SEPASANG mata berkaca hitam itu tidak berkelip memerhatikan sepasang kekasih yang sedang beriringan menuju ke sebuah kereta yang telah menunggu di hadapan lobi pejabat. Senyuman dan kemesraan lelaki itu kepada sang gadis membibitkan rasa cemburu yang bukannya sedikit.Haris membukakan pintu kereta untuk Sofea, kemudian melambaikan tangannya dengan begitu mesra tatkala punggung Sofea sudah selamat dilabuhkan pada sofa. Pemandu kereta berkenaan adalah Amira.“Aku pinjam tunang kau sekejap ya. Nanti aku pulangkan. Jangan risau, aku bukan perampas. Hehe.” Amira mengusik Haris. Jejaka itu hanya mencunggit senyum.Haris mengizinkan mereka berdua keluar membeli-belah sambil melengkapkan apa-apa keperluan perkahwinan.“Terima kasih, Haris.” Sofea mengucapkannya sambil melambai kepada Haris.Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Amira berlalu pergi, wanita berkaca mata hitam tadi bergegas mengintil Haris dari belakang. Tiba di satu sudut tersorok, perempuan berkenaan menyapa bahu Haris dengan
KAKI Sofea menggigil ketika melangkah ke pintu bilik hotel yang di maksudkan. Tubuhnya dibasahi peluh ketakutan. Mujur Amira menemani. Jika dia seorang diri, tidak mungkin dia bertekad dan seberani ini.Tiba di hadapan pintu yang dimaksudkan, Sofea cuba mengetuk pintu. Rupa-rupanya pintu-nya memang sudah sedia tidak berkunci. Daun pintu ditolak perlahan, Amira memegang bahu Sofea lembut dan menyusulnya dari belakang.Sofea benar-benar tidak faham. Apa perlunya dia menyusup ke bilik persendirian sebegini rupa. Kelihatan pakaian berselerakan di atas lantai dan dalam kesamaran cahaya, tiba-tiba lampu bilik dihidupkan terang.“Kejutan! Aku dah ‘curi’ malam ‘pertamamu!” Syasya berteriak gembira melihat Sofea sudah tersembul hadapannya yang sedang dipeluk erat oleh Haris, juga dalam keadaan tanpa seurat benang!Sofea hampir rebah tetapi Amira sempat menyambutnya. Haris sedar dari lena dan terkejut melihat Sofea dan Amira ada di situ. Berang Haris mula menggelegak, ingin sahaja dia membunuh
HARIS sudah menunggu dalam keretanya hampir empat jam. Selepas kejadian, Haris segera berlari keluar dengan harapan dapat mengejar Sofea. Tetapi usaha itu ternyata gagal tatkala Sofea sudah hilang dari pandangannya.Haris memecut pula keretanya ke rumah Sofea.Sangkaannya Sofea sudah tiba di rumah, rupanya tidak. Dia akhirnya mengambil keputu-san untuk menunggu di hujung simpang sehingga Sofea pulang.Dia tidak berani untuk menunggu dalam rumah kerana keadaannya yang tidak terurus dan kusut-masai. Datuk Zaki kehairanan melihat keadaan Haris. Pasti sesuatu telah berlaku antara mereka berdua.Tetapi ... kenapa perlu datang tengah tengah malam begini? Tidak boleh tunggu esok sahaja?“Uncle ... please ... tolong ... mana Sofea?”“Kamu kenapa, Haris?” Giliran Datin Maria pula kehairanan.Rupa-rupanya Datuk Zaki dan Datin Maria masih belum mengetahui hal sebenar. Sofea yang baru sahaja mengumpul kekuatan merasa amat berang mengetahui Haris muncul di rumahnya. Dia melarang Haris menjejakkan k
"SOFEA! Maafkan aku! Aku tak berniat pun nak cederakan kau! Maafkan aku!” Haris meraung seorang diri. Pedal minyak ditekan sekuat hati, dia ingin mati!“Haris! Kenapa laju sangat ni? Ingat ALLAH, bawa beristighfar ...”Tiba-tiba bayangan Sofea muncul di sebelahnya. Sangat cantik dan tersenyum manis kepadanya. Haris tersentap. Brek ditekan. Mujur tiada kenderaan lain, jika tidak pasti kemalangan akan berlaku.Haris memeluk stereng kereta. Tangisannya masih deras. Tanpa sedar, bibirnya mengucapkan sesuatu. Haris segera menggapai telefonnya lalu menghubungi seseorang. Haris memulakan semula pemanduannya. Kali ini dia memandu dengan tenang dan menuju ke arah yang betul.Setibanya di lokasi yang dituju, seseorang sudah sedia menunggunya di hadapan pagar. Walaupun jam sudah menjangkau angka tiga pagi, lelaki itu sedia menerima kedatangannya.Lelaki itu terus memeluk Haris sebaik sahaja Haris keluar dari perut kereta. Bahu Haris ditepuk-tepuknya lembut. Haris tanpa segan-silu menyam-bung tan
DATUK ARSYAD terpana. Dia ter-gamam, tidak menyangka Datuk Zaki akan bersetuju dengan syarat-syaratnya. Mene-rima syarat itu bererti Datuk Zaki akan jatuh muflis.Datuk Zaki bingkas dari kerusinya, bersedia untuk memenuhi janjinya – menggugurkan dakwaan terhadap Haris. Dia sudah tidak peduli lagi. Dia lebih sayangkan Sofea, lebih sanggup kehilangan harta daripada kehilangan anak. Datuk Zaki benar-benar menyesal kali ini.Selesai urusannya di balai polis, Datuk Zaki ingin segera ke hospital. Dia mahu menemui Sofea. Dia mahu memeluk puteri kesayangannya itu seerat-eratnya.“Maafkan papa, Sofea. Maafkan papa sebab pentingkan diri selama ini ...” Rintihan bermelodi sesal berlagu di hatinya.“Sedarlah Sofea. Papa sudah batalkan perkahwinan kamu. Kamu tak perlu berkorban untuk papa lagi. Papa minta maaf ...” Datuk Zaki menggengam jari-jemari Sofea yang kaku. Cecair bening menakung birai matanya.Pandangan matanya masih utuh menyoroti rona wajah Sofea. Anak gadisnya itu tidur dengan amat len
“JANGAN kau lupa pada impian kau dulu. Impian datuk kau yang tak sempat dia tunaikan, dan kau berjanji akan tunaikan bagi pihaknya. Bangunlah Sofea, kami semua akan tolong kau.”Amir masih tidak berhenti menyulam rayuan. Salina dan Salmah bersama-sama menggenggam erat jari-jemari gadis yang terbaring kaku itu.Amira hanya memerhatikan mereka. Ekor telinganya dengan teliti mendengar tentang ‘impian’ yang disebutkan oleh Amir. Dia tidak pasti ‘impian’ apa, tetapi pastinya ia sesuatu yang telah dirancang dari masa silam.Dari luar bilik, kelibat Datuk Zaki dan Datin Maria saling berpelukan bahu menyaksikan tiga beranak berkenaan memujuk Sofea.“Papa, stop! Sofea tak mahu jadi anak pembunuh!” Berdengung-dengung di telinga Datuk Zaki. Melihatkan Salmah, barulah dia mengerti mengapa wanita itu boleh menjadi pembunuh.Sesuatu yang hampir juga dia melakukannya.DATUK ARSYAD melangut wajah ke luar tingkap pejabatnya. Datuk Zaki nampaknya benar-benar tekad dengan keputusannya. Datuk Zaki telah
SOFEA melihat ke cermin. Lehernya diraba dengan tangan. Tiada lagi lantunan cahaya pelangi dari loket kristal yang selama ini menghiasi lehernya. Peristiwa Haris mengasari dirinya tiba-tiba menjengah ruang memori.Seingatnya, Haris telah mencampakkan loket itu dan memijak di atas tanah di halaman rumah. Tetapi, dia tidak menemuinya lagi. Pembantu rumahnya, papa dan mamanya juga menyatakan alasan sama.Hanya cincin belah rotan bertatah berlian dan cincin pertunangan sahaja yang ditemui.Sofea reda akan kehilangan loket itu. Cuma, dia tidak akan dapat lagi melihat warna-warna pelangi setiap pagi sebelum memulakan hari.PAGI ini adalah hari cuti untuk Sofea dan keluarganya. Sofea diminta bersiap secantik yang boleh. Datin Maria mendandankan anak gadisnya dengan solekan yang lebih daripada kebiasaan Sofea, tetapi masih bersederhana.Kehairanan tertujah dalam diri Sofea. Mengapa hari ini papa dan mamanya begitu gembira?Datuk Zaki dan Datin Maria akan membawanya ke satu tempat yang istimew
KEESOKKAN harinya, Amir masih mem-bisu seribu bahasa. Tangan Amira diraih erat sambil menggeleng-gelengkan kepala. Wajah itu memendam tangisan. Datuk Othman turut tidak sanggup melihatkan adegan dua kekasih itu. Segera Amira ditarik supaya masuk ke balai perlepasan.Amira sempat menoleh ke belakang. Amir masih berdiri statik di tempatnya, tidak berganjak walaupun selangkah.Datuk Othman tidak melepaskan tangan anaknya. Dia bimbang Amira akan berpatah balik ke belakang. Setelah susuk tubuh mereka selamat ditelan pesawat, barulah air mata Amira berjujuhan[1] membasahi lurah pipinya.“Ayah tak paksa kamu buat keputusan. Tapi, jika kamu rasa ingin menarik balik keputusan ni, ayah lebih gembira sebenarnya. Kamu tak perlu berkorban sejauh ni, Mira,” pujuk Datuk Othman.Amira hanya membisu seribu bahasa. Dia menahan sedunya daripada berterusan.Sementara Amir pula masih terpinga-pinga dan seolah-olah berada di bawah sedar. Dia ingin menangis tetapi dia seperti di alam mimpi. Mengapa semuanya
“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia
SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi
AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba