BIBIR dikebam dengan begitu rapat, jemari pula menggenggam hujung bantal sekuat yang mungkin dalam menahan kesakitan tatkala air ketuban pecah diikuti bukaan yang terbuka.
Dirinya tidak seperti pasangan yang lain, masuk ke dalam wad dengan ditemani pasangan. Tetapi, dia hanya bersendirian dalam menghadapi perjuangan tersebut. Sedih memang terlalu sedih…
Sementara itu, susuk tubuh lengkap berseragam korporat itu hanya duduk sambil bersilang kaki dan mata menatap skrin pada permukaan telefon pintar dibangku menunggu. Tiada sedikit pun riak resah yang terlukis pada roman tegang tersebut.
Yang pasti sedari mereka datang, kerlingan matanya tidak habis-habis memandang jam pada dinding, lampu bilik operasi dan kembali pada jam di pergelangan tangannya pula.
Bilik Operasi,
"I said push .. You push ok" arah doktor sambil memandang ke arah bawah selakan kain gaun bersalin wanita tersebut. Masing-masing diasak resah terutama doktor penyambut bayi kerana mengikut perkiraannya wanita ini telah melewati jangkaan masa lahirnya.
Tiada kata yang mampu dia luahkan lagi. Hanya lelehan airmata sebagai peneman setianya dalam bilik dingin tersebut. Dia takut terlalu takut namun apakan dayanya lagi…
‘Kesakitan yang aku alami ini, tidak sesakit jiwa ini…’ desis hatinya sambil berpaling ke arah pintu. Dia masih menanti lelaki itu masuk ke dalam dan memberi kata-kata semangat padanya.
‘’I said push…’’ arah doktor tanpa mendongak kerana dia terpaksa melihat bukaan yang masih lagi tidak terbuka dengan luas sedangkan ia telah terbuka.
Ergh! Ergh! Ergh!
"Push Kyla Push!" Suara semakin tegas. Peluh merenik makin banyak pada dahinya lalu diseka oleh seorang lagi jururawat yang bertugas.
"Kyla awak kena teran.. Jika tak anak awak akan mati kelemasan!’’ celah jururawat pula sambil memegang erat tangan wanita bernama Kyla untuk menyalurkan keberanian. Dia tahu Kyla sedang dalam ketakutan sekarang.
‘Apa guna aku lahirkan anak ini jika tiada berbapa.. biar dia mati saja dalam perut aku..’
Sampai hati kau Adam!
"Kyla please push!"
‘’Doktor!’’ laung jururawat yang sedang melihat paparan pada skrin lutsinar. Tiada lagi sebarang pergerakan yang berlaku pada gambar elektronik dalam perut Kyla. Suasana dalam bilik itu bertambah cemas apabila berlakunya pendarahan. Habis lencun tilam serta celahan kaki Kyla termasuklah juga sarung tangan doktor penyambut kelahiran.
"Kita tiada cara lain." ujar doktor muda tersebut langsung mengarahkan para pembantu agar bersiaga dengan kelengkapan untuk operasi. Anak itu telah mati dalam perut dan tetap perlu dikeluarkan dengan segera.
Kyla yang sememangnya telah pengsan terus dibawa ke bilik pembedahan. Tanpa mereka sedari airmata Kyla meleleh dengan sendiri.
Pintu terbuka luas, streatcher yang membawa Kyla ditolak dengan laju melewati hadapan lelaki berpakaian korporat tersebut. Dia terus menghentikan taip. Dan mata tajam merenung arah streatcher itu dibawa.
Namanya dipanggil seseorang dari arah belakang. Adam pada ketika itu mahu bangun terus tegak berdiri dan mendepani doktor yang masih lagi dalam pakaian PPE warna hijau dan ada kesan darah yang tercalit di bahagian depan jubah pakai buang tersebut.
Sebelum dia bersuara, doktor yang ingin menanggalkan pelitup mukanya itu terus mengangkat tangan tanda biar dia yang bersuara dahulu kerana hal itu tersangat penting.
Adam sekadar mencebirkan bibir dan bahu diangkat sedikit tanda tidak kisah lagi pula dia sudah lewat untuk masuk semula ke pejabat. Ikutkan hati memang dia tidak ingin membawa apatah menemani Kyla ke hospital. Dia lebih sanggup biarkan Kyla yang sarat itu pergi sendiri tetapi wanita tidak berguna itu cerdik sengaja datang menemuinya di pejabat dan dalam masa yang sama waktu bersalin telah tiba.
‘’Ada apa ya? Actually i’m running on time ni doktor!’’ sahut Adam penuh rasa malas. Sengaja dia buat-buat tengok jam yang terlilit pada tangan sambil diperhati oleh doktor muda berkenaan. Seraya dia menggelengkan kepalanya melihat reaksi suami Kyla seakan tidak mahu ambil tahu pasal keadaan isterinya itu yang dalam keadaan separuh kritikal.
"Maafkan saya, saya telah cuba sedaya- upaya untuk menyelamatkan anaak Encik…’’
‘’Just call me Adam…’’
‘Huh.. Isteri? Kyla isteri?’ sindirnya dalam hati sambil secara spontan menyenggetkan senyuman.
"Encik Adam!"
"Hah, ya… Tak mengapalah saya redha atas kehendaknya. Masih boleh mencuba lagi…’’ sahut Adam sekadar penyedap bahasa.
"Sekali lagi saya memohon maaf… Dan ada satu lagi berita sedih yang terpaksa saya beritahu pada Encik Adam… rahim isteri
Encik terpaksa kami buang kerana dia mengalami ketumbuhan…’’
Adam kaku seketika dan sedikit terkejut kala mendengarnya. Setelah doktor muda itu bergerak ke arah dewan pembedahan. Adam mengukirkan sebuah senyuman kejayaan dia yakin sudah tentu selepas ini Kyla takkan menganggu dirinya lagi.
‘’Kyla… Kyla.. You’re a such a jerk…’’
DUA BULAN BERLALU,
"APALAH nak jadi dengan keluarga kita ni bang ..... Lepas satu,satu musibah menimpa atas keluarga kita.. pada anak kita..’’
‘’Baru saja kita kehilangan Rina, kini Kyla pula jadi begini…. Ya ALLAH! Besar sungguh kebesaran Mu…’’
"Sabarlah yang.. Apa yang telah terjadi pada kita.. anggaplah sebagai satu dugaan… Abang yakin ada hikmahnya nanti…’’ sahut si suami sambil menanggalkan kacamata serta suratkhabar dilipatkan sebelum dia letakkan semula atas meja.
Lama dia merenung wajah sayu si isteri. Bohonglah jika dia katakan dia tidak bersedih..
"Sampai hati Adam buat Kyla begini…. Dia tak kasihan ke lihat anak kita jadi begitu? Kalaulah saya tahu Adam macam tu sumpah bang... saya takkan benarkan Kyla berhubungan dengannya.. Dah dibuntingkan anak kita… nak lari pula dari tanggungjawab… Kyla pun bodoh juga tunduk saja turut saja apa kata Adam, disuruh gugurkan anak dia pun buatlah.. Sekarang siapa yang susah? Siapa yang malu? Kita bang kita… Orang akan tuding jari pada kita kata kita tak pandai jaga anak sampai..’’ ujarnya hampir mahu terduduk nasib sempat dipaut pada tangan si suami.
"Ya yang abang tahu, anak kita pun bersalah juga. Bertepuk sebelah tangan… takkan berbunyi … Kita dah bagi ajaran agama yang secukupnya pada dia… tapi nak buat macamana dah kalau itu yang anak kita pilih…’’
"Tapi dia tetap anak kita bang.. Kita harus nikahkan mereka bang.. Rose tetap nak anak kita bernikah dengan Adam… Adam kena bertanggungjawab… Kerana dialah Kyla menderita…’’ tegas Rose sambil merenung sayu ke arah pintu bilik Kyla.
‘’Anak kita bukan permainan bang yang boleh suka-suka dipermainkan begitu saja.. Cinta anak kita tu suci bang… Rose mahu kita pergi rumah Adam esok petang.. Rose tak mahu berlengah lagi!’’
Encik Rahim sudah tidak tahu untuk berkata apa-apa, memang jika diikutkan itu yang sepatutnya Adam lakukan…
Hubungan mereka berdua dah jauh tersasar.
Tapi, bila difikirkan kembali apakah mereka akan bahagia nanti?
Perkahwinan tanpa cinta tidak semua menuju ke gerbang kebahagiaan. Ada juga yang terkandas di tengah jalan.
"Adam.. Jangan tinggalkan sayang.. Anak mama.. Mana anak mama? Adam,anak kita sayang. Mana anak kita?’’ lirih Kyla sambil memeluk anak patung beruang buat seketika sebelum dia lemparkannya ke dinding.
‘’Kyla sayang… jangan macamni sayang.. jangan buat mama risau… buka pintu ni sayang… Kyla.. Kyla…’’ gesa Rose masih lagi menolak tubuhnya dengan sekuat mungkin untuk membuka pintu tapi ternyata sia-sia sahaja.
‘’Bang! Cepat bang, anak kita dah diam lama bang.. Rose risau bang… entah apa pula dia cuba lakukan…’’ Rose semakin tidak sabar menanti suaminya itu memulas kunci pada lubang tombol.
Gedegang!
Pintu luas terbuka dan mata kedua-duanya membesar melihat keadaan yang bagaikan tongkang pecah. Bantal, anak patung beruang juga botol ubat terbuka dan berhamburan pilnya keluar menambahkan lagi seleraknya.
Kyla masih lagi memeluk lutut dengan menyembunyikan wajahnya dalam pelukan tersebut. Rose terus berlari untuk mendapatkan anaknya. Kyla masih lagi teresak-esak. Manakala Rahim pula menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu untuk buat apa lagi.
Dia terus membongkok dan mengutip setiap barangan yang anaknya baling dan susunkan kembali pada tempat asalnya. ‘’Apalah nak jadi pada anak aku yang ni Ya ALLAH!’’ lirih Rahim dan terus terduduk memekup muka.
Entah kenapa kesayuan mencengkam pintu hatinya kini.
Rose yang diketika itu sedang mendakap Kyla turut hiba memandang tingkah suaminya itu. ‘’Ya ALLAH abang… anak kita pengsan bang!’’ pekik Rose tidak sempat menahan tubuh anaknya dari tersembam.
‘’ALLAH… Kyla apa yang telah kau buat ni?’’ tanya Rahim sambil menayangkan botol berisi ubat tidur pada Rose. Rose tergamam lantas memekup mulutnya. Sungguh dia tak menyangka anaknya tekad menelan ubat tidur.
‘’Cepat sayang angkat Kyla. Kita kena ke hospital sekarang juga.. Tak boleh berlengah lagi.. Mulut Kyla dah berbuih-buih!’’ gesa Rahim terus menarik tubuh lembik Kyla untuk dibangunkan sementara menanti Rose bangun dan membantunya.
‘’Cari kunci kereta dahulu,cepat!’’arah Rahim menegah isterinya itu dari memegang sebelah kiri Kyla biar dia pegang dahulu dan Rose pergi ambil kunci.
RK CLUB,
"MR ADAM RYCARL!"
"Hey what's up? What's wrong with you dude? Aku tengok dua tiga hari ni.. Kau macam takde mood jer. Kenapa ha?’’ soal si rakan yang hadir dengan dua orang gadis seksi kepada lelaki kacak yang masih lagi dengan botol carlsberg di tangan.
Adam berpaling dan matanya memang tertancap pada dua gadis seksi tersebut sambil ditenung sinis oleh si rakan. Si rakan cukup yakin bahawa Adam pasti akan menarik salah-satu perempuan yang dia bawa itu untuk menemaninya namun apa yang dia andaikan itu tidak benar apabila Adam Rycarl sekadar melihat sekali lalu dan kembali semula memandang meja long island yang bergeletakan dengan gelas kosong berkaki tirus.
Adam juga tidak menghiraukan kelantangan irama rancak techno di belakangnya. Bagi Adam yang lebih penting untuk dia adalah botol hijau yang semakin berkurangan airnya itu, fikirannya kusut dengan pelbagai masa masalah
Tatkala tangan ingin meneguk sisa-sisa air kekuningan tersebut tanpa sebarang dan sepantas kilat tangan dipegang seseorang, Adam yang pening-pening lalat pada mulanya agak terkejut dengan tindakan drastik tangan itu.
Bukan itu sahaja, botol kehijauan jernih itu terus diberikan pada pelayan bar untuk dibuangkan.
‘’Eh! Apa kau buat hah? Aku tak habis minum lah!’’ tukas Adam dengan tangan-tangan sekali dia gerakan seakan mahu menampar susuk tubuh yang sedang mendepaninya itu.
"I nak cakap dengan you seorang.." ujar seorang gadis bersuara tegas sambil merangkul lengan Adam dan mahu lelaki itu mengikutinya keluar dari kelab yang bising tersebut.
‘’Hey who are you? Don’t touch me!’’ sanggah Adam mabuk mula berkuasa dalam tubuh. Tangan yang cuba memegang ditepis dengan kasar sekali. Adam tersedu lalu tertawa lagak orang kurang waras.
‘’Aku kata jangan sentuh aku! Kau pekak ya? Buta ya? Meh sini aku tunjuk pada kau jalan keluar meh...meh..’’ ujar Adam bangun namun terduduk semula tergeleng-geleng kepala pening langsung muntah di situ juga.
Fariza memandang kelilingnya dengan rasa malu dengan gelagat Adam tanpa mahu menunggu lagi dia mengangkat kaki untuk keluar dari kelab malam itu.
Apabila Fariza menghilang disebalik kerumunan orang ramai dilantai tari, hadir pula dua orang lelaki dalam sut hitam serta kacamata mahu mengangkat Adam supaya keluar dari kelab itu atas laporan seseorang mengatakan dia melakukan kekecohan.
JAUH kau termenung?" soal satu suara muncul dari arah belakang. Bunyi keriut pintu dan derapan tapak kasut sedang melangkah tiada sedikit pun membuatkan lelaki yang masih lagi ralit memerhati pemandangan kota raya dari balik jendela cermin itu berpusing badan.‘’Adam, kau dengar tak? Adam RycarlIm talking to you!" Ton suara terpaksa susuk tubuh yang baru masuk itu pertegaskan kerana kata-katanya tadi bagaikan bercakap di angin lalu.‘’Hah? Papa. Sorry
TAN SRI JEFRI meminta supaya Adam Rycarl tidak naik atas dahulu kerana mereka ada tetamu. Adam kenal siapakah tetamu itu oleh sebab itulah hatinya liat mahu bersama mereka. Disaat Adam mahu duduk, sempat matanya mengerling ke arah mamanya yang sedang menusuk satu jelingan.Rose dan Rahim cuba tersenyum biarpun dalam hati keduanya tiada hanya ALLAH SWT tahu betapa remuk-redamnya hati ketika telinga mendengar penolakan Adam terhadap anak mereka, Kyla.Puan Sri Jane sebenarnya kurang suka jika Adam bersama dengan Kyla. Bagi wanita yang anggun dengan gayanya tersendiri itu menganggap Kyla terlalu kekampungan tidak seperti yang lain. Dan dia juga menyetujui sekiranya pertalian yang Rose mahu sambungkan itu terputus selamanya.
‘’HEI perempuan! Kau ingat kau tu dah cukup bagus ke hah? Ada hati ya nak bergandingan dengan jutawan muda?’’ sindir satu suara pabila dia telah berjaya merentap tangan Lizzy.Lizzy pada ketika itu sibuk dengan kerjanya agak tercengang menerima herdikan dari seorang gadis berkacamata hitam dengan di temani jeans ketat serta baju baby T yang hampir menampakkan segala bonjolan dada.‘’Er.. by the way ..who are you tiba-tiba saja datang menengking I
KYLA ERNISYA tetap menayangkan tubuhnya yang kelihatan anggun dalam persalinan pengantin putih susu. Adam nampak dan agak terpesona dengan kejelitaan Kyla walau tubuh itu sudah beranak satu namun kerana ego dia sekadar menjeling sekilas.‘’Encik Adam!’’ panggil si pengusaha butik sambil terlambai-lambai tangannya ke muka Adam Rycarl yang sedari tadi berulit dengan telefon NOKIA ‘sabun’ nya saja. Sedangkan tujuan ke butik untuk ‘fitting’.‘’Kyla.. you jangan take off dulu baju ya nak ambil gambar atas pelamin baru kami… alang-alang dah berbaju pengantin kan?’’ ujar penjual bernama Maria itu pada Kyla. Kyla mengangguk lantas menanti Adam menukar pakaiannya pula.Kyla tahu Adam terpaksa menemaninya ke butik tapi
“ADAM.. kenapa you tak masuk lagi? Bukankah malam ni first night you?” soal Puan Sri Jane lebih kepada sindiran dan cebikkan bibir. Adam Rycarl sekadar tersenyum sumbing. Manakala Tan Sri Jeffri pula masih lagi melayani para tetamu yang hadir di rumah agam dan kini berada di ruangan depan biar pun keletihan kerana baru sahaja sampai ke Villa. Adam Rycarl menapak lemah menuju ke arah tangga berpilin. Puan Sri Jane membawa keluar telefon Nokia 6600 lalu membuka aplikasi FRIENDSTER dan laju ibu jarinya menari-nari di permukaan butang aksara. Bahagian messenger juga di bukakan sekali. Dia bagaikan ingin menghubungi seseorang dari alam maya. Manakala Adam Rycarl pula mendengus kerana niatnya terbantut dek syarat papanya, Tan Sri Jefri yang menyatakan dia tidak dibenarkan untuk keluar pada malam itu jika t
“ABANG bangun subuh bersama bang..” Kyla tetap berusaha menggerakkan tubuh kejung tanpa disalin pakaian atas sofa berdekatan katil mereka. Kyla tidak tahu jam berapakah suaminya itu pulang ke Villa mungkin baru sahaja memandangkan baju pun masih ada dan sorot mata Kyla merenung ke bahagian kolar dia mendekati sambil mata dikecilkan. Jantung mulai berombak hanya wuduk sebagai penyejuk. Kesan lipstik siapa? “Abang bangun bang nanti subuh habis..” panggil Kyla lagi. Pagi itu merupakan paginya pertama dengan sang suami jika tidak selama ini dia subuh sendirian. Kadang buat kadang tidak. Namun Kyla mengingati pesanan Rose agar menjaga solat begitu juga dengan suami. “Kau ni kenapa hah? Siapa kau nak suruh aku solat? Kau ingat kau tu layak ke berimam kan aku hah betina sial!” Ada
“KYLA kenapa kau boleh jadi selemah begini? Mana Kyla Ernisya yang aku kenali selama ini ya? Mana ya?” soal si rakan bukan mahu menyindir tetapi untuk wanita di sebelahnya itu menyedari di mana kesilapannya. Bagi dia definisi cinta itu sendiri tersangatlah luas tetapi bukan memperhambakan diri pada cinta! Kyla masih lagi tetap membisu sambil menyimpul alas meja. Bukan dia sengaja mahu mematungkan diri. Kyla juga ada sebab kenapa dia rela jadi hamba pada cinta tetapi bagaimana mahu untuk dia meluahkannya. Takkan ada sesiapa yang dapat memahami keadaannya sekarang ini. Fiza nampak lelehan tersebut namun dia terpaksa mengatakan apa yang sepatutnya kerana dia tak mahu kawan sekolej merangkap kawan baiknya itu lemah sehingga diperkudakan saja oleh orang. “Bila Adam pulang?” soal Fiza lagi. Dia tahu waktu kian merangkak
ROSE dan Rahim masih lagi membatu di tepi pinggir katil wad di mana sebelah atasnya terbaring satu tubuh kelihatan tidak bermaya ditemani seliratan wayar di bawah hidung serta tangan. Rose tersedu-sedan Rahim masih tak jemu memujuk. Pintu berkeriut seperti sedang dibuka oleh seseorang Rahim terus berpaling. Tan Sri Jefri hadir dengan ditemani isteri serta anaknya, Adam Rycarl. “Jefri..” ujar Rahim cuba memaniskan wajah dan menyalami huluran salam ahli korporat terkemuka itu. Adam sekadar tersenyum tanpa sebarang huluran salam. “Adam! Papa tak pernah ajar anak papa berkurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita” tegas Tan Sri Jefri walau menerima jelingan dari si isteri. ‘Suka hati Adam lah... dah mula lah tu nak tunjuk baik depan perempuan tak guna tu!’ bisik hati Puan Sri Jane menjeling penuh rasa menyampah pada d
ASP ZACK terus mendapatkan Rahim dengan wajah ceria. Alhamdulillah pembedahan Kyla telah selamat dijalankan. “Pak cik! Syukur pakcik Kyla selamat dibedah.” “Ya ALLAH! Terima kasih ya ALLAH kerana menyelamatkan lagi anak aku” ucap Rahim. Zack juga turut serta meraup muka dengan menyebut Amin, doanya tadi telah dimakbulkan. “Tapi pakcik buat masa ini, Kyla masih dalam bilik rawatan rapi. Insya Allah lagi beberapa jam dia sedarlah dari kesan pelali itu” terang Zack lagi tersenyum simpul. Rahim pandang Zack lama. Zack pula terdiam. “Terima kasih Zack. Kalau tak kerana
ZACK juga tidak jadi untuk menghirup minumannya kala dia melihat betapa kusamnya wajah ayu milik wanita yang kini semeja dengannya. Mata sederhana besar milik Zack menjelajahi kanvas yang pada pandangannya jika dihiasi sedikit dengan warna tentu menarik minat pada setiap mata yang memandang khasnya kaum dialah, Adam. ‘Sayang cukup sayang kau tak bertemu dengan aku dulu. Aku tak mungkin akan mempersiakan mawar indah ini seperti mana kau, Adam Rycarl. Jika kau dah tak sukakan dia kenapa tak kau ceraikan saja. Biar aku yang menerimanya...’ Begitulah kata hati ASP Zakry sambil merenung lagi wajah Kyla yang sedang tertunduk dan sesekali menyeka airmata itu. “Awak, makin cair awak ais tu. Minumlah kalau tak banyak sedikit pun jadilah. Saya tahu awak tak makan lagi” Zack akhirnya bersuara serta menghulurkan sapu tan
SATU bangunan menjadi riuh dengan kehadiran beberapa orang anggota polis termasuklah ASP Zack. Mereka hadir ke syarikat paling terbesar dan mempunyai banyak rangkaian itu untuk menemui Adam Rycarl. Namun Adam Rycarl masih lagi belum pulang dari malam dia melukai lagi minda serta fizikal Kyla. “Silakan duduk Tuan” pelawa Tan Sri Jefri. Dalam masa sama, beberapa pekerja saling berebutan menekap telinga ke pintu bagi mendengar rumor yang kian meluas itu. “Bagi akulah dulu dengar” Bersahut-sahutan kesemuanya. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tan Sri Jefri walau terkejut dengan tetamu tak dia undang tetap menenangkan wajahnya. Dia bukan seorang lelaki yang cepat melatah apatah lagi jika dia berada pada masa genting kerana d
“KYLA!”Dengan pekikan mengejut dia terus terbangun dari pembaringan. Zack meraup kasar wajahnya yang penuh dengan mutiara peluh. Beristigfar lalu menurunkan kakinya ke lantai dan duduk secara kaki diluaskan. Tangan memicit dahinya yang agak berdenyut. “Apa maksud mimpi aku tadi? Bagaimana pula dia boleh termasuk dalam mimpi aku, selama ini tak pernah pula?” soalnya sendirian lalu memandang ke arah pemandangan depan. Terpacaknya dua bangunan kembar KLCC dalam kerlipan cahaya juga bangunan sekitarnya. Zack terus bangun terus bergerak ke arah tingkap gelangsar dibukakan langsung menapak keluar. Duduk atas kerusi papan sambil tangan memegang dagunya pula. Wajah kacak serta tubuh tanpa bajunya itu dicumbui bayu malam. Sekurang-kurangnya dapat mengeringkan sedikit kebasahan tubuh akibat hu
“HOI jauh menungnya tu. Aku panggil haram kau nak sahut bro kenapa ni,hah?” tegur satu suara dalam tona garau dengan menepuk belakang bahunya menggunakan topi polis. Zack atau lebih dikenali sebagai ASP Zakry seraya berpaling dan tersenyum sahaja. Dia sendiri pun tak faham kenapa sejak akhir-akhir ini mindanya asyik teringatkan seorang insan bernama Kyla. “Hei abang Malik, wa cakap sama lu maa...!” sengaja si rakan menyindir Zack begitu kerana wajahnya yang dikatakan seiras pelakon Aaron Aziz yang beraksi dalam filem KL GANGSTER itu. Zack menepuk bahu rakannya kembali sebelum duduk atas kerusi begitu juga dengan rakannya. Zack pandang si rakan. Si rakan sengaja menaikkan keningnya seakan menyindir. Zack tersenyum dan menggelengkan kepalanya. “Berita terbaru Zack, informer
TAN SRI JEFRI masih lagi menanti patah bicara isterinya itu. Memang hatinya sakit ketika teringatkannya. Puan Sri Jane mengigit bibir lidah kelu mahu bersuara kerana perkara itu memang berlaku dalam kamar mereka berdua. Cuma yang tidak dia sangka, suaminya mengintip setiap perlakuannya setiap hari. Adam pula terkedu dan sebenarnya dia bukan tak pernah nampak akan selingkuh mamanya itu, dia yang tak mahu ambil kisah sangat. “Cakaplah dah kenapa diam pula? Tadi bukan main lagi mulut tu, kemain lagi bisanya!” tengking Tan Sri Jefri merencatkan segala yang mahu diluahkan. Jane mendongak lalu membalas tenungan Jefri sambil menelan liur entah kali ke berapa. Adam mahu membuka langkah namun terbejat juga tatkala Jefri menahannya. “Kamu berdua sama saja. Kamu berdua memang mahu aku ‘pergi&r
PINTU diketuk dari luar, Kyla terpaksa mempercepatkan mandiannya jika tidak pasti Adam akan memukulnya lagi dengan alasan penyebab dia terlambat ke tempat kerja. Adam sekali mengetuk pintu sambil membebel. Kepala yang berpusing telah mengakibatkan dia berasa tidak selesa dan mual. Pintu terbuka saat Adam mengangkat tangannya. Kyla dengan pantas mengelak namun akibat dari tindakannya itu, tuala terlucut kerana dia tidak sempat menyimpul ketat dek mahu cepat. Bluerk! Adam terus terjeluak depan Kyla. Habis bersemburan pada tubuhnya yang baru sahaja selesai mandi dan belum berlap lagi. Adam muntah lagi dan lagi namun Kyla tidak berani mahu menolong takut dibentak lagi. Kyla cuba cari jalan untuk keluar dari dalam bilik air kerana tak tertahan dengan bau masam muntah suaminya itu. &n
BERDENTUM cawan yang dipegang meluru ke bawah saat tangan longlai milik Kyla dalam ketidaksengajaan telah melepaskannya. Rose sekali lagi pekup mulut manakala Rahim menelan liur dalam rasa terpaksa. Dia tahu Kyla sudah dengar akan segalanya. Mereka menjerit sambil meluru ke arah Kyla pada saat itu hampir melotot ke bawah. “Betul ke apa yang Kyla dengar ibu...ayah be... betul ke?” soal Kyla bersuara lemah dalam pelukan Rose. Rose memeluk dengan erat dan mengucup rambut Kyla berkali-kali diiringi linangan airmata. Rahim teragak-agak mahu menyatakan akan hal itu. Kyla menyoal sekali lagi kali ini, wanita yang masih dalam keserabutan itu memegang lalu menggenggam erat lengan Rahim agar bapanya itu boleh berterus-terang. Rahim tidak kesampaian hati untuk bersuara hanya mampu mengangguk. Makin berde
SENGAJA Puan Sri Jane tidak mahu memberitahu apa yang Rahim pinta pada dirinya tadi. Bagi Puan Sri Jane itu semua bukan urusan Adam mahu pun dia. Segala apa yang terjadi beberapa jam yang lalu semuanya berpunca dari anak mereka yang tak tahu malu itu. Adam sudah lama buang dia, namun dia berdegil sanggup merempat dalam Villa indah miliknya itu. Ikutkan hati Jane, mahu saja dia perhambakan Kyla. Untuk menyebut namanya pun sudah jijik apatah lagi mahu menganggap diri itu sebagai menantu? “Mama!” Adam Rycarl sudahlah masih dalam keberangan pasal hal tadi dan kini mamanya pula mahu tambahkan lagi bahang. Dah berkali dia memanggil namun wanita merangkap isteri kepada ahli korporat terkenal itu sekadar jadi patung mannequin saja. Puan Sri Jane tersedar pantas dia menyoal kembali anak tunggalnya itu kenapa.