"QASEH MAISARAH!" Fayyadh Rizqi menjerit sekuat hati memanggilnya. Tanpa menoleh,dia berjalan laju menuju ke tangga blok kediamannya.
Panas betul hati aku ni! Dia ingat anak dia tu elok sangat agaknya. Kalau tak kerana harta dia tu,dia ingat ada ke perempuan macam aku yang betul-betul ikhlas nak kat Fayyadh tu? Hey! Nasib kau lah Fayyadh dapat emak yang macam tu!
"Kau okay tak ni Qaseh? Dari tadi aku dengar kau membebel sorang-sorang" Rina masuk ke bilik Qaseh sambil mengikat rambutnya yang kusut masai itu.
"Kau tahu tak... Mak dia hina aku,dia katanya aku ni tak layak untuk anak dia,tak nak yang biasa-biasa macam aku ni. Nak yang setaraf dengan dia, nak yang cantik aje."
"Eh.. Dia tahu tak anak dia tu besar macam tong drum? Jarang lah perempuan kurus macam kau ni nak orang macam dia tu! Aku pula yang geram ni. Tak bersyukur betul! Ada orang nk kat anak dia tu,dah cukup bagus tahu tak?!"Rina menghempaskan buku ke atas katil.
"Kan?.... Terima kasih lah Rina sebab marah. Sekurang-kurangnya ada juga yang faham hati dan perasaan aku sekarang ni. Baru aku terfikir, patut lah mak aku tak bagi aku jumpa mak Fayyadh tu."
"Tu lah kau degil.. Naluri mak tu selalunya betul. Dah lah.. Kau tak payah lah nak menangis pula,tadi marah bukan main lagi. Ni menangis pula, dah kenapa?" Rina menggaru kepalanya yang tak gatal tu.
"Kalau mak dia tak suka aku pun,tak perlu lah nak hina aku.... Aku buruk sangat ke Rina?" Qaseh mengesat air matanya di baju Rina.
"Haaa.. Kau lebih lah ni. Kau nak menangis, aku tak kisah nak teman sampai malam pun boleh. Tapi jangan lah kesat kat baju aku pula. Entah air mata kau ni ada campur hingus sekali ke tidak ni? Eeeuuuwww..."
"Ala... kau ni,itu pun berkira lah. Aku baru nak feeling sedih putus cinta kerana tak direstui oleh orang tua Fayyadh. Potong lah kau ni Rina."
"Tak berbaloi lah kau nak menangis untuk orang macam tu,membazir air mata kau aje. Dah lah pergi mandi sana. Bau kau ni... Peeerrrrhhhh! Sampai hujung blok boleh bau.bye!" Rina keluar bersama buku di dalam pelukannya.
Tadi aku rasa bersyukur sangat ada kawan yang memahami,tapi sekarang ni rasa macam nak tarik balik aje ayat tadi tu. Hampeh!
Aku menjengah keluar tingkap. Tapi...
Fayyadh dah tak ada? Maknanya dia tak berusaha bersungguh-sungguh pun nak pujuk aku. Setakat menjerit panggil nama aku tadi tu,apa lah sangat. Aku pun boleh buat. Tak guna betul. Anak dengan emak,sama aje.Huh!
*****
Mana lah Rina ni. Semalam bukan main lagi mengata aku mandi lambat, bersiap lambat, buat kerja lambat. Sekarang ni.. Apa sudah jadi? Dia yang lambat.. Sudah tukar kah? Aiyoo...
"Beb, sorry .. Aku ter....bangun lambat.”
“Banyak lah kau punya ter.. tu. Semalam mengata aku bukan main lagi... seronok betul ya. Sekarang ni,tak nak tarik balik ke apa yang kau cakap tu?"
"Aku lambat.. Tapi tak adalah sekerap kau. Selalu aku yang tunggu kau tau!.."
"Ahhhh... Sebaik-baik alasan,ia tetap alasan. Poraaa.." Aku melangkah menuruni anak tangga. Rina mengikuti langkahku dari belakang. 'Ingat aku tak nampak lah tu dia tersengeh-sengeh kat belakang tu.'
"Kau kenapa tersengeh-sengeh? Ingat aku tak nampak ke?"
"Kau pakai mata apa kat belakang ni? Serious lah nampak? Kagum betul aku dengan kau ni."
Dia ingat aku ada saka ke apa? Siap ada mata kat belakang.
"Aahhh... Tak ada.. Tak ada.. Sekarang ni baik kau cakap kenapa kau tersengeh-sengeh tadi?"
"Hahaha.. Tak ada lah.. Aku dah declare dengan Luqman. Hehehe.."
Untung lah.. Orang cantik.. Kalau cantik ni, dia yang mengurat lelaki pun tak dipersalahkan. Kalau tak cantik ni,kau yang kena ngurat pun, kau juga yang dituduh menggatal.
"Tak apa Qaseh, Insya Allah.. Suatu hari nanti mesti kau dapat seorang lelaki dan mertua yang akan terima kau seadanya."
"Kau ada saka eh Rina?"
"Eh! Kau ni kenapa?"
"Abis tu kau macam tahu-tahu saja apa yang ada dalam hati aku."
"Well... Aku ada kebolehan baca fikiran orang."
"Okay,sekarang ni apa Puan Nora tengah fikir? Sebab kita dah lambat ni kau tahu tak?"
"Mampuih kita wei.. Cepat-cepat!" Lintang pukang aku dan Rina menaiki anak tangga di blok C. Nama saja pelajar pengajian agama islam, tapi perangai tak semengah langsung.
Perlahan-lahan aku menolak daun pintu agar tidak didengari Puan Nora. Rina pula dah macam pencuri kat belakang aku,terjengah-jengah. Sementara Puan Nora sedang membelakangkan kami,cepat-cepat kami masuk dan duduk. Mujur lah tempat duduk belakang yang kosong,kalau tidak.. Mesti dah kantoi.
"Haa... Lambat eh.." Ammar Mukhriz menegur sedikit berbisik.
"Ssyyhhh... Diam-diam dah lah."Rina juga berbisik sambil meletakkan jari telunjuk di bibir nya menyuruh Ammar rahsiakannya. Ammar hanya tersenyum sambil menggelengkan-gelengkan kepalanya.
Ammar.. Ammar.. kenapa lah muka kau ni manis aje aku tengok. Dah lah macam kacukan malayu dan pakistan. Kacak betul. Tapi kacak di mata aku saja lah. Mata orang lain aku tak tahu lah. Sebab Rina kata dia tengok biasa saja,tidak lah kacak mana. Kacak,cantik, itu kan subjektif.
"Qaseh.. Kenapa ditenung muka Ammar tu lama-lama? Anak teruna orang tu.." Puan Nora berkata dari hadapan yang membuat fokus semua orang telah beralih kepada aku.
Mati lah nak... Aku pun tak perasan berapa lama dah aku pandang Ammar. Buat malu saja kau ni Qaseh!
"Rina!" Ammar memanggil separuh menjerit.
Kenapa lah mamat tu terjerit-jerit panggil Rina? Tak nak panggil aku ke? Sedap sikit dengar. Hahaha..
"Qaseh,sekejap eh. Crush
kau panggil aku lah." Rina pergi mendapatkan Ammar yang tidak jauh dari situ. Manakala aku? Aku sudah tentu jadi pemerhati yang setia. Nasib kau lah Qaseh, sudah lah baru putus cinta. crush kau pula suka pada kawan baik kau sendiri. Memang malang lah nasib kau.Tidak lama kemudian..
"Qaseh! Jom pergi makan.. Kau berangan apa tadi? Tak berkedip mata tengok kita orang tadi."
"Aku..."Belum sempat Qaseh menghabiskan ayat, Rina menyambung lagi.
"Dia tanya aku soalan saja lah,bukan mengurat aku pun. Dia tahu aku dengan Luqman.. Dia kawan Luqman." Aku hanya mengangguk lega. Macam ni barulah boleh bernafas. Macam tahu-tahu saja apa yang aku sedang fikirkan.
Tut..tuttt...
"Kau dengar tak? Bunyi apa tu? Kau kentut eh?" Rina sudah menutup hidungnya.
"Kau lah kentut.. Tu bunyi handphone aku lah.. Mesej masuk. Hahaha.. "
"Klasik betul lah kau ni. Boleh salah tafsir tahu tak?Hahaha.."
Aku mengeluarkan handphone dari tas kecil yang selalu aku bawa ke kelas.
019-6486779 : Assalamualaikum.. Hai.. Kenal saya tak? Sikitnya awak makan.
Qaseh menoleh ke kiri dan kanan. 'Tak nampak pula siapa-siapa yang mencurigakan..'
"Kenapa? Kenapa?" Rina juga turut menoleh ke kiri dan kanan. Qaseh menunjukkan mesej tersebut.
"Kau tahu tak siapa dia ni? Cara dia mesej macam dia ada berdekatan kita saja kan?" Rina mengamati nombor telefon tadi. Lalu dia keluarkan handphone miliknya.
"Oi.. kau tahu tak nombor siapa ni?" Laju saja Rina menggeleng kan kepalanya.
"Kau cuba lah balas mesej tu. Kut-kut jodoh kau ke.. hehehe.."
"Ee.. seram aje.. Tak nak lah."
"Seram eh? Tidak lah.." Rina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Kenapa lah si Rina ni.. Resah semacam aje.. Lantak lah kau Rina.. Tak nak aku layan entah siapa-siapa saja ni.
Rina melihat mesej yang baru sahaja diterimanya.
Ammar Mukhriz: Salam.. Rina, dia tak balas pun mesej aku.
Rina: Wassalam.. Sabar lah. Cuba lagi.
"Kau nak makan ke main telefon? Aku nak balik bilik cepat, baju aku tak basuh lagi kat bilik tu."
"Eh? Dah.. Jom..Jom.."
Lain macam aje si Rina ni. Entah-entah.... Dia yang nak kenakan aku guna nombor lain kut.
"Kau kenapa Qaseh?"
"Hah? Kenapa apa?"
"Kenapa jeling-jeling aku? Juling karang..."
Alamak! Rina ni nampak aje aku tengok dia..
"Kau yang rabun.. Bila masa aku jeling kau."
"Kau yang pakai cermin mata 24jam,aku pula yang rabun eh?" Qaseh menjulingkan matanya ke atas. Malas mahu panjangkan cerita.
*****
Malam itu…
019-6486779:Assalamualaikum.. Tengah buat apa tu Qaseh?
Siapa aje lah yang rajin sangat mesej aku malam-malam ni? Dia tahu nama aku lah..
Qaseh: Waalaikumussalam.. Siapa fi sana? Macam mana dapat nombor saya ni?
Nervous pula aku.. Aku ada secret admire ke? Muntah hijau kalau Rina tahu aku ada secret admire, Hahaha.
Tidak lama kemudian,mesej pun berbalas..
019-6486779: Saya Ammar Mukhriz lah.. Garangnya awak.
Qaseh mencampak handphone nya ke atas sofa.
“Oi! Mak kau!” Rina sudah melatah, dibalingnya baju yang sedang dia lipat ke arah Qaseh.
“Sorry…” Qaseh mengambil kembali handphone nya kembali.
“Sorry..sorry.. Terkejut aku tahu tak?” Rina mengutip kembali bajunya tadi.
Qaseh: Oh.. siapa beri nombor saya ni?
Ammar: Saya minta pada Rina.
Oh… kerja Rina.. Patut lah resah semacam aje siang tadi. Kau tunggu Rina,aku nak berdrama sekejap lagi.
“Aku lagi terkejut tahu tak?” Qaseh mencekak pinggang sambil dia bangkit berdiri dihadapan Rina.
“Dah kenapa kau pula yang terkejut?”
“Aku terkejut dapat kawan yang penipu macam kau ni!”
Rina terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Qaseh.
“Aku tahu lah yang aku ni tak sebaik kau, tapi kau ni melampau tahu tak tuduh aku penipu.” Rina juga sudah bangkit dari zon selesa.
Qaseh menghalakan handphone nya kearah Rina. Rina membaca mesej yang dihantar oleh Ammar sebentar tadi. Dipandangnya pula wajah Qaseh yang sudah merah padam serta matanya yang bulat.
“Hehehe… Rilek lah… Tu bukan penipu namanya. Ni namanya nak tolong kawan. Kau kan suka dia.. Haa.. Kan? Kan?” Rina mengambil baju-baju yang sudah dilipat,lalu dia berlari masuk ke biliknya serta menutup pintu.
Tahu kau takut… Laju pula kau lari ya Rina..
“Sekurang-kurangnya beritahulah aku.. Tak pasal-pasal dia cakap aku garang tahu tak…?!” Saja aku menjerit depan pintu bilik Rina.
“Ala… Maaflah!” Jerit Rina daripada dalam bilik.
“Kau belanja aku makan esok eh.. kalau tak.. siap kau!..”
Qaseh biarkan saja mesej tak berbalas. Perasan malu masih tebal didalam hatinya.
Ammar Mukhriz.. Nama yang kedua yang berjaya singgah dihati ini. Kenapa lah kau mesej aku. Kalau setakat nak singgah sekejap sahaja seperti Fayyadh, silakan beredar dari hati ini. Sungguh aku tak mampu,tak kuat nak menengis untuk kali kedua. Walaupun Ammar muda setahun daripada aku, dia nampak lebih matang. Mungkin kerana tubuh aku yang kecil molek ini, atau muka dia yang terlebih usia? Hahaha!Sempat kau mengutuk dia ya Qaseh! Tapi muka dia kacak. Yelah, melayu + pakistan. Aku ni? Gohead gostan!
Qaseh menekan butang on pada radio kecil miliknya. Radio suria menjadi pilihannya dikala malam menyepi. Sambil mendengar lagu,sambil berangan. Mengimbau masa lalu, sehingga dia tertidur. Begitu lah rutin hariannya di malam hari.
“Qaseh. Nanti awak tolong kumpulkan report yang perlu dihantar pada hari ini ya. Letak atas meja saya. Saya nak habiskan kelas awal pada hari ini. Ada hal penting yang saya perlu uruskan.” Kata Puan Lin sebaik saja dia melangkah masuk ke kelas.Kenapa aku? Ya Allah.. Malasnya.. Sudah lah aku lapar, nak menapak ke pejabat pula nun jauh di sana.. Tapi apa kan daya…“Baik Puan.” Qaseh terpaksa akur.Kelas Puan Lin agak membosan kan. 1jam terasa bagaikan satu hari.“Okay. Kelas dismiss.
“OKAY, KELAS DISMISS.” Sir Maneq mengakhiri sesi kuliah pada petang ini tepat jam 5.30 petang. Masing-masing sudah tayang muka lapar dan mengantuk. Maklum lah, kelas petang memang begini.Qaseh dan Rina mengatur langkah keluar dari dewan kuliah bersama-sama. Selang beberapa minit, Rina menyiku-nyiku lengan Qaseh.“Apa kau ni? Cakap aje lah.” Qaseh membetulkan selendang yang terletak di atas kepalanya. Hari ini dia mengenakan baju kurung Kedah berwarna maroon dan dipadankan dengan selendang berwarna merah jambu. Kelihatan ayu sahaja dia hari ini.“Tuuu..” Rina memuncungkan bibirnya yang nipis itu. Qa
JAM menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Ada lagi 30 minit sebelum memasuki dewan peperiksaan. ‘Ya Allah! Takutnya. Mudah-mudahan semua yang aku baca dan hafal tu yang keluar dalam final paper sekejap lagi.’ Mulut Qaseh tidak henti-henti berselawat. Saat-saat akhir begini kalau baca pun bukan ingat.“Assalamualaikum.. Tepat jam 9.00 pagi peperiksaan mustalah hadis kod (111) akan dimulakan. Pastikan anda membawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Peperiksaan akan dijalankan selama 1 jam 30 minit. Baiklah, jam menunjukkan jam 8.55 pagi. Pelajar dibenarkan masuk ke dalam dewan. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan.” Kata emcee menggunakan alat pembesar suara.Berpusu-pusu pelajar masuk melalui pintu- pintu dewan yang dibuka. Tidak ketinggalan juga dengan Q
HARI ini paper last. Memandangkan hanya paper subjek ekonomi islam sahaja yang tinggal,pelajar - pelajar sudah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Tetapi tidak bagi Rina dan Qaseh. Mereka ingin meluangkan masa bersama dahulu sebelum berpisah.“Beb! Handphone kau dari tadi berbunyi tu. “ kata Rina sambil menonton rancangan Runningman di TV.Qaseh yang baru sahaja mandi terus berlari anak ke biliknya. Ni tak lain tak bukan tentu ibunya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.“Assalamualaikum, ibu. Kakak mandi tadi. Kenapa bu?”“Waalaikumussalam. Kamu mandi ke berendam? Lama sungguh. Ni kamu bila nak balik? Ayah nak minta cuti ni nak ke sana. Ke kamu nak angkut b
30 April 2017“Bismillah.. Ya Allah.. Tolong lah bagi aku kerja ni.. Taska pun taska lah. Janji aku dapat kerja yang halal.. Aamiin…” Qaseh melangkahkan kaki masuk ke halaman Taska Taman Universiti.Bukannya dia tidak mahu kerja dalam bidang agama, tetapi rezekinya tiada di situ. Bermacam-macam kerja dalam bidang agama telah dimohon, namun, satu pun tiada balasan. Akhirnya , dia pasrah dan mencuba kerja diluar bidang pengajiannya.“Assalamualaikum..” Qaseh memberi salam sambil mengetuk pintu yang sedikit terbuka. Bunyi bising suara kanak-kanak sebentar tadi tiba-tiba menjadi senyap senyi.“Waalaikumussalam.. Ya? Cari siapa?” Seorang gadis berumur dalam ling
30 Mei 2017Genap sebulan Qaseh bekerja di Taska Taman Universiti. Walaupun kadang kala stress dengan perangai kanak-kanak ini, di gagahkan juga diri demi mencari rezeki yang halal. Staf disini juga baik-baik belaka. Kebajikan pekerja juga dijaga oleh pengurus sebaik En. Fidaiy. Semuanya okay, kecuali hati Qaseh. Dia tidak mendengar khabar berita daripada lelaki bernama Ammar Mukhriz.Qaseh : Assalamualaikum.. Ammar, apa khabar? Sihat?‘Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Eh, selalu aku kira sampai lima saat saja, mesej dah berbalas. Ni tak ada pun. Hemm..’Bip! Bip!‘Akhirnya… dia balas pun.’Apl
Qaseh mengemas beg pakaiannya untuk pulang ke kampung. ‘Boleh ke aku cuti ni? Nanti tak cukup cikgu pula kat sini. Tapi, dua hari saja kut.’ Qaseh membawa beg galas ke bahu. Dia sudah siap untuk pulang ke kampung.“Eh.. Qaseh nak pergi mana?” Efa menegur saat dia baru saja hendak melangkah keluar dari taska.“Efa, lupa nak beritahu. Saya ambil MC dua hari ya. Tapi tak apa ke eh?.” Qaseh menghulurkan tangan untuk bersalam.“ Itu lah. Siapa yang ganti Qaseh nanti ya? En. Fidaiy ada beritahu tak?” Soal Efa kembali.“Ala, sebelum ni boleh saja. Kalau dia tak ada pun, tak rasa apa.” Sindir Siti.
MALAM itu….Efa melompat naik ke katil Qaseh. Tangan naik mengurut dada. ‘Kus semangat! Terkejut aku. Nasib baik tak tercampak telefon ni.’“Hehehe.. Terkejut eh? Sorry..” kata Efa sambil buat iklan colgate. Fara turut menghampiri mereka. Manakala Siti lebih suka buat hal sendiri.“Kita orang nak tanya sikit, boleh?” Kata Fara membuka bicara.Qaseh meletakkan telefon bimbitnya di sisi apabila melihat wajah Efa dan Fara bertukar serious
“Kakak! Ya Allah… Kenapa tak siap lagi salin baju? Cepat lah. Sekejap lagi rombongan lelaki sampai tau.” Kata Puan Idayu sebaik saja memasuki bilik Qaseh. “Ibu… Tak nak kahwin lah. Takut!” “Kamu jangan nak macam-macam. Nina, dah siap ke solekan Qaseh?” Kata Puan Idayu lagi. Pandangannya beralih pula kepada Nina. Nina ialah juru solek paling hebat di kediaman mereka setakat ini. “Dah nak siap sebenarnya Makcik. Tapi, Qaseh ni hah. Bergerak-gerak. Susah jadinya.” Saja Nina mengadu biar Qaseh dimarahi, senang sikit kerjanya. “Kalau gambar kamu tak cantik nanti, jangan nak salahkan Nina pula ya? Dah cepat sikit. Nanti dah siap, Nina tolong teman dia duduk kat depan ya? Takut lari pula budak ni.” Kata Puan Idayu sambil menjeling tajam ke arah anaknya.
Hari ini, sungguh mendebarkan buat Qaseh Maisarah. Iman bertegas untuk memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa dia bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Qaseh tidak bersetuju kerana takut mereka tidak selesa untuk bekerja bersama-sama bakal isteri kepada majikan mereka sendiri.“Assalamualaikum. Saya minta maaf kerana memanggil anda semua di awal waktu bekerja. Ada sesuatu yang saya ingin umumkan kepada anda semua.”Dup. Dap. Dup. Dap. Jantung Iman juga kini berdegup kencang. Bagaimana riak wajah pekerja-pekerjanya nanti apabila mendapat tahu status nya kini yang sudah pun bergelar tunangan orang?Masing-masing memandang sesama sendiri. Tidak sabar menantikan berita tergempar yang bakal diumumkan oleh majikan mereka.‘Ya Allah… Kau lembutkan
Bip!!Iman : Assalamualaikum, Mai. Busy tak?Pagi-pagi lagi Qaseh sudah menerima mesej dari teman tapi mesranya, Iman.Qaseh : Waalaikumussalam. Tak, kenapa ya?Iman : Saya ada hajat ni. Saya harap awak bersetuju lah.Terus terduduk Qaseh selepas membaca mesej tersebut. ‘Hajat apa pula lah mamat ni? Pagi-pagi lagi dah ada hajat. Aku ni dari tadi nak buat apa pun malas.’Qaseh : Hajat apa? Macam serious aje bunyi nya.Iman : Kalau boleh, saya nak serius dalam perhubungan kita. Boleh saya datang ke rumah ibu bapa awak?‘Eh??!! Sekejap! Nak serius dalam perhubungan? Maksudnya? Dia suka aku? Dia suka aku ke? Dia nak kahwin dengan aku? Tak kan lah!&rsquo
Tok! Tok!“Masuk!” jawab Fidaiy dari dalam pejabatnya.“Maaf ganggu, Encik Fidaiy.”“Ada apa Mai?” soal Fidaiy.Eh ni macam suara…“Qaseh Maisarah? Again. Awak berangan lagi? Depan saya pun boleh berangan ke?” soal Fidaiy sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.“Eh, tak.. Tak.. Saya nak minta cuti tahun Encik. Boleh tak?”“Dah lah berangan, nak minta cuti tahun saya pula. Pakai lah cuti tahun sendir
Bip!Siapa pula mesej aku pagi-pagi ni. Aku kerja tahu tak hari ni. Masa aku cuti, senyap saja telefon aku ni. Bukan nak kata dapat call, mesej pun tak ada. Kalau ada pun, daripada si kuning. Digi lah! Aku tahu lah nak bila nak top up, sibuk saja cakap dah nak tamat tempoh.011-55337136 : Morning Mai!Mai? Tak pernah ada orang panggil aku Mai. Siapa pula jual nombor aku ni? Eh? Tunggu! Iman! Dia seorang saja suka anggil aku Mai.Qaseh : Iman?011-55337136 : Wah! Baru nak suruh teka siapa ni. Pandai!
“ASSALAMUALAIKUM.” salam di beri sebelum melabuhkan punggung di tempat duduksebelah pemandu.“Waalaikumussalam.” Jawab Fidaiy sambil tersenyum mesra.Sudah lima minit berlalu. Kenderaan yang mereka naiki masih tidak bergerak. ‘Ya Allah… Dia ni kenapa dari tadi pandang-pandang aku? Tersenyum-senyum pula tu.’“Err.. Encik kenapa? Kita memang nak duduk sini sampai pukul tujuh malam ke?” Qaseh membetulkan selendannya yang sudah terletak elok di kepala.“Saya tunggu awak pakai seat belt.” jawab Fidaiy. Kemudian dia tersenyum lagi.&n
“Morning!” jerit Fidaiy dari dapur. Sengaja dia datang awal pagi ini.Kelam kabut mereka menuruni anak tangga. Masing-masing sudah terpacak di ruangan dapur.“Qaseh mana?” Soal Fidaiy sambil membancuh kopi.“Dia cuti hari ni.” Jawab Efa pula.“Oh. Siti, tolong panggilkan dia.”“Kenapa saya?” Soal Siti berani.“Habis tu, tak kan saya nak naik atas?” Soalan di pulangkan kembali.Siti berjalan menaiki anak
Qaseh membelek jam tangan berwarna rose gold, hadiah pemberian Fidaiy. Cantik. Pandai dia pilih. Dia tertanya-tanya apa isi pada kotak merah itu.‘Ish! Tak boleh. Tak boleh. Amanah orang ni!’ Qaseh menyimpan kembali kotak merah itu ke dalam luggage. ‘Kalau hilang ni, mati aku. Kena pecat agaknya.’“Wah! Cantiknya!” Fara membelek jam yang terletak kemas pada tangan Qaseh.“Cantik kan? Masa birthday kau orang, Encik Fidaiy bagi hadiah apa?” Teringin juga dia nak tahu apa an
“SEMUA sekali RM120 Encik.”Fidaiy menghulurkan dua keping not seratus kepada pekerja cafe tersebut.“Terima kasih.” Fidaiy keluar dari cafe tersebut di ikuti oleh Qaseh.‘Lebih baik dia tak payah ajak aku. Semua yang aku pilihan dia reject. Ish! Pergi saja lah sendiri. Ajak aku nak buat apa entah!’“Awak kutuk saya eh?”