IKMAL
Aku duduk sambil memerhati anak-anak buah aku memeriksa mayat. Asap berkepul-kepul dihembus ke udara oleh aku. Beberapa minit kemudian, datang seorang lelaki yang entah dari mana (aku rasa wartawan sebab dia bawa kamera) menganggu kerja kami. Pada mulanya aku cuma biarkan sahaja tapi lama kelamaan aku tengok dia makin dekat dengan mayat. Aku terus bagi amaran supaya beredar dari sini.
“Tuan. Kami jumpa benda ni.” Pihak forensik menyerahkan pendrive kepada aku. Aku memang dah agak pembunuh orang yang sama. Cara dia bunuh mangsa juga tidak berubah dan petunjuk yang dia tinggalkan tetap sama. Pendrive akan ditinggalkan bersama mangsa yang dibunuh. Aku perlu segera ke pejabat untuk melihat isi kandungan dalam pendrive ini.
Pendrive di cucuk pada laptop. Muncul beberapa file di dalam pendrive itu. Mata aku tertumpu pada tarikh kelmarin. Aku pantas klik pada file itu. Dokumen tentang hal peribadi mangsa. Segala perkara seperti status, gaji dan rekod jenayah memang jelas ditunjukkan di dalam file ini, Pembunuh memang sudah menyediakan segala persiapan ini malah dia tahu akan semua gerak geri mangsa sebelum bertindak. Aku yakin pembunuh ini bukan calang-calang orang. Aku akan bongkarkan kes ini dan cari pembunuh yang sebenar. Aku pasti dia berada tidak jauh dari sini.
“Sudah sudah lah Ikmal dengan kes tu. Dekat 2 tahun dah kita buru dia tapi masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru lagi.” Kata rakan setugas aku, Naufal.
“Aku rasa aku dah makin hampir untuk menangkap dia. Kau kena percaya cakap aku.” Naufal diam tidak memberi respon. Dia kemudian mengambil fail di atas meja.
“Aku percaya kau tapi….” Fail ditangan dia lempar di atas meja aku. Aku terkejut. Aku membelek fail di atas meja. Tak terkira bilangan jumlah fail itu.
“Kita bukan handle kes bunuh je tau. Ini cuba kau tengok. Kes remaja perempuan yang hilang masih belum reda lagi. Terbaru kita dapat laporan yang ada seorang lagi remaja perempuan hilang. Aku pun naik pening dah.” Aku menutup fail itu semula. Serabut. Makin ramai penjenayah di luar sana tidak takut akan undang-undang di negara ini. Aku pasti akan menuntut keadilan atas setiap perbuatan yang mereka lakukan. Ini janji aku.
NAQIUDIN
“Kamu jangan bimbang, semua perkara yang kamu cerita akan saya rahsiakan. Trust me.” Aku yakinkan pelajar itu supaya dia dapat menceritakan tentang masalah yang dihadapinya.
“Hmm..Macam ni cekgu, saya sebenarnya ada masalah sikit dengan keluarga saya.” Setelah hampir 10 minit dia berdiam diri akhirnya dia bersuara.
“Owh masalah macam mana tu? Kalau kamu tak kisah, boleh kamu ceritakan pada saya?” Aku membuka buku. Pen yang berada di dalam bakul aku capai.
“Ayah dan mak saya selalu bergaduh. Kadang-kadang kes benda kecik pun mereka boleh bergaduh. Saya stress cikgu. Lagipun saya nak ambil peperiksaan SPM tahun ni tapi mereka langsung tak ambil kisah pasal saya.” Aku mencatat segala perkara yang diluah oleh pelajar itu. Macam aku sangka, kes biasa seperti budak-budak lain sebelum ini.
Selesai sesi kaunseling aku bersama pelajar, aku mengemas buku-buku di atas meja. Seperti biasa, tugas aku hari-hari adalah mendengar masalah yang dihadapi oleh para pelajar aku. Aku akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Tugas ini memerlukan kesabaran yang tinggi tapi aku tak kisah sebab aku memang sukakan kerjaya ini. Aku menuruni tangga dan terus ke kantin. Sejak dari tadi aku belum makan apa-apa lagi patut lah perut ni berbunyi je.
“Aiii baru nak makan ke Cekgu Din.” Aku memandang seseorang yang berada di depan pintu.
“Eh Qis. Ahaa baru nak makan kenapa nak teman ke hehe.” Gurau aku sengaja mengusik dia.
“Oke juga saya pun tengah free ni.” Tanpa disuruh dia duduk di hadapan aku. Aku hanya senyum sebelum menyuap makanan ke dalam mulut. Nanti-nantilah borak, aku tengah lapar ni.
Fuhh baru rasa gembira bila perut dah kenyang. Aku memandang Cekgu Qistina. Aku dapat melihat dari riak mukanya yang dia seperti mahu bertanya sesuatu. Aku menolak pinggan yang sudah licin aku kerjakan ke tepi.
“Yaa Cekgu Qis. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Dia terkejut apabila aku tiba-tiba mengaju soalan begitu.
“Wow Din, you memang ada psikik ek boleh tahu apa yang orang fikir.” Aku ketawa kecil. Kelakar apabila melihat wajah dia yang kagum itu.
"Bukanlah. Saya cuma tengok bahasa isyarat tangan awak je. Selalunya orang yang meletakkan kedua-dua tangan ke dagu ini seperti sedang memikirkan sesuatu.” Aku cuba menjelaskan sambil menunjuk ke arah tangannya. Dia segera membetulkan gaya duduknya. Tangan diletakkan di atas meja.
“Oke oke. You tak penat ke maksud I yelaa you tahu kan kerja you macam mana, setiap hari budak-budak akan datang berjumpa dengan you cerita tentang masalah mereka. You tak stress?” Sekali lagi aku ketawa apabila Qistina bertanya tentang hal itu.
“Saya suka kerja saya ini. Memang dari dulu lagi cita-cita saya suka bantu orang, dengar masalah mereka. Saya rasa macam dekat sangat dengan pelajar-pelajar saya. Walaupun ada perkara yang saya tak mampu selesaikan tetapi saya rasa gembira apabila mereka masih percayakan saya. Stress? Tak pernah sekali pun saya rasa stress atau terbeban dengan tanggungjawab yang saya pikul ini. Lagipun saya rasa tugas awak lagi mencabar kerana mengajar pelajar bukan sahaja memberi mereka ilmu malah membantu mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.” Dia merenung ke dalam mata aku kemudian mengangguk.
“Betul tu I sokong apa yang you cakap itu.” Aku tersengih. Aku tersedar sesuatu tentang dirinya.
“Awak memang tak pandai menipu kan.” Jujur aku kepada dia.
“Eh kenapa pula cakap macam itu?” Dia tiba-tiba gelabah.
“Kesalahan pertama awak apabila cuba menipu ialah apabila awak tidak memandang ke arah mata saya masa awak bercakap awak setuju dengan penjelasan saya itu tadi. Kedua, jari telunjuk awak ke atas pipi dan ibu jari awak pula menyokong dagu. Saya yakin awak sedang kritik saya di dalam minda contoh ‘saya tidak setuju dengan awak’ lebih kurang macam itu. Awak mengingatkan saya pada Hillary Clinton ketika dia tidak yakin atau tidak setuju dengan orang lain.” Aku jelas panjang lebar pada dia. Kali ini dia terkejut kerana apa yang aku katakan itu benar.
“Ishh sudah lah. You ni kan ada je nak usik I. Susah lah kalau sembang dengan you ni setiap hari. Ada je benda yang dia tahu pasal kita.” Dia terus bangun dari tempat duduknya.
“Siapa lah yang jadi isteri you nanti. Mesti semua benda you tahu pasal dia. Takpe apa-apa pun I doakan you bahagia dengan pilihan hidup you walaupun orang itu bukan I. Ok I gerak dulu, I ada kelas lepas ini.” Dia senyum sebelum beredar.
“Qistina.” Aku memanggil dia.
“Ye.” Dia menoleh.
“Awak tipu lagi.” Mata dia terbeliak apabila aku ketawa tanpa henti. Aku dah agak dia masih belum mampu melupakan aku lagi. Aku membayar makanan dan minuman kemudian terus bergerak ke pejabat aku semula.
Aku memikirkan kata-kata Qistina tadi. Pasal jodoh. Kahwin? Huhh. Aku mengeluh perlahan. Umur aku sudah semakin meningkat tetapi aku masih tidak mengambil serius akan hal itu. Mungkin perkara ini menjadi faktor Qistina tinggalkan aku kerana aku tidak pernah sekali pun sebut tentang perkahwinan. Qistina yang selalu mengeluarkan topik itu dan selalu aku yang akan mengelak. Aku bersandar pada kerusi.
JACKAku mengambil kunci kereta di atas meja. Jaket hitam kegemaran aku disarung pada badan. Aku menenangkan diri. Aku tidak bersalah. Apa yang aku lakukan ini hanya mahu mencari keadilan di negara ini. Mereka yang bersalah tidak patut hidup bebas. Pendrive aku memasukkan ke dalam poket. Yaa ini semua untuk menuntut bela. Jadi aku tak perlu takut.Aku keluar dari rumah. Kereta dihidupkan. Rokok benda wajib yang perlu selalu ada dengan aku. Aku menghembus asap rokok ke udara. Aku dah bersedia. Kereta diluncur laju ke arah lokasi sasaran aku.Aku menurunkan tingkap kereta. Aku dah agak dia akan selalu lepak di sini. Kereta dia parking betul-betul di hadapan aku. Dia keluar dari perut kereta.“Datuk Fendi Md Ali Bin Karim.” Dia menoleh ke arah aku.“Ya saya. Ada apa-apa yang saya boleh…” Belum sempat dia habiskan ayatnya aku menumbuk perutnya sehingga tersungkur jatuh. Dia seperti kel
NAQIUDINAku memandu kereta ke tempat biasa perjumpaan kami. Perempuan yang duduk di sebelah aku seperti agak sedikit gementar. Sabar..sebentar lagi kau pasti akan ok. Aku kenal dia beberapa minggu yang lalu. Macam biasa dengan rupa aku yang tampan dan ayat-ayat manis sudah cukup untuk aku mengumpan dia bagi memenuhi kemahuan aku. Suasana malam yang gelap gelita menyukarkan aku melihat jalan walaupun aku selalu datang ke sini. Akhirnya kami sampai juga di depan bangunan yang sudah ditinggalkan bertahun lamanya.“Awak, kita dekat mana ini? Saya takut lah.” Aku memandang dia denganpandangan yang lembut. Aku genggam tangannya erat. Sekali sekala tangan aku merayap pada asetnya.“Awak kan dah janji dengan saya kan, awak sanggup buat apa saja untuk saya. Ke awak tipu saya?”Seperti biasa lakonan sangat penting bagi meneruskan misi ini.“Eh bukan macam tulah. Tempat ini macam seram sikit.” Dia mema
IKMAL“Ada apa tuan?” Aku bergegas datang ke pejabat apabila mendapat panggilan daripada pegawai atasan.“Kita dapat laporan terbaru tentang kehilangan seorang lagi remaja perempuan.” Pegawai itu menyerahkan fail kepada aku. Aku mengambil fail itu.“Ada apa-apa petunjuk lagi tentang kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini?” Dia menggeleng. Aku mengeluh. Nampaknya aku perlu cari sendiri.“Kau tak pelik ke? Macam mana budak-budak ini boleh tiba-tiba hilang? Kalau seorang dua takpe juga. Ini sampai beratus kot.”Naufal meletakkan pen. Dia memandang aku.“Kau rasa apa yang dia nak?” Aku cuba berfikir.“Aku rasa ni bukan kes penculikan biasa. Kalau betul kes culik kenapa dia tak call waris pelajar-pelajar tu minta wang tebusan. Betul tak? Tak rasa sia-sia ke culik saja-saja.” Aku cuba membuat andaian.“Maksud ka
IKMALAku sampai di lokasi kediaman milik Datuk Suhaimi Abdullah, seorang menteri di dalam negara ini. Aku mendapat berita yang dia telah mati dibunuh malam tadi. Kereta aku parking di tepi pondok pengawal. Aku keluar dari perut kereta. Pelik, rumah lengkap dengan pengawal dan cctv tapi masih dimasuki penjenayah. Orang ramai berebut-rebut mahu melihat kejadian itu.“Elok lah dia mati pun, tak pernah nak bergaul dengan kita. Sombong.”“Ini balasan atas perbuatan dia menganiaya orang lain.”Aku terdengar suara-suara penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan ini. Betul apa orang cakap. Masa hidup kita jangan buat jahat dengan orang walaupun sedikit kejahatan yang dilakukan, orang akan kenang sampai mati.“Ha apa cerita?”Aku menyoal Naufal yang sudah berada di sini awal pagi lagi.&l
Dia bertepuk tangan. Reaksi muka dia seperti kagum dengan aku. Kemudian baru dia tersedar sesuatu.“Owh saya dah ingat. Kamu wartawan yang sering disebut-sebut orang. Yusuf bukan? Hampir-hampir saya tidak mengenali kamu. Patutlah kamu tahu banyak perkara tentang saya.” Nampaknya dia masih cam aku lagi. Dulu aku pernah siasat kes dia tetapi aku tidak dapat membuktikan yang dia bersalah.“Saya puji dengan kamu masih lagi hebat seperti dulu. Ya betul tu. Apa yang kamu cakapkan tadi semuanya benar. Pelacuran, penculikan, arak, judi semuanya saya buat. Senang je Encik Yusuf kalau mahu terlepas daripada undang-undang negara ini. Asalkan kamu ada duit, kamu boleh melakukan apa saja.”Aku dah agak dari dulu lagi. Semuanya kerja dia. Pesalah yang aku buru dari dulu lagi masih hidup senang lenang.“Jangan yakin sangat ‘Dato’. Mungkin sekarang ‘Dato’ masih lagi bebas. Tetapi kita tidak tahu kan hari esok macam mana
YUSUFAku keliru. Aku berada di suatu tempat yang gelap.“Kenapa kau nak bunuh aku? Aku tak kenal kau.” Aku cuba mencari di mana datangnya suara itu. Langkahku terhenti apabila melihat seorang lelaki seperti melutut. Aku kenal dia.Baru sahaja aku mahu pergi lebih dekat, lelaki misteri berjaket hitam itu terus menikam ‘Dato’ Roslan tanpa belas kasihan. Aku kaku. Kaki aku tidak lagi mampu melangkah lebih dekat. Aku mahu berundur dari situ tanpa dikesan lelaki misteri itu.“Kau nak lari mana hehe.” Aku terus melarikan diri apabila dia sedar akan kehadiran aku. Aku tidak mahu mati dibunuh di sini.“Jangan takut. Aku takkan bunuh kau.”Aku menjerit apabila dia sudah muncul dihadapan aku. Masa itu juga aku tersedar dari tidur. Rupanya aku bermimpi. Peluh pada baju aku seolah aku sedang melarikan diri. Aku bangun dari katil. Keluhan dilepaskan.Kenapa mimpi aneh in
YUSUFAku termenung sendirian. Gambar-gambar yang aku tangkap di dalam kamera dslr aku belek. Susah untuk aku percaya semua ini tetapi ini bukan lagi satu kebetulan. Mangsa yang muncul di dalam mimpi aku akhirnya benar-benar mati dibunuh. Kepala aku serabut memikirkan tentang perkara yang tidak masuk akal ini. Keluhan berat dilepaskan. Tiba-tiba aku teringat dekat Fatin. Hati ini rasa rindu pula pada dia. Mungkin ada eloknya aku bertanya khabar.“Hey mok.”Aku menghantar pesanan ringkas.“Oittt. Kenapa haa?” Dia membalas beberapa minit kemudian.“Saja rindu haha.” Entah aku pun tak tahu kenapa terlebih jujur.“Alelelele rindu konon. Nanti jum lah lepak.” Aku tersenyum riang.“Boleh je. Bila free?” Aku tetiba tereksited lebih.“Hari Sabtu ok tak?” Aku membuka buku nota aku. Yes free.“Ok set.” Kam
NAQIUDINAku berehat seketika. Peluh pada badan aku masih belum hilang lagi. Alat kawalan jauh di atas meja aku ambil. Aku menekan butang on. Aku melihat siaran berita yang disiarkan. Isu-isu tentang campur tangan negara asing di dalam negara semakin hangat diperkatakan. Aku cuba menghadam kata-kata daripada pemberita itu. Pemberita itu petah berkata-kata tentang topik hubungan diplomatik antara negara. Sebenarnya dasar luar sesebuah dibentuk bertujuan untuk menjamin kestabilan dan keutuhan negara serta mengekalkan kedaulatannya. Hubungan diplomatik dilakukan bagi menjalinkan hubungan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari segi ekonomi mahupun keselamatan. Bermula daripada condong ke Barat pada awal kemerdekaan kepada dasar yang lebih terbuka dalam menjalinkan hubungan diplomatik tanpa mengira ideologi, kedudukan atau mengharapkan sokongan antarabangsa dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara. Pujian patut diberikan kepada negara Malaysia yang
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu
Aku menyarung jaket yang tertulis MARVEL. Seluar jean biru dipakai. Dompet dan kunci dimasukkan ke dalam beg sandang. Telefon di atas meja aku ambil. Nombor prebet di dail. Prebet ini lebih kurang macam grab tapi prebet ini kebanyakan dalam universiti pelajar yang buat. Macam kereta sapu. Setelah selesai melakukan perjanjian dengan prebet, aku keluar dari bilik."Mu nak pergi mana?" Soal rumet aku melihat aku yang bangun awal pada hari Sabtu. Sesuatu perkara yang ajaib bagi dirinya melihat aku menewaskan matahari yang belum muncul lagi."Aku nak pergi KL. Ada kerja sikit." Jawab aku memberi jawapan selamat."Ooo ok.." Balas dia sambil masuk ke bilik bersama alat tulis. Tak lain tak bukan melukis je kerja dia sepanjang minggu ni.Aku menuruni tangga. Ini masalah bila asrama kau tingkat tiga. Kalau tertinggal barang memang naik turun lah kau sambil terkejar-kejar bas. Aku memandang sekitar cafe. Kereta myvi silver bernombor WDA 1
"Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S
"Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan