Share

05

Author: Izzahkhai
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

-No one is perfect. Even the most confident people have insecurities. At some point in of our lives, we may feel we lack something. That is reality. We

must try to live as per our capability-

_____

Beg sekolahnya diletakkan di atas kerusi. Iman

memandang sekeliling kelasnya yang masih

kosong. Terlalu awalkah dia tiba di sekolah?

Iman terkaku saat matanya bertembung dengan

Arif yang baru saja tiba di kelas. Kelihatan lelaki itu berdiri di ambang pintu. Tidak lama itu, Arif

melangkah masuk ke dalam kelas.

Iman tidak betah lagi berada di dalam kelas itu.

Lagi-lagi apabila berduaan bersama rakan

semejanya itu. Wajah dingin itu membuatkan dia merasakan seram sejuk. 

Mereka berdua berselisih di antara satu sama lain. Arif hendak ke mejanya manakala Iman hendak

keluar kelas. Baru sahaja beberapa langkah dia

berjalan melepasi Arif, langkahnya diberhentikan

serta-merta. 

Iman teringat tentang kata-kata Izatul semalam

sebelum masing-masing pulang ke rumah. Izatul menyuruhnya berterima kasih kepada Arif kerana

lelaki itu yang membantunya membawa dirinya ke bilik kesihatan semalam.

Tangan naik mengusap perlahan tengkuk. Badan

dipalingkan memandang ke arah Arif sambil

menunduk. Dia teragak-agak mahu menegur lelaki itu. Namun, dia memberanikan dirinya jua kerana

Arif telah membantunya.

"A...Arif" panggil Iman perlahan. Arif mengangkat wajahnya memandang Iman yang menunduk.

"Terima kasih sebab tolong semalam" ucap Iman

perlahan. Arif menjongketkan sebelah keningnya

dengan perlakuan Iman itu.

"Cakap dengan aku ke dengan lantai?" sindir Arif

pedas. Iman mengemam bibirnya. Dia

mengangkat wajahnya perlahan-lahan tetapi

matanya langsung tidak memandang ke arah Arif. 

"Ulang balik" 

Iman mengumpul keberanian untuk berbalas

pandangan dengan lelaki itu. Dia menelan air

liurnya melihat wajah dingin itu.

"Terima kasih sebab tolong semalam" ucap Iman

lalu dengan pantas dia berpaling dan menuju ke

pintu kelas itu. Tanpa sedar Arif tersenyum nipis

melihat tingkah gadis itu. 

Iman menundukkan kepalanya apabila dia bertembung dengan Afiq, Aiman dan Amsyar dihadapan

kelas. Terus saja dia melangkah laju meninggalkan kelas itu.

"Apa hal itu?" soal Amsyar hairan. Gaya macam

nampak hantu saja gadis itu. 

"Entah" balas Aiman lalu dia melangkah masuk ke dalam kelas diekori Afiq dan Amsyar. Amsyar

memandang hairan ke arah Arif yang sedang

berdiri itu.

"Kau dah kenapa berdiri macam tugu negara?"

tanya Amsyar. 

"Tak ada apa" balas Arif lalu dia melabuhkan

punggungnya di atas kerusi. Amsyar

memincingkan matanya. 

"Pandai dah sekarang nak berahsia" kata Amsyar

sambil meletakkan begnya di atas kerusinya. 

"Sibuk saja" tutur Arif. Kepalanya diletakkan

beralaskan lengannya menghadap meja Iman. 

"Eleh" 

____

Iman berpaling ke belakang memandang jikalau

sesiapa melihatnya. Gayanya sudah kelihatan

seperti nampak hantu. Berdebar saja dadanya

apabila bertembung dengan 4 lelaki itu tadi. Takut jika dirinya dijadikan bahan buli mereka berempat.

"Bah!" 

Iman memegang dadanya kerana terkejut apabila saat dia berpaling memandang hadapan

seseorang menyergahnya.

Hana, Elis dan Izatul tergelak melihat wajah

terkejut Iman itu. Comel sahaja gadis genit itu

apabila terkejut. 

"Kenapa tak masuk kelas?" soal Elis lalu dia

memeluk leher Iman dan menarik gadis itu supaya berjalan seiring dengan mereka. 

"Ada 4 lelaki itu" balas Iman perlahan dengan

sengihan. 

"Dia orang ada buli kau tak?" tanya Hana ingin

tahu. Kalau benar ada, memang dia akan serang 4 jejaka itu kerana berani membuli sahabatnya itu.

"Tak ada. Tegur pun tak" balas Iman. Hana

tersenyum lalu mengusap kepala Iman. Nasib

tidak ada. Dia risaukan keadaan Iman. 

"Iman" panggil Elis dengan sengihan. Iman

menoleh memandang Elis disebelahnya itu. 

"Tada!" 

Elis mengeluarkan 2 sampul surat dan 2 lipatan

kertas dari belakang badannya. Iman mengerutkan dahinya apabila Elis menarik tangannya dan

meletakkannya di atas telapak tangannya.

"Ada orang bagi" terang Izatul apabila Iman bagai

terpinga-pinga apabila menerima surat-surat

tersebut. 

"Siapa bagi?" tanya Iman ingin tahu. Dia membelek surat-surat tersebut tanpa membukanya. Adakah

ini surat cinta? Pertama kali dia dapat surat cinta

sebegini.

"Budak lelaki mana entah. Popular juga kau ini.

Iman dah ada peminat" usik Hana sambil

mencubit-cubit pipi Iman. Iman

menggosok pipinya perlahan.

"Sakitlah" ngadu Iman perlahan. Tergelak 3 gadis

itu apabila Iman menayang wajah masam. 

"Bacalah, Iman" arah Elis kepada Iman. Dia ingin

tahu isi surat-surat tersebut. Keningnya diangkat

beberapa kali. Iman menggelengkan kepalanya.

"Tak nak" tolak Iman lalu dia membuang surat-

surat tersebut tanpa membacanya. Dia kembali ke arah sahabat-sahabatnya itu. 

"Kenapa buang?" soal Izatul dengan hairan.

Mereka berempat menyambung langkah menuju ke kelas. 

"Sebab tak suka" balas Iman ringkas. Dia tidak mahu memberi sebarang harapan kepada si pemberi. Lagipun dia tidak berminat untuk mengetahui isi surat tersebut.

Hana dan Elis hanya mengganggukan kepala sahaja. Mereka tidak peduli jika Iman mahu atau tidak surat-surat tersebut. Lagi pula itu milik Iman. Kedua-dua gadis itu berjalan mendahului Izatul dan Iman sambil berbual kosong.

"Aku dah cakap terima kasih dekat Arif macam yang kau suruh" ujar Iman perlahan supaya Hana dan Elis tidak mendengar. Dia sendiri tahu Hana dan Elis begitu anti dengan keempat-empat lelaki itu.

"Bagus" puji Izatul lalu mengusap kepala Iman. Iman tersenyum. Rasa seperti dirinya dijaga oleh kakak sendiri. Tingkah ketiga-tiga gadis itu sudah seperti kakak baginya. Dia begitu senang apabila dirinya disayangi seperti itu.

_____

Pili air ditutup lalu tangan yang basah dilap pada seluar sukannya. Iman memandang dirinya sekilas pada cermin untuk melihat penampilannya sebelum melangkah keluar dari tandas. 

Iman kaget apabila melihat Nellysha, Fasha dan Fara dihadapannya sedang berdiri di luar tandas. Dia ingin berjalan melepasi mereka tetapi Nellysha menghalang jalannya. 

Nellysha perlahan-lahan melangkah merapati Iman. Iman terus sahaja mengundur ke belakang sehingga dia kembali masuk ke dalam tandas perempuan itu. 

"Tutup pintu" arah Nellysha. Fasha mengikut sahaja arahan Nellysha itu lalu pintu tandas ditutup dan dikunci dari dalam. Fara pula berjalan ke arah salah satu tandas yang berada di hujung.

"Kau nak apa?" soal Iman takut. Nellysha menyilangkan tangannya ke dada. Dia menayang senyuman selamba.

"Saja nak jumpa kau" balas Nellysha bersama senyuman penuh makna. Nellysha memandang ke arah Fara yang berdiri di belakang Iman. Nellysha memberi isyarat kepada Fara. 

"Aku ada hadiah untuk kau" ujar Nellysha lalu dia menayang senyuman sinis. Dengan selamba dia menolak Iman jatuh terduduk di atas lantai jubin itu.

Splash!

Iman tergamam saat dirinya sudah basah bermandikan air. Dia menoleh ke belakangnya dan terlihat Fara yang berdiri di belakangnya sambil memegang sebuah baldi.

Bibir dikemam saat suara gelak tawa 3 gadis itu menyapa halwa telinganya. Iman mengangkat wajahnya memandang Nellysha dengan pandangan berkaca. 

"Bye, Iman" lambai Nellysha lalu dia bersama-sama rakan-rakannya melangkah keluar dari tandas itu. 

Iman menyeka air matanya mengalir. Mengapa rakan-rakan sekelasnya begitu membencinya. Dia mengeluh perlahan lalu bangkit berdiri.

Dipandang pakaiannya yang sudah basah-kuyup itu. Anak rambutnya diselitkan di belakang telinganya. Iman memeluk tubuhnya lalu berjalan keluar dari tandas. Sudahlah dia tidak ada baju ganti. Nampaknya dia terpaksa juga ke kelas. 

Iman mengangkat kepalanya saat seseorang berdiri dihadapannya menghalang jalannya. Pandangan matanya bersatu dengan Arif. 

Arif memandang keadaan Iman dari atas sehingga bawah. Gadis itu basah-kuyup. Iman menoleh ke arah belakang Arif. Terdapat Afiq, Aiman dan Amsyar yang baru sahaja tiba selepas menaiki tangga.

"Eh Iman" tegur Amsyar dengan senyuman. Selamba sahaja dia menegur bagai tidak ada apa-apa terjadi di antara mereka semalam. Dia mengerutkan dahinya memandang keadaan Iman. Langit dipandang. 

"Hujan ke?" soal Amsyar hairan apabila melihat keadaan Iman yang basah-kuyup itu. 

"Ke cuaca panas sangat sampai kau mandi?" usik Aiman lalu dia dan Amsyar melepaskan tawa mereka. Afiq pula hanya diam sahaja tidak ambil peduli. Dia berjalan terus ke arah kelas. 

"Tunggu sekejap" ujar Arif perlahan lalu berjalan ke arah kelas. Iman memandang langkah Arif itu. Hanya Aiman dan Amsyar yang masih di situ dengan sengihan. 

"Panas sangat ke?" usik Aiman lagi. Iman mengemam bibirnya. Kepalanya digeleng perlahan. Dia menundukkan kepalanya. 

"Eh kau dah siap kerja Cikgu Suraya?" soal Amsyar lalu dia menarik Aiman untuk melangkah ke kelas. Sempat mereka berdua melambai ke arah Iman sebelum melangkah pergi menuju ke kelas. 

"Nanti bagitahu kawan-kawan dia itu suruh bawa baju lebih" ujar Arif apabila dia bertembung dengan Aiman dan Amsyar. Berkerut dahi dua jejaka itu.

"Habis itu function kau balik kelas itu tadi buat apa?" soal Aiman hairan. Tak faham benar dia dengan apa yang difikirkan sahabatnya itu. 

"Aku malas nak bertekak dengan dia orang" balas Arif lalu dia terus melangkah pergi menuju ke arah Iman yang berdiri dihadapan tangga itu. 

"Kawan kau lah itu" kata Amsyar. Aiman menggelengkan kepalanya. Dia memeluk leher Amsyar lalu menarik lelaki itu menuju ke kelas.

"Pakai ini" kata Arif apabila tiba dihadapan Iman. Dia menyarungkan baju sejuk hitam miliknya pada bahu Iman. Terus sahaja dia melangkah pergi kerana tidak mahu dirinya ditegur rakan-rakan gadis itu. 

Iman menunduk memandang baju sejuk yang tersarung dibadannya. Bau minyak wangi jejaka itu menyapa hidungnya. Iman menarik rapat baju sejuk tersebut supaya menutupi tubuhnya yang sudah kesejukan. 

Related chapters

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   06

    -Everybody needs just a little love,lots of hope and unshakable faith-_____Baju yang sudah siap dibasuh dialihkan dari dalam mesin basuh ke dalam bakul baju. Bakul baju tersebut diangkatnya lalu dibawa ke ampaian.Iman meletakkan bakul baju tersebut di atas lantai lalu dia menyidai baju sekolahnya. Terakhir sekali adalah baju sejuk milik Arif.Matanya merenung baju sejuk milik jejaka itu lalu dibawa rapat ke hidungnya. Bau minyak wangi milik Arif sudah hilang tetapi diganti dengan bau pewangi yang dipakainya untuk membasuh baju.Senyuman dibibirnya ditarik mengingatkan Arif yang meminjamkan baju sejuk tersebut kepadanya. Dia menyidai baju sejuk tersebut. Bakul baju dibawa masuk ke dalam rumahrumah dan diletakkan di tempat asalnya.Saat langkahnya ingin dibawa ke menaiki tangga, matanya menangkap dua sosok tubuh yang begitu dikenalinya berada d

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   07

    -Happinesscomes when you believe in what your doing, know what your doing, and love what you are doing-____Pintu bumbung bangunan itu ditutup rapat. Arif mencampak beg sekolahnya ke dinding tembok lalu dia duduk bersandar pada tembok tersebut."Lambat kau datang" tegur Aiman. Biasanya antara mereka berempat, Arif yang akan tiba dulu di sekolah. Tidak pula pada hari ini. Kali ini, Arif yang terakhir sekali sampai."Hm" gumam Arif perlahan sambil memejamkan matanya. Fikirannya begitu serabut mengenangkan perbincangan diantaranya dan ibu bapanya."Apa yang menganggu fikiran kau?" soal Afiq perhatian. Dia mampu melihat reaksi wajah Arif yang seperti terganggu dengan sesuatu."Kalau ada masalah, bagitahu lah" celah Amsyar pula. 3 pasang mata memandang ke arah Arif menunggu sahabat mereka itu membuka mulut.Arif

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   08

    -Theonly people you need in yourlife are the ones that prove theyneed you in theirs-_____Suasana di antara mereka begitu sunyi sekali. Baru saja sejam yang lalu Iman sudah sah menjadi isteri Arif. Terasa begitu cepat sekali semuanya berlalu. Tahu-tahu saja sudah sebulan dan dia juga sudah bertukar status.Iman mengangkat wajahnya memandang ke arah Hana dan Elis yang kelihatan wajahnya begitu serius sekali. Pandangannya dikalihkan memandang ke arah Izatul pula. Mereka berdua berbalas pandangan."Kenapa kau tak bagitahu lelaki yang kau kahwin ini Arif?" soal Hana serius. Dia bukan tidak terima tetapi dia cuma terlalu risau. Lihatlah sewaktu Iman dibuli. Pembuli kahwin dengan mangsa buli? Benar-benar drama."Aku tahu kau orang tak suka" balas Iman perlahan. Dia sendiri tahu bagaimana Hana dan Elis begitu tidak suka dengan Arif.

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   09

    -When one door of happiness closes, another opens, but often we lookso long at the closed door that wedo not see the one that has been opened for us-_____________Sepasang mata itu hanya memandang kosong ke luar tingkap. Tepat pada Iman dan kedua orang mentuanya itu. Arif hanya melihat suasana tegang itu. Kelihatan seperti Iman dan kedua ibu bapa gadis itu sedang bergaduh.Dia berpaling lalu memandang sekeliling bilik Iman itu. Dia melihat ke arah selimut tebal yang terlipat kemas di hujung katil. Kelihatan seperti Iman sudah menyediakannya awal-awal.Tiba-tiba dia teringat kembali apa yang dilihatnya tadi. Apa yang membuatkan Iman bertekak mulut dengan kedua ibu bapa gadis itu.Kepalanya digeleng perlahan. Dia cuba untuk tidak ambil peduli. Itu urusan gadis itu dan dia tidak perlu ambil tahu.Arif kembali memandang se

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   10

    -When I let go of what I am,I become what I might be-_________Iman terpisat-pisat bangun saat bunyi penggera yang dipasang di telefonnya mengganggu lenanya. Sebelah tangannya meraba-raba bawah bantal mencari keberadaan telefonnya.Telefonnya dikeluarkan dari bawah bantal dan penggera dimatikan. Dia menyepetkan matanya melihat waktu yang berada di skrin telefonnya itu."6 pagi" bisik hati Iman perlahan. Anak matanya bergerak menatap Arif yang masih tertidur pulas. Terkebil-kebil matanya apabila melihat tangannya yang masih berada di dalam genggaman tangan lelaki itu.Perlahan-lahan Iman cuba melepaskan genggaman lelaki itu. Pasti tangan Arif lenguh kerana terlalu lama memegang tangannya. Sudah lah seorang tidur di atas katil dan lagi seorang di atas lantai."Arif" kejut Iman perlahan sambil menepuk perlahan tangan Arif yang masih menggeng

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   11

    -You don't need a reason for doing everything in your life. Do it because you want to. Because it's fun. Because it makes you happy-__________"Arif. Iman. Mari makan" ajak Mak Mah saat dua remaja itu melangkah masuk ke dalam rumah. Arif sempat memandang Iman sekilas sebelum melangkah ke arah meja makan.Iman memandang langkah Arif itu. Kemudian, matanya tertancap pula ke arah meja makan di mana orang tuanya, Pak Mat serta Mak Mah berada. Keluhan dilepaskan.Tidak tahu lah dia kalau sebentar lagi dia dan kedua ibu bapanya bakal berbalah seperti kebiasaannya. Pantang di depan mata, ada saja ayat yang memancing Iman untuk membalas balik."Tunggu apa lagi? Nak jadi tugu negara dekat situ? Lambat betul" herdik Puan Alina dengan sinis. Iman mengemam bibirnya. Ini yang dia tidak suka. Semua yang dilakukannya sentiasa salah di mata kedua ibu bapanya itu.

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   12

    -When you learn to depend on yourself, you will be happier in life-___________"Sampai pun. Nak kata jauh, tak ada lah jauh mana. Taman sebelah saja" tegur Puan Farhana diiringi dengan senyuman manis di bibirnya saat melihat Arif dan Iman yang baru saja tiba di rumahnya."Tadi tunggu Iman kemas-kemas barang dekat rumah baru itu. Dah siap baru datang sini" ujar Arif lalu menyalam tangan ibunya itu dengan penuh hormat."Iman" panggil Puan Farhana apabila sejak tadi Iman hanya memandang sekeliling. Tersenyum dia melihat menantunya itu. Comel sangat.Iman tersentak saat namanya dipanggil. Dia mendekati Puan Farhana lantas menyalam wanita itu sebagai tanda hormat. Tiba-tiba dirinya menjadi sebak saat Puan Farhan mengusap kepalanya dengan penuh kasih.Mengapa bukan seperti itu sikap Puan Alina terhadapnya? Dia jadi cemburu dengan Arif yang

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   13

    -No happiness before sadness.No sadness before happiness-___________"Kau serius?" soal Arif kepada Iman apabila gadis itu menyuruh dia pergi sahaja ke sekolah menaiki kereta yang dipandu Encik Razak. Manakala gadis itu memilih untuk berjalan kaki sahaja."Ya. Lagipun kalau pelajar lain nampak kita macam mana? Kita nak jawab apa?" balas Iman. Arif menganggukan-anggukan kepalanya. Ini kalau Puan Farhana tahu, habis dia nanti."Okey." balas Arif bersetuju. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta. Iman pula sekadar memerhati saja kereta tersebut yang mula dipandu pergi oleh Encik Razak.Langkah mula dihayun menuju ke sekolah. Hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk sampai ke sekolah.Dia lebih selesa begitu dan tidak mahu Arif menjadi bahan gosip pelajar di sekolah gara-gara mereka berdua pergi ke sekolah menaiki kenderaan yang sama.&

Latest chapter

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   21

    -Anything in life worth having is worth working for-____________"Pergi mana semalam?" tanya Hana dengan berwajah masam.Elis tidak kalah sama dengan ekspresi wajah yang dipamerkannya. Tangan disilangkan ke dada dan mata dipincingkan memandang Iman.Hanya Izatul tersenyum kecil. Terhibur dengan tingkah dua sahabatnya itu."Pergi mana?" Iman mengulang soalan. Dia bingung.Terhinjut bahunya saat Hana menepuk dinding di tepinya itu. Tangan gadis itu direhatkan di situ.Terkebil-kebil Iman dibuatnya melihat wajah bengis Hana dan Elis. Anak mata mengerling ke arah Izatul meminta pertolongan.Izatul mengangkat kedua belah bahunya."Kau kena buli dengan mak lampir, kan?" tanya Hana marah.Mata Iman bergerak memandang ke atas. Mengelak daripada bertentangan mata dengan Hana. Dia faham siapa yang Hana maksudkan. Siapa lagi kalau bukan Nellysha."Iman." panggil Hana meleret apabila Iman cuba mengelak.Iman mengeluh. Dia kembali menatap sahabat-sahabatnya itu."Macam mana tahu?" soal Iman perla

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   20

    -When bad times and hard times are suddenly here, notice those that remain, and the ones that disappear-____________Langkah kaki Iman terhenti saat figura Nellysha menghalang jalannya. Air liur ditelan kesat apabila melihat wajah sinis itu. Apa yang Nellysha mahukan daripadanya?"Iman. Iman. Iman." Nellysha berjalan mengelilingi Iman sebelum berhenti betul-betul di hadapan gadis itu.Kedua belah tangannya disilangkan ke dada. Senyuman sinis itu masih lagi tidak lepas daripada terukir pada dua ulas bibirnya.Iman membalas sedikit gentar pandangan mata yang dilemparkan Nellysha buatnya itu. Mulutnya terkunci rapat."Makin aku tengok kau senyum, makin aku benci kau." bicara Nellysha dalam nada perlahan.Iman tersentak saat dirinya terdorong ke belakang dan belakang badannya dihentak ke dinding oleh Nellysha. Sungguh

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   19

    -All the words ever spoken of love are but drops in the ocean of its feeling.-______________Buku-buku yang telah disusun ditepuk perlahan. Berkerut dahi Iman apabila mengingatkan tangannya yang masih berbalut. Bagaimana dia mahu membawa buku-buku tersebut turun ke tingkat bawah?Langkah disusun menuju ke arah bilik tidur Arif. Diketuk perlahan pintu bilik lelaki itu. Tidak sampai beberapa saat, terjengul wajah Arif di muka pintu."Kenapa?""Boleh tolong saya angkat buku-buku saya tak? Saya nak buat kerja sekolah dekat tingkat bawah." pinta Iman dengan sengihan.Arif menganggukan kepalanya bersetuju. Dia berjalan ke arah bilik Iman lalu mengambil buku-buku yang dimaksudkan gadis itu.Kemudian, buku-buku tersebut diletakkan di atas meja kopi. Iman mengucapkan terima kasih lalu mengambil tempat duduk di atas karpet.&nbs

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   18

    -Some people dream of success, others make it happen-___________Jari-jemarinya merapikan rambutnya. Kaki panjang miliknya itu menapak laju menuruni tangga. Arif tersenyum kecil ke arah Kak Yati."Iman mana?" soal Arif ingin tahu apabila dia tidak melihat kelibat gadis itu di mana-mana. Sekeping roti dicapai lalu digigit sedikit dan dikunyah."Dah tunggu dekat luar. Semangat nak sekolah lah itu." balas Kak Yati dengan usikan. Arif tersenyum."Dia dah sarapan ke?" tanya Arif lagi. Kak Yati menggelengkan kepalanya."Iman terus keluar tadi. Katanya nak tunggu Arif dekat luar." jawab Kak Yati. Arif menoleh ke arah pintu rumah yang terbuka sekilas.Sekeping roti lagi dicapainya. Disapu dengan kaya lalu dilipat. Botol air Iman yang tertinggal di atas meja makan dicapai."Iman." panggil Arif. Dia tersenyum kecil melih

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   17

    -The secret to real happiness is progress-_________Sejak setengah jam yang lalu, Arif hanya diam melayan perasaan sendiri di meja belajarnya. Gambar ditangannya itu direnung tanpa lepas. Rindu. Dia sangat merindukan figura di dalam gambar tersebut."Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau pergi." monolognya sendirian.Diusap perlahan wajah di dalam gambar itu menggunakan ibu jarinya. Senyuman manis terbit di bibirnya.Direnung wajah itu. Senyuman yang menghiasi wajah itu kelihatan indah sekali untuk ditatap.Jika ingin diulang kembali kisah lalu, cukup menyayat hatinya. Tidak mampu dia ucapkan dengan kata-kata betapa pilunya hatinya.Saat kali terakhir dia melihat wajah manis itu, tak pernah terlintas di dalam benaknya itu merupakan pertemuan kali terakhir buat mereka berdua."A

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   16

    -Life is about falling.Living is about getting back up-______Air yang berada di dalam gelas diteguk Iman sedikit rakus. Terlalu lama dia menghadap buku. Pinggangnya terasa lenguh.Gelas diletakkan semula di atas meja kopi itu. Badannya disandarkan pada penghadang sofa berdekatan."Iman!" laung Puan Farhana dari tingkat atas.Badan ditegakkan. Iman berpaling memandang ke arah tangga. Puan Farhana berjalan ke arah Iman dengan senyuman lebar."Kenapa, ma?" tanya Iman ingin tahu. Terkejut bukan main kepalang dia apabila Puan Farhana memanggil namanya separa kuat."Jom jemput Arif dekat sekolah," ajak Puan Farhana penuh bersemangat. Wanita yang berumur awal 40-an itu kelihatan comel di mata Iman.Iman memandang jam dinding. Jarum jam sudah menginjak ke angka 1. Sebentar lagi pa

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   15

    -If you want a happy life, tie it to a goal, not to people or things-______________Rambut yang dibiar bebas disikat menggunakan sikat yang dipegang pada tangan kirinya. Iman mengerling ke arah tangannya yang berbalut."Cepat baik tahu. Tak sampai 24 jam lagi tapi aku dah rasa susah bila kau berbalut macam ini. Ini baru duduk rumah tahu. Belum lagi nanti dah naik sekolah. Nasib baik aku tak tulis guna kau. Aku guna kawan kau ini."Iman bebel sendirian dengan tangan kanannya. Kemudian, tangan kirinya diangkat rendah.Getah rambutnya yang berada di atas meja solek itu dicapai. Dia termenung seketika melihat tangannya."Sekarang ini macam mana aku nak ikat rambut?" omel Iman kepada dirinya."Kau termenung apa lagi ini? Cepatlah siap." tegur Arif yang menguak pintu biliknya.Kelihatan Arif sudahpu

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   14

    -We become what we think about-_________Iman menepuk perlahan perutnya yang terasa sakit. Entah ke berapa kali hari ini dia sudah ke tandas.Beg sekolah yang disandarkan di dinding luar tandas dicapai lalu disandang ke bahunya. Jam di pergelangan tangannya dikerling sebentar. Jarum jam sudah menginjak ke angka 2. Cepat benar masa berlalu.Langkah diatur laju apabila melihat cuaca yang sudah pun mendung. Sudah lah dia balik jalan kaki. Boleh pula masa begini hendak hujan.Saat dia menuruni tangga, dia dapat merasakan ada tangan yang menolak belakang badannya. Iman tidak lagi dapat mengimbangkan diri lalu terjatuh dari 6 anak tangga terakhir itu."Argh!" Iman meringis kesakitan. Lengan kanannya yang menahan mukanya daripada tersembam ke lantai simen itu disentuhnya. Dia dapat merasakan begitu nyilu sekali lengannya.Waja

  • Silent Letters (Bahasa Malaysia)   13

    -No happiness before sadness.No sadness before happiness-___________"Kau serius?" soal Arif kepada Iman apabila gadis itu menyuruh dia pergi sahaja ke sekolah menaiki kereta yang dipandu Encik Razak. Manakala gadis itu memilih untuk berjalan kaki sahaja."Ya. Lagipun kalau pelajar lain nampak kita macam mana? Kita nak jawab apa?" balas Iman. Arif menganggukan-anggukan kepalanya. Ini kalau Puan Farhana tahu, habis dia nanti."Okey." balas Arif bersetuju. Dia memboloskan dirinya ke dalam kereta. Iman pula sekadar memerhati saja kereta tersebut yang mula dipandu pergi oleh Encik Razak.Langkah mula dihayun menuju ke sekolah. Hanya mengambil masa beberapa minit saja untuk sampai ke sekolah.Dia lebih selesa begitu dan tidak mahu Arif menjadi bahan gosip pelajar di sekolah gara-gara mereka berdua pergi ke sekolah menaiki kenderaan yang sama.&

DMCA.com Protection Status