Akhiri Kisah Cinta Ku (Bahasa Malaysia)
Fayyadh Rizqi - Nur Qaseh Maisarah!!
Nur Qaseh Maisarah - Selamat tinggal Fayyadh!
Nur Qaseh Maisarah, nama seindah orangnya. Tetapi, nasib selalu tidak menyebelahinya. Dia selalu bernasib malang dalam bab percintaan.
Ammar Mukhriz - Qaseh, awak terlalu baik untuk saya.
Setiap lelaki yang datang dalam hidupnya bagaikan hanya sebuah persinggahan. Dia tidak jauh berbeza dengan hentian rehat di R&R.
Hafiz Amsyar - Saya akan jadi orang pertama yang akan datang meminang awak.
Setiap yang datang akan memberi harapan dan janji-janji yang belum pasti. Dia juga bodoh kerana terlalu cepat percaya. Padahal sudah banyak kali terkena.
Fidaiy - Qaseh, are you okay?
Iman - Will you marry me?
Kehadiran Fidaiy mencuit lagi hatinya. Sikap mengambil berat yang dipamerkan oleh lelaki itu membuatkan dia sentiasa rasa selamat.
Pada masa yang sama, teman lamanya kembali menghubungi dia dan menyatakan hasratnya yang sudah lama berputik.
Siapakah yang akan memiliki hatinya?
Pada siapakah yang harus dia percaya?
Adakah dia bakal menjadi tempat persinggahan untuk ke sekian kalinya?
Segalanya bakal terungkai di dalam “Akhiri Kisah Cinta Ku”.
102.9K 조회수Ongoing