Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]
Hanya kerana satu insiden berlaku dalam hidupnya membuatkan dirinya seratus peratus berubah. Berubah menjadi seseorang yang orang tak pernah terfikir dia mampu berubah seperti itu. Dalam insiden itu juga, dia telah menemui seseorang yang telah memberikan dia semangat untuk berubah.
"Dekat dunia ni, janganlah tunjuk diri kau tu lemah sangat. Bangkit dan lawan orang yang hentam kau." - INDIRA CALLISTA
Dia tidak sempat bertanyakan nama gadis itu. Raut wajah gadis itu pula hanya samar-samar dalam ingatannya. Namun ayat yang dilontarkan oleh gadis itu terkunci di dalam kotak ingatannya.
"Adakah kau gadis yang selama ini aku cari, Indira? Kau dan dia banyak persamaan. Terutamanya keberanian kau. Ketangkasan kau." - TENGKU QARIZH NADIM
Misi mencari gadis idamannya itu tidak pernah pudar dalam ingatannya. Langsung tidak jemu menanti kehadiran bidadarinya itu. Pada masa yang sama, dia harus berdepan dengan musuh-musuh yang tak pernah lelah menganggu kehidupannya.
"Aku menyesal dengan pertemuan kita ni, Qarizh." - INDIRA CALLISTA
Kenapa Indira menyesal dengan pertemuan dia dan Qarizh? Berjayakah Qarizh menawan hati bidadarinya setelah sekian lama menanti?
108.4K DibacaCompleted