Hari ini, sungguh mendebarkan buat Qaseh Maisarah. Iman bertegas untuk memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa dia bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Qaseh tidak bersetuju kerana takut mereka tidak selesa untuk bekerja bersama-sama bakal isteri kepada majikan mereka sendiri.
“Assalamualaikum. Saya minta maaf kerana memanggil anda semua di awal waktu bekerja. Ada sesuatu yang saya ingin umumkan kepada anda semua.”
Dup. Dap. Dup. Dap. Jantung Iman juga kini berdegup kencang. Bagaimana riak wajah pekerja-pekerjanya nanti apabila mendapat tahu status nya kini yang sudah pun bergelar tunangan orang?
Masing-masing memandang sesama sendiri. Tidak sabar menantikan berita tergempar yang bakal diumumkan oleh majikan mereka.
‘Ya Allah… Kau lembutkan
“Kakak! Ya Allah… Kenapa tak siap lagi salin baju? Cepat lah. Sekejap lagi rombongan lelaki sampai tau.” Kata Puan Idayu sebaik saja memasuki bilik Qaseh. “Ibu… Tak nak kahwin lah. Takut!” “Kamu jangan nak macam-macam. Nina, dah siap ke solekan Qaseh?” Kata Puan Idayu lagi. Pandangannya beralih pula kepada Nina. Nina ialah juru solek paling hebat di kediaman mereka setakat ini. “Dah nak siap sebenarnya Makcik. Tapi, Qaseh ni hah. Bergerak-gerak. Susah jadinya.” Saja Nina mengadu biar Qaseh dimarahi, senang sikit kerjanya. “Kalau gambar kamu tak cantik nanti, jangan nak salahkan Nina pula ya? Dah cepat sikit. Nanti dah siap, Nina tolong teman dia duduk kat depan ya? Takut lari pula budak ni.” Kata Puan Idayu sambil menjeling tajam ke arah anaknya.
"QASEH MAISARAH!" Fayyadh Rizqi menjerit sekuat hati memanggilnya. Tanpa menoleh,dia berjalan laju menuju ke tangga blok kediamannya.Panas betul hati aku ni! Dia ingat anak dia tu elok sangat agaknya. Kalau tak kerana harta dia tu,dia ingat ada ke perempuan macam aku yang betul-betul ikhlas nak kat Fayyadh tu? Hey! Nasib kau lah Fayyadh dapat emak yang macam tu!"Kau okay tak ni Qaseh? Dari tadi aku dengar kau membebel sorang-sorang" Rina masuk ke bilik Qaseh sambil mengikat rambutnya yang kusut masai itu."Kau tahu tak... Mak dia hina aku,dia katanya aku ni tak layak untuk anak dia,tak nak yang biasa-biasa macam aku ni. Nak ya
“Qaseh. Nanti awak tolong kumpulkan report yang perlu dihantar pada hari ini ya. Letak atas meja saya. Saya nak habiskan kelas awal pada hari ini. Ada hal penting yang saya perlu uruskan.” Kata Puan Lin sebaik saja dia melangkah masuk ke kelas.Kenapa aku? Ya Allah.. Malasnya.. Sudah lah aku lapar, nak menapak ke pejabat pula nun jauh di sana.. Tapi apa kan daya…“Baik Puan.” Qaseh terpaksa akur.Kelas Puan Lin agak membosan kan. 1jam terasa bagaikan satu hari.“Okay. Kelas dismiss.
“OKAY, KELAS DISMISS.” Sir Maneq mengakhiri sesi kuliah pada petang ini tepat jam 5.30 petang. Masing-masing sudah tayang muka lapar dan mengantuk. Maklum lah, kelas petang memang begini.Qaseh dan Rina mengatur langkah keluar dari dewan kuliah bersama-sama. Selang beberapa minit, Rina menyiku-nyiku lengan Qaseh.“Apa kau ni? Cakap aje lah.” Qaseh membetulkan selendang yang terletak di atas kepalanya. Hari ini dia mengenakan baju kurung Kedah berwarna maroon dan dipadankan dengan selendang berwarna merah jambu. Kelihatan ayu sahaja dia hari ini.“Tuuu..” Rina memuncungkan bibirnya yang nipis itu. Qa
JAM menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Ada lagi 30 minit sebelum memasuki dewan peperiksaan. ‘Ya Allah! Takutnya. Mudah-mudahan semua yang aku baca dan hafal tu yang keluar dalam final paper sekejap lagi.’ Mulut Qaseh tidak henti-henti berselawat. Saat-saat akhir begini kalau baca pun bukan ingat.“Assalamualaikum.. Tepat jam 9.00 pagi peperiksaan mustalah hadis kod (111) akan dimulakan. Pastikan anda membawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Peperiksaan akan dijalankan selama 1 jam 30 minit. Baiklah, jam menunjukkan jam 8.55 pagi. Pelajar dibenarkan masuk ke dalam dewan. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan.” Kata emcee menggunakan alat pembesar suara.Berpusu-pusu pelajar masuk melalui pintu- pintu dewan yang dibuka. Tidak ketinggalan juga dengan Q
HARI ini paper last. Memandangkan hanya paper subjek ekonomi islam sahaja yang tinggal,pelajar - pelajar sudah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Tetapi tidak bagi Rina dan Qaseh. Mereka ingin meluangkan masa bersama dahulu sebelum berpisah.“Beb! Handphone kau dari tadi berbunyi tu. “ kata Rina sambil menonton rancangan Runningman di TV.Qaseh yang baru sahaja mandi terus berlari anak ke biliknya. Ni tak lain tak bukan tentu ibunya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.“Assalamualaikum, ibu. Kakak mandi tadi. Kenapa bu?”“Waalaikumussalam. Kamu mandi ke berendam? Lama sungguh. Ni kamu bila nak balik? Ayah nak minta cuti ni nak ke sana. Ke kamu nak angkut b
30 April 2017“Bismillah.. Ya Allah.. Tolong lah bagi aku kerja ni.. Taska pun taska lah. Janji aku dapat kerja yang halal.. Aamiin…” Qaseh melangkahkan kaki masuk ke halaman Taska Taman Universiti.Bukannya dia tidak mahu kerja dalam bidang agama, tetapi rezekinya tiada di situ. Bermacam-macam kerja dalam bidang agama telah dimohon, namun, satu pun tiada balasan. Akhirnya , dia pasrah dan mencuba kerja diluar bidang pengajiannya.“Assalamualaikum..” Qaseh memberi salam sambil mengetuk pintu yang sedikit terbuka. Bunyi bising suara kanak-kanak sebentar tadi tiba-tiba menjadi senyap senyi.“Waalaikumussalam.. Ya? Cari siapa?” Seorang gadis berumur dalam ling
30 Mei 2017Genap sebulan Qaseh bekerja di Taska Taman Universiti. Walaupun kadang kala stress dengan perangai kanak-kanak ini, di gagahkan juga diri demi mencari rezeki yang halal. Staf disini juga baik-baik belaka. Kebajikan pekerja juga dijaga oleh pengurus sebaik En. Fidaiy. Semuanya okay, kecuali hati Qaseh. Dia tidak mendengar khabar berita daripada lelaki bernama Ammar Mukhriz.Qaseh : Assalamualaikum.. Ammar, apa khabar? Sihat?‘Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Eh, selalu aku kira sampai lima saat saja, mesej dah berbalas. Ni tak ada pun. Hemm..’Bip! Bip!‘Akhirnya… dia balas pun.’Apl
“Kakak! Ya Allah… Kenapa tak siap lagi salin baju? Cepat lah. Sekejap lagi rombongan lelaki sampai tau.” Kata Puan Idayu sebaik saja memasuki bilik Qaseh. “Ibu… Tak nak kahwin lah. Takut!” “Kamu jangan nak macam-macam. Nina, dah siap ke solekan Qaseh?” Kata Puan Idayu lagi. Pandangannya beralih pula kepada Nina. Nina ialah juru solek paling hebat di kediaman mereka setakat ini. “Dah nak siap sebenarnya Makcik. Tapi, Qaseh ni hah. Bergerak-gerak. Susah jadinya.” Saja Nina mengadu biar Qaseh dimarahi, senang sikit kerjanya. “Kalau gambar kamu tak cantik nanti, jangan nak salahkan Nina pula ya? Dah cepat sikit. Nanti dah siap, Nina tolong teman dia duduk kat depan ya? Takut lari pula budak ni.” Kata Puan Idayu sambil menjeling tajam ke arah anaknya.
Hari ini, sungguh mendebarkan buat Qaseh Maisarah. Iman bertegas untuk memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa dia bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Qaseh tidak bersetuju kerana takut mereka tidak selesa untuk bekerja bersama-sama bakal isteri kepada majikan mereka sendiri.“Assalamualaikum. Saya minta maaf kerana memanggil anda semua di awal waktu bekerja. Ada sesuatu yang saya ingin umumkan kepada anda semua.”Dup. Dap. Dup. Dap. Jantung Iman juga kini berdegup kencang. Bagaimana riak wajah pekerja-pekerjanya nanti apabila mendapat tahu status nya kini yang sudah pun bergelar tunangan orang?Masing-masing memandang sesama sendiri. Tidak sabar menantikan berita tergempar yang bakal diumumkan oleh majikan mereka.‘Ya Allah… Kau lembutkan
Bip!!Iman : Assalamualaikum, Mai. Busy tak?Pagi-pagi lagi Qaseh sudah menerima mesej dari teman tapi mesranya, Iman.Qaseh : Waalaikumussalam. Tak, kenapa ya?Iman : Saya ada hajat ni. Saya harap awak bersetuju lah.Terus terduduk Qaseh selepas membaca mesej tersebut. ‘Hajat apa pula lah mamat ni? Pagi-pagi lagi dah ada hajat. Aku ni dari tadi nak buat apa pun malas.’Qaseh : Hajat apa? Macam serious aje bunyi nya.Iman : Kalau boleh, saya nak serius dalam perhubungan kita. Boleh saya datang ke rumah ibu bapa awak?‘Eh??!! Sekejap! Nak serius dalam perhubungan? Maksudnya? Dia suka aku? Dia suka aku ke? Dia nak kahwin dengan aku? Tak kan lah!&rsquo
Tok! Tok!“Masuk!” jawab Fidaiy dari dalam pejabatnya.“Maaf ganggu, Encik Fidaiy.”“Ada apa Mai?” soal Fidaiy.Eh ni macam suara…“Qaseh Maisarah? Again. Awak berangan lagi? Depan saya pun boleh berangan ke?” soal Fidaiy sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.“Eh, tak.. Tak.. Saya nak minta cuti tahun Encik. Boleh tak?”“Dah lah berangan, nak minta cuti tahun saya pula. Pakai lah cuti tahun sendir
Bip!Siapa pula mesej aku pagi-pagi ni. Aku kerja tahu tak hari ni. Masa aku cuti, senyap saja telefon aku ni. Bukan nak kata dapat call, mesej pun tak ada. Kalau ada pun, daripada si kuning. Digi lah! Aku tahu lah nak bila nak top up, sibuk saja cakap dah nak tamat tempoh.011-55337136 : Morning Mai!Mai? Tak pernah ada orang panggil aku Mai. Siapa pula jual nombor aku ni? Eh? Tunggu! Iman! Dia seorang saja suka anggil aku Mai.Qaseh : Iman?011-55337136 : Wah! Baru nak suruh teka siapa ni. Pandai!
“ASSALAMUALAIKUM.” salam di beri sebelum melabuhkan punggung di tempat duduksebelah pemandu.“Waalaikumussalam.” Jawab Fidaiy sambil tersenyum mesra.Sudah lima minit berlalu. Kenderaan yang mereka naiki masih tidak bergerak. ‘Ya Allah… Dia ni kenapa dari tadi pandang-pandang aku? Tersenyum-senyum pula tu.’“Err.. Encik kenapa? Kita memang nak duduk sini sampai pukul tujuh malam ke?” Qaseh membetulkan selendannya yang sudah terletak elok di kepala.“Saya tunggu awak pakai seat belt.” jawab Fidaiy. Kemudian dia tersenyum lagi.&n
“Morning!” jerit Fidaiy dari dapur. Sengaja dia datang awal pagi ini.Kelam kabut mereka menuruni anak tangga. Masing-masing sudah terpacak di ruangan dapur.“Qaseh mana?” Soal Fidaiy sambil membancuh kopi.“Dia cuti hari ni.” Jawab Efa pula.“Oh. Siti, tolong panggilkan dia.”“Kenapa saya?” Soal Siti berani.“Habis tu, tak kan saya nak naik atas?” Soalan di pulangkan kembali.Siti berjalan menaiki anak
Qaseh membelek jam tangan berwarna rose gold, hadiah pemberian Fidaiy. Cantik. Pandai dia pilih. Dia tertanya-tanya apa isi pada kotak merah itu.‘Ish! Tak boleh. Tak boleh. Amanah orang ni!’ Qaseh menyimpan kembali kotak merah itu ke dalam luggage. ‘Kalau hilang ni, mati aku. Kena pecat agaknya.’“Wah! Cantiknya!” Fara membelek jam yang terletak kemas pada tangan Qaseh.“Cantik kan? Masa birthday kau orang, Encik Fidaiy bagi hadiah apa?” Teringin juga dia nak tahu apa an
“SEMUA sekali RM120 Encik.”Fidaiy menghulurkan dua keping not seratus kepada pekerja cafe tersebut.“Terima kasih.” Fidaiy keluar dari cafe tersebut di ikuti oleh Qaseh.‘Lebih baik dia tak payah ajak aku. Semua yang aku pilihan dia reject. Ish! Pergi saja lah sendiri. Ajak aku nak buat apa entah!’“Awak kutuk saya eh?”