TAN SRI JEFRI meminta supaya Adam Rycarl tidak naik atas dahulu kerana mereka ada tetamu. Adam kenal siapakah tetamu itu oleh sebab itulah hatinya liat mahu bersama mereka. Disaat Adam mahu duduk, sempat matanya mengerling ke arah mamanya yang sedang menusuk satu jelingan.
Rose dan Rahim cuba tersenyum biarpun dalam hati keduanya tiada hanya ALLAH SWT tahu betapa remuk-redamnya hati ketika telinga mendengar penolakan Adam terhadap anak mereka, Kyla.
Puan Sri Jane sebenarnya kurang suka jika Adam bersama dengan Kyla. Bagi wanita yang anggun dengan gayanya tersendiri itu menganggap Kyla terlalu kekampungan tidak seperti yang lain. Dan dia juga menyetujui sekiranya pertalian yang Rose mahu sambungkan itu terputus selamanya.
‘Aku takkan benarkan kau sambungkan pertalian ini,Rose… Aku tak perlu darah daging kau ada dalam keluarga aku. Aku jijik!’ bisik hatinya nan hitam sambil merenung tajam ke arah tampang wajah Rahim. Rahim sedar namun dia berbuat tidak tahu saja.
Setelah Mak Cah menghidangkan minuman petang dan berlalu pergi. Tan Sri Jefri mempelawa tetamunya itu minum dahulu sebelum memulakan perbincangan. Begitu juga dengan anak serta isterinya yang berwajah tanpa reaksi.
Dalam rasa penuh segan kerana direnung tajam oleh ibu serta anak, pasangan yang merupakan ibubapa Kyla mengangkat cangkir minuman lalu mencicipnya sedikit sebelum diletakkan semula atas pelapiknya dengan berhati-hati maklumlah cawan mahal…
‘’Baiklah… Boleh kita mulakan sekarang?’’ soal Tan Sri Jeffri sambil memandang sayu ke arah Rose. Dan kedua pasangan itu mengangguk. Adam pula makin gelisah. Cuak juga kerana dia kenal ketegasan hati papanya itu.
‘’Adam…’’ seru satu suara yang serak manja dari arah muka pintu. Puan Sri Jane mengherotkan senyumannya tatkala mata terpandang susuk tubuh berpakaian singkat yang tanpa dipelawa berjalan masuk dan terus duduk atas penyandar tangan bersebelahan dengan Adam Rycarl.
Adam pula menarik tali lehernya kegelisahan. Apa pula bala kali ini?
Rose serta Rahim saling berpandangan sesama sendiri apatah lagi gadi berpenampilan seksi itu tanpa ada rasa segan berada bersama mereka.
‘’Adam…’’ panggil Tan Sri Jefri. Adam terangguk kerana memahami akan maksud pada panggilan tersebut, dia pantas bangun seraya menarik tangan gadis seksi yang membuat bising tanpa mahu memandangnya.
Puan Sri Jane pula menarik muka. Tadi dia sedikit lega tapi kini galau semula. ‘’Rose, Rahim maafkan saya apa yang telah berlaku tadi tu.. saya memang tak tahu tiba-tiba je dia masuk’’ terang Tan Sri Jefri malu.
‘’Tak mengapalah Tan Sri..’’
‘’Dah berkali jumpa pun masih nak panggil begitu? Jeff saja cukup Rahim…’’ ujar Tan Sri Jefri dalam masa sama mengerling Rose tanpa Rahim sedar.
Rose melarikan pandangannya lalu terjatuh pula ke tancapan tajam Jane. Rose menunduk menekur permaidani.
‘’Jadi bagaimana sekarang? Aku tak kisah mereka disatukan…’’ terang Tan Sri Jefri tahu cerita antara Kyla dan Adam Rycarl. Sekilas dia palingkan wajahnya ke arah si isteri yang tiada manis wajahnya. Dia tahu Jane tidak bersetuju tetapi isterinya itu tak tahu cerita.
‘’Rose tetap mahu mereka disatukan dalam masa terdekat ni, Jef..’’ celah Rose selamba memanggil dengan nama itu walau Jane menjeling padanya. Bagi Rose tiada apa yang penting selain kebahagiaan Kyla.
‘’No I tak bersetuju sayang!’’ sanggah Puan Sri Jane sambil menghempaskan kipas yang sentiasa berada dalam tangan ke atas meja. Rahim memandang Jane, Jane tersenyum sinis.
Dalam masa sama…
‘’I said what?’’ tekan Adam lagi. Ryana tergeleng-geleng sambil memegang perut. Laju dia bergerak mendekati Adam kerana mahu memaut lengan sasa itu sekali lagi. Dia takkan mudah menyerah kalah kerana dia yakin lelaki seperti Adam mudah tunduk pada perempuan jika kena pada cara.
‘’Tapi ini our baby darling… Takkan you tergamak nak buangnya..’’ tekan Ryana sengaja melirihkan suara agar ego Adam luruh sedikit. Ryana sebenarnya tidak kisah andai kandungan yang entah kali berapa ini digugurkan tapi dia ada tujuan.
Ryana tak mahu melepaskan Adam Rycarl bukan sahaja kerana lelaki kacak berkenaan lubuk duit tapi Adam juga akan menjadi penyelamatnya nanti. Hutangnya pada David si ceti haram bagaikan gunung Ledang.
Mana Ryana nak korek duit jika tak dari Adam bermodalkan pujuk rayu serta tubuh mungilnya.
‘Tak… tak boleh..’ bisik Ryana sekali lagi cuba memaut tangan Adam setelah menerima tepisan.
‘’Adam! Papa nak cakap sebentar..’’ satu suara mencelah di tengah perbalahan mereka berdua membuatkan Ryana tambah masam muka. Adam sedikit lega, nasib papanya datang menyelamat.
‘’Ryana awak baliklah dulu biar papa selesaikan..’’ ujar Tan Sri Jefri yang sentiasa sebut dirinya sebagai papa pada setiap perempuan yang datang mencari Adam Rycarl.
‘’Adam… Kau ni apa nak jadi? Jangan ingat papa tak tahu kisah Kyla.. Dia tertekan kerana Adam, Adam tahu tak!’’ sela Tan Sri Jefri merubahkan semula airmuka Adam Rycarl.
‘’Apa maksud papa? Kyla? Siapa Kyla?’’ soal Adam buat-buat tak kenal pada nama Kyla. Liar matanya memandang hadapan terutama sekali pada orangtua Kyla.
‘Tak guna betullah!’ bentaknya sendirian sambil menjeling ke arah Rose.
‘’Mana anak yang Kyla lahirkan tu?’’ bagaikan terhempap batu keras Adam tercengang mendengarkannya. Adam mulai berpeluh sungguh dia tak menyangka sejauh itu papanya boleh tahu. Dan dia cukup yakin orangtua Kyla beritahu.
‘’Bukan mereka yang bagitahu papa, Dam… Tapi papa pasang spy’’ terang Tan Sri Jefri tenang sambil berpeluk tubuh.
‘’What papa?’’
‘’Tak perlu nak what sangat, Dam… Papa tanya Adam masih tak nak jawab..’’ sahut Tan Sri Jefri sambil memandang gelagat tak senang duduk anak tunggalnya.
‘’Adam… Adam..’’
“Adam apa?’’ sahut Tan Sri Jefri menggelengkan kepalanya. Ikutkan pada hati memang dia mahu nikahkan Adam dengan Kyla hari tu juga..
‘’Sampai hati kamu buat dia begitu? Kalaulah papa tahu akan jadi begini papa takkan ambil dia sebagai PA kamu, Dam… Mana sifat perikemanusiaan mu? Apa kamu dah buat pada anak kamu, Adam?’’ soal Tan Sri Jefri semakin menekan walau dia tahu anaknya juga tertekan.
Di ruang tamu..
‘’Huh… ada hati nak ada pertalian dengan keluarga aku?’’ Akhirnya kebisuan mereka bertiga dipecahkan juga oleh Puan Sri Jane, bagi dia selagi tak luahkan apa yang dia rasakan itu hati tak senang dan kini baru dia merasa lega.
‘’Jane, aku…’’ sahut Rahim namun tidak sempat dia habiskan patah ayat terus dicelah si isteri.
Jane sekadar tersenyum penuh kesinisan. Dendam lama tak mungkin pudar..
‘’Anak awak telah musnahkan masa depan anak kami, Jane. Takkan kami nak diam sahaja. Kyla terseksa awak tahu? Saya tak minta banyak, Jane… Cukuplah sekadar pernikahan..’’
Jane tersenyum mengejek. ‘’Tahu pun nak tutup malu?’’ sindirnya tanpa menyedari dirinya juga disaluti perkataan tersebut.
‘’Minggu depan kamu bawalah rombongan..’’ sahut Tan Sri Jeffri dan di sebelah belakangnya pula Adam Rycarl. Puan Sri Jane merenung muka kedua-duanya sambil mendengus ketidakpuasan hati.
Rose dan Rahim pula menarik nafas lega. Rose sempat merenung wajah Tan Sri Jefri dan lelaki itu juga mengangguk. Adam Rycarl tiada jalan lain kerana ada rahsia yang terpaksa dia pohon pada papanya agar dirahsiakan dari pengetahuan semua.
‘’HEI perempuan! Kau ingat kau tu dah cukup bagus ke hah? Ada hati ya nak bergandingan dengan jutawan muda?’’ sindir satu suara pabila dia telah berjaya merentap tangan Lizzy.Lizzy pada ketika itu sibuk dengan kerjanya agak tercengang menerima herdikan dari seorang gadis berkacamata hitam dengan di temani jeans ketat serta baju baby T yang hampir menampakkan segala bonjolan dada.‘’Er.. by the way ..who are you tiba-tiba saja datang menengking I
KYLA ERNISYA tetap menayangkan tubuhnya yang kelihatan anggun dalam persalinan pengantin putih susu. Adam nampak dan agak terpesona dengan kejelitaan Kyla walau tubuh itu sudah beranak satu namun kerana ego dia sekadar menjeling sekilas.‘’Encik Adam!’’ panggil si pengusaha butik sambil terlambai-lambai tangannya ke muka Adam Rycarl yang sedari tadi berulit dengan telefon NOKIA ‘sabun’ nya saja. Sedangkan tujuan ke butik untuk ‘fitting’.‘’Kyla.. you jangan take off dulu baju ya nak ambil gambar atas pelamin baru kami… alang-alang dah berbaju pengantin kan?’’ ujar penjual bernama Maria itu pada Kyla. Kyla mengangguk lantas menanti Adam menukar pakaiannya pula.Kyla tahu Adam terpaksa menemaninya ke butik tapi
“ADAM.. kenapa you tak masuk lagi? Bukankah malam ni first night you?” soal Puan Sri Jane lebih kepada sindiran dan cebikkan bibir. Adam Rycarl sekadar tersenyum sumbing. Manakala Tan Sri Jeffri pula masih lagi melayani para tetamu yang hadir di rumah agam dan kini berada di ruangan depan biar pun keletihan kerana baru sahaja sampai ke Villa. Adam Rycarl menapak lemah menuju ke arah tangga berpilin. Puan Sri Jane membawa keluar telefon Nokia 6600 lalu membuka aplikasi FRIENDSTER dan laju ibu jarinya menari-nari di permukaan butang aksara. Bahagian messenger juga di bukakan sekali. Dia bagaikan ingin menghubungi seseorang dari alam maya. Manakala Adam Rycarl pula mendengus kerana niatnya terbantut dek syarat papanya, Tan Sri Jefri yang menyatakan dia tidak dibenarkan untuk keluar pada malam itu jika t
“ABANG bangun subuh bersama bang..” Kyla tetap berusaha menggerakkan tubuh kejung tanpa disalin pakaian atas sofa berdekatan katil mereka. Kyla tidak tahu jam berapakah suaminya itu pulang ke Villa mungkin baru sahaja memandangkan baju pun masih ada dan sorot mata Kyla merenung ke bahagian kolar dia mendekati sambil mata dikecilkan. Jantung mulai berombak hanya wuduk sebagai penyejuk. Kesan lipstik siapa? “Abang bangun bang nanti subuh habis..” panggil Kyla lagi. Pagi itu merupakan paginya pertama dengan sang suami jika tidak selama ini dia subuh sendirian. Kadang buat kadang tidak. Namun Kyla mengingati pesanan Rose agar menjaga solat begitu juga dengan suami. “Kau ni kenapa hah? Siapa kau nak suruh aku solat? Kau ingat kau tu layak ke berimam kan aku hah betina sial!” Ada
“KYLA kenapa kau boleh jadi selemah begini? Mana Kyla Ernisya yang aku kenali selama ini ya? Mana ya?” soal si rakan bukan mahu menyindir tetapi untuk wanita di sebelahnya itu menyedari di mana kesilapannya. Bagi dia definisi cinta itu sendiri tersangatlah luas tetapi bukan memperhambakan diri pada cinta! Kyla masih lagi tetap membisu sambil menyimpul alas meja. Bukan dia sengaja mahu mematungkan diri. Kyla juga ada sebab kenapa dia rela jadi hamba pada cinta tetapi bagaimana mahu untuk dia meluahkannya. Takkan ada sesiapa yang dapat memahami keadaannya sekarang ini. Fiza nampak lelehan tersebut namun dia terpaksa mengatakan apa yang sepatutnya kerana dia tak mahu kawan sekolej merangkap kawan baiknya itu lemah sehingga diperkudakan saja oleh orang. “Bila Adam pulang?” soal Fiza lagi. Dia tahu waktu kian merangkak
ROSE dan Rahim masih lagi membatu di tepi pinggir katil wad di mana sebelah atasnya terbaring satu tubuh kelihatan tidak bermaya ditemani seliratan wayar di bawah hidung serta tangan. Rose tersedu-sedan Rahim masih tak jemu memujuk. Pintu berkeriut seperti sedang dibuka oleh seseorang Rahim terus berpaling. Tan Sri Jefri hadir dengan ditemani isteri serta anaknya, Adam Rycarl. “Jefri..” ujar Rahim cuba memaniskan wajah dan menyalami huluran salam ahli korporat terkemuka itu. Adam sekadar tersenyum tanpa sebarang huluran salam. “Adam! Papa tak pernah ajar anak papa berkurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita” tegas Tan Sri Jefri walau menerima jelingan dari si isteri. ‘Suka hati Adam lah... dah mula lah tu nak tunjuk baik depan perempuan tak guna tu!’ bisik hati Puan Sri Jane menjeling penuh rasa menyampah pada d
SENGAJA Puan Sri Jane tidak mahu memberitahu apa yang Rahim pinta pada dirinya tadi. Bagi Puan Sri Jane itu semua bukan urusan Adam mahu pun dia. Segala apa yang terjadi beberapa jam yang lalu semuanya berpunca dari anak mereka yang tak tahu malu itu. Adam sudah lama buang dia, namun dia berdegil sanggup merempat dalam Villa indah miliknya itu. Ikutkan hati Jane, mahu saja dia perhambakan Kyla. Untuk menyebut namanya pun sudah jijik apatah lagi mahu menganggap diri itu sebagai menantu? “Mama!” Adam Rycarl sudahlah masih dalam keberangan pasal hal tadi dan kini mamanya pula mahu tambahkan lagi bahang. Dah berkali dia memanggil namun wanita merangkap isteri kepada ahli korporat terkenal itu sekadar jadi patung mannequin saja. Puan Sri Jane tersedar pantas dia menyoal kembali anak tunggalnya itu kenapa.
BERDENTUM cawan yang dipegang meluru ke bawah saat tangan longlai milik Kyla dalam ketidaksengajaan telah melepaskannya. Rose sekali lagi pekup mulut manakala Rahim menelan liur dalam rasa terpaksa. Dia tahu Kyla sudah dengar akan segalanya. Mereka menjerit sambil meluru ke arah Kyla pada saat itu hampir melotot ke bawah. “Betul ke apa yang Kyla dengar ibu...ayah be... betul ke?” soal Kyla bersuara lemah dalam pelukan Rose. Rose memeluk dengan erat dan mengucup rambut Kyla berkali-kali diiringi linangan airmata. Rahim teragak-agak mahu menyatakan akan hal itu. Kyla menyoal sekali lagi kali ini, wanita yang masih dalam keserabutan itu memegang lalu menggenggam erat lengan Rahim agar bapanya itu boleh berterus-terang. Rahim tidak kesampaian hati untuk bersuara hanya mampu mengangguk. Makin berde
ASP ZACK terus mendapatkan Rahim dengan wajah ceria. Alhamdulillah pembedahan Kyla telah selamat dijalankan. “Pak cik! Syukur pakcik Kyla selamat dibedah.” “Ya ALLAH! Terima kasih ya ALLAH kerana menyelamatkan lagi anak aku” ucap Rahim. Zack juga turut serta meraup muka dengan menyebut Amin, doanya tadi telah dimakbulkan. “Tapi pakcik buat masa ini, Kyla masih dalam bilik rawatan rapi. Insya Allah lagi beberapa jam dia sedarlah dari kesan pelali itu” terang Zack lagi tersenyum simpul. Rahim pandang Zack lama. Zack pula terdiam. “Terima kasih Zack. Kalau tak kerana
ZACK juga tidak jadi untuk menghirup minumannya kala dia melihat betapa kusamnya wajah ayu milik wanita yang kini semeja dengannya. Mata sederhana besar milik Zack menjelajahi kanvas yang pada pandangannya jika dihiasi sedikit dengan warna tentu menarik minat pada setiap mata yang memandang khasnya kaum dialah, Adam. ‘Sayang cukup sayang kau tak bertemu dengan aku dulu. Aku tak mungkin akan mempersiakan mawar indah ini seperti mana kau, Adam Rycarl. Jika kau dah tak sukakan dia kenapa tak kau ceraikan saja. Biar aku yang menerimanya...’ Begitulah kata hati ASP Zakry sambil merenung lagi wajah Kyla yang sedang tertunduk dan sesekali menyeka airmata itu. “Awak, makin cair awak ais tu. Minumlah kalau tak banyak sedikit pun jadilah. Saya tahu awak tak makan lagi” Zack akhirnya bersuara serta menghulurkan sapu tan
SATU bangunan menjadi riuh dengan kehadiran beberapa orang anggota polis termasuklah ASP Zack. Mereka hadir ke syarikat paling terbesar dan mempunyai banyak rangkaian itu untuk menemui Adam Rycarl. Namun Adam Rycarl masih lagi belum pulang dari malam dia melukai lagi minda serta fizikal Kyla. “Silakan duduk Tuan” pelawa Tan Sri Jefri. Dalam masa sama, beberapa pekerja saling berebutan menekap telinga ke pintu bagi mendengar rumor yang kian meluas itu. “Bagi akulah dulu dengar” Bersahut-sahutan kesemuanya. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Tan Sri Jefri walau terkejut dengan tetamu tak dia undang tetap menenangkan wajahnya. Dia bukan seorang lelaki yang cepat melatah apatah lagi jika dia berada pada masa genting kerana d
“KYLA!”Dengan pekikan mengejut dia terus terbangun dari pembaringan. Zack meraup kasar wajahnya yang penuh dengan mutiara peluh. Beristigfar lalu menurunkan kakinya ke lantai dan duduk secara kaki diluaskan. Tangan memicit dahinya yang agak berdenyut. “Apa maksud mimpi aku tadi? Bagaimana pula dia boleh termasuk dalam mimpi aku, selama ini tak pernah pula?” soalnya sendirian lalu memandang ke arah pemandangan depan. Terpacaknya dua bangunan kembar KLCC dalam kerlipan cahaya juga bangunan sekitarnya. Zack terus bangun terus bergerak ke arah tingkap gelangsar dibukakan langsung menapak keluar. Duduk atas kerusi papan sambil tangan memegang dagunya pula. Wajah kacak serta tubuh tanpa bajunya itu dicumbui bayu malam. Sekurang-kurangnya dapat mengeringkan sedikit kebasahan tubuh akibat hu
“HOI jauh menungnya tu. Aku panggil haram kau nak sahut bro kenapa ni,hah?” tegur satu suara dalam tona garau dengan menepuk belakang bahunya menggunakan topi polis. Zack atau lebih dikenali sebagai ASP Zakry seraya berpaling dan tersenyum sahaja. Dia sendiri pun tak faham kenapa sejak akhir-akhir ini mindanya asyik teringatkan seorang insan bernama Kyla. “Hei abang Malik, wa cakap sama lu maa...!” sengaja si rakan menyindir Zack begitu kerana wajahnya yang dikatakan seiras pelakon Aaron Aziz yang beraksi dalam filem KL GANGSTER itu. Zack menepuk bahu rakannya kembali sebelum duduk atas kerusi begitu juga dengan rakannya. Zack pandang si rakan. Si rakan sengaja menaikkan keningnya seakan menyindir. Zack tersenyum dan menggelengkan kepalanya. “Berita terbaru Zack, informer
TAN SRI JEFRI masih lagi menanti patah bicara isterinya itu. Memang hatinya sakit ketika teringatkannya. Puan Sri Jane mengigit bibir lidah kelu mahu bersuara kerana perkara itu memang berlaku dalam kamar mereka berdua. Cuma yang tidak dia sangka, suaminya mengintip setiap perlakuannya setiap hari. Adam pula terkedu dan sebenarnya dia bukan tak pernah nampak akan selingkuh mamanya itu, dia yang tak mahu ambil kisah sangat. “Cakaplah dah kenapa diam pula? Tadi bukan main lagi mulut tu, kemain lagi bisanya!” tengking Tan Sri Jefri merencatkan segala yang mahu diluahkan. Jane mendongak lalu membalas tenungan Jefri sambil menelan liur entah kali ke berapa. Adam mahu membuka langkah namun terbejat juga tatkala Jefri menahannya. “Kamu berdua sama saja. Kamu berdua memang mahu aku ‘pergi&r
PINTU diketuk dari luar, Kyla terpaksa mempercepatkan mandiannya jika tidak pasti Adam akan memukulnya lagi dengan alasan penyebab dia terlambat ke tempat kerja. Adam sekali mengetuk pintu sambil membebel. Kepala yang berpusing telah mengakibatkan dia berasa tidak selesa dan mual. Pintu terbuka saat Adam mengangkat tangannya. Kyla dengan pantas mengelak namun akibat dari tindakannya itu, tuala terlucut kerana dia tidak sempat menyimpul ketat dek mahu cepat. Bluerk! Adam terus terjeluak depan Kyla. Habis bersemburan pada tubuhnya yang baru sahaja selesai mandi dan belum berlap lagi. Adam muntah lagi dan lagi namun Kyla tidak berani mahu menolong takut dibentak lagi. Kyla cuba cari jalan untuk keluar dari dalam bilik air kerana tak tertahan dengan bau masam muntah suaminya itu. &n
BERDENTUM cawan yang dipegang meluru ke bawah saat tangan longlai milik Kyla dalam ketidaksengajaan telah melepaskannya. Rose sekali lagi pekup mulut manakala Rahim menelan liur dalam rasa terpaksa. Dia tahu Kyla sudah dengar akan segalanya. Mereka menjerit sambil meluru ke arah Kyla pada saat itu hampir melotot ke bawah. “Betul ke apa yang Kyla dengar ibu...ayah be... betul ke?” soal Kyla bersuara lemah dalam pelukan Rose. Rose memeluk dengan erat dan mengucup rambut Kyla berkali-kali diiringi linangan airmata. Rahim teragak-agak mahu menyatakan akan hal itu. Kyla menyoal sekali lagi kali ini, wanita yang masih dalam keserabutan itu memegang lalu menggenggam erat lengan Rahim agar bapanya itu boleh berterus-terang. Rahim tidak kesampaian hati untuk bersuara hanya mampu mengangguk. Makin berde
SENGAJA Puan Sri Jane tidak mahu memberitahu apa yang Rahim pinta pada dirinya tadi. Bagi Puan Sri Jane itu semua bukan urusan Adam mahu pun dia. Segala apa yang terjadi beberapa jam yang lalu semuanya berpunca dari anak mereka yang tak tahu malu itu. Adam sudah lama buang dia, namun dia berdegil sanggup merempat dalam Villa indah miliknya itu. Ikutkan hati Jane, mahu saja dia perhambakan Kyla. Untuk menyebut namanya pun sudah jijik apatah lagi mahu menganggap diri itu sebagai menantu? “Mama!” Adam Rycarl sudahlah masih dalam keberangan pasal hal tadi dan kini mamanya pula mahu tambahkan lagi bahang. Dah berkali dia memanggil namun wanita merangkap isteri kepada ahli korporat terkenal itu sekadar jadi patung mannequin saja. Puan Sri Jane tersedar pantas dia menyoal kembali anak tunggalnya itu kenapa.