AMIR memandang dua beg yang telah tersedia di rumahnya. Beg itu berisi wang tunai. Sengaja dia membahagikan kepada dua bahagian kerana dia juga punya perancangan tersendiri. Getarnya masih belum reda, ditambah pula dengan kesakitan akibat dikasari oleh samseng tadi.Malam itu Amir tidak menghubungi semua orang kerana dia tahu, selepas samseng-samseng itu mengenalinya, dia akan sentiasa diawasi.Pertemuan terakhirnya bersama semua orang yang membantunya adalah sehari yang lalu. Mereka benar-benar berharap Amir pulang dengan selamat. Jika diberi pilihan, sudah pasti mereka tidak akan melepaskan Amir begitu sahaja.Keluarga Mr.Wong dan Amira sekeluarga menangis ketika mendoakan pemergian Amir. Dia benar-benar tidak kuat. Dia berseorangan. Syahir yang sering menyemarakkan semangatnya juga sudah tiada.“Aku tak sekental kau, Syahir. Betul kata kau, aku tak biasa. Ini bukan ‘dunia’ aku,” Suara hatinya kedengaran. Menggigil tangannya mengenangkan peristiwa yang akan berlaku bila-bila masa da
KEADAAN semakin genting. Burung-burung yang melayang di langit sepertinya turut tidak senang dan bertebaran ganas. Api amarah sudah membuak-buak dalam diri ketua samseng. Ditendangnya Amir sekuat hati demi melampiaskan bara amarahnya. Amir jatuh tersungkur, Salina juga turut dilempang pipinya dengan kuat.Ada hati mahu ‘bebas!’ Bentaknya dalam hati.Syahir yang terkesima cuba membela rakannya tetapi dia ditembak oleh pengikut ketua samseng itu di bahagian kaki sebagai amaran.Ketua samseng mengarahkan pengikutnya supaya jangan bertindak melulu. Hanya dia sahaja yang akan membunuh mereka bertiga dengan tangannya sendiri.Amir yang memahami bahasa cina, segera mengagahkan semangatnya untuk mempertahan-kan diri. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang. Dia dengan kekuatan yang ada bertarung dengan ketua samseng dan cuba merampas senapangnya.Salina menerpa ke arah Syahir yang sedang mengerang kesakitan. Amir mengarahkan mereka lari, tetapi gagal kerana mereka diawasi oleh pengikut ketua sa
SOFEA mengucapkan setinggi kesyukuran apabila menerima panggilan daripada Amira yang mengatakan Amir, Syahir dan Salina selamat. Walaupun dia telah mengetahuinya menerusi berita di kaca televisyen, tetapi menden-gar terus daripada Amira lebih menggembirakan.Amira berjanji akan memulangkan semua wang yang telah Sofea berikan untuk membantu Amir setelah siasatan polis selesai kelak.Sofea begitu gembira bagi pihak Amir kerana pastinya Amir akan mengecapi bahagia selepas ini kerana keluarganya telah bersatu semula. Dan lebih menggembirakan apabila mengetahui Salina telah bebas dari belenggu sengsara.“Kami akan pulang ke Kuala Lumpur esok. Minggu depan kami akan adakan kenduri kesyu-kuran. Kebetulan ibu Amir juga akan dibebaskan. Jadi, kau jangan lupa datang ya. Nanti aku beritahu tarikhnya.” Amira berceloteh dalam talian.“Oh, ibu Amir akan dibebaskan? Alhamdulillah, sememangnya satu kesyukuran.” Sofea menjawab dengan begitu gembira seolah-olah dirinya pula diambang kebahagiaan.Gembir
ALHAMDULILLAH, hari dan tarikh untuk majlis kesyukuran dan doa selamat telah ditetapkan. Ianya tidak sukar kerana team syarikat mereka sendiri yang menyediakan juadah dan semua pekerja dijemput hadir.Amir juga menjemput jiran tetangga dan semua yang mengenalinya dan ibunya di pasar tempat dia dan ibunya bekerja dahulu. Mereka juga banyak menyokongnya ketika dia dalam kesukaran dahulu.Seperti yang dirancang, Ustaz Idris mengetuai majlis bacaan Yasin dan doa selamat. Haris yang pertama kali menyertai kenduri seperti ini hanya menurut dan mengikut sahaja Ustaz Idris.Ustaz Idris yang amat memahami begitu sabar melayan Haris supaya anak muridnya itu tidak merasa terasing di majlis seperti itu. Amir dan keluarga Amira juga melayan Haris dengan baik dan orang yang paling gembira di majlis itu ialah Sofea.Dalam kesibukan majlis, Haris sempat memer-hatikan Sofea. Dia amat mesra dengan keluarga Amir, ibu juga kakaknya. Mereka seperti sudah lama mengenali. Mungkin Sofea sememangnya jenis yan
SOFEA menerima kiriman pos berupa bara-ngan yang diisi dalam kotak kecil. Setahu-nya dia tidak memesan pembelian dalam talian. Diambil barang itu daripada penghantar lalu terus membawanya masuk ke bilik.Kotak itu dibuka. Sebutir loket kristal berbentuk hati yang diukir seperti berlian adalah isianya. Apabila digerakkan ukiran itu ia akan memancar-kan warna pelangi. Sofea menggeng-gam loket itu dan membawanya ke dalam dakapan. Air matanya hampir luruh.“Pelangi ...” Getusnya perlahan.Sepucuk kad kecil yang terselit bersama loket tersebut diambil. Dibaca isinya.‘Apabila hujan reda, pasti mentari akan menyin-ari. Senyumlah kerana pelangi indah pasti akan menyusuli. Selamat pengantin baru. Allah adalah sebaik-baik perancang. Semoga berbahagia.’Bait-bait kata yang bertintakan dakwat hitam itu amat ringkas dan padat. Meskipun tidak tertera nama pengirimnya, Sofea amat tahu siapakah gerangannya. Benih-benih jernih akhir-nya jatuh berjurai menodai pipi mulusnya.Dikesat air mata yang tump
SEPASANG mata berkaca hitam itu tidak berkelip memerhatikan sepasang kekasih yang sedang beriringan menuju ke sebuah kereta yang telah menunggu di hadapan lobi pejabat. Senyuman dan kemesraan lelaki itu kepada sang gadis membibitkan rasa cemburu yang bukannya sedikit.Haris membukakan pintu kereta untuk Sofea, kemudian melambaikan tangannya dengan begitu mesra tatkala punggung Sofea sudah selamat dilabuhkan pada sofa. Pemandu kereta berkenaan adalah Amira.“Aku pinjam tunang kau sekejap ya. Nanti aku pulangkan. Jangan risau, aku bukan perampas. Hehe.” Amira mengusik Haris. Jejaka itu hanya mencunggit senyum.Haris mengizinkan mereka berdua keluar membeli-belah sambil melengkapkan apa-apa keperluan perkahwinan.“Terima kasih, Haris.” Sofea mengucapkannya sambil melambai kepada Haris.Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Amira berlalu pergi, wanita berkaca mata hitam tadi bergegas mengintil Haris dari belakang. Tiba di satu sudut tersorok, perempuan berkenaan menyapa bahu Haris dengan
KAKI Sofea menggigil ketika melangkah ke pintu bilik hotel yang di maksudkan. Tubuhnya dibasahi peluh ketakutan. Mujur Amira menemani. Jika dia seorang diri, tidak mungkin dia bertekad dan seberani ini.Tiba di hadapan pintu yang dimaksudkan, Sofea cuba mengetuk pintu. Rupa-rupanya pintu-nya memang sudah sedia tidak berkunci. Daun pintu ditolak perlahan, Amira memegang bahu Sofea lembut dan menyusulnya dari belakang.Sofea benar-benar tidak faham. Apa perlunya dia menyusup ke bilik persendirian sebegini rupa. Kelihatan pakaian berselerakan di atas lantai dan dalam kesamaran cahaya, tiba-tiba lampu bilik dihidupkan terang.“Kejutan! Aku dah ‘curi’ malam ‘pertamamu!” Syasya berteriak gembira melihat Sofea sudah tersembul hadapannya yang sedang dipeluk erat oleh Haris, juga dalam keadaan tanpa seurat benang!Sofea hampir rebah tetapi Amira sempat menyambutnya. Haris sedar dari lena dan terkejut melihat Sofea dan Amira ada di situ. Berang Haris mula menggelegak, ingin sahaja dia membunuh
HARIS sudah menunggu dalam keretanya hampir empat jam. Selepas kejadian, Haris segera berlari keluar dengan harapan dapat mengejar Sofea. Tetapi usaha itu ternyata gagal tatkala Sofea sudah hilang dari pandangannya.Haris memecut pula keretanya ke rumah Sofea.Sangkaannya Sofea sudah tiba di rumah, rupanya tidak. Dia akhirnya mengambil keputu-san untuk menunggu di hujung simpang sehingga Sofea pulang.Dia tidak berani untuk menunggu dalam rumah kerana keadaannya yang tidak terurus dan kusut-masai. Datuk Zaki kehairanan melihat keadaan Haris. Pasti sesuatu telah berlaku antara mereka berdua.Tetapi ... kenapa perlu datang tengah tengah malam begini? Tidak boleh tunggu esok sahaja?“Uncle ... please ... tolong ... mana Sofea?”“Kamu kenapa, Haris?” Giliran Datin Maria pula kehairanan.Rupa-rupanya Datuk Zaki dan Datin Maria masih belum mengetahui hal sebenar. Sofea yang baru sahaja mengumpul kekuatan merasa amat berang mengetahui Haris muncul di rumahnya. Dia melarang Haris menjejakkan k
“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia
SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi
AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba