DALAM tempoh dua minggu terakhir ini, Sofea dan staf yang dilantik oleh Haris untuk projek terbaharunya ini serius melakukan persediaan untuk syarikat mereka. Me-reka harus menyediakan laporan dan draf cadangan untuk dibentangkan kepada Haris kelak.Amir banyak berbincang dengan Sofea tentang idea-idea dan pendapatnya. Amira juga banyak membantu Sofea berdasarkan pengalamannya membantu Datuk Othman mengendalikan restoran dan mini market di Sydney. Kemesraan mereka juga membuatkan Sofea ghaflah[1] akan kesedihan yang dia alami.Amira turut merasakan ada perubahan pada sikap Sofea. Dia kelihatan lebih ceria bila bersama Amir. Cara mereka berbincang juga seolah-olah mereka telah lama mengenali antara satu sama lain.Sesekali mereka bercanggah pendapat, tetapi ada kemesraan diantara mereka. Amira tidak pernah melihat sinar di mata Sofea apabila dia bersama Haris. Tetapi apabila dengan Amir, bukan sahaja sinar di mata, malah wajahnya turut berseri-seri.Hati Amira mula berbisik, “Aku sanga
DATUK ZAKI mengerling sekilas wajah anaknya. Sekali lagi dia berlaku kejam terhadap Sofea. Tidak kelihatan lagi air matanya, tetapi wajah itu seperti kekontangan emosi.Datuk Zaki mengakui, dia tidak sepatutnya memperlakukan begitu kepada Sofea. Tetapi entah kenapa dia begitu benci dengan Amir.Baginya, sejak Sofea berkenalan dengan Amir, dia telah ‘kehilangan’ anaknya. Sofea terlalu mem-pertahankan Amir sehingga Sofea tidak lagi mene-rima pendapatnya, tidak mahu menerima arahan-nya dan sejak dipisahkan, Sofea tidak lagi menghor-matinya sebagai seorang ayah.Entah apa yang istimewa sangat anak lorong itu sehingga Sofea sudah tidak lagi membuka hatinya untuk lelaki lain.“Aku benci Amir. Kalaulah Amir tak hadir dalam hidup aku dan Sofea, pasti semua ini tak akan berlaku.” Datuk Zaki berfikir sendiri.~SEJAK pulang dari Thailand, Sofea mengurung dirinya dalam bilik. Haris yang kini berada di Australia ada menghubungi Sofea, namun tidak diendahkan atas alasan tidak sihat.a Are you okay
SETELAH sekian lama, barulah hari ini Datuk Zaki dapat melihat semula senyuman Sofea. Keriangan Sofea berganda apabila papanya bersetuju untuk tidak lagi menuntut hak rumah dan kebun getah Pak Cik Omar. Malah, geran juga ditukar ke nama pak cik Omar.Datuk Zaki setuju untuk tinggal di kampung selama dua hari bagi memenuhi permintaan Sofea yang ingin melepaskan ribang[1] terhadap saudara-mara.Mereka berambih[2] beramai-ramai ke pusara Moyang Man dan membersihkannya. Kenduri tahlil secara kecil-kecilan turut diadakan.Sudah lama Sofea tidak merasa bahagia begini sehingga dia terlupa pada peristiwa-peristiwa pahit yang pernah menghantuinya termasuklah ketika di Thailand tempoh hari.Esok, mereka akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Malam itu, Datuk Zaki dan En.Yusuf berbeka[3] di anjung rumah. En.Yusuf melihat Sofea sedang leka berbual melalui telefon. Nadanya ceria.“Datuk, maafkan saya. Saya dah anggap Sofea macam anak sendiri. Dia membesar di depan mata saya sejak kecil. Dia bagaik
SELAMA dua hari ini, Syahir hanya meng-habiskan masa dengan Amir. Dia juga mengendon[1] di rumah Amir supaya mereka benar-benar dapat bercerita, beriadah dan bermain permainan video bersama.Bagi mereka, ini sahaja peluang yang ada untuk meluangkan masa bersama kerana selepas ini masing-masing akan punya tugas dan tanggung-jawab sendiri. Terutama sekali Amir yang sibuk dengan syarikatnya, juga Amira yang bakal menjadi isterinya.Syahir sedar, suatu hari nanti situasi akan benar-benar berubah dan dia tidak boleh lagi serapat ini dengan Amir.“Aku nampak kau berbual dengan Sofea di kedai kasut semalam. Tapi aku saja biarkan kau orang berdua berborak. Kau rasa, kau masih ada rasa sayang kat Sofea lagi?” Syahir cuba memancing perasaan Amir.Amir termenung seketika.“Sebenarnya, aku sendiri pun memang tak percaya yang kita orang boleh berjumpa semula. Sedaya upaya aku lupakan dia. Kenapa takdir cuba menguji kami? Bohonglah kalau aku kata aku tak sayangkan dia lagi. Tapi, kau sendiri nampak
SYAHIR mengerling tepat ke arah jam dinding di hadapannya. Sudah hampir pukul 12 malam. Kedai makan yang didudukinya semakin ramai pelanggan muda-mudi yang gemar keluar malam.Orang yang ditunggu sedari tadi masih belum muncul. Syahir menghabiskan hirupan air coke terakhirnya dan bersedia untuk beredar. Baru sahaja hendak mengeluarkan dompet dari kantung sarwal untuk membayar harga makanan, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.“Relakslah brother, cepat sangat kau nak chaw. Sorrylah aku lambat, ada hal sikit tadi,” suara itu menegur.Syahir kembali duduk pabila orang yang ditunggunya telah tiba. Syahir hanya memandang Chai tanpa segarit senyuman di bibir. Geram juga dia kerana terpaksa menunggu lama.Chai menyedari bahawa Syahir agak berang, cepat-cepat dia menghulurkan sepuntung rokok kepada Syahir lalu memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan.“Sorilah geng, aku lambat pun sebab ada info, mesti kau suka punyalah,” Chai tersengih-sengih cuba memancing mod Syahir.Senyuman
AMIR sedang bersantai bersama keluarga Mr.Wong. Mereka berbual-bual sambil menikmati kudapan ringan di ruang tamu kediaman keluarga cina itu.Ting.Bunyi notifikasi kedengaran tanda mesej memasuki ruang mesej telefon Amir. Paparan menunjukkan bahwa ada mesej dari Syahir. Amir membaca teks mesej tersebut. Dari nombor Syahir tetapi ditulis oleh orang lain barangkali.a Syahir cedera parah. Sekarang dia kat HKL. Ringkas sahaja mesej tersebut tetapi sudah membuatkan keadaan di rumah Mr.Wong agak huru-hara. Seperti dilanda prahara[1] tanpa seba-rang amaran.Cepat-cepat Mr.Wong mengarahkan Ah Cheng mengambil kunci keretanya untuk membawa Amir ke hospital. Mr.Wong juga meminta mereka berdua untuk bergerak dahulu melihatkan keadaan Syahir dan memaklumkan kepadanya. Dia akan menyusul kemudian.Semasa dalam perjalanan, Amir cuba meng-hubungi nombor Syahir tetapi tidak dijawab. Nam-paknya, orang yang menghantar teks sebentar tadi tidak mahu dikenali olehnya.Setibanya di wad kecemasan, dia dima
AMIR sudah memulakan tugasnya di pejabat. Pelbagai tugas yang tertangguh harus diselesaikan segera. Mujurlah syarikatnya tiada promosi yang berskala besar. Promosi secara kecil-kecilan mampu diuruskan oleh anak-anak buahnya sendiri. Begitu juga tempahan yang meli-batkan majlis-majlis rasmi dan majlis perkahwinan.Amira tiba di Malaysia sehari lebih awal dari-pada perancangannya. Di samping harus meninjau operasi syarikat barunya itu, dia juga perlu membantu apa yang patut. Dia juga sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menemui buah hatinya. Rindunya sudah tidak mampu dipendam lagi.Amir menjemput Amira di lapangan terbang. Setibanya Amira di balai ketibaan, senyumannya sudah tidak dapat dibendung lagi apabila terlihat Amir telah menantinya dengan sekuntum mawar merah di tangan.Dengan penuh mesra, Amira menyambut kuntuman mawar tersebut.“Aik, sejak bila kau pandai beromantik ni? Kejutan betul!” Wajah Amira bersinar dengan senyuman.Amir cuma mengulum senyum melihat gelagat Amira yang s
SOFEA membaca teks whatsapp di telefonnya. Mesej dari Amira. Mereka berdua asyik berbalas mesej dan perlakuan Sofea menarik perhatian Haris.“Ai, leka betul berbual. Apa yang menarik sangat tu?” Haris cuba memancing ruang.Sofea tersenyum.“Biasalah orang perempuan. Ada-ada saja cerita-nya. Amira ada kat Malaysia sekarang. Mungkin kali ni dia lama sikit di sini, tolong uruskan syarikat sementara Amir bercuti.” Sofea pula menjadi pengantara antara Amira dan Haris.“Apa-apa hal berkaitan syarikat, kita boleh berhubung dengan Amira dan Mr.Wong,” sambung Sofea lagi.“Amir bercuti?” bisik Haris sendiri. Tidak pernah pula dia mendengar Amir mengambil cuti. Setahu-nya, sesibuk mana sekali pun, walaupun sedang menjaga rakannya di hospital, Amir tidak pernah meninggalkan kerjanya. Apa yang sangat penting agaknya? Haris bermonolog sendiri.Sementara itu, Sofea dan Amira pula sedang berbual secara peribadi. Amira terpaksa meminta pertolongan peribadi walaupun dengan sedikit maklumat daripada Sof
“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia
SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi
AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba