Browse and discover the novel related to malay that interests you most at GoodNovel. Novels in GoodNovel cover a wide range of genres such as Romance, Urban / Realistic, YA/TEEN. Pick one and read it now!
Zafrael Shah (Malay Novel)
Zafrael Shah | Alina Sumayyah
Psiko
Kehidupan aku dikelilingi kebencian.
aku benci kebencian.
Tapi dia muncul membawa kebahagian namun itu semua hanya seketika tatkala sisi gelapnya terbongkar saat itu aku tahu, aku benci dia!
"Lepaskan aku, Zafrael. Kau dan aku berbeza. Kau dunia kau dan aku dunia aku!" - Alina Sumayyah
"No way! Kau dah buat aku suka kan kau lepastu kau nak pergi macam tu je? Jangan harap!" - Zafrael Shah
Aku benci dia!
____
( highschool story )
hasyaqurratu 2021
matured content
Malayang Diyos ng Digmaan
Sa pagbabalik ni Thomas Mayo, isang Diyos ng Digmaan, mula sa giyera, nakaharap niya ang mga taong nais siyang pabagsakin at naging dahilan sa pagkamatay ng kanyang kapatid at pagkawala ng ama. Dahil dito umusbong ang pag udyok sa kanyang paghihiganti…
MALAYA (A Tagalog Story)
Malaya will never live up to her name. Hindi siya kailanman naging malaya at hindi magiging. Namumuhay siyang tila daga na nagtatago sa malulupit na mga pusa.
Sa kagustuhang matakasan ang kinalakhang buhay at mahanap ang kalayaan, napadpad si Malaya sa isang malayong probinsya.
Sa kanyang pagtakas, nasumpumgan niya si Thorin Fuentebella— ang binatang kumupkop sa kaniya. Sa pagtira niya sa mansyon nito, napalapit at minahal niya ang lalaki— na walang kaalam-alam sa tunay niyang pagkatao.
Subalit nang dumating ang pagkakataon na kinailangan niyang aminin ang lahat—ang tunay niyang pagkatao at dahilan ng kanyang pagtakas ay hindi niya inaasahang ang binata pa pala ang magtutulak sa kanyang balikan ang nakaraan na ayaw na niyang maranasan...
ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)
Real love doesn't meet you at your best. It meets you in your mess.
Siapa sangka disebalik seorang lelaki yang ego terselit kisah pilu duka dan kecewa?
Dan siapa pula sangka di sebalik wajah dan senyuman manis wanita itu terselit ada rahsia silam yang pahit.
ADRA SOFEA-Pemilik nama yang sungguh indah rupanya. Baik budi pekertinya. Akibat ditipu oleh sahabatnya Jasmin, dia terperangkap dalam kelab Diamonds.
THAQEEF ILHAM-Pemilik kelab malam Diamonds yang gah di Kuala Lumpur. Akibat kecewa dengan bekas tunang, dia tegar mempermainkan hati dan maruah seorang wanita.
"Jadikan saya yang halal untuk awak,Thaqeef..Saya mohon, nikahi saya. Biarpun hanya 100hari.Saya rela. Saya janji tak akan tuntut apa-apa pun hak. Saya janji saya akan patuh segala arahan awak." -ADRA SOFEA
"Be prepared. You will be mine, baby Adra-THAQEEF ILHAM
Dalam ego Thaqeef ada manjanya, perkahwinan mereka bagaikan roller coaster.
Dan di saat Adra tak mampu menolak rasa hati, dan di saat Thaqeef masih dalam berteka-teki Adra memilih untuk pergi dengan cara yang sangat Thaqeef benci.
Cukupkah 100hari untuk mereka mengukir bahagia atau itu hanya kisah dongeng semata-mata.
WARNING :MATURE CONTENT
IG:RIDZWANDA8
.
Suami Pilihan Abah (Bahasa Malaysia)
Berkahwin dengan kawan baik abah? Eiiuu bunyinya pun dah sangat menggelikan. Tapi apa pilihan yang Naura Khalisha ada apabila abah kesayangannya itu memaksa si anak gadis yang baru berusia 23 tahun itu menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki yang telah pun berusia hampir 47 tahun itu. Mahu pitam dia dibuatnya.
Hafiz Rahim tak menyangka jodoh yang ditunggu-tunggu selama ini adalah anak kawan baiknya sendiri. Dia dengan hati yang terbuka menerima Naura sebagai isterinya yang sah.
Bermacam ragam Hafiz kena hadap apabila menjadi suami kepada Naura. Naik pening kepalanya harus melayan tingkah Naura. Kadang-kadang Naura seperti sengaja mahu menguji tahap kesabarannya.
Elok melayari bahtera perkahwinan, satu rahsia yang disimpan kemas oleh Hafiz terbongkar juga. Hati yang sudah diberikan kepada lelaki yang bergelar suaminya itu hancur remuk. Naura benar-benar dirundum rasa kecewa.
"Sampai hati pak cik tipu saya," - Naura Khalisha.
"Abang takde niat pun nak tipu Naura sayang," - Hafiz Rahim.
Adakah mereka akan kekal menjadi suami isteri atau perpisahan adalah jalan terbaik buat Naura dan Hafiz? Dan apakah rahsia sebenarnya yang telah disembunyikan oleh Hafiz daripada pengetahuan Naura?
The Stupidos (Bahasa Malaysia)
Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan.
Disebabkan kisah lama yang menghantuinya, dia lebih memilih untuk tidak mendekati sesiapa. Berkawan juga tidak. Hidupnya kelam kerana dilema.
Apakah yang terjadi saat dia si gadis yang digelar si sombong bertemu dengan 4 jejaka yang boleh dikatakan masuk air? Setiap tingkah mereka membuatkan dia tidak kering gusi.
Lucas Harvey. Your badboy.
Theo Zander. Your drama king.
Ethan Einsteirn. Your genius boy.
Jayden Smith. Your ice boy.
"Kita akan jadi best friends sampai bila-bila"
'The Friendship Will Never Ends'
- THE STUPIDOS
Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]
Hanya kerana satu insiden berlaku dalam hidupnya membuatkan dirinya seratus peratus berubah. Berubah menjadi seseorang yang orang tak pernah terfikir dia mampu berubah seperti itu. Dalam insiden itu juga, dia telah menemui seseorang yang telah memberikan dia semangat untuk berubah.
"Dekat dunia ni, janganlah tunjuk diri kau tu lemah sangat. Bangkit dan lawan orang yang hentam kau." - INDIRA CALLISTA
Dia tidak sempat bertanyakan nama gadis itu. Raut wajah gadis itu pula hanya samar-samar dalam ingatannya. Namun ayat yang dilontarkan oleh gadis itu terkunci di dalam kotak ingatannya.
"Adakah kau gadis yang selama ini aku cari, Indira? Kau dan dia banyak persamaan. Terutamanya keberanian kau. Ketangkasan kau." - TENGKU QARIZH NADIM
Misi mencari gadis idamannya itu tidak pernah pudar dalam ingatannya. Langsung tidak jemu menanti kehadiran bidadarinya itu. Pada masa yang sama, dia harus berdepan dengan musuh-musuh yang tak pernah lelah menganggu kehidupannya.
"Aku menyesal dengan pertemuan kita ni, Qarizh." - INDIRA CALLISTA
Kenapa Indira menyesal dengan pertemuan dia dan Qarizh? Berjayakah Qarizh menawan hati bidadarinya setelah sekian lama menanti?
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]
Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar.
Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu?
"Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz
CALL MY NAME! (BAHASA MALAYSIA)
Bekerja sebagai seorang anggota polis berjawatan tinggi cukup membuatkan ASP Jimmy sentiasa disanjungi.
Namun, lumrah manusia. Dalam seribu menyukai, pasti ada satu yang membenci.
Thufaila Ajwa, jiran setaman yang sentiasa menganggap ASP Jimmy hidup dalam dunia kepura-puraan.
Apa yang pasti, gadis itu sangat membecinya kerana kisah silam mereka.
Prinsip Thufaila hanya satu.Selagi kudratnya masih ada, walaupun sesaat dia tidak akan membenarkan dirinya di bantu oleh lelaki spesis Jimmy.
“Sekarang ini memanglah engkau tak perlukan aku lagi. Tapi nanti, percayalah yang kau perlukan aku dalam hidup kau. So, if anything happens just call my name!" -ASP JIMMY
“Aku rasa mata aku ni membawa satu sumpahan! Kadang, aku rasa aku nak butakan mata disebabkan mata aku boleh tembus nampak ke dinding.” -AHMAD
Kehadiran Ahmad sebagai jiran sebelah rumah Thufaila, membawa seribu misteri. Karakter dingin dan penampilan Ahmad berkaca mata hitam sepanjang masa, menjadi tanda tanya insan sekeliling.
Di sebalik gaya yang cukup misteri, hanya ASP Jimmy sahaja yang mengetahui kelebihan Ahmad yang mampu meneliti objek tersembunyi di sebalik dinding.
Pandangan mata boleh tembus ke dinding? Macam cerita fantasi saja bunyinya. Tapi itulah realiti yang Ahmad hadapi.
Datangnya membawa ASP Jimmy mengembara ke peristiwa yang lama. Kerana dia, lelaki itu sanggup mengkaji semula kes pembunuhan bersiri, dua puluh tahun yang lalu. Kebenaran di sebalik pembunuhan bersiri itu perlukan jawapan.
"Kenapa tuan sibuk nak buka semula kes lama? Kita nak cari dalang sebenar untuk kes Razlan Ishak! bukannya kes pembunuhan bersiri yang dah basi."
Kerana tekadnya untuk merungkai sebuah misteri, kini ASP Jimmy berdepan masalah.
Orang yang disayangi menjadi sasaran dan berdepan bahaya.
"Kalau engkau nak betina ni selamat, engkau serahkan Ahmad dekat aku! Sebab dia tu hak aku. Engkau pilih antara dua. Ahmad atau dia."
ASP Jimmy buntu.
Mampukah dia menjadi pelindung buat Thufaila sedangkan dia tahu si gadis tidak perlukannya?
Mampukah dia menempuh segalanya andai hati berbelah bahagi?
AKU MILIKMU[BAHASA MALAYSIA]
Tiada siapa siapa yang sudi menjadi isteri Megat Danish bila melihat dirinya seperti 60an dengan kulit muka berkedut jalan menggunakan tongkat semua perempuan yang dekat dengan dirinya pasti menggelarkan dirinya 'Pakcik tua' padahal umurnya baru 28tahun sehingga sekarang tiada perempuan yang berani dekatkan dirinya apatah lagi ingin dijadikan suaminya walaupun dia mempunyai harta berkoyan-koyan dan berkerjaya semua perempuan menghampirinya dirinya akan cabut lari apabila melihat keadaannya tua kerepot sudah puas dia pergi berubat dari perubatan tradisional hingga perubatan modern masih tiada penyelesaian mengenai penyakit misterinya yang dihadapinya membuatkan jiwanya tekanan dan hampir terjun bangunan mujur ada seorang gadis menarik lengannya daripada jatuh bawah.
"Pakcik jangan terjun!banyak lagi cara lagi boleh hilangkan tekanan bukan dengan cara ini,pakcik tak sayang nyawa ke?tak sayang anak cucu pakcik?ramai dalam wad tu perlukan nyawa untuk teruskan hidup yang pakcik diberikan kesihatan yang baik pakcik nak sia-siakan"-Tiara
"Awak ni siapa?saya tak kenal awak,dan saya tiada anak cucu awak tiada hak untuk menghalang saya!suka hati sayalah nak buat apa pun!saya dah lama menderita awak tahu apa?"-Megat Danish
"Baiklah,kalau pakcik nak terjun jugak saya akan ikut pakcik terjun sekali biar kita sesama mati lepastu kita jadi hantu pun sesama jugak kat hospital ni jomlah saya tak sabar nak terjun ni boleh kita sama-sama jadi hantu"-Tiara
Adakah Megat Danish rasa dirinya tercabar dengan permintaan seorang gadis?yang tidak dikenalinya atau mula timbul bimbit cinta bila berhadapan dengan gadis itu
Dengan kehadiran Tiara dalam hidup Megat Danish ada sesuatu keajaiban yang berlaku dalam dirinya dapatkah Tiara menerima Megat Danish dengan rupa sebenarnya atau meninggalkannya?
JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)
Satu malam yang sepatutnya menjadi antara satu malam yang terindah buat Aura Felisya bertukar menjadi malam yang mencipta seribu satu kisah kehidupan antara Aura Felisya dan Zaffrel Luftman .
AURA FELISYA - Kau siapa? Kenapa kau mengaku yang kau bakal suami aku ? Kau tahu tak dengan tindakan kau ni kau dah buat masalah besar tahu tak !
ZAFFREL LUFTMAN - Kalau aku tak mengaku depan orang ramai tadi masalah akan jadi lebih besar.
Aura Felisya bagaikan kebingungan apabila hadirnya seorang lelaki yang menyelamatkan maruah keluarganya dan sanggup berkahwin dengan dirinya. Namun siapa sebenarnya lelaki itu ? Apa motif dia sehingga sanggup berkahwin dengan Aura Felisya ?
ZAFFREL LUFTMAN - Janji dengan abang walau apa pun yang jadi, jangan pernah tinggalkan abang
AURA FELLISYA- Aura tak akan tinggalkan abang, Abang tetap milik Aura.
Dari benci jadi cinta. Bukan namanya cinta tanpa dugaan. Namun Zaffrel dan Aura tetap pertahankan rumah tangga mereka saat dilanda ombak.
ZAFFREL LUFTMAN- Aku akan tetap Jadikan Dia Milik Aku
Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]
Hidup penuh dengan unsur kemisterian membuatkan kehidupannya terumbang-ambing. Sekejap ke sini kemudian sekejap ke sana. Seorang demi seorang yang wujud dalam hidupnya sehingga terjadinya cinta empat segi tanpa sengaja.
"Aara, you will be mine. I fall in love with you, my dear." - AHMED IVANDER
Tanpa dia sedar, dirinya sudah membuatkan lelaki yang merupakan majikannya sendiri jatuh hati pada dirinya dalam diam. Walhal lelaki itu sudah berumah tangga.
"Saya mohon. Bagilah saya peluang. Peluang terakhir." - ARIF HALFI
Munculnya suami yang tidak menjadi membuatkan kehidupannya semakin bercelaru. Dirinya sendiri buntu.
"Aku nampak air mata kau jatuh. And you can't lie to me. Don't be a liar. I hate it." - RERY EL-SHARIF
Berjumpa pula dengan seorang lelaki yang suka menyakitkan hati. Bertambah-tambah serabut hidupnya begini.
"Apa yang aku tahu, Tuhan uji kau sebab Tuhan tau yang kau kuat." - RAE EL-SHARIF
Si adik kepada lelaki yang menyakitkannya itu pandai pula menenangkan hatinya. Tapi tidak kekal. Tak lama itu, Rae bersikap dingin dengannya. Dia sendiri tidak tahu apa kesilapannya pada lelaki itu.
"Aku akan kembali dekat kau. Kau tunggu aku..." - RERY EL-SHARIF
Air mata menjadi teman setiap kehidupannya hariannya. Siapa yang sebenarnya berjaya menghuni hatinya? Dan kenapa hidupnya perlu ada perpisahan? Tidak layakkan untuk dia bahagia?
Marry You (Bahasa Malaysia)
"Ini yang kau nak kan! Puas hati kau sekarang?" - KHAIRUL ADAM
Tanpa sedar, ayat itu menusuk ke benak hati yang paling dalam buat Imna Safira. Bukan itu yang dia mahukan dan bukan itu juga yang dia pinta.
"Aku undurkan diri dari hubungan ni, bukan untuk kau tindas aku bertubi-tubi!" - IMNA SAFIRA.
Namun semuanya sudah terlambat. Melihat orang-orang yang disayangi sedang bergembira. Dia hanya mampu mempamerkan senyuman bahagia. Walhal dalam hati sudah diamah perasaan luka.
"Kalau kau nak dia, ambillah. Dengan kau aku percaya." - AISHA HANA
Tetapi, prinsip hidup Imna Safira tidak akan sesekali merampas hak seseorang. Apatah lagi, kebahagian orang itu!
Mampukah Imna Safira membuat pilihan yang tepat? Memilih untuk kebahagian dirinya sendiri atau pun berkorban demi orang yang dikasihi?
PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]
Nursally
Kehidupan Aria Charissa yang dahulunya bahagia kini hancur apabila ibunya meninggal dunia. Tambah pula papanya berkahwin baru membuatkan hatinya bertambah sakit. Hubungan dia antara mama tirinya juga tidaklah begitu baik. Cukup sekadar meraih hati papa.
Eiyad Lutfi yang entah dari mana datang mendekati Aria Charissa secara perlahan. Ada rahsia yang disimpannya. Tapi lama kelamaan hatinya tertaut kepada Aria Charissa. Gadis yang lain daripada perempuan lain yang dikenalinya.
Bukan hanya Eiyad Lutfi yang menyukainya, Aysar Idlan juga turut menaruh rasa cinta semenjak pertemuan pertama mereka di universiti. Hari demi hari dia ganggu Aria Charissa. Walaupun dia tahu hati gadis itu keras. Tapi dia tak pernah putus semangat daripada mendapatkan cintanya.
Tapi kenyataan yang disembunyikan oleh Eiyad amat menyedihkan. Setelah mencintai gadis itu, adakah dendam yang tersemat dalam hati akan dilupakan.
NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]
Angkara dendam lampau terhadap Abangnya, Aisya terpaksa menanggung akibatnya. Hubungan cinta dia dengan Riyad yang terbina hampir lima tahun musnah begitu sahaja akibat fitnah yang menimpa.
Ketika dia menghilang hadir seorang jejaka kembali membuka pintu hatinya. Namun takdir seakan menghalang apabila berlaku satu insiden yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan.
Bunga lily putih sangat popular dikalangan muda mudi yang sedang jatuh cinta. Maknanya, lily putih ini sangat laku dipasaran pada hari kekasih selain dari bunga ros merah. Selain itu, untuk pasangan yang akan menikah, biasanya seorang lelaki akan menggunakan bunga lily putih sebagai salah satu cara untuk menyatakan lamaran kepada wanitanya. Selain memberikan suasana romantis, bunga lily putih ini juga melambangkan adanya perasaan yang tulus dan cinta suci yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun dapat diwakili oleh kehadiran bunga lily putih tersebut.-Aisya Yanie
Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia".-Tengku Riyad Zulqarnain
Seperti hujan,
terkadang hadirku tidak kau inginkan,
namun, yang harus kau fahami,
aku adalah peneduhmu dia saat kau merasa sepi.-Syed Zafran
Yang pasti BAHAGIA KITA RASA
Meski jalan bahagia kita berliku
Segala rintangan kita harungi bersama
kerana kamu adalah 'NUKILAN CINTA'ku
Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)
Pink Rose
Rumah tangga yang dibina oleh Maleek dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas proses akad nikah, mereka masih tidak dibenarkan untuk tinggal bersama.
Mengapa?
Ada syarat yang Tan Sri Baharudin kenakan kepada anak serta menantunya sebelum mereka dibenarkan duduk serumah.
"Kamu berdua, masih tidak dibenarkan tinggal bersama seperti suami isteri kebiasaannya."
"But why, daddy?" Puteri memprotes.
"Sebab, perkahwinan kamu berdua, masih digantung!"
Pelbagai cabaran perlu mereka hadapai dalam tempoh Nikah Gantung ini. Jiwa dewasa yang saling mengingini terpaksa dipendam demi tuntutan syarat yang telah ditetapkan.
Mampukah Maleek menahan imannya tatkala melihat isterinya yang semakin menggoda tanpa boleh berbuat apa-apa? Dan berapa lamakah tempoh Nikah Gantung yang Tan Sri tetapkan pada mereka?
A Million Misery [Bahasa Malaysia]
Mengisahkan watak Monika yang merupakan seorang artis rakaman. Dia berasal dari sebuah keluarga ternama, kaya dan berpengaruh. Namun dia berusaha merahsiakan identitinya dari diketahui umum untuk keselamatan dirinya yang menjadi buruan pembunuh upahan setelah kesemua ahli keluarganya mati dalam satu kejadian yang tragis.
"Polis ada tunjukkan satu fail sulit dekat aku. Dalam fail tu ada gambar-gambar mayat ahli keluarga aku. Yang menarik perhatian ialaha tanda yang sama ditinggalkan di beberapa bahagian tubuh mereka."
Kehidupannya semakin teruk. Dia tidak tahu kemana arah patut dituju. Dia tergelincir di dalam lembah penuh kegelapan.
"Aku mengaku ketika aku berumur belasan tahun, aku pernah ambil benda-benda macam tu. Dengan harapan ia dapat menolong aku keluar dari dunia realiti walaupun untuk seketika."
Tepat pada masanya, Haliene hadir dalam hidupnya. Haliene merupakan pemilik studio rakaman yang menjadi naungan Monika juga selaku sahabatnya. Dialah yang bertanggungjawab membantu Monika keluar dari dunia gelap setelah pelbagai dugaan dilaluinya. Dia menjaga Monika seperti adik perempuan kandungnya sendiri.
"Umm... aku tertanya-tanya apa akan terjadi kalau kita tak pernah berjumpa? Aku tentunya dah mati."
Haliene juga menyimpan rahsia yang Monika tidak tahu mengenai pembunuhan keluarganya juga kemalangan yang hampir meragut nyawanya.
"Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau."
Credit Cover Book (pink colour): via Monika Santucci's social media post
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)
Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi.
Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan.
Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan.
Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis.
Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya.
Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir.
"Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau."
Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat.
Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya?
"Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!"
"I know who are you, and i still remember the first day I meet you."
Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia)
Sembilan orang pelajar terperangkap di sebuah sekolah setelah kampung halaman dan tempat tinggal mereka ditenggelami satu kabus gelap yang 'menelan' semua orang. Ibu bapa, kawan, keluarga mereka menjadi mangsa. Hanya kawasan sekolah sahaja yang masih terselamat. Tetapi, mereka tidak boleh tinggal di situ buat selamanya. Kabus gelap itu semakin merebak.
Namun, ada sesuatu yang misteri di bawah kabus yang gelap.