BAB 52 SEMINGGU KEMUDIAN.. "KAU suka datang sini?" Soal Thaqeef sambil peluk Adra dari arah belakang. Dihidu haruman rambut Adra,tak pernah puas dengan haruman Vanilla Blossom milik Adra. Dagu dilabuhkan pada bahu Adra yang terdedah. Selepas pulang dari kampung Jasmin, Thaqeef mula sibuk dengan pembukaan Hotel Luna di Pahang. Adra tersenyum kegelian bila ciuman Thaqeef mula meliar pula lehernya. Ah, dia sungguh bahagia saat ini. "Suka.. Tempat ni cantik. Walaupun jauh dari bandar,tapi resort ni cantik. Saya suka. Terima kasih suami saya." Adra mengucup pipi Thaqeef, kemudian dia tundukkan wajah.Dia malu bila Thaqeef memandang diri seolah ingin menerkam dirinya. Thaqeef berdekah suka,bila sifat malu-malu itu masih ada pada diri Adra walaupun sudah hampir tiga bulan mereka berkahwin. Ah, indahnya malu
Read more