KAWASAN pintu pagar Taman Tema Lotte World menyapa pandangan mata. Liur terasa berpasir. Seumur hidupnya, belum pernah dia menjejakkan kaki ke taman tema itu.
“Oppa! Palliwa!”Jeritan Bella membuatkan Woojin memandang tanpa reaksi.
“Bella-shi, kalau kita tak masuk tak boleh ke?” soal Woojin.
Wajah Bella sudah berubah cemberut. Tangan pula mula bercekak pinggang.
“Oppa! Kita dah sampai sini tahu tak? Tadi waktu kami berbincang nak pergi mana. Kenapa oppa tak nak cakap apa-apa? Sekarang kita dah sampai tak nak masuk pula.”
Dari tangan bercekak pinggang terus naik memeluk badan sendiri. Jelingan maut turut diberi. Hatinya berasa panas dengan sikap Woojin yang tiba-tiba berubah fikiran.
“Tak, tempat ni mahal. Kita baru pelatih, gaji kita dapat pun tak setimpal dengan harga nak masuk ke tempat macam ni. Dari habiskan di tempat hiburan lebih baik kita simpan untuk kegunaan masa depan nanti.”
Pandangan Bella terus
SHERIN mengenggam telefon bimbit. Kerutan di dahi mula terpamer.“Awak okey?”Renungan Sherin pada skrin telefon teralih kepada Mingi yang kini berada di sisi. Pandangan mata mereka bertemu.“Okey.” Telefon bimbit itu segera disimpan ke dalam jaket baju hoddie.“Ada masalah ke?”Sherin menggeleng laju.“Tak ada apa-apa, macam mana? Ada tiketnya?” soal Sherin sengaja mahu mengubah topik perbualan mereka.Sehelai kertas diangkat bersama-sama dengan buku visa berwarna hijau milik Mingi.“Jangan risau, saya tempah atas talian kan jadi, tiket dah ada.”Sherin mengangguk tanda mengerti. Kedua-dua tangannya menyeluk ke dalam poket hoddie. Sherin tidak mahu berkata banyak, moodnya agak kurang menyenangkan saat ini.“Sherin, saya minta maaf tau.”Sekali lagi kepala Sherin tertoleh. Wajah kendur Mingi membuatkan dahi Sherin kemba
“SELAMAT petang imo,”Sora menoleh lalu tersenyum melihat Sherin datang ke bilik rawatan itu.“Saya ada bawakan beberapa kuih untuk imo, jemputlah makan. Imo dah makan belum? Saya minta maaf sebab datang lambat, banyak urusan hari ni.”Beg plastik yang dibawa bersama diletakkan di atas meja pesakit. Kerusi di sisi katil ditarik lalu Sherin melabuhkan punggung di situ. Senyuman turut terpasak di bibir.“Susah-susahkan Sherin je datang lawat imohari-hari. Sherin kan sibuk kerja? Tak perlulah hari-hari datang ke sini, lagipun tak lama dah nanti imo boleh keluar.”“Tak apalah imo, lagipun saya dah janji dengan Mingi. Saya akan update dia jika ada apa-apa terjadi dekat sini. Nanti dia tanya banyak, saya tak ada jawapan. Merajuk pula dia.”“Sherin rapat juga eh dengan Mingi?”“Bolehlah, rapat juga. Mingi tu baik imo.”Puan Sora tersenyum.“Dengan Woojin, Sherin rapat juga?”Senyuman di bibir Sherin mati serta-merta. Pandangan mereka bertemu. “Tak ya?” tebak Puan Sora.Sherin tersen
"WOOJIN, saya perhatikan saja awak dari awal dulu. Awak memang seorang yang panas baran ke macam mana?”Woojin menunduk mendengar soalan yang diaju oleh Yuna. Dia tidak panas baran jika tiada perkara yang membuatkan dia marah.“Renjun, awak pula dari awal saya nasihatkan supaya mulut tu jaga. Awak berdua ni bakal artis tahu tak perkara tu? Kalau dah namanya bakal artis boleh ke awak berdua tunjuk perangai tak semengah awak ni depan orang lain?”Renjun berasa ingin memberontak. Dia juga bukan mahu sesuka hati mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar, tetapi sikap Woojin membuatkan dia sukar mengawal pertuturan!“Beginilah, disebabkan masalah kamu berdua ni. Saya mahu kamu berdua cuci tandas lelaki di tingkat tiga. Cuci sampai bersih dan kalau saya dapat tahu kamu tak ikut arahan saya. Kamu berdua akan dikecualikan dari menyertai show battle minggu depan. Faham?”Kedua-dua mereka hanya mengangguk faham.“Saya tak dengar suara kamu berdua. Bisu ke apa!”“Baik,” sahut mereka denga
TANGAN Woojin dilepaskan setelah mereka keluar dari ruangan lobi Syarikat WMC. Tangan Bella terus memeluk tubuh sambil jelingan menyampahnya diberi kepada Woojin.“Awak memang saja nak sakitkan hati saya kan?”“Apa maksud awak ni Bella? Saya tak faham.” Woojin memang tidak mengerti apa yang Bella cuba katakana, bahkan adegan Bella dan Sherin bergaduh tadi masih bermain difikiran.“Buat-buat tanya pula. Awak dah tahu saya tak sukakan perempuan tadi tu kenapa awak terima juga bekalan daripada dia?”“Waktu bila awak cakap dekat saya, awak tak sukakan dia?” Kening Woojin terangkat hairan.“Urgh! Bila-bila pun la. Lepas ni kalau saya tahu awak berjumpa dengan dia lagi. Saya tak teragak-agak tinggalkan awak.”Bahu Woojin ditolak kasar seraya langkah Bella dibuka luas meninggalkan Woojin keseorangan di situ.Woojin blur seketika dengan sit
"SAYA tak sangka... kita adik-beradik!”Sherin meluahkan rasa gembira kepada Mingi. Kini, mereka berdua berada di lobi hospita. Selepas mendapat keputusan ujian DNA yang mereka lakukan minggu lepas. Hari ini mereka datang semula untuk mengetahui keputusannya.“Jadi kita akan buka semula kes ayah.” Mingi masih mahu meneruskan hasratnya. Dia tidak mahu Sherin dituduh sebagai seorang pembunuh dan title bekas pembunuh dibawa Sherin sehingga ke akhir hayat.Wajah Sherin mengendur, dia tahu siapa yang melakukan pembunuhan tersebut membuatkan hatinya berbelah-bahagi.“Boleh tak mulai hari ni saya panggil awak [1]nunaa?”Sherin mengangguk memberi keizinan kepada Mingi untuk memanggilnya dengan panggilan itu.“Nunaa kata, nunaa tahu siapa pembunuh sebenar. Nunaa ada di tempat kejadian, jadi lebih mudah untuk kita buka semula kes.”Pandangan
"MESTI imo bila terkejut dengar berita gembira ni nanti.” Senyuman Mingi terlukis bahagia di hadapan Sherin.Kini, mereka berdua sedang berjalan kaki mahu mengunjungi Puan Sora di rumahnya. Sejak Puan Sora keluar dari hospital, Sherin tidak membenarkan lagi Puan Sora membuka gerai kerana banyak risiko yang perlu mereka tempuhi sekiranya gerai itu masih dibuka, bahkan Sherin juga telah menyewakan sebuah rumah berdekatan dengan rumah keluarga tirinya untuk Puan Sora tinggal.Setibanya mereka di hadapan rumah Puan Sora. Sherin terlebih dahulu melangkah masuk.“Selamat tengah hari... imo!”Jeritan Sherin bergema apabila sekujur tubuh milik Puan Sora sudah terbaring di lantai.“Mingi!” laung Sherin meminta bantuan.Mingi turut kelam lantas berlari masuk ke dalam rumah. Keadaan mula bingit dengan keriuhan suara Mingi.“Imo! Imo!”“Kita bawa
SEDARI tadi Mingi menangis tidak berlagu di ruangan menunggu. Bilik kecemasan yang menempatkan Puan Sora tadi kini sudah digantikan dengan Sherin.Lampu berwarna merah di atas pintu bilik rawatan kecemasan itu mula berubah warna. Mingi mengigit bibir. Di saat pintu dibuka oleh seorang doktor yang merawat. Mingi segera bangun lantas air mata yang membasahi wajah dilap rakus.“Doktor macam mana dengan kakak saya?”Doktor itu hanya mempamerkan wajah serius saja. Barangkali keletihan menyapa dirinya. Tangan doktor itu naik ke bahu Mingi lalu menepuk beberapa kali.“Syukur kakak kamu tak apa-apa. Walaupun luka yang diterimanya agak dalam tetapi semangat kakak kamu masih kuat. Jika tidak mungkin kamu akan mendapat berita sedih untuk kedua kalinya.”Mingi meraup wajahnya berkali-kali, hati pula tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.“Boleh saya melawat kakak saya?”
"TAHNIAH Kumpulan Mixter Girl sebab berjaya menduduki carta pertama. Selepas ini, kamu semua akan berkabolari dengan para senior, bahkan kumpulan kamu boleh memilih sendiri mentor yang kamu semua mahu.”“Yuna-shi, kami boleh pilih artis ke untuk jadi mentor kami?” soalan daripada Bella membuatkan Yuna mengangguk perlahan-lahan.“Melihat ke atas kesudian artis yang kamu pilih tu. Jika dia sudi, kamu semua boleh jadikan dia mentor.”Kumpulan Mixter Girl terus bersorak keriangan. Termasuklah Bella Kim memandangkan dia juga merupakan ahli Mixter Girl.“Untuk kumpulan Infinity Six. Saya dapati Woojin tak sertai kamu semua untuk membuat persembahan. Jadi ke mana dia pergi sepanjang tempoh show kita berlangsung? Kamu semua tak cuba cari dia?”Renjun dan rakan-rakannya saling berpandangan sesama sendiri lantas mereka m