dengan sentuhan magisnya. Sentuhan seorang suami yang halal untuk Adra. Satu nombor yang sempat diberi oleh Datuk Ikram tadi didail oleh Thaqeef. Selepas mendengar balasan dari pi
BAB 57 PENUMBUK dikepal menahan kemarahan saat mata jatuh pada tubuh Adra yang hanya ditutup oleh selimut. Sedaya upaya Thaqeef menahan tangannya dari menumbuk dinding. Dia tak mahu mengejutkan sang isteri yang begitu lena. Biarlah Adra tidur lena dari bangun dan menghadapi mimpi ngeri itu. Thaqeef akan kejar Rafiq sampai dapat. Dia tak akan biarkan lelaki durjana itu terlepas. Lelaki yang berada menyentuh setiap inci tubuh isterinya, akan dia cari sampai ke hujung dunia sekalipun. Wajah yang sembap dengan air mata itu Thaqeef pandang dengan penuh rasa kasih, penuh rasa cinta. Dielus lembut wajah Adra. Kolam mata Thaqeef terasa hangat. Semua ini salahnya.Kalau dia tidak ikut rasa ego dan dendam, pasti dia akan menghalang Adra dari keluar seorang diri. Kini, rasa dendam itu membawa padah dirinya dan Adra yang menjadi mangsa Rafiq. Tidak patut dia biarkan semua itu terjadi sedangkan dia tahu lelaki durjana masih bersenang lenang berada di lu
BAB 56 ADRA yang masih tidak sedarkan diri tu dia angkat dan diletakkan atas toto usang. Kemudian, Rafiq turut berbaring bersama Adra. Wajah jelita Adra diusap dengan tangannya. Begitu indah wajah Adra bila matanya tertutup rapat,bibir juga tidak mengeluarkan kata-kata yang sering membuatkan dia marah. Kenapa Adra tidak pernah nampak dirinya? Dirinya yang begitu sayang Adra. Tersedar Adra dari lena bila wajahnya dikucup bertalu-talu. Terbuka luas mata Adra bila tubuhnya sedikit di tindih oleh lelaki. Dan bila lelaki mengangkat wajah, Adra menjerit kuat sehingga membuatkan mulutnya ditekup oleh lelaki itu. Mata Adra meliar di segenap ruang bilik itu. Sungguh Adra terkejut, bila bilik itu dipenuhi gambarnya bersama Thaqeef. Rafiq! Adra gigit tangan lelaki itu dengan kuat, tubuh Rafiq juga ditolak menjauh darinya. Tidak rela tubuhnya disentuh dari lelaki itu. Adra bingkas bangun namun tak sempat dia mahu membuka pi
BAB 55 BUKA saja pintu bilik dengan langkah yang terhuyang-hayang, Thaqeef dekati Adra yang ketiduran di atas sofa. Terukir senyuman sinis di bibir bila melihat air mata yang masih tersisa pada wajah Adra. Palsu! Semuanya palsu termasuk cinta wanita itu! "Qeef.." Adra bingkas bangun bila tubuhnya dihempap oleh Thaqeef, dia menghidu bau masam pada wajah dan tubuh Thaqeef. Sah!Lelaki ini mabuk lagi malam ini. Ditolak kuat tubuh Thaqeef supaya menjauh. "Eh eh, kau siapa nak tolak aku macam tu."Thaqeef tolak kembali tubuh Adra baring atas sofa itu, kemudian ditunjal pula dahi Adra. " Isteri kena dengar cakap suami! Kau tak belajar agama ke dulu hah? "Bidas Thaqeef selamba. Tangan Adra yang cuba melawan dirinya dia tekan pada sofa. Adra mendengus kuat. Tiada guna berlawan dengan orang mabuk macam Thaqeef sekarang. Bukan dia ingat pun. Adra jeling Thaqeef. " Awak nak apa?" baik Adra beralah, kalau tidak, tak tahu pukul berapa dia dapat tidur
BAB 54 THAQEEF hentak kuat stereng kereta. Air mata yang jatuh dia seka dengan kasar. Kereta dipandu laju melebihi hadlaju sehingga dia berani memintas dua lori JNT di hadapan. Pon! Pon! Hon yang kuat berbunyi tidak dia endahkan, mungkin pemandu tersebut merasa marah bila Thaqeef memintas tanpa memberi signal dan masuk ke laluan menuju ke Genting Highlands. "Argggghhh.." Thaqeef menjerit kuat dari atas bukit Genting Highlands itu. Kenapa sakit ini masih tidak hilang? Kenapa rasa cinta pada Adra semakin kuat? Kenapa dia tidak dapat membenci Adra? Kenapa? Kenapa? Tubuh Thaqeef melorot jatuh ke atas rumput hijau. Matahari pula sudah hampir menutupi wajah. Tidak sedar lima jam dia memandu tanpa henti selepas keluar dari Setia Sky. Telefon pintar sengaja dia tutup. Thaqeef tak mahu ada gangguan dari sesiapa. Termasuklah Adra. Thaqeef memeluk lutut dengan tangisan yang sudah mula berlagu. Perit dan terluka dia rasai sekarang sa
BAB 53 KERETA Audi RS7 merah Thaqeef meluncur masuk ke dalam basemant Kondo Setia Sky. Jam dipergelangan dilihat. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Meeting bersama Datuk Hans pula pada pukul 3. Adra yang sudah lena itu dia pandang buat seketika, tangan kiri mengelus pipi gebu Adra. "Sayang, bangun.." Kejut Thaqeef dengan lembut. Tangan mula meliar pada rambut dan leher Adra. Ah, masih tidak puas dia bermanja dengan Adra. Kalau tidak kerana ada meeting dengan Datuk Hans, akan dia ulit tubuh Adra di Resort Secret Garden itu selama seminggu. Itu rancangan awal tapi itulah, kerja perlu diutamakan.Walaupun hubungannya Datuk Ikram masih tidak lagi baik, namun Thaqeef tak akan sesekali mencampuri urusan kerja dan urusan peribadi. Adra mengeliat kegelian bila terasa wajahnya dikucup bertalu-talu. Siapa lagi suka mengusik dia sejak seminggu lepas. Hanya Thaqeef saja. "Dah sampai ke?" Tanya Adra dengan suara serak basah buat Thaqeef mahu mener
BAB 52 SEMINGGU KEMUDIAN.. "KAU suka datang sini?" Soal Thaqeef sambil peluk Adra dari arah belakang. Dihidu haruman rambut Adra,tak pernah puas dengan haruman Vanilla Blossom milik Adra. Dagu dilabuhkan pada bahu Adra yang terdedah. Selepas pulang dari kampung Jasmin, Thaqeef mula sibuk dengan pembukaan Hotel Luna di Pahang. Adra tersenyum kegelian bila ciuman Thaqeef mula meliar pula lehernya. Ah, dia sungguh bahagia saat ini. "Suka.. Tempat ni cantik. Walaupun jauh dari bandar,tapi resort ni cantik. Saya suka. Terima kasih suami saya." Adra mengucup pipi Thaqeef, kemudian dia tundukkan wajah.Dia malu bila Thaqeef memandang diri seolah ingin menerkam dirinya. Thaqeef berdekah suka,bila sifat malu-malu itu masih ada pada diri Adra walaupun sudah hampir tiga bulan mereka berkahwin. Ah, indahnya malu