Dalam waktu singkat semuanya kian berubah. Adakah perasaan gembira hadir saat dia keluar dari duka yang sudah lama dia pendam? Iman Aulia - Hidupnya terasa begitu gelap saat kedua ibu bapa kandungnya sendiri menganggap dirinya adalah punca kematian kakak kembarnya. Begitu pilu sekali hatinya saat dituduh atas tragedi pahit itu. Saat dia menginjak 17 tahun, satu keputusan besar telah dibuat untuk mengubah segalanya. Hanya dengan satu lafaz semuanya telah berubah. Adakah benar keputusannya itu? Arif Raykarl - Sikapnya yang suka membuat masalah itu sering dipandang serong oleh semua orang. Digeruni kerana sikapnya. Ditakuti kerana takut menjadi mangsanya. Apakah benar setiap manusia yang jahat tersimpannya sisi yang baik? Dalam diam dia merindui sahabat kecilnya yang hilang entah ke mana. Dia begitu ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Saban hari dia sentiasa mengingati kenangan di saat mereka menjadi rakan sepermainan itu. "Siapa budak lelaki ini? Kenapa aku langsung tak ingat?" - Iman Aulia "Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau menghilang" - Arif Raykarl. Antagonis hadir ingin menghancurkan segalanya. Hanya kerana perasaan cemburu, nyawa sanggup dijadikan taruhan. Tragedi hitam berulang kembali. Kini semua kisah manis telah hilang begitu sahaja. "Apa yang aku nak tak ada sesiapa boleh rampas" - Nellysha Umaira
View More-Anything in life worth having is worth working for-____________"Pergi mana semalam?" tanya Hana dengan berwajah masam.Elis tidak kalah sama dengan ekspresi wajah yang dipamerkannya. Tangan disilangkan ke dada dan mata dipincingkan memandang Iman.Hanya Izatul tersenyum kecil. Terhibur dengan tingkah dua sahabatnya itu."Pergi mana?" Iman mengulang soalan. Dia bingung.Terhinjut bahunya saat Hana menepuk dinding di tepinya itu. Tangan gadis itu direhatkan di situ.Terkebil-kebil Iman dibuatnya melihat wajah bengis Hana dan Elis. Anak mata mengerling ke arah Izatul meminta pertolongan.Izatul mengangkat kedua belah bahunya."Kau kena buli dengan mak lampir, kan?" tanya Hana marah.Mata Iman bergerak memandang ke atas. Mengelak daripada bertentangan mata dengan Hana. Dia faham siapa yang Hana maksudkan. Siapa lagi kalau bukan Nellysha."Iman." panggil Hana meleret apabila Iman cuba mengelak.Iman mengeluh. Dia kembali menatap sahabat-sahabatnya itu."Macam mana tahu?" soal Iman perla
-When bad times and hard times are suddenly here, notice those that remain, and the ones that disappear-____________Langkah kaki Iman terhenti saat figura Nellysha menghalang jalannya. Air liur ditelan kesat apabila melihat wajah sinis itu. Apa yang Nellysha mahukan daripadanya?"Iman. Iman. Iman." Nellysha berjalan mengelilingi Iman sebelum berhenti betul-betul di hadapan gadis itu.Kedua belah tangannya disilangkan ke dada. Senyuman sinis itu masih lagi tidak lepas daripada terukir pada dua ulas bibirnya.Iman membalas sedikit gentar pandangan mata yang dilemparkan Nellysha buatnya itu. Mulutnya terkunci rapat."Makin aku tengok kau senyum, makin aku benci kau." bicara Nellysha dalam nada perlahan.Iman tersentak saat dirinya terdorong ke belakang dan belakang badannya dihentak ke dinding oleh Nellysha. Sungguh
-All the words ever spoken of love are but drops in the ocean of its feeling.-______________Buku-buku yang telah disusun ditepuk perlahan. Berkerut dahi Iman apabila mengingatkan tangannya yang masih berbalut. Bagaimana dia mahu membawa buku-buku tersebut turun ke tingkat bawah?Langkah disusun menuju ke arah bilik tidur Arif. Diketuk perlahan pintu bilik lelaki itu. Tidak sampai beberapa saat, terjengul wajah Arif di muka pintu."Kenapa?""Boleh tolong saya angkat buku-buku saya tak? Saya nak buat kerja sekolah dekat tingkat bawah." pinta Iman dengan sengihan.Arif menganggukan kepalanya bersetuju. Dia berjalan ke arah bilik Iman lalu mengambil buku-buku yang dimaksudkan gadis itu.Kemudian, buku-buku tersebut diletakkan di atas meja kopi. Iman mengucapkan terima kasih lalu mengambil tempat duduk di atas karpet.&nbs
-Some people dream of success, others make it happen-___________Jari-jemarinya merapikan rambutnya. Kaki panjang miliknya itu menapak laju menuruni tangga. Arif tersenyum kecil ke arah Kak Yati."Iman mana?" soal Arif ingin tahu apabila dia tidak melihat kelibat gadis itu di mana-mana. Sekeping roti dicapai lalu digigit sedikit dan dikunyah."Dah tunggu dekat luar. Semangat nak sekolah lah itu." balas Kak Yati dengan usikan. Arif tersenyum."Dia dah sarapan ke?" tanya Arif lagi. Kak Yati menggelengkan kepalanya."Iman terus keluar tadi. Katanya nak tunggu Arif dekat luar." jawab Kak Yati. Arif menoleh ke arah pintu rumah yang terbuka sekilas.Sekeping roti lagi dicapainya. Disapu dengan kaya lalu dilipat. Botol air Iman yang tertinggal di atas meja makan dicapai."Iman." panggil Arif. Dia tersenyum kecil melih
-The secret to real happiness is progress-_________Sejak setengah jam yang lalu, Arif hanya diam melayan perasaan sendiri di meja belajarnya. Gambar ditangannya itu direnung tanpa lepas. Rindu. Dia sangat merindukan figura di dalam gambar tersebut."Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau pergi." monolognya sendirian.Diusap perlahan wajah di dalam gambar itu menggunakan ibu jarinya. Senyuman manis terbit di bibirnya.Direnung wajah itu. Senyuman yang menghiasi wajah itu kelihatan indah sekali untuk ditatap.Jika ingin diulang kembali kisah lalu, cukup menyayat hatinya. Tidak mampu dia ucapkan dengan kata-kata betapa pilunya hatinya.Saat kali terakhir dia melihat wajah manis itu, tak pernah terlintas di dalam benaknya itu merupakan pertemuan kali terakhir buat mereka berdua."A
-Life is about falling.Living is about getting back up-______Air yang berada di dalam gelas diteguk Iman sedikit rakus. Terlalu lama dia menghadap buku. Pinggangnya terasa lenguh.Gelas diletakkan semula di atas meja kopi itu. Badannya disandarkan pada penghadang sofa berdekatan."Iman!" laung Puan Farhana dari tingkat atas.Badan ditegakkan. Iman berpaling memandang ke arah tangga. Puan Farhana berjalan ke arah Iman dengan senyuman lebar."Kenapa, ma?" tanya Iman ingin tahu. Terkejut bukan main kepalang dia apabila Puan Farhana memanggil namanya separa kuat."Jom jemput Arif dekat sekolah," ajak Puan Farhana penuh bersemangat. Wanita yang berumur awal 40-an itu kelihatan comel di mata Iman.Iman memandang jam dinding. Jarum jam sudah menginjak ke angka 1. Sebentar lagi pa
-If you want a happy life, tie it to a goal, not to people or things-______________Rambut yang dibiar bebas disikat menggunakan sikat yang dipegang pada tangan kirinya. Iman mengerling ke arah tangannya yang berbalut."Cepat baik tahu. Tak sampai 24 jam lagi tapi aku dah rasa susah bila kau berbalut macam ini. Ini baru duduk rumah tahu. Belum lagi nanti dah naik sekolah. Nasib baik aku tak tulis guna kau. Aku guna kawan kau ini."Iman bebel sendirian dengan tangan kanannya. Kemudian, tangan kirinya diangkat rendah.Getah rambutnya yang berada di atas meja solek itu dicapai. Dia termenung seketika melihat tangannya."Sekarang ini macam mana aku nak ikat rambut?" omel Iman kepada dirinya."Kau termenung apa lagi ini? Cepatlah siap." tegur Arif yang menguak pintu biliknya.Kelihatan Arif sudahpu
-We become what we think about-_________Iman menepuk perlahan perutnya yang terasa sakit. Entah ke berapa kali hari ini dia sudah ke tandas.Beg sekolah yang disandarkan di dinding luar tandas dicapai lalu disandang ke bahunya. Jam di pergelangan tangannya dikerling sebentar. Jarum jam sudah menginjak ke angka 2. Cepat benar masa berlalu.Langkah diatur laju apabila melihat cuaca yang sudah pun mendung. Sudah lah dia balik jalan kaki. Boleh pula masa begini hendak hujan.Saat dia menuruni tangga, dia dapat merasakan ada tangan yang menolak belakang badannya. Iman tidak lagi dapat mengimbangkan diri lalu terjatuh dari 6 anak tangga terakhir itu."Argh!" Iman meringis kesakitan. Lengan kanannya yang menahan mukanya daripada tersembam ke lantai simen itu disentuhnya. Dia dapat merasakan begitu nyilu sekali lengannya.Waja
-No happiness before sadness.No sadness before happiness-___________"Kau serius?" soal Arif kepada Iman apabila gadis itu menyuruh dia pergi sahaja ke sekolah menaiki kereta yang dipandu Encik Razak. Manakala gadis itu memilih untuk berjalan kaki sahaja."Ya. Lagipun kalau pelajar lain nampak kita macam mana? Kita nak jawab apa?" balas Iman. Arif menganggukan-anggukan kepalanya. Ini kalau Puan Farhana tahu, habis dia nanti."Okey." balas Arif bersetuju. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta. Iman pula sekadar memerhati saja kereta tersebut yang mula dipandu pergi oleh Encik Razak.Langkah mula dihayun menuju ke sekolah. Hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk sampai ke sekolah.Dia lebih selesa begitu dan tidak mahu Arif menjadi bahan gosip pelajar di sekolah gara-gara mereka berdua pergi ke sekolah menaiki kenderaan yang sama.&
-Watch your thoughts, they become your words. Watch your words, they become your actions. Watch your actions, they become your destiny-______Jam loceng berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 5.45 pagi. Iman mematikan jam loceng tersebut lalu dia bangun dari pembaringan. Dia mengeliat malas.Lampu biliknya dihidupkan dan dia mengambil tuala mandi yang disangkut berdekatan dengan bilik air. Dia memboloskan diri ke dalam bilik air untuk mandi.Setelah beberapa minit, dia keluar dari bilik air dan memakai baju biasa sahaja untuk mendirikan solat subuh terlebih dahulu. Usai solat, uniform lengkap sekolah disarungkan ke badannya."Beautiful" pujinya kepada diri sendiri. Pantulan cermin yang menampakkan dia yang lengkap memakai baju kurung putih dipadankan dengan kain biru muda itu dipujinya."Kalau aku tahu, dari dulu aku minta duduk Malaysia" katanya kepa
Comments