Share

BAB 4

Author: S.SYAZAN
last update Last Updated: 2024-10-29 19:42:56

JACK

Aku mengambil kunci kereta di atas meja. Jaket hitam kegemaran aku disarung pada badan. Aku menenangkan diri. Aku tidak bersalah. Apa yang aku lakukan ini hanya mahu mencari keadilan di negara ini. Mereka yang bersalah tidak patut hidup bebas. Pendrive aku memasukkan ke dalam poket. Yaa ini semua untuk menuntut bela. Jadi aku tak perlu takut.

Aku keluar dari rumah. Kereta dihidupkan. Rokok benda wajib yang perlu selalu ada dengan aku. Aku menghembus asap rokok ke udara. Aku dah bersedia. Kereta diluncur laju ke arah lokasi sasaran aku.

Aku menurunkan tingkap kereta. Aku dah agak dia akan selalu lepak di sini. Kereta dia parking betul-betul di hadapan aku. Dia keluar dari perut kereta.

“Datuk Fendi Md Ali Bin Karim.” Dia menoleh ke arah aku.

 “Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh…” Belum sempat dia habiskan ayatnya aku menumbuk perutnya sehingga tersungkur jatuh. Dia seperti keliru. Aku terus menindih di atas badannya lalu menikam bertubi-tubi ke bahagian dadanya. Dia menggelupur. Darah mengalir laju dari arah dadanya. Aku ketawa puas melihat dia menahan azab seksaan dari aku. Aku bangun berdiri setelah yakin dia tidak lagi bernyawa. Pendrive di dalam poket seluar aku diletakkan di atas dadanya.

Bunyi seperti siren kereta peronda polis berkeliaran di sekitar kawasan ini. Aku cabut pisau yang berada di dadanya. Aku pantas beredar dari situ supaya tidak kelihatan oleh sesiapa.

HARIS NAUFAL

Aku memandang Ikmal. Sejak dari tadi dia hanya menghadap laptop. Tekun mencari petunjuk yang ditinggalkan pembunuh. Aku bukan tidak menyokong dia tetapi kami sudah penat memburu lelaki itu. Hampir 2 tahun dia melakukan jenayah ini. Yang peliknya, selepas dia membunuh mangsa dia akan meninggalkan petunjuk seperti pendrive yang mengandungi rekod jenayah dan bukti mangsa yang bersalah. Pembunuh ini tahu akan semua maklumat mangsanya. Dengan siapa dia bekerja, gerak geri dia dan juga jenayah lampau yang dilakukan. Aku yakin pembunuh ini bukan sembarangan orang. Lagipun aku rasa pembunuh ini sedang menegakkan keadilan terhadap pesalah yang tidak menerima hukuman setimpal. Biasalah undang-undang di negara ini, bila kau ada wang kau senang-senang saja boleh bebas daripada kesalahan yang dilakukan. Mungkin itu menjadi punca jenayah di negara ini makin parah. Yang bersalah berkuasa, yang tidak bersalah menjadi mangsa. Aku pun tak tahu pembunuh ini berada di kategori yang mana satu?  

Telefon pejabat di atas meja aku berdering. Aku segera mengangkat. Aku mendapat arahan yang berlakunya kes pembunuhan lagi. Ikmal terus menutup laptop. Aku tahu yang Ikmal paling bersemangat bila menerima kes ini.

“Jom.” Kami segera bergerak ke tempat kejadian menaiki kereta perdana yang dipandu aku.

Anggota polis sudah sampai di tempat kejadian. Aku turun dari kereta. Naufal mengikuti aku dari belakang. Aku menghampiri mangsa. Aku nampak melihat dengan jelas di bahagian dadanya seperti ditikam oleh sesuatu objek. Aku menggeleng. Sah mangsa dibunuh oleh pembunuh yang sama. Memang tak salah lagi. Aku yakin dengan naluri aku.

“Aku yakin Naufal. Orang ini kena bunuh oleh pembunuh yang sama. Kau kena percaya cakap aku.” Tegas pendirian aku pada Naufal. Dia hanya memandang mangsa kemudian matanya tertumpu pada sesuatu objek.

 “Apa tu?” Naufal menunding jari pada objek itu. Salah seorang anggota polis mengambil objek itu lalu diserahkan kepada Naufal.

“Pendrive, tuan.” Naufal menggaru kepala. Apa punya petunjuk yang pembunuh cuba sampaikan bisik Naufal dalam hati.

“Mari aku tunjuk kau sesuatu.” Aku dan Naufal beredar dari situ. Aku mahu menunjukkan segala petunjuk yang diberikan oleh pembunuh pada Naufal.

YUSUF

“Datuk Fendi Md Ali Bin Karim.” Dia menoleh ke arah aku.

“Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh…” Belum sempat dia habiskan ayatnya lelaki berjaket hitam menumbuk perut Datuk Fendi sehingga tersungkur jatuh. Dia seperti keliru. Lelaki itu terus menindih di atas badannya lalu menikam bertubi-tubi ke bahagian dada.

Aku terbangun dari tidur. Peluh membasahi baju. Tak mungkin. Tak mungkin. Kenapa mimpi ngeri itu muncul kembali dalam hidup aku. Sudah sekian lama aku tidak mengalami mimpi ini. Nafas aku tercungap-cungap. Aku cuba untuk bertenang. Siapa lelaki dalam mimpi aku itu? Fendi…Datuk Fendi Md Ali Bin Karim.

Aku membuka televisyen. Alat kawalan televisyen di tangan aku tekan. Satu demi satu siaran aku ubah. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada siaran berita pagi ini. Aku kuatkan suara televisyen supaya aku dapat mendengar dengan lebih jelas.

“Usahawan terkenal, Datuk Fendi Md Ali Bin Karim ditemui mati di sekitar kawasan Jalan Pertiwi pada malam tadi. Datuk Fendi mati ditikam pada bahagian dada. Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mencari pembunuh yang terlibat dalam kes ini.” Kata-kata pembaca berita itu membuatkan jantung aku berdegup laju. Mangsa yang ditemui mati itu sama seperti di dalam mimpi aku. Apa yang sedang berlaku ini? Adakah ini satu kebetulan? Telefon aku berdering. Aku segera menjawab panggilan.

“Hello Yusuf. Kau tengok berita pagi ini?” Suara Ashraf di dalam talian.

“Ahaa aku tengah tengok ni. Kau datang rumah aku sekarang.” Aku memutuskan talian. Mata aku masih lagi kaku memandang wajah mangsa yang terpapar pada skrin televisyen.

“Kau biar betul? Serius?” Aku hanya mengangguk.

“Ishh susah aku nak percaya.” Aku dah agak Ashraf sukar untuk percaya kata-kata aku.

“Kau nak percaya ke tak tapi muka ni lah yang aku nampak dalam mimpi aku.” Tegas aku.

“Hm..Kalau betul apa yang kau kata tu, maknanya mungkin mimpi itu sebagai petunjuk untuk kita menangkap pembunuh itu.” Ashraf cuba pertimbangkan untuk percaya. Dia bangun lalu melihat gambar di dalam frame.

“Boleh jadi juga. Tapi aku masih samar-samar lagi dengan muka pembunuh. Yang aku nampak dalam mimpi aku, dia pakai jaket hitam.”

“Dah lama kan dia pergi meninggalkan kita.” Aku faham maksud Ashraf. Sudah 10 tahun aku hidup bersendirian. Ashraf meletakkan semula frame gambar itu.

“Aku dah janji dengan dia. Aku akan cari pembunuh walaupun kes itu sudah lama tutup. Aku nak tahu siapa punya angkara semua ini.” Jelas aku. Aku cuma mahu tahu kebenaran yang sudah lama terkubur.

“Afiza mesti bangga dengan kau. Tak rindu ke kerja ini?” Ashraf beralih pula pada gambar aku mendapat anugerah dalam bidang wartawan.

“Kerja kita pun lebih kurang macam detektif juga kan haha.” Ashraf turut ketawa. Banyak kenangan di dalam rumah ini. Aku pun sudah lama tidak memandang gambar-gambar ini. Mungkin hati aku masih belum dapat menerima kenyataan. Aku memandang gambar ayah Afiza. Sudah lama aku tidak pergi melawat dia.

“Aku yakin kita akan tahu siapa dalang di sebalik semua ini.” Ashraf memberi semangat pada aku. Aku senyum.

“Terima kasih sebab tidak pernah berhenti sokong aku.” Ashraf banyak bantu aku ketika aku memerlukan bantuan.

“Tak perlu nak berterima kasih. Kita kan kawan. Lagipun aku anggap kau dah macam abang aku sendiri. Sebab tu aku taknak tengok kau mengalah.” Aku mengangguk. Aku takkan sesekali putus asa. Aku akan tunaikan janji aku.

Related chapters

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 5

    NAQIUDINAku memandu kereta ke tempat biasa perjumpaan kami. Perempuan yang duduk di sebelah aku seperti agak sedikit gementar. Sabar..sebentar lagi kau pasti akan ok. Aku kenal dia beberapa minggu yang lalu. Macam biasa dengan rupa aku yang tampan dan ayat-ayat manis sudah cukup untuk aku mengumpan dia bagi memenuhi kemahuan aku. Suasana malam yang gelap gelita menyukarkan aku melihat jalan walaupun aku selalu datang ke sini. Akhirnya kami sampai juga di depan bangunan yang sudah ditinggalkan bertahun lamanya.“Awak, kita dekat mana ini? Saya takut lah.” Aku memandang dia denganpandangan yang lembut. Aku genggam tangannya erat. Sekali sekala tangan aku merayap pada asetnya.“Awak kan dah janji dengan saya kan, awak sanggup buat apa saja untuk saya. Ke awak tipu saya?”Seperti biasa lakonan sangat penting bagi meneruskan misi ini.“Eh bukan macam tulah. Tempat ini macam seram sikit.” Dia mema

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 6

    IKMAL“Ada apa tuan?” Aku bergegas datang ke pejabat apabila mendapat panggilan daripada pegawai atasan.“Kita dapat laporan terbaru tentang kehilangan seorang lagi remaja perempuan.” Pegawai itu menyerahkan fail kepada aku. Aku mengambil fail itu.“Ada apa-apa petunjuk lagi tentang kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini?” Dia menggeleng. Aku mengeluh. Nampaknya aku perlu cari sendiri.“Kau tak pelik ke? Macam mana budak-budak ini boleh tiba-tiba hilang? Kalau seorang dua takpe juga. Ini sampai beratus kot.”Naufal meletakkan pen. Dia memandang aku.“Kau rasa apa yang dia nak?” Aku cuba berfikir.“Aku rasa ni bukan kes penculikan biasa. Kalau betul kes culik kenapa dia tak call waris pelajar-pelajar tu minta wang tebusan. Betul tak? Tak rasa sia-sia ke culik saja-saja.” Aku cuba membuat andaian.“Maksud ka

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 7

    IKMALAku sampai di lokasi kediaman milik Datuk Suhaimi Abdullah, seorang menteri di dalam negara ini. Aku mendapat berita yang dia telah mati dibunuh malam tadi. Kereta aku parking di tepi pondok pengawal. Aku keluar dari perut kereta. Pelik, rumah lengkap dengan pengawal dan cctv tapi masih dimasuki penjenayah. Orang ramai berebut-rebut mahu melihat kejadian itu.“Elok lah dia mati pun, tak pernah nak bergaul dengan kita. Sombong.”“Ini balasan atas perbuatan dia menganiaya orang lain.”Aku terdengar suara-suara penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan ini. Betul apa orang cakap. Masa hidup kita jangan buat jahat dengan orang walaupun sedikit kejahatan yang dilakukan, orang akan kenang sampai mati.“Ha apa cerita?”Aku menyoal Naufal yang sudah berada di sini awal pagi lagi.&l

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 8

    Dia bertepuk tangan. Reaksi muka dia seperti kagum dengan aku. Kemudian baru dia tersedar sesuatu.“Owh saya dah ingat. Kamu wartawan yang sering disebut-sebut orang. Yusuf bukan? Hampir-hampir saya tidak mengenali kamu. Patutlah kamu tahu banyak perkara tentang saya.” Nampaknya dia masih cam aku lagi. Dulu aku pernah siasat kes dia tetapi aku tidak dapat membuktikan yang dia bersalah.“Saya puji dengan kamu masih lagi hebat seperti dulu. Ya betul tu. Apa yang kamu cakapkan tadi semuanya benar. Pelacuran, penculikan, arak, judi semuanya saya buat. Senang je Encik Yusuf kalau mahu terlepas daripada undang-undang negara ini. Asalkan kamu ada duit, kamu boleh melakukan apa saja.”Aku dah agak dari dulu lagi. Semuanya kerja dia. Pesalah yang aku buru dari dulu lagi masih hidup senang lenang.“Jangan yakin sangat ‘Dato’. Mungkin sekarang ‘Dato’ masih lagi bebas. Tetapi kita tidak tahu kan hari esok macam mana

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 9

    YUSUFAku keliru. Aku berada di suatu tempat yang gelap.“Kenapa kau nak bunuh aku? Aku tak kenal kau.” Aku cuba mencari di mana datangnya suara itu. Langkahku terhenti apabila melihat seorang lelaki seperti melutut. Aku kenal dia.Baru sahaja aku mahu pergi lebih dekat, lelaki misteri berjaket hitam itu terus menikam ‘Dato’ Roslan tanpa belas kasihan. Aku kaku. Kaki aku tidak lagi mampu melangkah lebih dekat. Aku mahu berundur dari situ tanpa dikesan lelaki misteri itu.“Kau nak lari mana hehe.” Aku terus melarikan diri apabila dia sedar akan kehadiran aku. Aku tidak mahu mati dibunuh di sini.“Jangan takut. Aku takkan bunuh kau.”Aku menjerit apabila dia sudah muncul dihadapan aku. Masa itu juga aku tersedar dari tidur. Rupanya aku bermimpi. Peluh pada baju aku seolah aku sedang melarikan diri. Aku bangun dari katil. Keluhan dilepaskan.Kenapa mimpi aneh in

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 10

    YUSUFAku termenung sendirian. Gambar-gambar yang aku tangkap di dalam kamera dslr aku belek. Susah untuk aku percaya semua ini tetapi ini bukan lagi satu kebetulan. Mangsa yang muncul di dalam mimpi aku akhirnya benar-benar mati dibunuh. Kepala aku serabut memikirkan tentang perkara yang tidak masuk akal ini. Keluhan berat dilepaskan. Tiba-tiba aku teringat dekat Fatin. Hati ini rasa rindu pula pada dia. Mungkin ada eloknya aku bertanya khabar.“Hey mok.”Aku menghantar pesanan ringkas.“Oittt. Kenapa haa?” Dia membalas beberapa minit kemudian.“Saja rindu haha.” Entah aku pun tak tahu kenapa terlebih jujur.“Alelelele rindu konon. Nanti jum lah lepak.” Aku tersenyum riang.“Boleh je. Bila free?” Aku tetiba tereksited lebih.“Hari Sabtu ok tak?” Aku membuka buku nota aku. Yes free.“Ok set.” Kam

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 11

    NAQIUDINAku berehat seketika. Peluh pada badan aku masih belum hilang lagi. Alat kawalan jauh di atas meja aku ambil. Aku menekan butang on. Aku melihat siaran berita yang disiarkan. Isu-isu tentang campur tangan negara asing di dalam negara semakin hangat diperkatakan. Aku cuba menghadam kata-kata daripada pemberita itu. Pemberita itu petah berkata-kata tentang topik hubungan diplomatik antara negara. Sebenarnya dasar luar sesebuah dibentuk bertujuan untuk menjamin kestabilan dan keutuhan negara serta mengekalkan kedaulatannya. Hubungan diplomatik dilakukan bagi menjalinkan hubungan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari segi ekonomi mahupun keselamatan. Bermula daripada condong ke Barat pada awal kemerdekaan kepada dasar yang lebih terbuka dalam menjalinkan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi, kedudukan atau mengharapkan sokongan antarabangsa dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara. Pujian patut diberikan kepada negara Malaysia yang

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   BAB 12

    YUSUFAku tiba di hadapan rumah Fatin. Dia terus keluar apabila nampak kereta aku berhenti di hadapan rumahnya. Fatin memakai tshirt hitam lengan panjang dan seluar jeans biru. Rambut yang dibiar tidak diikat menambahkan lagi kecantikannya.“Kita nak pergi ke tempat lain atau Yusuf memang nak memandang Fatin je hari ni.” Aku tersedar. Dia ketawa mengekeh.“Fatin cantik sangat tu yang Yusuf terpukau. Pakai susuk ek?”Tangan aku terus dicubit dek kerana mulut aku yang tiada insurans.“Tak perlu pakai susuk okey. Fatin memang cantik asli.” Dia ketawa setelah memuji dirinya sendiri. Aku memandu meninggalkan kawasan perumahan Fatin. Aku mahu bawa dia pergi ke sesuatu tempat.Aku membiarkan Fatin bercakap kerana aku mahu menjadi pendengar sahaja. Banyak benda yang dibualkan. Sudah lama kami tidak berjumpa sehingga aku terlupa yang Fatin ini seorang yang banyak mulut. Bercakap dari dalam k

Latest chapter

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA EPILOG

    Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 18

    “Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 17

    Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 16

    "Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 15

    "Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 14

    Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 13

    Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 12

    "Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 11

    "Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan

DMCA.com Protection Status