“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.
Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.
“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.
Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.
Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
DR RASYID16 Mei 1990Aku cuba menguji satu per satu uji kaji aku pada manusia. Cecair biru yang bernama X76 yang mampu mengawal minda manusia. Suntikan dikenakan pada seorang budak. Dia mengerang kesakitan. Aku cuba melihat hasilnya. Budak itu tidak berhenti menjerit akhirnya dia jatuh pengsan. Mulutnya berbuih. Aku menghempuk fail di atas meja. Sekali lagi aku gagal.“Macam mana ni Rasyid? Kau yakin kau boleh buat?” Soal Borhan yang mula hilang semangat.“Kau jangan risau. Kita hanya perlukan manusia yang mampu menahan bahan kimia ini saja.”Kata aku yakin. Borhan seperti mula mahu mengalah tapi dia masih mempercayai kata-kata aku.Ya janji aku. Janji aku padanya yang mahu menghapuskan segala jenayah dalam negara ini. Sudah tiba masanya pesalah dihukum. Jika mereka bebas pada undang-undang, ada cara lain yang boleh dilakukan. Loceng rumah ditekan. Aku memandang Borhan. Dia mengang
HARIS NAUFAL Sebab ini lah aku malas nak bawa mamat ni. Apa yang dia merepek dari tadi pun aku tak tahu. Biar aku cerita serba sedikit tentang kami berdua. Pernah dengar hyperseks? Hyperseks ini sebenarnya ketagihan terhadap seks sama juga seperti ketagih dadah, alkohol, dan judi. Tabiat ini dimiliki oleh orang yang mempunyai kecenderungan berlebihan untuk terus menerus melakukan hubungan seks dan memerlukan orang lain untuk memuaskannya dan bersedia untuk melakukannya dengan orang lain. Ada kajian mendapati hyperseks berlaku terhadap manusia yang mengalami penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak. Ada juga kes-kes berlaku disebabkan faktor kesepian hidup dan kurangnya keyakinan diri. Mereka merasakan seks sebagai satu cara bagaimana diri mereka dihargai. Aktiviti otak yang menerima ransangan ketika melakukan hubungan seks memberikan rasa euforia kerana pengeluaran hormon waktu orgasme dan mendorong mereka ingin melakukannya berulang kali. Walaupun orang s
YUSUFKringggggggggg!!! Bunyi loceng rumah dibunyikan. Aku bingkas bangun sambil tergeliat kecil. Aku mengurut bahu aku yang sedikit lenguh mungkin akibat salah tidur. Cermin mata di atas meja aku capai sebelum dipakai. Loceng itu masih dibunyikan tanpa henti. Aahh aku dah boleh agak siapa yang datang awal-awal pagi macam ini. Pintu dibuka dan memang tepat tekaan aku, Ashraf yang datang pada waktu macam ini. Seperti biasa dia masuk tanpa disuruh. Aku menutup pintu.“Cuba kau tengok ni.” Ashraf meletakkan akhbar di atas meja. Aku membaca tajuk utama akhbar itu.Apa Sebenarnya Terjadi?Kuala LumpurMayat seorang lelaki yang ditemui parah di dada awal pagi kelmarin terus menjadi tanda tanya. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dirompak oleh penjenayah atau memang dijadikan sasaran oleh pihak tertentu. Doktor mengesahkan mangsa mati akibat tikaman
IKMALAku duduk sambil memerhati anak-anak buah aku memeriksa mayat. Asap berkepul-kepul dihembus ke udara oleh aku. Beberapa minit kemudian, datang seorang lelaki yang entah dari mana (aku rasa wartawan sebab dia bawa kamera) menganggu kerja kami. Pada mulanya aku cuma biarkan sahaja tapi lama kelamaan aku tengok dia makin dekat dengan mayat. Aku terus bagi amaran supaya beredar dari sini.“Tuan. Kami jumpa benda ni.” Pihak forensik menyerahkan pendrive kepada aku. Aku memang dah agak pembunuh orang yang sama. Cara dia bunuh mangsa juga tidak berubah dan petunjuk yang dia tinggalkan tetap sama. Pendrive akan ditinggalkan bersama mangsa yang dibunuh. Aku perlu segera ke pejabat untuk melihat isi kandungan dalam pendrive ini.Pendrive di cucuk pada laptop. Muncul beberapa file di dalam pendrive itu. Mata aku tertumpu pada tarikh kelmarin. Aku pantas klik pada file itu. Dokumen tentang hal peribadi mangsa. Segala perkara seperti status
JACKAku mengambil kunci kereta di atas meja. Jaket hitam kegemaran aku disarung pada badan. Aku menenangkan diri. Aku tidak bersalah. Apa yang aku lakukan ini hanya mahu mencari keadilan di negara ini. Mereka yang bersalah tidak patut hidup bebas. Pendrive aku memasukkan ke dalam poket. Yaa ini semua untuk menuntut bela. Jadi aku tak perlu takut.Aku keluar dari rumah. Kereta dihidupkan. Rokok benda wajib yang perlu selalu ada dengan aku. Aku menghembus asap rokok ke udara. Aku dah bersedia. Kereta diluncur laju ke arah lokasi sasaran aku.Aku menurunkan tingkap kereta. Aku dah agak dia akan selalu lepak di sini. Kereta dia parking betul-betul di hadapan aku. Dia keluar dari perut kereta.“Datuk Fendi Md Ali Bin Karim.” Dia menoleh ke arah aku.“Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh…” Belum sempat dia habiskan ayatnya aku menumbuk perutnya sehingga tersungkur jatuh. Dia seperti kel
NAQIUDINAku memandu kereta ke tempat biasa perjumpaan kami. Perempuan yang duduk di sebelah aku seperti agak sedikit gementar. Sabar..sebentar lagi kau pasti akan ok. Aku kenal dia beberapa minggu yang lalu. Macam biasa dengan rupa aku yang tampan dan ayat-ayat manis sudah cukup untuk aku mengumpan dia bagi memenuhi kemahuan aku. Suasana malam yang gelap gelita menyukarkan aku melihat jalan walaupun aku selalu datang ke sini. Akhirnya kami sampai juga di depan bangunan yang sudah ditinggalkan bertahun lamanya.“Awak, kita dekat mana ini? Saya takut lah.” Aku memandang dia denganpandangan yang lembut. Aku genggam tangannya erat. Sekali sekala tangan aku merayap pada asetnya.“Awak kan dah janji dengan saya kan, awak sanggup buat apa saja untuk saya. Ke awak tipu saya?”Seperti biasa lakonan sangat penting bagi meneruskan misi ini.“Eh bukan macam tulah. Tempat ini macam seram sikit.” Dia mema
IKMAL“Ada apa tuan?” Aku bergegas datang ke pejabat apabila mendapat panggilan daripada pegawai atasan.“Kita dapat laporan terbaru tentang kehilangan seorang lagi remaja perempuan.” Pegawai itu menyerahkan fail kepada aku. Aku mengambil fail itu.“Ada apa-apa petunjuk lagi tentang kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini?” Dia menggeleng. Aku mengeluh. Nampaknya aku perlu cari sendiri.“Kau tak pelik ke? Macam mana budak-budak ini boleh tiba-tiba hilang? Kalau seorang dua takpe juga. Ini sampai beratus kot.”Naufal meletakkan pen. Dia memandang aku.“Kau rasa apa yang dia nak?” Aku cuba berfikir.“Aku rasa ni bukan kes penculikan biasa. Kalau betul kes culik kenapa dia tak call waris pelajar-pelajar tu minta wang tebusan. Betul tak? Tak rasa sia-sia ke culik saja-saja.” Aku cuba membuat andaian.“Maksud ka
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu
Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1
"Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S
"Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan