YUSUF
Aku tiba di hadapan rumah Fatin. Dia terus keluar apabila nampak kereta aku berhenti di hadapan rumahnya. Fatin memakai tshirt hitam lengan panjang dan seluar jeans biru. Rambut yang dibiar tidak diikat menambahkan lagi kecantikannya.
“Kita nak pergi ke tempat lain atau Yusuf memang nak memandang Fatin je hari ni.” Aku tersedar. Dia ketawa mengekeh.
“Fatin cantik sangat tu yang Yusuf terpukau. Pakai susuk ek?” Tangan aku terus dicubit dek kerana mulut aku yang tiada insurans.
“Tak perlu pakai susuk okey. Fatin memang cantik asli.” Dia ketawa setelah memuji dirinya sendiri. Aku memandu meninggalkan kawasan perumahan Fatin. Aku mahu bawa dia pergi ke sesuatu tempat.
Aku membiarkan Fatin bercakap kerana aku mahu menjadi pendengar sahaja. Banyak benda yang dibualkan. Sudah lama kami tidak berjumpa sehingga aku terlupa yang Fatin ini seorang yang banyak mulut. Bercakap dari dalam k
NAQIUDINAku memberhentikan kereta di hadapan bangunan. Perempuan bernama Natalia yang aku kenal di dalam facebook kini sudah masuk ke dalam perangkap aku. Aku kagum dengan dia lain dari yang lain. Kebanyakan mangsa aku kalau bawa ke tempat begini mesti banyak bunyi tapi dia rilek je aku tengok. Dah memang sosial agaknya perempuan ni. Aku mengajaknya keluar dari perut kereta. Aku melihat bonjolan kembar Natalia. Menaikkan syahwat para lelaki. Aku membiarkan dia berjalan di depan supaya aku dapat melihat punggungnya yang bulat meliuk-liuk ketika melangkah.“You ni pandang I macam nak terkam je I tengok hehe.” Usik dia dengan nada manja. Aku sudah tidak dapat tahan lagi. Memang aku nak terkam kau pun.Aku merenung wajah Natalia. Kedua-dua belah tangan aku diletakkan di atas bahunya. Dia seperti tidak kisah. Bisikan syaitan yang syahdu bertiup sepoi-sepoi lembut di telinga aku. Natalia mendongak sedikit kerana aku lebih tinggi
IKMALPuas aku pujuk Datuk Afendi supaya biarkan pihak polis untuk menjaga keselamatannya kerana yakin dia sasaran seterusnya si pembunuh, tetapi dia tetap degil. Dia bertegas tidak mahu privasinya diganggu. Malah dia dengan bongkak memperlekehkan kerjaya polis dalam melindungi masyarakat awam sepertinya. Dia lebih percaya pada pengawal peribadinya yang dibayar.Aku mengalah. Kalau itu yang mahukan aku tidak boleh paksa tetapi aku telah membuat keputusan untuk memerhati keadaan Datuk Afendi secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa. Naufal juga tidak mengetahui tentang hal ini. Aku telah membuat keputusan untuk menangkap sendiri pembunuh itu dengan tangan aku sendiri. Walaupun aku telah melanggar arahan pihak atasan, aku tidak kisah asalkan aku dapat buktikan kepada mereka yang aku mampu menangkap pembunuh yang paling dikehendaki ini.Aku melihat jam di tangan. Pukul 2 pagi. Maknanya aku sudah berada di sini hampir 3 jam. Aku cekalkan hati untuk s
YUSUFAku duduk di atas katil. Badan aku terasa lenguh. Malam tadi aku tidak dapat tidur lena kerana bermimpi perkara yang sama. Hairan. Mimpi itu seolah nyata kerana aku rasa seperti aku betul-betul berada di sana. Loceng rumah berbunyi. Aku bangun dari katil untuk membuka pintu. Ashraf berdiri di luar dengan muka seposen.“Bro, aku tunggu kau lama dekat luar. Kau buat apa ha kat dalam tu. Haa aku tau.” Melihat dia tersengih-sengih sorang-sorang tu buat aku malas layan.“Ada apa kau datang awal-awal pagi ini?” Soal aku secara terus untuk tahu tujuan dia datang ke rumah aku.“Hehe. Aku dapat berita panas. Mesti kau suka punya. Kes bunuh.” Jawab dia dengan nada gembira. Aku kerutkan dahi.“Berita biasa je kes bunuh tu. Apa yang menarik sangat?” Aku masuk ke dalam rumah. Ashraf mengikuti aku dari belakang.“Macam mana kalau yang jadi pembunuh tu seorang anggota polis?
YUSUF“Kau yakin ke dia boleh tolong?”Ashraf separuh berbisik. Aku hanya mengangguk.“Jangan risau Ikmal. Yusuf kata dia kenal seorang peguam yang boleh handle kes kau ni. Kau sabar sikit ja.” Naufal cuba yakinkan lelaki yang bernama Ikmal itu. Baru aku tahu nama dia. Ikmal hanya diam. Mungkin masih tidak percaya yang dia menjadi penjenayah dalam kes pembunuhan ini. Aku meminta izin untuk beredar. Kepala aku terasa berdenyut hebat. Aku mahu pulang ke rumah.Ketika dalam perjalanan, aku baru perasan ubat yang diberi ayah semakin berkurang. Aku perlu mendapatkan yang baru bagi mengurangkan sakit kepala aku. Mimpi buruk yang aku alami membuatkan aku kurang tidur dan serabut. Botol air di atas meja aku teguk. Selesai minum, aku berbaring di atas katil. Aku cuba memejamkan mata. Aku tidak sedar bila yang aku terus hanyut dalam alam mimpi. Semuanya gelap.Aku berjalan tanpa arah tujuan.
FATINAku mengeluh panjang. Yusuf meminta bantuan aku supaya membantu seorang anggota polis yang dituduh sebagai pembunuh. Aku pasti akan kalah kerana kekurangan bukti untuk mempertahankan defendan kerana terdapat cap jari defendan pada pisau yang dijadikan sebagai alat untuk membunuh mangsa. Yang menjadi saksi terhadap pembunuhan ini hanya isteri mangsa, Nur Qalisya yang telah melihat segala yang berlaku.Hanya dia yang boleh menjadi saksi pembunuhan ini tetapi malangnya kematian suaminya yang tragik telah menyebabkan dia trauma. Dia hanya diam, tidak bercakap walaupun sepatah. Aku sedih melihat dia dengan keadaan begitu. Seperti hilang semangat untuk teruskan kehidupan apabila orang yang kita sayang pergi dalam keadaan mengerikan begitu. Aku juga pasti akan mengalami situasi yang sama sekiranya sesuatu berlaku pada Yusuf. Aku berulang-alik dari hospital kerana mahu berjumpa dengan Qalisya dengan harapan dia akan bercakap sesuatu tentang pembunuhan ya
HARIS NAUFALAku merebahkan badan seorang wanita di atas katil. Susah juga kalau buat kerja ini sendirian. Naqi sering sibuk dengan urusan dia yang masih belum selesai. Jadi aku terpaksa melakukan semua ini sendiri. Aku menyentuh wajahnya. Licin. Langsung tiada cela. Tangan aku beralih pada pahanya yang putih gebu itu pula. Dia memakai skirt pendek menampakkan segala-galanya. Aku tertawa sendirian. Radio di atas meja aku hidupkan. Aku perlukan irama lagu yang menarik untuk menghasilkan karya seni yang indah. Lagu yang bertajuk Despacito dimainkan di radio.Come on over in my direction,So thankful for that, it’s such a blessin’, yeahTurn every situation into heaven, yeah (oh, you are)My sunrise on the darkest dayGot me feelin’some kind of wayM
JACKTiupan angin malam mengganas sehingga menyucuk ke tulang. Berita malam ini hanya fokuskan pada anggota polis yang dijatuhkan hukuman kerana melakukan pembunuhan. Pelbagai spekulasi mengatakan yang pembunuh bernama Ikmal ini pembunuh yang sama membunuh mangsa-mangsa lain. Aku ketawa. Nampaknya dia akan menanggung segala perbuatan yang telah aku lakukan.Beberapa hari yang lalu sebelum perbicaraan...Aku memerhati wanita itu dari jauh. Sebenarnya aku mengikuti gerak-gerinya dari awal pagi tadi. Dia kerap datang ke hospital ini. Gayanya seolah seperti melawat seseorang. Wanita itu memasuki ke dalam perut kereta. Dalam beberapa minit, keretanya meluncur meninggalkan kawasan hospital. Aku tersenyum sinis. Aku taknak mengambil nyawanya kalau boleh. Sayang wajah yang cantik kalau mati dalam keadaan mengerikan. Aku berjalan memasuki ke dalam hospital. Para doktor sedang sibuk mengurus pesak
HARIS NAUFALAku melempar telefon di atas meja. Betul tekaan aku. Perempuan itu sudah menghasut Naqi untuk ikut jari telunjuk dia. Aku mengetap gigi. Kalau macam tu aku akan lakukan semuanya sendiri. Aku akan uruskan Naqi kemudian. Dia dah langgar prinsip yang kami berdua cipta. Jadi sudah tidak bermakna lagi dia hidup di atas muka bumi ini. Kau tunggu.Aku memandu kereta sendirian. Pada waktu malam, keadaan jalan yang gelap agak sukar dilihat tapi disebabkan aku kerap kali melalui jalan ini, aku sudah hafal selok belok jalan. Kereta perlahan-lahan berhenti di hadapan bangunan lama. Ada seorang wanita yang sedang leka menunggu kehadiran seseorang tanpa sedar kedatangan aku. Aku keluar dari kereta lalu mendekati dia.“Naqi?” Tegur dia. Aku tersengih. Nampaknya rancangan aku berjaya. Dia ingat orang yang berdiri dihadapan dia adalah adik aku, Naqi. Wajah kami yang hampir serupa membuatkan orang
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu
Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1
"Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S
"Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan