Di rumah, Solehin terbaring di atas katil. Fikiran dia kusut. Dia takut hari itu bakal tiba. Pasti Wan akan kecewa. Pintu diketuk dari luar. Solehin membuka pintu membenarkan ibu tirinya masuk ke dalam. Sebenarnya ibu kandung Solehin meninggal ketika usianya 10 tahun. Encik Talib, ayah Solehin membuat keputusan untuk berkahwin lain kerana tiada masa untuk menguruskan Solehin. Pekerjaan Encik Talib yang sentiasa berulang-alik dari luar negara sukar untuknya mencurah kasih pada Solehin. Puan Maria cuba merapatkan diri dengan Solehin tetapi tidak pernah berjaya. Dia sedar Solehin masih belum dapat menerima kenyataan Puan Maria sebagai ibu tirinya. Sejak itu Solehin mula memberontak. Dia mengikut pilihan yang dia sendiri tidak pasti akan akibatnya. Puan Maria melihat Solehin berbaring di atas katil. Suasana menjadi sunyi sepi. "Err, Solehin jom turun makan." Puan Maria cuba memujuk. "Takpa aku tak lapar." Jawab Solehin acuh tak acuh.&
Read more