SYAHIR mengerling tepat ke arah jam dinding di hadapannya. Sudah hampir pukul 12 malam. Kedai makan yang didudukinya semakin ramai pelanggan muda-mudi yang gemar keluar malam.Orang yang ditunggu sedari tadi masih belum muncul. Syahir menghabiskan hirupan air coke terakhirnya dan bersedia untuk beredar. Baru sahaja hendak mengeluarkan dompet dari kantung sarwal untuk membayar harga makanan, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.“Relakslah brother, cepat sangat kau nak chaw. Sorrylah aku lambat, ada hal sikit tadi,” suara itu menegur.Syahir kembali duduk pabila orang yang ditunggunya telah tiba. Syahir hanya memandang Chai tanpa segarit senyuman di bibir. Geram juga dia kerana terpaksa menunggu lama.Chai menyedari bahawa Syahir agak berang, cepat-cepat dia menghulurkan sepuntung rokok kepada Syahir lalu memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan.“Sorilah geng, aku lambat pun sebab ada info, mesti kau suka punyalah,” Chai tersengih-sengih cuba memancing mod Syahir.Senyuman
AMIR sedang bersantai bersama keluarga Mr.Wong. Mereka berbual-bual sambil menikmati kudapan ringan di ruang tamu kediaman keluarga cina itu.Ting.Bunyi notifikasi kedengaran tanda mesej memasuki ruang mesej telefon Amir. Paparan menunjukkan bahwa ada mesej dari Syahir. Amir membaca teks mesej tersebut. Dari nombor Syahir tetapi ditulis oleh orang lain barangkali.a Syahir cedera parah. Sekarang dia kat HKL. Ringkas sahaja mesej tersebut tetapi sudah membuatkan keadaan di rumah Mr.Wong agak huru-hara. Seperti dilanda prahara[1] tanpa seba-rang amaran.Cepat-cepat Mr.Wong mengarahkan Ah Cheng mengambil kunci keretanya untuk membawa Amir ke hospital. Mr.Wong juga meminta mereka berdua untuk bergerak dahulu melihatkan keadaan Syahir dan memaklumkan kepadanya. Dia akan menyusul kemudian.Semasa dalam perjalanan, Amir cuba meng-hubungi nombor Syahir tetapi tidak dijawab. Nam-paknya, orang yang menghantar teks sebentar tadi tidak mahu dikenali olehnya.Setibanya di wad kecemasan, dia dima
AMIR sudah memulakan tugasnya di pejabat. Pelbagai tugas yang tertangguh harus diselesaikan segera. Mujurlah syarikatnya tiada promosi yang berskala besar. Promosi secara kecil-kecilan mampu diuruskan oleh anak-anak buahnya sendiri. Begitu juga tempahan yang meli-batkan majlis-majlis rasmi dan majlis perkahwinan.Amira tiba di Malaysia sehari lebih awal dari-pada perancangannya. Di samping harus meninjau operasi syarikat barunya itu, dia juga perlu membantu apa yang patut. Dia juga sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menemui buah hatinya. Rindunya sudah tidak mampu dipendam lagi.Amir menjemput Amira di lapangan terbang. Setibanya Amira di balai ketibaan, senyumannya sudah tidak dapat dibendung lagi apabila terlihat Amir telah menantinya dengan sekuntum mawar merah di tangan.Dengan penuh mesra, Amira menyambut kuntuman mawar tersebut.“Aik, sejak bila kau pandai beromantik ni? Kejutan betul!” Wajah Amira bersinar dengan senyuman.Amir cuma mengulum senyum melihat gelagat Amira yang s
SOFEA membaca teks whatsapp di telefonnya. Mesej dari Amira. Mereka berdua asyik berbalas mesej dan perlakuan Sofea menarik perhatian Haris.“Ai, leka betul berbual. Apa yang menarik sangat tu?” Haris cuba memancing ruang.Sofea tersenyum.“Biasalah orang perempuan. Ada-ada saja cerita-nya. Amira ada kat Malaysia sekarang. Mungkin kali ni dia lama sikit di sini, tolong uruskan syarikat sementara Amir bercuti.” Sofea pula menjadi pengantara antara Amira dan Haris.“Apa-apa hal berkaitan syarikat, kita boleh berhubung dengan Amira dan Mr.Wong,” sambung Sofea lagi.“Amir bercuti?” bisik Haris sendiri. Tidak pernah pula dia mendengar Amir mengambil cuti. Setahu-nya, sesibuk mana sekali pun, walaupun sedang menjaga rakannya di hospital, Amir tidak pernah meninggalkan kerjanya. Apa yang sangat penting agaknya? Haris bermonolog sendiri.Sementara itu, Sofea dan Amira pula sedang berbual secara peribadi. Amira terpaksa meminta pertolongan peribadi walaupun dengan sedikit maklumat daripada Sof
PAGI itu, langit mega kelihatan cerah. Sofea ketika itu sedang bersiap-siap untuk keluar. Amira pula seolah-olah sudah tidak sabar untuk menemuinya. Entah apa yang penting sangat agaknya. Fikir Sofea.“Hai, awal-awal lagi dah nak keluar? Hujung-hujung minggu ni tak melekat kat rumah pula kamu,” tegur Datuk Zaki tatkala melihat Sofea sudah bersedia bersama kunci keretanya.“Amira nak jumpa Sofea, ada hal katanya. Lebih awal lebih baik, lebih awal kami pulang.” Sofea menjawab ringkas.“Amira? Kenapa kamu rapat sangat dengan dia? Bila kamu rapat dengan dia, samalah seperti kamu rapat dengan Amir. Papa tak suka.” Datuk Zaki mula membebel. Anak mata Sofea menikam wajah papanya.“Papa, sudahlah. Papa tak habis-habis dengan dendam papa tu. Kami okey saja. Kami dah move on. Papa tu yang macam tak matang pula,” kata Sofea lalu terus menerpa ke pintu utama.Datuk Zaki memandang Sofea dengan ekor matanya. Hatinya sakit kerana bayang-bayang Amir masih tidak terhapus dalam hidup mereka. Semakin be
HARIS sempat mengerling cermin pandang belakang semasa melepasi lampu isyarat sebentar tadi. Shasha yang tiba-tiba bertindak agresif membuatkan Haris agak terke-sima. Shasha seolah-olah sedang menunjuk-nunjuk perlakuannya kepada pemandu di bersebelahan keretanya.‘Macam kereta Sofea.’ Haris berkata dalam hati. Ketika itu, barulah dia teringat bahwa Sofea ada meminta izin darinya semalam untuk bertemu Amira.Benarkah itu Sofea?Haris menekan papan kekunci telefon pintarnya, menala nombor telefon Sofea, tetapi tiada reaksi. Berkali-kali dia ulang dail, hanya deringan tetapi tidak terjawab sehingga deringan terhenti sendiri.Haris memandang Shasha, wajahnya bersahaja bersama senyuman diva. Tetapi Haris hanya membungkam.~SOFEA sengaja ‘silent mood’ kan telefonnya. Bukannya dia tidak tahu Haris menghubunginya hampir sepuluh kali, tetapi kerana sakitnya hatinya ketika itu, dia hanya buat tidak endah sahaja.Ketika Amira dan Mr.Wong sedang berbincang tentang hal syarikat mereka, Sofea cuma
WAKTU dan hari bergerak dengan pantas. Amir dan Syahir termenung. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi masa yang diberikan oleh samseng sindiket itu untuk menyediakan wang sebanyak RM1 juta.Amir telah cuba membuat pinjaman atau meminjam dari mana-mana bank. Tetapi, mana mungkin mereka boleh meluluskan pinjaman peri-badi sebanyak itu. Syahir juga mengeluarkan semua wang simpanannya. Dicampur bersama wang simpanan Amir, jumlahnya hanya 15 ribu sahaja.Meminjam dari Mr.Wong? Dari Amira? Dia berasa amat malu kerana mereka berdua sudah terlalu banyak berbudi padanya.Meminjam dari ‘Along’? Anak mata Amir dan Syahir saling bertembung. Mereka sangat menge-nali prinsip pinjaman ‘Along’. Samalah seperti ‘sudah keluar dari mulut naga masuk pula ke mulut buaya’.Kemelut mereka tidak akan selesai dengan mudah walaupun nyawa Syahir kononnya tersela-mat dari ugutan samseng dan berjaya membawa pulang Salina, tetapi prinsip pinjaman ‘Along’ yang mengenakan ‘bunga’ yang berlipat kali ganda akan
KESEMPATAN bertemu dengan Amir digunakan sebaik mungkin oleh Amira. Ini sahaja masanya dia dapat meluangkan masa bersama Amir. Jika tidak kerana Sofea, Amir masih tidak mahu meluangkan masa bersama Amira selagi urusannya belum selesai.“Aku tak mahu kau rasa aku ni membosankan kalau kita berjumpa sekarang. Fikiran aku tak fokus pada kau. Aku terlalu fikirkan masalah aku, kasihan pula pada kau.” Amir cuba memujuk Amira.Amira mencebik manja.“Oo, bila diajak jumpa Sofea kau nak pula ...” Amira mula menayangkan cemburunya.“Ish! Ish! Kau ni ... Cemburu pula dia,” kata Amir sambil mencubit hidung Amira yang mancung terletak itu.Jauh di relung hatinya, Amira memang cemburu. Apatah lagi apabila mengenangkan mereka adalah pasangan kekasih dahulu. Pastinya mereka adalah pasangan yang romantik, manja, mesra, eee ... ‘jarum cemburu’ mula menjalar dalam hatinya. Amir yang ‘tercium’ nada cemburu Amira tertawa sejenak.“Cik Amira sayang ... Kalau cemburu, kenapa kau ajak aku jumpa Sofea hari ni?
“MAMA dengan papa tak sayang kakak lagi ke? Asyik dengan baby je. Nanti bila adik dah keluar, mesti mama lagi sayangkan adik, kan?” Suara kecil yang pelat manja mengejutkan pasangan suami isteri Amir dan Sofea.Mereka meledak tawa kecil.“Mari sini, sayang.” Amir memanggil, kemudian didukungnya anak gadis yang baru pandai bertatih itu mendapatkan mamanya yang sedang mengusap perutnya di buaian yang terletak di taman yayasan.Tangan kecil itu dilekapkan atas perut Sofea yang sedang memboyot itu.“Ini adik kakak, ada dua tau. Mesti seronok kakak tak sunyi lagi selepas ni.” Amir memujuk anak gadisnya yang merajuk itu. Ubun-ubun itu kemudian diusap pula oleh Sofea.“Ada dua? Kembar? Sejak bila kita ada keturunan kembar?” Tiba-tiba suara Salmah mencelah dari tepi.“Yalah, sebelah mama pun tak ada.” Datin Maria pula menyampuk.Tertawa Amir dan Sofea, pecah pula rahsia mereka untuk buat kejutan.“Kalau macam tu, dari kamilah …” Spontan Amir menjawab. Sofea sekadar menahan tawanya daripada te
SEBAGAI penyatuan dua cinta, kedua-dua keluarga tidak melupakan adat. Segalanya berjalan mengikut adat. Merisik, meminang, bertunang. Tidak perlu menunggu lama untuk bernikah, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan tiga bulan dari tarikh bertunang.Segala persiapan perkahwinan tidaklah terlalu sukar untuk mereka kerana persiapan berupa kenduri dibuat oleh team syarikatnya sendiri manakala persiapan lain pula banyak dibantu dan disokong oleh rakan-rakan persatuan NGO.Pastinya insan yang paling sibuk ialah ibu Amir dan mama Sofea.Datin Maria amat cerewet dalam bab penjagaan kesihatan dan kecantikan Sofea. Dia akan memastikan Sofea benar-benar sihat. Makan pakainya, keselamatannya dipantau setiap masa. Sehingga hampir setiap detik Datin Maria berada di samping Sofea.“You are the only one my daughter, Sofea. Pertama dan terakhir. Mama tak akan ada detik-detik macam ni lagi selepas Sofea bernikah nanti. Dan … mama ingin pastikan yang kali ini tiada apa-apa yang buruk
AMIR kembali semula ke pejabatnya selepas begitu lama dia bercuti. Kasihan dia terhadap Ah Cheng kerana terpaksa meng-galas tugasnya ketika ketiadaannya.“Tak apa, Amir. Aku faham perasaan kau, bukan masalah yang kau cari pun. Nasib baik kita tak ada projek besar lagi. Mudahlah sikit,” ujar Ah Cheng apabila Amir berkali-kali memohon maaf.Sebelum menghidupkan komputer ribanya, Amir teringat semula gurauannya bersama ibu dan kakaknya malam tadi. Dia tersenyum sendiri. Teringat juga dia terhadap uncang berisi loket kristal yang diberikan oleh Amira tempoh hari.Uncang itu masih selamat dalam simpanan-nya.Selepas waktu pejabat, seperti biasa Sofea akan singgah di yayasan. Ketika tiba di sana, Salina sedang berkaraoke bersama penghuni yayasan yang lain. Ketibaannya tidak disedari kerana Sofea menyelinap masuk secara senyap melalui belakang tempat duduk.Dia mencuri dengar nyanyian Salina yang memukau bak bangsi buluh perindu. Sofea terpegun, benarlah cerita daripada Amir. Salina merupaka
“AMIRA, kau tetap nak pergi?” Soalan Sofea menyentuh hatinya. Seraya mengangguk perlahan, dia mengukir senyuman simpul di bibir.“Aku ingatkan kedatangan kau kali ni adalah kepulangan kau untuk selamanya. Kau nak tinggalkan Amir lagi?” Buat kesekian kalinya Sofea bertanya.Hati Amira kian tersentuh. Digenggamnya jari-jemari Sofea dan merenung tepat ke dalam anak mata Sofea.“Pada perancangan asal. Ya, tetapi jawapan yang aku peroleh adalah sebaliknya. Aku dah pun dapat jawapan yang sebenarnya, Sofea. Jawapan yang pasti,” jawab Amira jujur.Sofea terpana seketika. Dia seolah-olah tidak faham atau enggan memahaminya. Amira mengerti akan reaksi yang dipamerkan oleh Sofea. Tetapi, dia hanya membiarkan masa dan takdir yang menentukan. Harap Sofea memahaminya.Selepas bersalaman dan saling berpelukan, Amira melambai ke arah Sofea sekeluarga sambil memacu langkah menuju ke teksi yang telah menantinya di luar pagar kediaman Sofea.Amira pergi sendiri. Dia tidak mahu sesiapa pun menghantarnya
AMIRA tiba di hadapan pintu kediaman Amir. Kelihatannya sunyi. ‘Mungkin dia orang kat yayasan. Tapi … masih terlalu awal.’ Fikir Amira.Baru sahaja dia ingin menghubungi Amir, tiba-tiba daun pintu itu terkuak. Salmah terkejut meli-hatkan susuk tubuh Amira yang tercegat di hadapan pintu sementara Amira tergamam melihatkan mereka sekeluarga berpakaian serba hitam dan sedang bersedih.Tanpa banyak bicara, Amira menyertai mereka mengiringi jenazah Zakuan ke tanah perkuburan.Keluangsa Zakuan apatah lagi. Kehilangan Zakuan secara tiba-tiba itu memberi tamparan hebat kepada mereka. Tetapi sebagai orang Islam yang beriman, mereka menerima takdir qada dan qadar yang telah ditentukan.Amir kelihatannya begitu sedih. Kehadiran Amira tanpa sebarang khabar mengejutkan Amir, tetapi dia tidak menebarkan sebarang reaksi.Amira mafhum, dia juga terkejut sebenarnya. Pelbagai peristiwa tragis telah berlaku dan dia mengetahuinya dengan menyaksikan sendiri di hadapan matanya.“Sofea … mengapa kau mesti l
SOFEA mengerling ke arah cermin pandang belakang keretanya, sesekali cermin sisi pula. Dia berasa tidak sedap hati. Mungkin sangkaannya sahaja gamaknya.Sejak beberapa hari ini, dia berasa seperti diekori. Kebimbangan yang merusuh disuarakan kepada Zakuan. Perjaka itu hanya memintanya berdoa dan berhati-hati. Jika perlu, dia akan menemani jika ada urusan yang memerlukan dia keluar kawasan.Zakuan juga terpaksa meminta bantuan Amir untuk mengawasi Sofea terutama sekali jika Sofea ke yayasan kerana dia juga selalu ke luar daerah.“Siapa pula yang ganggu Sofea? Sofea ada musuh ke?” Zakuan mengutarakan persoalan itu ketika mereka bertiga berkumpul di yayasan.Sofea dan Amir termenung sejenak.“Tak mungkin Haris. Aku tak rasa dia akan berdendam atas apa yang berlaku pada kami.” Sofea menyatakan pendapatnya.Gangguan-gangguan pelik seperti nota dan mesej misteri agak menganggu benak fikirannya. Entah apa motif pengirim berkenaan. Sofea sendiri tidak faham.Amir juga cuba mencari jawapan. Da
PENAMPILAN Sofea tampak sederhana sahaja. Permintaannya hanya untuk makan di sebuah benteng terbuka di tengah-tengah kotaraya. Zakuan hanya menurut, dia juga datang dari keluarga yang sederhana.Sofea tersenyum, terhibur dengan nyanyian kumpulan buskers yang membuat persembahan tika itu.“Kau sukakan nyanyian dan lagu mereka, Sofea?” tanya Zakuan apabila dilihatnya Sofea seolah-olah menghayati nyanyian mereka.Sofea mengangguk, “Sesekali apa salahnya kita menghargai bakat mereka. Nyanyian santai macam ni ... seronok pula bila didengar. Mungkin satu hari nanti, aku nak bawa penghuni yayasan buat persembahan macam inilah.”Zakuan cuma tersenyum.Sejak mengenali Sofea, orangnya tidak pernah melupakan penghuni yayasan dibawah naungan-nya. Setiap apa yang dilakukan, mesti terselit yayasannya bersama. Seolah-olah Sofea dan yayasan adalah roh dan jasadnya.Teringat akan cerita Datuk Zaki kepadanya, Sofea amat mencintai kerja kebajikannya. Itu jugalah sebab dia jatuh hati terhadap Sofea. Dia
SOFEA memerhatikan Amir yang sedang berbincang dengan seorang peguam yang akan mewakili seorang daripada ahli yayasan. Hatinya berbunga lega melihatkan Amir kembali pulih daripada kesedihannya.Tetapi Sofea tahu, Amir tidak sepenuhnya pulih. Jiwanya hambar dan kosong. Dia tidak gembira. Amir hanya melalui hari-harinya sekadar memenuhi tuntutan tanggungjawabnya kepada keluarga, syarikat dan yayasan.Teringat akan perbualannya dengan Amir petang semalam. Sofea telah mengetahui kisah sebenar disebalik konflik yang mereka hadapi. Sofea meminta Amir mengejar cintanya. Sofea juga dapat menyelami betapa sayangnya Amir terhadap Amira. Begitu juga sebaliknya.Amir cuma diam membisu, tidak memberi sebarang respons mahupun jawapan. Hatinya telah membeku. Dia sendiri tidak pasti perasaan apa yang sedang bergurindam dalam hatinya sekarang.Hatinya yang berkuntuman bunga bahagia dan ceria, tiba-tiba direnggut pergi oleh kekasihnya tanpa belas kasihan dengan alasan akan menemui kebahagiaan yang lebi
AMIR sudah tidak terkira berapa lama dia hanya mengurung diri dalam dunianya yang tersendiri. Semakin dia terkurung, semakin bertunjang kebuntuannya.Wajah Amira ada di mana-mana. Suaranya sentiasa mendesah kuping telinga. Namun, jawapan yang dicari masih juga belum ditemui.Kunci keretanya dicapai. Dia memandu tanpa arah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Cepat-cepat Amir menukar gear dan memecut ke destinasi. Sudah lama dia tidak menjengah sahabatnya. Mengapalah dia boleh terlupa, sesalnya …Syahir cuma tertawa kecil melihat sahabatnya itu. Menyaksikan keadaannya sudah cukup mem-beri jawapan kepada ketidakhadiran sahabatnya itu untuk tempoh yang lama.“Putus cinta?” Pendek pertanyaan Syahir.Amir mengangguk lemah. Tersedik rasa kasihan dalam hati Syahir melihatkan keadaan sahabatnya.“Tapi … betul ke? Apa yang terjadi? Kau atau Amira yang curang?” Syahir mula berteka-teki.“Entah, dua-dua pun tak. Aku tak tahu.”Kecelaruan bergayut di tampang wajahnya. Syahir juga jadi keliru. Tiba