JAUH kau termenung?" soal satu suara muncul dari arah belakang. Bunyi keriut pintu dan derapan tapak kasut sedang melangkah tiada sedikit pun membuatkan lelaki yang masih lagi ralit memerhati pemandangan kota raya dari balik jendela cermin itu berpusing badan.
‘’Adam, kau dengar tak? Adam Rycarl
Im talking to you!" Ton suara terpaksa susuk tubuh yang baru masuk itu pertegaskan kerana kata-katanya tadi bagaikan bercakap di angin lalu.
‘’Hah? Papa. Sorry Adam tak sedar.
Bila papa masuk?" Adam terkejut lantas mengalihkan posisi tubuh dari menghadap jendela cermin tinggi ke arah susuk tubuh yang telah pun duduk.
"Huh! Adam… Adam.... kalau perompak masuk sekalipun kau takkan sedar. Kenapa dengan you ni Mr Adam Rycarl?’’ soal susuk tubuh yang Adam panggil papa itu seakan menyindir.
‘’Semenjak balik sini, tak pernah sekali pun papa tengok Adam seceria dahulu. Ada sesuatu yang sedang mengacau fikiran ke? Atau Adam teringatkan seseorang.. dari masa lalu..’’
‘’Enough papa don’t ever mention that again.. I dun wanna to hear that!’’ Adam terus menyanggah membuatkan patah perkataan yang meluncur laju itu tersekat di pertengahan ucapan.
‘’Adam still jetlag." dalih Adam Rycarl tersenyum lalu mengalihkan tubuhnya kembali menghadap cermin. Tan Sri Jefri tahu ada yang tidak kena pada anak tunggalnya. Dalam diam dia cukup Adam masih teringatkan Kayla..
Tok tok tok!
‘’Masuk!" arah Adam Rycarl yang telah berpaling semula ke arah pintu. Manakala Tan Sri Jeffri pula tidak jadi untuk meluahkan hasratnya itu kerana mahu beri laluan pada seseorang yang ingin masuk ke bilik itu sekarang.
‘’Yes, Ivy anything?’’ Adam terus menyoal apabila pembantu peribadinya itu terjengah kepalanya. Terkedek-kedek gadis kacukan baba nyonya itu melangkah mendekati meja. Sempat juga dia melemparkan senyuman pada Tan Sri Jeffri sebelum dia menghulurkan beberapa keping fail yang harus ditandatangani dengan seberapa segera.
‘’Ini ada beberapa lagi dokumen yang perlu tandatangan dari boss..’’ ujarnya dengan melembutkan tona suaranya. Tanpa gadis berpakaian korporat tapi seksi sedari, Tan Sri Jeffri sedang memerhati gelagatnya. Dan lelaki separuh baya tetapi kacak itu tersenyum sinis.
Tan Sri Jeffri bukannya tidak tahu ramai staf syarikat terjatuh cinta pada anaknya itu. Siapa yang tidak mahu bercinta dengan CEO kacak dan bergaya seperti Adam Rycarl.
Ini termasuklah Kyla…
Lelaki itu tahu apa yang Adam Rycarl tidak tahu, kisah silamnya yang kelam juga Tan Sri Jeffri tahu. Cuma yang menjadi persoalan sampai bila anaknya itu mahu menyimpan rahsia tersebut dari pengetahuan dia serta mamanya.
‘Kyla… di mana gadis itu pergi?’ terdetak lagi soalan ini dalam sanubari Tan Sri Jeffri pengarah terbesar dalam syarikat yang Adam Rycarl kelolakan itu.
‘’Ehem!’’ Adam terpaksa terpaksa menguatkan dehemannya supaya Ivy kembali semula ke dunia nyata. Ivy yang termalu tersenyum-senyum sambil mengambil huluran fail dari tangan CEO pujaan hatinya itu.
‘’Ramai sungguh peminat Adam ya? Dah boleh buka kelab peminat’’ ujar Tan Sri Jeffri apabila Ivy telah pun keluar dari dalam bilik itu. Lelaki separuh baya itu kembali merenung anaknya lama.
‘’Kenapa papa pandang macam nak telan Adam je?’’ soal Adam berasa pelik. Pen diambil semula kerana sambil mereka bersembang, Adam mahu menyiapkan kerjanya yang tertangguh.
‘’Tak ada apa-apa… Bila ya mama dengan papa nak rasa nasi minyak?’’
‘’Patutlah… Rupanya ada soalan cepucemas..’’
‘’Tak salahkan… Atau Adam masih…’’
‘’Papa.. please im begging you pa… Adam tahu papa tahu segalanya tapi tolong pa.. Adam tak mahu sampai mama tahu…’’ rayu Adam Rycarl.
‘’Tapi sampai bila Adam nak hidup begini? Adam tak kasihankan mama ke? Adam tahukan mama terlalu inginkan cucu..’’
Mendengar sahaja perkataan ‘cucu’ Adam semakin diasak gelisah. Memang dia masih teringatkan kisah silamnya dan…
Ivy masih lagi menyengih di dalam kubikelnya nasiblah kubikel tersebut berjauhan dari staf lain, jika tidak tentu akan menjadi hebahan. Berita seperti ini laju sahaja menularnya.
‘’Oh Adam…’’ bisiknya sambil membayangkan wajah kacak boss nya itu. Dan apa yang akan dia lakukan satu peluang keemasan dan tak mungkin dia mahu lepaskannya. Hanya gadis dungu yang sanggup.
‘’But not me..’’ bisik Ivy lagi sebelum dia capai semula bekas bulat berisi bedak kompek dan dibukakan untuk merenung keadaan mekap terutama sekali gincunya yang berminyak kerana sapuan lip gloss.
Sempat lagi gadis berpakaian sut pejabat seksi itu memegang tangan sasa Adam ketika dia mahu mengambil huluran fail dari CEO kacak rebutan ramai tersebut. Masih terasa lagi kehangatannya.
Sementara itu di kamar CEO ADAM RYCARL,
"Adam, papa tak suka Adam begini. Sampai bila Dam? Sampai bila kami nak tunggu? Adam… Kau pun tahukan umur kamu berapa? Adam...carilah sebelum kami berdua ni menutup mata…’’ pinta Tan Sri Jeffri melirih.
Adam Rycarl dari menyenggetkan senyuman langsung membeku. Entah kenapa ayat terakhir papanya itu meninggalkan tapak dalam petak hati.
**********
LIZZY telah ditutupkan matanya sambil dipimpin oleh Adam Rycarl untuk menuju ke meja yang dari jauh telah terhias cantik. Lizzy cukup menawan dalam maxi labuh terdedah separuh di bahagian belakang warna merah ketatnya. Terserlah leher jinjangnya dikelilingi rantai mutiara kerana rambutnya ikal bersanggul rapi.
Apatah lagi dengan kehadiran CEO terkenal bernama Adam Rycarl menambahkan lagi jumlah mata-mata yang mencuri pandang sambil berbisik antara satu sama lain. Siapa tak bangga dapat keluar candle light dinner dengan lelaki idaman para wanita di luar sana.
Susuk tubuh dengan dress sendat paras paha tersebut tidak jadi mahu menyambung langkahnya tika panah matanya jatuh tepat ke arah sepasang kekasih yang bergelak ketawa tersebut.
Tajam menikam matanya melekat pada tampang wajah milik Adam Rycarl serta perempuan perampas bersebelahannya itu. Susuk tubuh itu bukan sekadar menjeling rakus pada raut Adam dan gadis yang pada pandangannnya tidak cantik itu, malahan dia menarik bibirnya mencebir kejelikkan.
"Tak guna, patutlah kau tak nak jawab panggilan aku… rupa-rupanya kau menggatal dengan betina dari ceruk mana tu ya?’’ cemuhnya tersenyum senget seraya mengambil beberapa keping gambar menggunakan telefon Nokia ‘Butterfly’ nya.
Wajah cemberutnya tidak lama setelah minda bijaknya terpikirkan sesuatu.
Adam baru sahaja melabuhkan punggungnya atas kerusi, poket seluar jeans Lee Cooper miliknya bergetar. Perlahan-lahan dia menarik keluar telefon dari dalam poket, nasiblah tidak keluar lagu When your eyes say it dari Britney Spears tak keluar kerana semasa menanti kekasih yang tidak diketahui nombor berapanya itu turun dari kondo, dia telah set kan pada vibrate.
Berkerut kening kala mata merenung hantaran gambar dari seseorang. Dia mendongak seraya mencari namun kehampaan kerana pelanggan yang ada di kawasan berdekatan semakin ramai.
‘Aku tahu dia ada dekat-dekat sini..’ bisik Adam masih tidak berpuas hati.
‘’You!!’’ Lizzy terpaksa menjerit setelah tangan penat untuk melambai ke arah Adam Rycarl. Adam dengan pantas menyimpan kembali telefon pintar ke poket belakang sambil melemparkan senyuman untuk meredakan ketegangan pada roman wajah Lizzy.
‘’You ni kenapa? Bukankah kita datang sini nak celebrate kejayaan I? You ada apa-apa nak share dengan I ke sayang?’’ Lizzy menyoal sambil tangan memanjang lalu menyentuh tangan Adam Rycarl. Makin membulat mata si pemerhati kala tertancap pada tindakan gadis berketurunan Cina itu.
‘’Er.. nothing… come we celebrate it’’ nafi Adam Rycarl seraya memegang langsung membuka penutup botol tinggi warna hijau yang terkandung cecair kekuningan sebelum dia tuangkan sedikit ke dalam gelas Lizzy dan kemudian ke dalam gelasnya.
‘’Cheers sayang…’’ ujar Adam mengangkat gelas berkaki tirus tersebut diikuti dengan Lizzy sebelum lengan mereka berdua silangkan supaya gelas yang dipegang terhala ke mulut pasangan bukannya diri sendiri.
Boleh dikatakan restoran mewah antarabangsa tersebut seringkali menjadi tempat pertemuan atau makan malam dengan berlainan pasangan tanpa ada yang sedar. Tetapi dia silap, sebagai usahawan yang dikenali, banyak ‘mata-mata’ menginginkan berita sensasi dirinya terutama paparazzi.
Sedang Adam mahu menyuap sudu yang telah dia isikan sedikit potongan daging stik bakar ke mulut pasangannya, matanya teralih ke arah satu wajah yang leka menentang tujahan panahan mata Adam. Adam menelan liur sambil diperhatikan oleh Lizzy, bukannya gadis jelita tersebut tidak nampak pergerakan yang berlaku di saluran trakea walau dari luar rengkungan.
‘’You…’’ seru Lizzy masih cuba pertahankan amarah.
‘’You..’’ panggilnya lagi namun tahap ketegasan pada suaranya makin tinggi dua oktaf. Kembang sedikit hidungnya menahan ledakan asap serta bahang dalam dada.
‘’Hey you! What’s going on hah? Dari tadi I’ve been watching you! Kita balik putus selera I kalau begini. Kita balik! Now!’’ Lizzy menempelak dengan suara makin meninggi tanpa dia hiraukan pada pandangan orang sekeliling.
‘’Tapi sayang...bukankah kita belum full celebrate?’’ Adam terkebil-kebil menyoal sambil memegang sudu. Potongan daging terjatuh atas napkin pun tidak dia sedar apabila terpaksa berdepan dengan amarah gadis cina tersebut.
‘’I said now!!’’ petir amarah Lizzy sememangnya dah meledak ke seluruh tubuhnya. Spontan dia membalingkan napkin yang telah diperonyokkan itu ke muka Adam Rycarl. Terdengar beberapa suara bisikan serta flash kamera..
Dengan senyuman melebar dia bangun lalu mengikuti tubuh Lizzy. Disebabkan jarak mereka agak jauh dari kolam sengaja dia menapak selaju kilat dan cuba berada di tepi sebelah kiri gadis anggun tersebut agar mudah kerja dia nanti.
Kecebur!
Splash!
‘’Hey you witch!’’ jerit Lizzy kebasahan sambil meraup-raup mukanya yang telah dinodai oleh air kolam renang. Tiada lagi mascara jauh sekali sanggul, habis serabai. Hati mendongkol dengan teriakan serta siulan para pelanggan. Bukannya nak tolong!
Adam Rycarl memang dijerut malu tapi apakan dayanya. Takkan dia mahu masuk sekali ke dalam kolam itu kot?
Adam nampak seseorang dan dia terus berlari dan membiarkan Lizzy semakin meroyan dalam kolam. Adam seakan dapat rasakan apa yang telah berlaku ini adalah dari perbuatan si dia.
‘’Tunggu dulu!’’ tegas Adam berjaya menangkap tangan wanita berkacamata hitam yang baru membuka pintu kereta. Wanita itu juga berpaling sambil tersenyum sinis, dia tahu apa tujuan Adam memburunya sampai ke kawasan parkir.
TAN SRI JEFRI meminta supaya Adam Rycarl tidak naik atas dahulu kerana mereka ada tetamu. Adam kenal siapakah tetamu itu oleh sebab itulah hatinya liat mahu bersama mereka. Disaat Adam mahu duduk, sempat matanya mengerling ke arah mamanya yang sedang menusuk satu jelingan.Rose dan Rahim cuba tersenyum biarpun dalam hati keduanya tiada hanya ALLAH SWT tahu betapa remuk-redamnya hati ketika telinga mendengar penolakan Adam terhadap anak mereka, Kyla.Puan Sri Jane sebenarnya kurang suka jika Adam bersama dengan Kyla. Bagi wanita yang anggun dengan gayanya tersendiri itu menganggap Kyla terlalu kekampungan tidak seperti yang lain. Dan dia juga menyetujui sekiranya pertalian yang Rose mahu sambungkan itu terputus selamanya.
‘’HEI perempuan! Kau ingat kau tu dah cukup bagus ke hah? Ada hati ya nak bergandingan dengan jutawan muda?’’ sindir satu suara pabila dia telah berjaya merentap tangan Lizzy.Lizzy pada ketika itu sibuk dengan kerjanya agak tercengang menerima herdikan dari seorang gadis berkacamata hitam dengan di temani jeans ketat serta baju baby T yang hampir menampakkan segala bonjolan dada.‘’Er.. by the way ..who are you tiba-tiba saja datang menengking I
KYLA ERNISYA tetap menayangkan tubuhnya yang kelihatan anggun dalam persalinan pengantin putih susu. Adam nampak dan agak terpesona dengan kejelitaan Kyla walau tubuh itu sudah beranak satu namun kerana ego dia sekadar menjeling sekilas.‘’Encik Adam!’’ panggil si pengusaha butik sambil terlambai-lambai tangannya ke muka Adam Rycarl yang sedari tadi berulit dengan telefon NOKIA ‘sabun’ nya saja. Sedangkan tujuan ke butik untuk ‘fitting’.‘’Kyla.. you jangan take off dulu baju ya nak ambil gambar atas pelamin baru kami… alang-alang dah berbaju pengantin kan?’’ ujar penjual bernama Maria itu pada Kyla. Kyla mengangguk lantas menanti Adam menukar pakaiannya pula.Kyla tahu Adam terpaksa menemaninya ke butik tapi
“ADAM.. kenapa you tak masuk lagi? Bukankah malam ni first night you?” soal Puan Sri Jane lebih kepada sindiran dan cebikkan bibir. Adam Rycarl sekadar tersenyum sumbing. Manakala Tan Sri Jeffri pula masih lagi melayani para tetamu yang hadir di rumah agam dan kini berada di ruangan depan biar pun keletihan kerana baru sahaja sampai ke Villa. Adam Rycarl menapak lemah menuju ke arah tangga berpilin. Puan Sri Jane membawa keluar telefon Nokia 6600 lalu membuka aplikasi FRIENDSTER dan laju ibu jarinya menari-nari di permukaan butang aksara. Bahagian messenger juga di bukakan sekali. Dia bagaikan ingin menghubungi seseorang dari alam maya. Manakala Adam Rycarl pula mendengus kerana niatnya terbantut dek syarat papanya, Tan Sri Jefri yang menyatakan dia tidak dibenarkan untuk keluar pada malam itu jika t
“ABANG bangun subuh bersama bang..” Kyla tetap berusaha menggerakkan tubuh kejung tanpa disalin pakaian atas sofa berdekatan katil mereka. Kyla tidak tahu jam berapakah suaminya itu pulang ke Villa mungkin baru sahaja memandangkan baju pun masih ada dan sorot mata Kyla merenung ke bahagian kolar dia mendekati sambil mata dikecilkan. Jantung mulai berombak hanya wuduk sebagai penyejuk. Kesan lipstik siapa? “Abang bangun bang nanti subuh habis..” panggil Kyla lagi. Pagi itu merupakan paginya pertama dengan sang suami jika tidak selama ini dia subuh sendirian. Kadang buat kadang tidak. Namun Kyla mengingati pesanan Rose agar menjaga solat begitu juga dengan suami. “Kau ni kenapa hah? Siapa kau nak suruh aku solat? Kau ingat kau tu layak ke berimam kan aku hah betina sial!” Ada
“KYLA kenapa kau boleh jadi selemah begini? Mana Kyla Ernisya yang aku kenali selama ini ya? Mana ya?” soal si rakan bukan mahu menyindir tetapi untuk wanita di sebelahnya itu menyedari di mana kesilapannya. Bagi dia definisi cinta itu sendiri tersangatlah luas tetapi bukan memperhambakan diri pada cinta! Kyla masih lagi tetap membisu sambil menyimpul alas meja. Bukan dia sengaja mahu mematungkan diri. Kyla juga ada sebab kenapa dia rela jadi hamba pada cinta tetapi bagaimana mahu untuk dia meluahkannya. Takkan ada sesiapa yang dapat memahami keadaannya sekarang ini. Fiza nampak lelehan tersebut namun dia terpaksa mengatakan apa yang sepatutnya kerana dia tak mahu kawan sekolej merangkap kawan baiknya itu lemah sehingga diperkudakan saja oleh orang. “Bila Adam pulang?” soal Fiza lagi. Dia tahu waktu kian merangkak
ROSE dan Rahim masih lagi membatu di tepi pinggir katil wad di mana sebelah atasnya terbaring satu tubuh kelihatan tidak bermaya ditemani seliratan wayar di bawah hidung serta tangan. Rose tersedu-sedan Rahim masih tak jemu memujuk. Pintu berkeriut seperti sedang dibuka oleh seseorang Rahim terus berpaling. Tan Sri Jefri hadir dengan ditemani isteri serta anaknya, Adam Rycarl. “Jefri..” ujar Rahim cuba memaniskan wajah dan menyalami huluran salam ahli korporat terkemuka itu. Adam sekadar tersenyum tanpa sebarang huluran salam. “Adam! Papa tak pernah ajar anak papa berkurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita” tegas Tan Sri Jefri walau menerima jelingan dari si isteri. ‘Suka hati Adam lah... dah mula lah tu nak tunjuk baik depan perempuan tak guna tu!’ bisik hati Puan Sri Jane menjeling penuh rasa menyampah pada d
SENGAJA Puan Sri Jane tidak mahu memberitahu apa yang Rahim pinta pada dirinya tadi. Bagi Puan Sri Jane itu semua bukan urusan Adam mahu pun dia. Segala apa yang terjadi beberapa jam yang lalu semuanya berpunca dari anak mereka yang tak tahu malu itu. Adam sudah lama buang dia, namun dia berdegil sanggup merempat dalam Villa indah miliknya itu. Ikutkan hati Jane, mahu saja dia perhambakan Kyla. Untuk menyebut namanya pun sudah jijik apatah lagi mahu menganggap diri itu sebagai menantu? “Mama!” Adam Rycarl sudahlah masih dalam keberangan pasal hal tadi dan kini mamanya pula mahu tambahkan lagi bahang. Dah berkali dia memanggil namun wanita merangkap isteri kepada ahli korporat terkenal itu sekadar jadi patung mannequin saja. Puan Sri Jane tersedar pantas dia menyoal kembali anak tunggalnya itu kenapa.
ASP ZACK terus mendapatkan Rahim dengan wajah ceria. Alhamdulillah pembedahan Kyla telah selamat dijalankan. “Pak cik! Syukur pakcik Kyla selamat dibedah.” “Ya ALLAH! Terima kasih ya ALLAH kerana menyelamatkan lagi anak aku” ucap Rahim. Zack juga turut serta meraup muka dengan menyebut Amin, doanya tadi telah dimakbulkan. “Tapi pakcik buat masa ini, Kyla masih dalam bilik rawatan rapi. Insya Allah lagi beberapa jam dia sedarlah dari kesan pelali itu” terang Zack lagi tersenyum simpul. Rahim pandang Zack lama. Zack pula terdiam. “Terima kasih Zack. Kalau tak kerana
ZACK juga tidak jadi untuk menghirup minumannya kala dia melihat betapa kusamnya wajah ayu milik wanita yang kini semeja dengannya. Mata sederhana besar milik Zack menjelajahi kanvas yang pada pandangannya jika dihiasi sedikit dengan warna tentu menarik minat pada setiap mata yang memandang khasnya kaum dialah, Adam. ‘Sayang cukup sayang kau tak bertemu dengan aku dulu. Aku tak mungkin akan mempersiakan mawar indah ini seperti mana kau, Adam Rycarl. Jika kau dah tak sukakan dia kenapa tak kau ceraikan saja. Biar aku yang menerimanya...’ Begitulah kata hati ASP Zakry sambil merenung lagi wajah Kyla yang sedang tertunduk dan sesekali menyeka airmata itu. “Awak, makin cair awak ais tu. Minumlah kalau tak banyak sedikit pun jadilah. Saya tahu awak tak makan lagi” Zack akhirnya bersuara serta menghulurkan sapu tan
SATU bangunan menjadi riuh dengan kehadiran beberapa orang anggota polis termasuklah ASP Zack. Mereka hadir ke syarikat paling terbesar dan mempunyai banyak rangkaian itu untuk menemui Adam Rycarl. Namun Adam Rycarl masih lagi belum pulang dari malam dia melukai lagi minda serta fizikal Kyla. “Silakan duduk Tuan” pelawa Tan Sri Jefri. Dalam masa sama, beberapa pekerja saling berebutan menekap telinga ke pintu bagi mendengar rumor yang kian meluas itu. “Bagi akulah dulu dengar” Bersahut-sahutan kesemuanya. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tan Sri Jefri walau terkejut dengan tetamu tak dia undang tetap menenangkan wajahnya. Dia bukan seorang lelaki yang cepat melatah apatah lagi jika dia berada pada masa genting kerana d
“KYLA!”Dengan pekikan mengejut dia terus terbangun dari pembaringan. Zack meraup kasar wajahnya yang penuh dengan mutiara peluh. Beristigfar lalu menurunkan kakinya ke lantai dan duduk secara kaki diluaskan. Tangan memicit dahinya yang agak berdenyut. “Apa maksud mimpi aku tadi? Bagaimana pula dia boleh termasuk dalam mimpi aku, selama ini tak pernah pula?” soalnya sendirian lalu memandang ke arah pemandangan depan. Terpacaknya dua bangunan kembar KLCC dalam kerlipan cahaya juga bangunan sekitarnya. Zack terus bangun terus bergerak ke arah tingkap gelangsar dibukakan langsung menapak keluar. Duduk atas kerusi papan sambil tangan memegang dagunya pula. Wajah kacak serta tubuh tanpa bajunya itu dicumbui bayu malam. Sekurang-kurangnya dapat mengeringkan sedikit kebasahan tubuh akibat hu
“HOI jauh menungnya tu. Aku panggil haram kau nak sahut bro kenapa ni,hah?” tegur satu suara dalam tona garau dengan menepuk belakang bahunya menggunakan topi polis. Zack atau lebih dikenali sebagai ASP Zakry seraya berpaling dan tersenyum sahaja. Dia sendiri pun tak faham kenapa sejak akhir-akhir ini mindanya asyik teringatkan seorang insan bernama Kyla. “Hei abang Malik, wa cakap sama lu maa...!” sengaja si rakan menyindir Zack begitu kerana wajahnya yang dikatakan seiras pelakon Aaron Aziz yang beraksi dalam filem KL GANGSTER itu. Zack menepuk bahu rakannya kembali sebelum duduk atas kerusi begitu juga dengan rakannya. Zack pandang si rakan. Si rakan sengaja menaikkan keningnya seakan menyindir. Zack tersenyum dan menggelengkan kepalanya. “Berita terbaru Zack, informer
TAN SRI JEFRI masih lagi menanti patah bicara isterinya itu. Memang hatinya sakit ketika teringatkannya. Puan Sri Jane mengigit bibir lidah kelu mahu bersuara kerana perkara itu memang berlaku dalam kamar mereka berdua. Cuma yang tidak dia sangka, suaminya mengintip setiap perlakuannya setiap hari. Adam pula terkedu dan sebenarnya dia bukan tak pernah nampak akan selingkuh mamanya itu, dia yang tak mahu ambil kisah sangat. “Cakaplah dah kenapa diam pula? Tadi bukan main lagi mulut tu, kemain lagi bisanya!” tengking Tan Sri Jefri merencatkan segala yang mahu diluahkan. Jane mendongak lalu membalas tenungan Jefri sambil menelan liur entah kali ke berapa. Adam mahu membuka langkah namun terbejat juga tatkala Jefri menahannya. “Kamu berdua sama saja. Kamu berdua memang mahu aku ‘pergi&r
PINTU diketuk dari luar, Kyla terpaksa mempercepatkan mandiannya jika tidak pasti Adam akan memukulnya lagi dengan alasan penyebab dia terlambat ke tempat kerja. Adam sekali mengetuk pintu sambil membebel. Kepala yang berpusing telah mengakibatkan dia berasa tidak selesa dan mual. Pintu terbuka saat Adam mengangkat tangannya. Kyla dengan pantas mengelak namun akibat dari tindakannya itu, tuala terlucut kerana dia tidak sempat menyimpul ketat dek mahu cepat. Bluerk! Adam terus terjeluak depan Kyla. Habis bersemburan pada tubuhnya yang baru sahaja selesai mandi dan belum berlap lagi. Adam muntah lagi dan lagi namun Kyla tidak berani mahu menolong takut dibentak lagi. Kyla cuba cari jalan untuk keluar dari dalam bilik air kerana tak tertahan dengan bau masam muntah suaminya itu. &n
BERDENTUM cawan yang dipegang meluru ke bawah saat tangan longlai milik Kyla dalam ketidaksengajaan telah melepaskannya. Rose sekali lagi pekup mulut manakala Rahim menelan liur dalam rasa terpaksa. Dia tahu Kyla sudah dengar akan segalanya. Mereka menjerit sambil meluru ke arah Kyla pada saat itu hampir melotot ke bawah. “Betul ke apa yang Kyla dengar ibu...ayah be... betul ke?” soal Kyla bersuara lemah dalam pelukan Rose. Rose memeluk dengan erat dan mengucup rambut Kyla berkali-kali diiringi linangan airmata. Rahim teragak-agak mahu menyatakan akan hal itu. Kyla menyoal sekali lagi kali ini, wanita yang masih dalam keserabutan itu memegang lalu menggenggam erat lengan Rahim agar bapanya itu boleh berterus-terang. Rahim tidak kesampaian hati untuk bersuara hanya mampu mengangguk. Makin berde
SENGAJA Puan Sri Jane tidak mahu memberitahu apa yang Rahim pinta pada dirinya tadi. Bagi Puan Sri Jane itu semua bukan urusan Adam mahu pun dia. Segala apa yang terjadi beberapa jam yang lalu semuanya berpunca dari anak mereka yang tak tahu malu itu. Adam sudah lama buang dia, namun dia berdegil sanggup merempat dalam Villa indah miliknya itu. Ikutkan hati Jane, mahu saja dia perhambakan Kyla. Untuk menyebut namanya pun sudah jijik apatah lagi mahu menganggap diri itu sebagai menantu? “Mama!” Adam Rycarl sudahlah masih dalam keberangan pasal hal tadi dan kini mamanya pula mahu tambahkan lagi bahang. Dah berkali dia memanggil namun wanita merangkap isteri kepada ahli korporat terkenal itu sekadar jadi patung mannequin saja. Puan Sri Jane tersedar pantas dia menyoal kembali anak tunggalnya itu kenapa.