Filter By
Updating status
AllOngoingCompleted
Sort By
AllPopularRecommendationRatesUpdated
The Stupidos (Bahasa Malaysia)

The Stupidos (Bahasa Malaysia)

Izzahkhai
Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan. Disebabkan kisah lama yang menghantuinya, dia lebih memilih untuk tidak mendekati sesiapa. Berkawan juga tidak. Hidupnya kelam kerana dilema. Apakah yang terjadi saat dia si gadis yang digelar si sombong bertemu dengan 4 jejaka yang boleh dikatakan masuk air? Setiap tingkah mereka membuatkan dia tidak kering gusi. Lucas Harvey. Your badboy. Theo Zander. Your drama king. Ethan Einsteirn. Your genius boy. Jayden Smith. Your ice boy. "Kita akan jadi best friends sampai bila-bila" 'The Friendship Will Never Ends' - THE STUPIDOS
109.4K viewsCompleted
Read
Add to library
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]

Pink Rose
Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar. Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu? "Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz
108.6K viewsOngoing
Read
Add to library
NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]

NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]

Ninie
Angkara dendam lampau terhadap Abangnya, Aisya terpaksa menanggung akibatnya. Hubungan cinta dia dengan Riyad yang terbina hampir lima tahun musnah begitu sahaja akibat fitnah yang menimpa. Ketika dia menghilang hadir seorang jejaka kembali membuka pintu hatinya. Namun takdir seakan menghalang apabila berlaku satu insiden yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan. Bunga lily putih sangat popular dikalangan muda mudi yang sedang jatuh cinta. Maknanya, lily putih ini sangat laku dipasaran pada hari kekasih selain dari bunga ros merah. Selain itu, untuk pasangan yang akan menikah, biasanya seorang lelaki akan menggunakan bunga lily putih sebagai salah satu cara untuk menyatakan lamaran kepada wanitanya. Selain memberikan suasana romantis, bunga lily putih ini juga melambangkan adanya perasaan yang tulus dan cinta suci yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun dapat diwakili oleh kehadiran bunga lily putih tersebut.-Aisya Yanie Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia".-Tengku Riyad Zulqarnain Seperti hujan, terkadang hadirku tidak kau inginkan, namun, yang harus kau fahami, aku adalah peneduhmu dia saat kau merasa sepi.-Syed Zafran Yang pasti BAHAGIA KITA RASA Meski jalan bahagia kita berliku Segala rintangan kita harungi bersama kerana kamu adalah 'NUKILAN CINTA'ku
104.1K viewsOngoing
Read
Add to library
Marry You (Bahasa Malaysia)

Marry You (Bahasa Malaysia)

Lucyana
"Ini yang kau nak kan! Puas hati kau sekarang?" - KHAIRUL ADAM Tanpa sedar, ayat itu menusuk ke benak hati yang paling dalam buat Imna Safira. Bukan itu yang dia mahukan dan bukan itu juga yang dia pinta. "Aku undurkan diri dari hubungan ni, bukan untuk kau tindas aku bertubi-tubi!" - IMNA SAFIRA. Namun semuanya sudah terlambat. Melihat orang-orang yang disayangi sedang bergembira. Dia hanya mampu mempamerkan senyuman bahagia. Walhal dalam hati sudah diamah perasaan luka. "Kalau kau nak dia, ambillah. Dengan kau aku percaya." - AISHA HANA Tetapi, prinsip hidup Imna Safira tidak akan sesekali merampas hak seseorang. Apatah lagi, kebahagian orang itu! Mampukah Imna Safira membuat pilihan yang tepat? Memilih untuk kebahagian dirinya sendiri atau pun berkorban demi orang yang dikasihi?
104.9K viewsCompleted
Read
Add to library
Dear Gavin (INDONESIA)

Dear Gavin (INDONESIA)

Saat berusia tiga belas tahun Krista Reid memutuskan bahwa dia akan menikah dengan Gavin Caleston. Ketika usianya delapan belas tahun, Krista Reid meminta Gavin Caleston menjadi pasangan prom night untuk pesta kelulusan SMA. Dia terobsesi untuk memiliki Gavin Caleston. Demi cinta monyetnya terwujud, Krista mengejar Gavin ke seluruh sudut Denver. Dimana pria itu berada, maka Krista ada di sana. Saat usianya tiga belas tahun, Gavin masih sibuk bermain sepeda keliling Denver. Begitu usianya menginjak delapan belas tahun, Gavin sibuk mengejar wanita di seluruh Denver. Ketika usia Gavin Caleston menginjak dua puluh tiga tahun seorang gadis kecil berusia tiga belas melamarnya. Dan ketika usia Gavin Caleston dua puluh delapan, gadis kecil itu tumbuh menjadi wanita cantik rupawan, dan tanpa malu mengajaknya ke acara prom night SMA. Tentu saja Gavin menolak!
Romansa
1036.6K viewsCompleted
Read
Add to library
Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)

Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)

Pink Rose
Rumah tangga yang dibina oleh Maleek dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas proses akad nikah, mereka masih tidak dibenarkan untuk tinggal bersama. Mengapa? Ada syarat yang Tan Sri Baharudin kenakan kepada anak serta menantunya sebelum mereka dibenarkan duduk serumah. "Kamu berdua, masih tidak dibenarkan tinggal bersama seperti suami isteri kebiasaannya." "But why, daddy?" Puteri memprotes. "Sebab, perkahwinan kamu berdua, masih digantung!" Pelbagai cabaran perlu mereka hadapai dalam tempoh Nikah Gantung ini. Jiwa dewasa yang saling mengingini terpaksa dipendam demi tuntutan syarat yang telah ditetapkan. Mampukah Maleek menahan imannya tatkala melihat isterinya yang semakin menggoda tanpa boleh berbuat apa-apa? Dan berapa lamakah tempoh Nikah Gantung yang Tan Sri tetapkan pada mereka?
4.1K viewsOngoing
Read
Add to library
Fake Marriage (Indonesia)

Fake Marriage (Indonesia)

Lunar dihadapkan pada pengkhianatan sang calon suami. Dia kabur dan suatu insiden mengharuskannya menikah dengan seorang pebisnis kaya. Arkan sendiri terpaksa mengurungkan niat untuk melamar kekasihnya. Ketika hubungan berkembang menjadi lebih dari sekadar pernikahan palsu, mereka terperangkap di antara perasaan yang rumit. Akankah mimpi buruk mereka berakhir indah?
Romansa
9.949.6K viewsCompleted
Read
Add to library
Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]

Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]

McSyahira
"Kalau kami kahwin, bumi ini harus dibelah jadi dua! Satu bahagian aku, satu bahagian dia." Memanglah Fatin dan Murad kawan baik. Tapi, macam mana pula dia nak memupuk rasa cinta terhadap satu sama lain kalau sudah memang cinta itu tidak pernah hadir! "Jom, kita cuba!" "Kalau tak boleh juga?" "Apahal pula tak boleh?" "Sebab kau Murad, dan aku Fatin!" Persoalannya, berjayakah Fatin dan Murad menempuhi jalan ke pelaminan kalau sudah kedua-duanya 'hopeless' dalam beromantisan? "Kau orang berdua memang... Hopeless Romantis!"
103.3K viewsOngoing
Read
Add to library
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)

Rabetkha
Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi. Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan. Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan. Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis. Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya. Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir. "Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau." Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat. Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya? "Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!" "I know who are you, and i still remember the first day I meet you." Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
103.7K viewsOngoing
Read
Add to library
PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)

PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)

Iqmal Izzat
'Pandai bukan syarat menjadi seorang pelajar terunggul, tetapi keperibadian seseorang pelajar itu.' Kisah kehidupan seorang remaja bernama Zain bersama rakan-rakannya yang baru sahaja menginjak usia remaja. Dikala itu, Adrian yang cemburu terhadap Zain menyebabkan dia telah merencana pelbagai strategi untuk mengenakan Zain supaya dia dapat menggondol populariti 'musuh'nya itu. Tetapi, adakah ianya akan berjaya? Bagaimanakah Zain mampu menghadapinya? (Blurb bahagian 1)
103.0K viewsOngoing
Read
Add to library
PREV
1
...
7891011
...
49
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status