Share

BAB 3

Author: UnguViolet
last update Last Updated: 2021-07-17 11:13:49

OKAY, KELAS DISMISS.Sir Maneq mengakhiri sesi kuliah pada petang ini tepat jam 5.30 petang. Masing-masing sudah tayang muka lapar dan mengantuk. Maklum lah, kelas petang memang begini.

Qaseh dan Rina mengatur langkah keluar dari dewan kuliah bersama-sama. Selang beberapa minit, Rina menyiku-nyiku lengan Qaseh.

“Apa kau ni? Cakap aje lah.” Qaseh membetulkan selendang yang terletak di atas kepalanya. Hari ini dia mengenakan baju kurung Kedah berwarna maroon dan dipadankan dengan selendang berwarna merah jambu. Kelihatan ayu sahaja dia hari ini.

“Tuuu..” Rina memuncungkan bibirnya yang nipis itu. Qaseh memandang di tepi tangga blok kelas mereka.

“Tudiaaa… Si jejaka pujaan kau sudah datang.. Eh? Sekejap. Luqman kata harini dia ada kelas dengan Ammar. Tapi kelas diaorang dah habis pukul 2 petang tadi. Apa mamat ni buat kat sini?”  Rina memandang ke arah Qaseh yang sudah terpaku disebelahnya.

“Argh… Dia tunggu kau ke?! So sweat.. Mana Luqman? Dia tak tunggu aku ke?” Nyaring suara Rina melontarkan kata-kata tanpa menoleh kiri dan kanan. Lantas dengan segera Qaseh menutup mulut Rina dengan tangannya.

Bising betul lah minah ni. Buat malu saja. Tak reti nak cover langsung!

“Sssyyhhhh! Kau memang nak bagi semua orang dengar ke?” Qaseh berbisik sedikit setelah banyak mata-mata memandang mereka. Serentak mereka memandang ke arah tangga tadi. Tapi Ammar sudah tiada.

“Eh? Mana dia pergi?” Terjengah-jengah dua sekawan itu di balik daun pintu bilik kuliah.

See? Dia tak tunggu aku pon. Jom.” Mereka memusingkan badan kearah bertentangan.

“Aaarrggghhh!!!!” Serentak Rina dan Qaseh menjerit. Tercampak buku yang dipegang Rina. Terhenjut-henjut bahu mereka.

Sorry.. sorry.. Saya bukan sengaja nak terkejutkan kau orang.” Ammar mengutip buku Rina yang betul-betul berada disebelah kakinya.

Masing-masing terpaku dengan muka merah padamnya seperti nampak hantu dipetang hari. Nasib baik lah waktu petang begini sudah ramai pelajar yang pulang.

“Kau orang cari apa tadi? Terjengah-jengah. Saya pun jengah sekali lah tadi.” Ammar memandang Rina dan Qaseh silih berganti. Masing-masing membuat iklan colgate, menayang gigi yang elok terletak.

Aduh! Kantoi.. Rina.. Say something!..

Qaseh menyiku lengan Rina yang masih terkebil-kebil.

“Haaa.. Tadi macam nampak ….” Rina memandang Qaseh meminta bantuan.

“Nampak katak… Haaa.. Katak puru.. Eeii.. Geli. Ammar buat apa kat sini?” Qaseh saja mengubah topik. 

Harap-harap dia tak tanya lagi lah pasal tadi. Malu berbakul-bakul dah tadi.

“Oh ya.. Saya tunggu Qaseh. Jom makan. Saya belanja.” Kata Ammar sambil tersenyum lalu menundukkan pandangannya.

“Habis aku?” Rina mencelah.

“Kau kan ade pakwe. Minta lah pakwe kau belanja.. Hehehe. “ Qaseh senyum sinis memandang Rina. Nak tergelak pun ada juga. Kesian tak ada orang nak belanja dia makan.

Hahahaha.. Kesian Rina. Tapi.. tapi… Ni bukan mimpi kan? Ammar ajak aku makan?? Ni baru betul dating.. Auch..

“Kau kenapa  Qaseh? Tersenyum-senyum.. Suka lah tu.”Rina menjeling tajam memandang Qaseh.

“Erm.. Excuse me, I ada date. Jom Ammar. Nak makan kat mana?”Qaseh mengenyitkan matanya kepada Rina.

Hari tu kau kenakan aku kan.. Tinggal kan aku sorang-sorang kan.. Haa.. Hari ni kau balik sorang-sorang. Hahaha..

“Haa jom..Jom.. Bye Rina. Baik-baik balik sorang tu, nanti kalau jumpa katak puru kirim salam ya.” Kata Ammar sehingga menggetuskan tawa Qaseh Maisarah. Mereka melambaikan tangan kepada Rina bersama-sama.

Rina mengeluarkan telefon bimbit miliknya daripada tas yang dibawa. Lalu di dail nombor si buah hatinya si Luqman.

“Assalamualaikum.. Awak.. kat mana tu? Ammar dah bawa lari kawan saya. Ditinggalnya saya balik sorang-sorang. Lepas tu, disuruhnya pula kirim salam kat katak puru.. Apa biadab sangat kawan awak tu..? Jom makan cendol nak? Kita mengintai dia orang dating.” Kedengaran Luqman mentertawakannya dihujung talian sebelum mempersetujui cadangan daripada Rina. Talian diputuskan setelah cadangannya diterima.

‘Awas kau Qaseh.. Berani kau gelakkan aku tadi ya.. Aku nak mengintai kau orang dating. Siap kau.. Kirim salam katak ya..  Kau pun Ammar.. Sama naik ya tadi. Bukan main lagi masa nak nombor si Qaseh tu, merayu-rayu.. Bila dah dapat, belanja aku pun tak nak. Huh!’ Rina bermonolog sendiri didalam hatinya. Geram dikenakan oleh Qaseh. Dia membawa dirinya ke luar kolej menunggu kekasih hatinya.

Sementara itu..

“Qaseh, nak makan kat mana?” Soal Ammar sambil memandu kereta kecilnya si Produa Myvi.

Qaseh mengetuk-ngetuk dagunya dengan hujung jari telunjuknya itu.

“Kita makan cendol nak?” Kata Qaseh sambil membuang pandangannya ke luar tingkap sisi. Malu rasanya hendak memandang anak teruna orang. Lagi-lagi orang itu memang orang yang disukainya.

“Hemm.. Boleh juga, sedap juga makan cendol. Lagi-lagi ketika cuaca panas macam ni.” Ammar mengangguk setuju. Sesekali dia memandang gadis disebelahnya itu. Comel juga dia ni.

***

Terima kasih Qaseh sebab sudi keluar dengan saya. Rumah awak sewa awak kat mana?” 

“Sama-sama, Terima kasih juga sebab belanja saya makan. Dekat saja dengan kolej. Selalu kita orang pergi ke kolej jalan kaki saja.” Jawab Qaseh tanpa memandang orang disebelah.

Cepat lah sikit sampai.. Aku tak biasa keluar dengan lelaki ni. Masa dengan Fayyadh tu pun, masa jumpa emak dia tu la kali pertama dan terakhir aku keluar dengan dia.

“Lahai.. dekat saja lah rumah kita.” Ammar memberhentikan kenderaannya ditempat letak kereta yang disedia kan di tempat kediaman mereka.

“Terima kasih, saya masuk rumah dulu. Assalamualaikum.”Ucap Qaseh lalu keluar dari perut kereta.

“Sama-sama, waalaikumussalam.” Ammar juga turun dari kereta dan berjalan di belakang Qaseh.

Ish.. Kenapa dia ikut aku? Tak sedap pula hati aku. Qaseh mempercepatkan langkahnya. Laju saja dia berjalan sampai di tangga bloknya baru lah dia memusingkan badannya memandang ke belakang. Dia melihat Ammar memasuki kediaman di blok hadapan.

‘Hahaha.. mesti Qaseh ingat aku nak ikut dia. Laju betul dia jalan tadi. Comel!’ Ammar terus menaiki tangga blok kediamannya.

Qaseh masih berselindung di sebalik tangga bloknya. ‘Lahai.. dia duduk berdepan saja dengan blok aku. Buat malu saja tadi aku jalan bukan main laju lagi. Malu pun dapat,penat pun dapat.’

“Assalamualaikum..” Qaseh menguak pintu rumahnya.

“Waalaikumussalam.. Hah! Dah balik pun. Seronok dating dengan lelaki pujaan malaya?.. Eh.. Tak..tak.. Pujaan kau sorang. Hahaha.”

“Kau mengintai aku eh tadi?” Qaseh menghenyak punggungnya di sofa.

Macam lah aku tak nampak tadi dua makhluk di meja sebelahnya mencuri-curi pandang dia dan Ammar sewaktu mereka makan cendol. Kawan sendiri, dari belakang pun dia kenal. Ini pula dari sisi, memang dia takkan salah orang lah.

“Eh… Tak ada.. Tak ada.. Nampak ni aku dah sampai rumah dulu.” Rina mengambil tempat di sebelah Qaseh.

“Tapi kau tak buka tudung lagi. Haaa..” 

“Salah ke aku pakai tudung? Haa..” Rina tidak mahu kalah.

“Gila! Tak nak mengaku lagi tu. Sudah lah.. Malas aku layan kau. Baik aku mandi lagi bagus.” Qaseh sudah mengorak langkah ke biliknya. 

Rina menepuk sendiri dahi nya. ‘Nampak pula dia aku mengintai eh, padahal tadi aku siap pakai cermin mata hitam dengan Luqman. Tudung ni pun… Macam mana lah aku boleh lupa nak buka.. Huh..Failed!’ Rina membuka tudungnya sambil berjalan menuju ke biliknya.

***** 

Bunyi alarm pada telefon bimbit Rina bagaikan bom di pagi hari.’Aduh.. Matikan lah cepat… Bising betul lah.Jam baru pukul 4 pagi...’ Malas-malas Qaseh bangun menuju ke bilik Rina.

“Nur Arina Syafiah binti Md Din!!!!!!!!” Sengaja dia menjerit sekuat hati didepan pintu bilik Rina yang tertutup rapat itu.

“Oiiii !!!” Rina bingkas bangun lalu membuka pintu biliknya.

“Matikan lah alarm kau tu… Kalau letak bom kat sebelah pun bukan kau bangun! Aku yang terjaga ni hah.. Kau tahu tak  aku baru tidur pukul 3 pagi tadi..”Qaseh menghenyak punggungnya di sofa sambil memeluk bantal.

“Kau buat apa sampai tidur lewat?..” Dalam keadaan mamai dia bertanya.

“Study lah gila… Kan lusa dah start paper final. Kau dah hilang ingatan ke?” Qaseh sudah terbaring diatas sofa.

“Ha’ah lah.. Aku rasa kan aku terhantuk kepala kat dinding lah semalam.” Dia juga mengambil tempat di sofa sebelah. 

Kesudahannya, mereka tertidur di atas sofa bersama-sama sehinggalah waktu subuh menjelang tiba.

“Rina!!!” Qaseh bingkas bangun dari pembaringan.

“Aarrggghh! Kenapa?! Kenapa?!” Terkejut Rina, dia turut bangkit dari tidur nyenyak nya.

“Solat! Solat!.. Dah nak habis waktu.” Kelam kabut Qaseh berlari menuju ke bilik air. Manakala Rina berlari untuk ambil wudhu di sinki.

Begitu lah mereka sesama kawan, saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Walaupun selalu bergaduh mulut, tetapi hati selalu memaafkan antara satu sama lain. 

Bunyi bip menandakan ada mesej baru masuk. Qaseh membuka aplikasi WhatsApps di telefon bimbitnya.

Ammar : Assalamualaikum.. Good luck for your final.. Fighting!

Sudah beberapa minggu dia tidak menerima mesej daripada lelaki itu. Mungkin sibuk mengulangkaji pelajaran, maklumlah...study weekkan..

“Ehem! Siapa mesej tu? Bukan main lebar lagi cik kak kita ni senyum.” Kata Rina mahu menyakat.

“Sibuk lah! Hahaha..” 

“Eleh… Malu lah tu.. Nak baca.. Nak baca..” Rina mengambil tempat di sebelah Qaseh. Namun Qaseh cepat-cepat berlari menuju ke bilik meninggalkan Rina di ruang tamu.

Sibuk saja minah ni tau! Luqman mesej dia, aku tak ada nak baca pun. Entah apa-apa saja.

Qaseh: Waalaikumussalam.. Thanks Ammar. I wish you luck too. 😊

Boleh mimpi sampai ke bintang aku kalau hari-hari sweet macam ni. Ish! Wake up Qaseh! Wake up! Baru wish macam tu pun kau dah angau.. Focus on paper final Qaseh! Jangan berangan saja!

Related chapters

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 4

    JAM menunjukkan tepat pukul 8.30 pagi. Ada lagi 30 minit sebelum memasuki dewan peperiksaan. ‘Ya Allah! Takutnya. Mudah-mudahan semua yang aku baca dan hafal tu yang keluar dalam final paper sekejap lagi.’ Mulut Qaseh tidak henti-henti berselawat. Saat-saat akhir begini kalau baca pun bukan ingat.“Assalamualaikum.. Tepat jam 9.00 pagi peperiksaan mustalah hadis kod (111) akan dimulakan. Pastikan anda membawa slip peperiksaan dan kad pengenalan. Peperiksaan akan dijalankan selama 1 jam 30 minit. Baiklah, jam menunjukkan jam 8.55 pagi. Pelajar dibenarkan masuk ke dalam dewan. Telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam dewan.” Kata emcee menggunakan alat pembesar suara.Berpusu-pusu pelajar masuk melalui pintu- pintu dewan yang dibuka. Tidak ketinggalan juga dengan Q

    Last Updated : 2021-07-17
  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 5

    HARI ini paper last. Memandangkan hanya paper subjek ekonomi islam sahaja yang tinggal,pelajar - pelajar sudah bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing. Tetapi tidak bagi Rina dan Qaseh. Mereka ingin meluangkan masa bersama dahulu sebelum berpisah.“Beb! Handphone kau dari tadi berbunyi tu. “ kata Rina sambil menonton rancangan Runningman di TV.Qaseh yang baru sahaja mandi terus berlari anak ke biliknya. Ni tak lain tak bukan tentu ibunya. Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.“Assalamualaikum, ibu. Kakak mandi tadi. Kenapa bu?”“Waalaikumussalam. Kamu mandi ke berendam? Lama sungguh. Ni kamu bila nak balik? Ayah nak minta cuti ni nak ke sana. Ke kamu nak angkut b

    Last Updated : 2021-07-17
  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 6

    30 April 2017“Bismillah.. Ya Allah.. Tolong lah bagi aku kerja ni.. Taska pun taska lah. Janji aku dapat kerja yang halal.. Aamiin…” Qaseh melangkahkan kaki masuk ke halaman Taska Taman Universiti.Bukannya dia tidak mahu kerja dalam bidang agama, tetapi rezekinya tiada di situ. Bermacam-macam kerja dalam bidang agama telah dimohon, namun, satu pun tiada balasan. Akhirnya , dia pasrah dan mencuba kerja diluar bidang pengajiannya.“Assalamualaikum..” Qaseh memberi salam sambil mengetuk pintu yang sedikit terbuka. Bunyi bising suara kanak-kanak sebentar tadi tiba-tiba menjadi senyap senyi.“Waalaikumussalam.. Ya? Cari siapa?” Seorang gadis berumur dalam ling

    Last Updated : 2021-07-17
  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB7

    30 Mei 2017Genap sebulan Qaseh bekerja di Taska Taman Universiti. Walaupun kadang kala stress dengan perangai kanak-kanak ini, di gagahkan juga diri demi mencari rezeki yang halal. Staf disini juga baik-baik belaka. Kebajikan pekerja juga dijaga oleh pengurus sebaik En. Fidaiy. Semuanya okay, kecuali hati Qaseh. Dia tidak mendengar khabar berita daripada lelaki bernama Ammar Mukhriz.Qaseh : Assalamualaikum.. Ammar, apa khabar? Sihat?‘Satu.. Dua.. Tiga.. Empat.. Lima.. Eh, selalu aku kira sampai lima saat saja, mesej dah berbalas. Ni tak ada pun. Hemm..’Bip! Bip!‘Akhirnya… dia balas pun.’Apl

    Last Updated : 2021-07-17
  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 8

    Qaseh mengemas beg pakaiannya untuk pulang ke kampung. ‘Boleh ke aku cuti ni? Nanti tak cukup cikgu pula kat sini. Tapi, dua hari saja kut.’ Qaseh membawa beg galas ke bahu. Dia sudah siap untuk pulang ke kampung.“Eh.. Qaseh nak pergi mana?” Efa menegur saat dia baru saja hendak melangkah keluar dari taska.“Efa, lupa nak beritahu. Saya ambil MC dua hari ya. Tapi tak apa ke eh?.” Qaseh menghulurkan tangan untuk bersalam.“ Itu lah. Siapa yang ganti Qaseh nanti ya? En. Fidaiy ada beritahu tak?” Soal Efa kembali.“Ala, sebelum ni boleh saja. Kalau dia tak ada pun, tak rasa apa.” Sindir Siti.

    Last Updated : 2021-07-17
  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 9

    MALAM itu….Efa melompat naik ke katil Qaseh. Tangan naik mengurut dada. ‘Kus semangat! Terkejut aku. Nasib baik tak tercampak telefon ni.’“Hehehe.. Terkejut eh? Sorry..” kata Efa sambil buat iklan colgate. Fara turut menghampiri mereka. Manakala Siti lebih suka buat hal sendiri.“Kita orang nak tanya sikit, boleh?” Kata Fara membuka bicara.Qaseh meletakkan telefon bimbitnya di sisi apabila melihat wajah Efa dan Fara bertukar serious

    Last Updated : 2021-07-17
  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 10

    SETIAP hujung minggu, biasanya mereka akan keluar bergilir-gilir mencari barang dapur untuk taska. Duit belanja awal-awal sudah di beri oleh En. Fidaiy. Kadang-kadang, En.Fidaiy yang akan mencari barang dapur untuk taska itu sendiri. Minggu ini adalah giliran Efa dan Qaseh.“Qaseh, petang ni jadikan pergi beli barang dapur? Aku nak Confirm dengan pakwe aku ni.” Kata Efa. Hilang sudah saya awak bila Qaseh sudah hampir setahun kerja di sini. Rasa janggal katanya.‘ Alahai.. Selalu naik grab okay aja. Bukan apa, tak selesa ada orang lain. Terbatas pula pergerakkan.’

    Last Updated : 2021-07-17
  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 11

    “SEMUA sekali RM120 Encik.”Fidaiy menghulurkan dua keping not seratus kepada pekerja cafe tersebut.“Terima kasih.” Fidaiy keluar dari cafe tersebut di ikuti oleh Qaseh.‘Lebih baik dia tak payah ajak aku. Semua yang aku pilihan dia reject. Ish! Pergi saja lah sendiri. Ajak aku nak buat apa entah!’“Awak kutuk saya eh?”

    Last Updated : 2021-07-17

Latest chapter

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 19

    “Kakak! Ya Allah… Kenapa tak siap lagi salin baju? Cepat lah. Sekejap lagi rombongan lelaki sampai tau.” Kata Puan Idayu sebaik saja memasuki bilik Qaseh. “Ibu… Tak nak kahwin lah. Takut!” “Kamu jangan nak macam-macam. Nina, dah siap ke solekan Qaseh?” Kata Puan Idayu lagi. Pandangannya beralih pula kepada Nina. Nina ialah juru solek paling hebat di kediaman mereka setakat ini. “Dah nak siap sebenarnya Makcik. Tapi, Qaseh ni hah. Bergerak-gerak. Susah jadinya.” Saja Nina mengadu biar Qaseh dimarahi, senang sikit kerjanya. “Kalau gambar kamu tak cantik nanti, jangan nak salahkan Nina pula ya? Dah cepat sikit. Nanti dah siap, Nina tolong teman dia duduk kat depan ya? Takut lari pula budak ni.” Kata Puan Idayu sambil menjeling tajam ke arah anaknya.

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 18

    Hari ini, sungguh mendebarkan buat Qaseh Maisarah. Iman bertegas untuk memberitahu pekerja-pekerjanya bahawa dia bakal bergelar suami orang tidak lama lagi. Qaseh tidak bersetuju kerana takut mereka tidak selesa untuk bekerja bersama-sama bakal isteri kepada majikan mereka sendiri.“Assalamualaikum. Saya minta maaf kerana memanggil anda semua di awal waktu bekerja. Ada sesuatu yang saya ingin umumkan kepada anda semua.”Dup. Dap. Dup. Dap. Jantung Iman juga kini berdegup kencang. Bagaimana riak wajah pekerja-pekerjanya nanti apabila mendapat tahu status nya kini yang sudah pun bergelar tunangan orang?Masing-masing memandang sesama sendiri. Tidak sabar menantikan berita tergempar yang bakal diumumkan oleh majikan mereka.‘Ya Allah… Kau lembutkan

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 17 

    Bip!!Iman : Assalamualaikum, Mai. Busy tak?Pagi-pagi lagi Qaseh sudah menerima mesej dari teman tapi mesranya, Iman.Qaseh : Waalaikumussalam. Tak, kenapa ya?Iman : Saya ada hajat ni. Saya harap awak bersetuju lah.Terus terduduk Qaseh selepas membaca mesej tersebut. ‘Hajat apa pula lah mamat ni? Pagi-pagi lagi dah ada hajat. Aku ni dari tadi nak buat apa pun malas.’Qaseh : Hajat apa? Macam serious aje bunyi nya.Iman : Kalau boleh, saya nak serius dalam perhubungan kita. Boleh saya datang ke rumah ibu bapa awak?‘Eh??!! Sekejap! Nak serius dalam perhubungan? Maksudnya? Dia suka aku? Dia suka aku ke? Dia nak kahwin dengan aku? Tak kan lah!&rsquo

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 16

    Tok! Tok!“Masuk!” jawab Fidaiy dari dalam pejabatnya.“Maaf ganggu, Encik Fidaiy.”“Ada apa Mai?” soal Fidaiy.Eh ni macam suara…“Qaseh Maisarah? Again. Awak berangan lagi? Depan saya pun boleh berangan ke?” soal Fidaiy sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.“Eh, tak.. Tak.. Saya nak minta cuti tahun Encik. Boleh tak?”“Dah lah berangan, nak minta cuti tahun saya pula. Pakai lah cuti tahun sendir

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 15

    Bip!Siapa pula mesej aku pagi-pagi ni. Aku kerja tahu tak hari ni. Masa aku cuti, senyap saja telefon aku ni. Bukan nak kata dapat call, mesej pun tak ada. Kalau ada pun, daripada si kuning. Digi lah! Aku tahu lah nak bila nak top up, sibuk saja cakap dah nak tamat tempoh.011-55337136 : Morning Mai!Mai? Tak pernah ada orang panggil aku Mai. Siapa pula jual nombor aku ni? Eh? Tunggu! Iman! Dia seorang saja suka anggil aku Mai.Qaseh : Iman?011-55337136 : Wah! Baru nak suruh teka siapa ni. Pandai!

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 14

    “ASSALAMUALAIKUM.” salam di beri sebelum melabuhkan punggung di tempat duduksebelah pemandu.“Waalaikumussalam.” Jawab Fidaiy sambil tersenyum mesra.Sudah lima minit berlalu. Kenderaan yang mereka naiki masih tidak bergerak. ‘Ya Allah… Dia ni kenapa dari tadi pandang-pandang aku? Tersenyum-senyum pula tu.’“Err.. Encik kenapa? Kita memang nak duduk sini sampai pukul tujuh malam ke?” Qaseh membetulkan selendannya yang sudah terletak elok di kepala.“Saya tunggu awak pakai seat belt.” jawab Fidaiy. Kemudian dia tersenyum lagi.&n

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 13

    “Morning!” jerit Fidaiy dari dapur. Sengaja dia datang awal pagi ini.Kelam kabut mereka menuruni anak tangga. Masing-masing sudah terpacak di ruangan dapur.“Qaseh mana?” Soal Fidaiy sambil membancuh kopi.“Dia cuti hari ni.” Jawab Efa pula.“Oh. Siti, tolong panggilkan dia.”“Kenapa saya?” Soal Siti berani.“Habis tu, tak kan saya nak naik atas?” Soalan di pulangkan kembali.Siti berjalan menaiki anak

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 12

    Qaseh membelek jam tangan berwarna rose gold, hadiah pemberian Fidaiy. Cantik. Pandai dia pilih. Dia tertanya-tanya apa isi pada kotak merah itu.‘Ish! Tak boleh. Tak boleh. Amanah orang ni!’ Qaseh menyimpan kembali kotak merah itu ke dalam luggage. ‘Kalau hilang ni, mati aku. Kena pecat agaknya.’“Wah! Cantiknya!” Fara membelek jam yang terletak kemas pada tangan Qaseh.“Cantik kan? Masa birthday kau orang, Encik Fidaiy bagi hadiah apa?” Teringin juga dia nak tahu apa an

  • Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)   BAB 11

    “SEMUA sekali RM120 Encik.”Fidaiy menghulurkan dua keping not seratus kepada pekerja cafe tersebut.“Terima kasih.” Fidaiy keluar dari cafe tersebut di ikuti oleh Qaseh.‘Lebih baik dia tak payah ajak aku. Semua yang aku pilihan dia reject. Ish! Pergi saja lah sendiri. Ajak aku nak buat apa entah!’“Awak kutuk saya eh?”

Scan code to read on App
DMCA.com Protection Status