Share

BAB 67

“JANGAN kau lupa pada impian kau dulu. Impian datuk kau yang tak sempat dia tunaikan, dan kau berjanji akan tunaikan bagi pihaknya. Bangunlah Sofea, kami semua akan tolong kau.”

Amir masih tidak berhenti menyulam rayuan. Salina dan Salmah bersama-sama menggenggam erat jari-jemari gadis yang terbaring kaku itu.

Amira hanya memerhatikan mereka. Ekor telinganya dengan teliti mendengar tentang ‘impian’ yang disebutkan oleh Amir. Dia tidak pasti ‘impian’ apa, tetapi pastinya ia sesuatu yang telah dirancang dari masa silam.

Dari luar bilik, kelibat Datuk Zaki dan Datin Maria saling berpelukan bahu menyaksikan tiga beranak berkenaan memujuk Sofea.

“Papa, stop! Sofea tak mahu jadi anak pembunuh!” Berdengung-dengung di telinga Datuk Zaki. Melihatkan Salmah, barulah dia mengerti mengapa wanita itu boleh menjadi pembunuh.

Sesuatu yang hampir juga dia melakukannya.

DATUK ARSYAD melangut wajah ke luar tingkap pejabatnya. Datuk Zaki nampaknya benar-benar tekad dengan keputusannya. Datuk Zaki telah
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status