"IMO, mi sup dua. Nasi goreng kimchi satu. Air suam tiga.”
Pesanan yang diambil Mingi tadi terus diserah kepada Puan Sora dan Sherin yang sibuk bertungkus-lumus menyediakan makanan tersebut.
“Air suam siap,” kata Sherin pula dengan ceria dapat membantu di gerai Puan Sora.
“Nanti Sherin tolong imo buatkan mi sup ya? imo nak buat nasi goreng kimchi.”
“Eh, imo! Imo!” Mingi cuba menahan pergerakan tangan Puan Sora.
“Kenapa Mingi?”
“Biar saya yang buatkan mi sup tu, Sherin gorengkan nasi kimchi. Imo pula pergi berehat.”
Puan Sora melirik ke arah Sherin yang dari tadi tersenyum.
“Tahu ke Sherin nak masak? Nanti rasa nasi tu lain macam mana?”
“Imo janganlah pandang Sherin sebelah mata. Hebat Sherin ni tau, dia buat air pun sedap apatah lagi kalau makanan.”
“Ish! Mana ada,” nafi Sherin kerana malu MinMINGI dan Puan Sora sibuk mengemas gerai. Operasi gerai akhirnya tiba ke penghujung waktu. Maka, mereka segera menghabiskan kerja yang tersisa untuk menutup gerai.Dalam ralit mereka mengemas, baru Puan Sora perasan yang sejak tadi kelibat Sherin tidak kelihatan.“Mingi.…”Mingi yang sedang mengelap meja sebelum dilipat pantas menoleh.“Sherin mana?”Barulah Mingi perasan kelibat Sherin tiada bersama mereka di situ.“Tadi dia kata nak pergi tandas, tapi... lamanya.”Kepala Mingi turut menoleh ke kiri dan kanan, bahkan ke belakang juga turut dilihat.“Cuba nanti kamu pergi tengok dia. Risau pula imo.”“Baiklah,”Tidak sampai beberapa saat Mingi menyahut. Kelibat Sherin kelihatan. Wajah Sherin yang terpamer tegang dengan raut wajah yang kelihatan lebam membuatkan Puan Sora dan Mingi terkejut besar.“Yah! Sherin! Awak pergi
MINGI melabuhkan punggung di sisi Sherin yang dari tadi hanya menyandar di kerusi.“Sherin, awak tak mahu terima rawatan?”Sherin hanya menggeleng perlahan.“Tapi muka awak lebam teruk juga ni. Tak nak ambil ubat?”Sekali lagi Sherin menggeleng. Akhirnya Mingi mengeluh dan memandang ke depan. Mata dipejam rapat.“Sherin kalau saya tanya beberapa soalan. Boleh tak?”“Soalan apa?”Mingi menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin lalu disela berat.“Awak pandai berlawan?”Sherin mengangguk perlahan.“Boleh saya tahu, kenapa…”Bibir Mingi diketap, rasa kurang yakin mahu bertanyakan soalan itu.“... awak begitu ambil berat tentang imo?”Sherin terus menoleh.“Maksud awak?”“Banyak kali awak bantu imo. Kali ni je dah masuk lebih dari 3 kali. Setiap perkara yan
"OPPA sakitlah!” rintih Bella apabila tangannya ditarik kasar dan dibawa ke bahagian atas bumbung syarikat WMC.Setelah tiba di bumbung barulah tangan Bella dilepaskan.“Ish! Apa oppa ni? Sakit tahu tak. Merah dah tangan Bella.”Jelingan maut Bella beri kepada Woojin. Sakit tangan yang kemerahan itu sakit lagi hatinya kerana dipaksa naik ke bumbung.“Kenapa oppa tarik Bella sampai sini. Oppa nak apa?” soal Bella acuh tidak acuh.Woojin hanya mendiamkan diri, dia sendiri tidak tahu apa masalahnya. Dia melihat Bella berbual dengan pekerja lelaki di syarikat WMC membuatkan hati Woojin timbul rasa cemburu.Dia tidak tahu mengapa dan kenapa dia bertindak begitu. Mungkin dia takut Bella akan tinggalkan dirinya.“Awak buat apa dengan lelaki tadi?”Bella menoleh. Wajah cemberut berubah nakal serta-merta.“Awak cemburu ke Woojin?” soal Bella dengan sengihan si
KAWASAN pintu pagar Taman Tema Lotte World menyapa pandangan mata. Liur terasa berpasir. Seumur hidupnya, belum pernah dia menjejakkan kaki ke taman tema itu.“Oppa! Palliwa!” Jeritan Bella membuatkan Woojin memandang tanpa reaksi. “Bella-shi, kalau kita tak masuk tak boleh ke?” soal Woojin. Wajah Bella sudah berubah cemberut. Tangan pula mula bercekak pinggang. “Oppa! Kita dah sampai sini tahu tak? Tadi waktu kami berbincang nak pergi mana. Kenapa oppa tak nak cakap apa-apa? Sekarang kita dah sampai tak nak masuk pula.” Dari tangan bercekak pinggang terus naik memeluk badan sendiri. Jelingan maut turut diberi. Hatinya berasa panas dengan sikap Woojin yang tiba-tiba berubah fikiran. “Tak, tempat ni mahal. Kita baru pelatih, gaji kita dapat pun tak setimpal dengan harga nak masuk ke tempat macam ni. Dari habiskan di tempat hiburan lebih baik kita simpan untuk kegunaan masa depan nanti.” Pandangan Bella terus
SHERIN mengenggam telefon bimbit. Kerutan di dahi mula terpamer.“Awak okey?”Renungan Sherin pada skrin telefon teralih kepada Mingi yang kini berada di sisi. Pandangan mata mereka bertemu.“Okey.” Telefon bimbit itu segera disimpan ke dalam jaket baju hoddie.“Ada masalah ke?”Sherin menggeleng laju.“Tak ada apa-apa, macam mana? Ada tiketnya?” soal Sherin sengaja mahu mengubah topik perbualan mereka.Sehelai kertas diangkat bersama-sama dengan buku visa berwarna hijau milik Mingi.“Jangan risau, saya tempah atas talian kan jadi, tiket dah ada.”Sherin mengangguk tanda mengerti. Kedua-dua tangannya menyeluk ke dalam poket hoddie. Sherin tidak mahu berkata banyak, moodnya agak kurang menyenangkan saat ini.“Sherin, saya minta maaf tau.”Sekali lagi kepala Sherin tertoleh. Wajah kendur Mingi membuatkan dahi Sherin kemba
“SELAMAT petang imo,”Sora menoleh lalu tersenyum melihat Sherin datang ke bilik rawatan itu.“Saya ada bawakan beberapa kuih untuk imo, jemputlah makan. Imo dah makan belum? Saya minta maaf sebab datang lambat, banyak urusan hari ni.”Beg plastik yang dibawa bersama diletakkan di atas meja pesakit. Kerusi di sisi katil ditarik lalu Sherin melabuhkan punggung di situ. Senyuman turut terpasak di bibir.“Susah-susahkan Sherin je datang lawat imohari-hari. Sherin kan sibuk kerja? Tak perlulah hari-hari datang ke sini, lagipun tak lama dah nanti imo boleh keluar.”“Tak apalah imo, lagipun saya dah janji dengan Mingi. Saya akan update dia jika ada apa-apa terjadi dekat sini. Nanti dia tanya banyak, saya tak ada jawapan. Merajuk pula dia.”“Sherin rapat juga eh dengan Mingi?”“Bolehlah, rapat juga. Mingi tu baik imo.”Puan Sora tersenyum.“Dengan Woojin, Sherin rapat juga?”Senyuman di bibir Sherin mati serta-merta. Pandangan mereka bertemu. “Tak ya?” tebak Puan Sora.Sherin tersen
"WOOJIN, saya perhatikan saja awak dari awal dulu. Awak memang seorang yang panas baran ke macam mana?”Woojin menunduk mendengar soalan yang diaju oleh Yuna. Dia tidak panas baran jika tiada perkara yang membuatkan dia marah.“Renjun, awak pula dari awal saya nasihatkan supaya mulut tu jaga. Awak berdua ni bakal artis tahu tak perkara tu? Kalau dah namanya bakal artis boleh ke awak berdua tunjuk perangai tak semengah awak ni depan orang lain?”Renjun berasa ingin memberontak. Dia juga bukan mahu sesuka hati mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar, tetapi sikap Woojin membuatkan dia sukar mengawal pertuturan!“Beginilah, disebabkan masalah kamu berdua ni. Saya mahu kamu berdua cuci tandas lelaki di tingkat tiga. Cuci sampai bersih dan kalau saya dapat tahu kamu tak ikut arahan saya. Kamu berdua akan dikecualikan dari menyertai show battle minggu depan. Faham?”Kedua-dua mereka hanya mengangguk faham.“Saya tak dengar suara kamu berdua. Bisu ke apa!”“Baik,” sahut mereka denga
TANGAN Woojin dilepaskan setelah mereka keluar dari ruangan lobi Syarikat WMC. Tangan Bella terus memeluk tubuh sambil jelingan menyampahnya diberi kepada Woojin.“Awak memang saja nak sakitkan hati saya kan?”“Apa maksud awak ni Bella? Saya tak faham.” Woojin memang tidak mengerti apa yang Bella cuba katakana, bahkan adegan Bella dan Sherin bergaduh tadi masih bermain difikiran.“Buat-buat tanya pula. Awak dah tahu saya tak sukakan perempuan tadi tu kenapa awak terima juga bekalan daripada dia?”“Waktu bila awak cakap dekat saya, awak tak sukakan dia?” Kening Woojin terangkat hairan.“Urgh! Bila-bila pun la. Lepas ni kalau saya tahu awak berjumpa dengan dia lagi. Saya tak teragak-agak tinggalkan awak.”Bahu Woojin ditolak kasar seraya langkah Bella dibuka luas meninggalkan Woojin keseorangan di situ.Woojin blur seketika dengan sit