"Alaaa rilek bro. Jangan menangis." Solehin memujuk aku.
Mana ada aku menangis." Aku lekas menyeka air mata yang mengalir tanpa henti."Yelaa yelaa. Suka hati kau lah. Nak main ml ke tak ni?" Kadang aku rasa mahu belasah dia tapi bila fikir balik sia-sia saja."Setan. Aku tengah murung sempat lagi kau ajak main game." Marah aku. Aku melemparkan pandangan ke luar. "Taknak sudah. Aku lagi sikit nak masuk epic dah ni."Aku tidak menghiraukan godaan Solehin. Dia bangkit lalu beredar ke kedai mencari rokok yang kehabisan. Aku cuba mencari jalan bagaimana mahu hadap muka Zulaikha tu nanti. Tulaa gelojoh sangat nak ada awek. Aku membuka fon. Aku mahu meluahkan perasaan aku dalam watpadd.
Harapan..
kadang-kadang membahagiakan. Ada kalanya memeritkan. Harapan memberikan kita kekuatan. Tetapi boleh juga menjadi kelemahan. Sama seperti aku. Mengharapkan bidadari dari kayangan menjadi
Aku memandang Solehin. Dia tekun membaca surat itu. Penuh perasaan. Dia mula berfikir namun gagal. Masih tidak dapat meneka siapa yang menghantar surat.Lucu bila awak kata mahu berkenalan dengan saya sedangkan awak sudah mengenali saya. Benar, kadang-kadang kita lebih mencari orang yang berada jauh di mata sehingga tidak sedar ada yang sedang cuba mendekati. Andai tuan hamba bijak bestari, cuba teka siapa puteri yang menulis surat ini. Hehe..sahabat_penaAku membaca surat itu lagi. Aku yakin ada orang yang cuba permainkan aku. Bukan kali ini."Bro, kau rasa siapa ek?" Soal Solehin yang mula curiga."Entah. Aku rasa ada orang nak prankaku." Aku cuba berfikir positif."Huishh banyak betul masa dia nak prankkau macam ni." Solehin tidak menerima kata-kata aku. Aku diam."Apa kata kita balas semula surat ni. Nak tak?" Solehin mula menyuarakan idea.
"Serius?" Mata aku terbeliak apabila mencuri dengar perbualan rakan-rakan sekelas. Mereka semua memandang aku."Ahaa kau tak tahu ke?" Rakan aku mengerut dahi. Aku menggeleng."Tak." Pendek jawab aku. Belum sempat aku mahu tanya lebih terperinci Cikgu Heni masuk ke dalam kelas. (pssttt jangan tanya sebab apa aku kerap guna nama cikgu ni)Aku memandang papan putih. Segala soalan dan bebelan Cikgu Heni aku tidak hiraukan. Fikiran aku mula hilang. Hanya jasad berada dalam kelas."Psstt kau tau tak Zulaikha dah berhenti sekolah?" Suara Solehin berbisik. Aku mengangguk."Sebab apa?" Soal aku turut berbisik."Entah laa banyak khabar angin. Aku takut jatuh fitnah jaa." Jawab Solehin jujur."Kamu berdua sembang apa lagi? Bawa keluar buku latihan." Cikgu Heni memotong perbualan kami. Aku membuka zip beg. Aku cari buku latihan math aku untuk dihantar."Sial!!" Terlepas perkataan keramat tu di bibir aku. Buku latihan aku hilang. Takda dalam beg.
Di rumah, Solehin terbaring di atas katil. Fikiran dia kusut. Dia takut hari itu bakal tiba. Pasti Wan akan kecewa. Pintu diketuk dari luar. Solehin membuka pintu membenarkan ibu tirinya masuk ke dalam. Sebenarnya ibu kandung Solehin meninggal ketika usianya 10 tahun. Encik Talib, ayah Solehin membuat keputusan untuk berkahwin lain kerana tiada masa untuk menguruskan Solehin. Pekerjaan Encik Talib yang sentiasa berulang-alik dari luar negara sukar untuknya mencurah kasih pada Solehin.Puan Maria cuba merapatkan diri dengan Solehin tetapi tidak pernah berjaya. Dia sedar Solehin masih belum dapat menerima kenyataan Puan Maria sebagai ibu tirinya. Sejak itu Solehin mula memberontak. Dia mengikut pilihan yang dia sendiri tidak pasti akan akibatnya. Puan Maria melihat Solehin berbaring di atas katil. Suasana menjadi sunyi sepi."Err, Solehin jom turun makan." Puan Maria cuba memujuk."Takpa aku tak lapar." Jawab Solehin acuh tak acuh.&
"Yelaa nanti Wan tanya oke. Dah jom." Aku bangun sambil menarik lembut tangan Siti."Gi mana?" Siti terpinga-pinga."Dating lah. Tengok wayang nak?" Ajak aku. Dia tersenyum tanda setuju."Tapi naik motor boleh?" Aku baru teringat kereta kakak aku naik pergi kerja."Boleh jaa. Baru sweet." Dia tersipu malu."Eyy tak malu." Bisik aku pada telinga Siti. Dia pantas mencubit aku. Aku menahan sakit dan gembira dalam masa yang sama.Aku melihat whatsapp. Chat aku yang dihantar pada Solehin tidak berbalas. Call aku juga tidak dijawab. Pelik. Aku terus melihat jam di tangan. Sudah pukul 10 malam. Kenapa aku rasa tak sedap hati ni. Aku bangun dari katil. Aku segera menyalin baju dan memakai tracksuit. Kunci motor dicapai. Aku mahu pergi ke rumah Solehin.Pintu rumah diketuk. Dalam beberapa minit kemudian pintu dibuka dari dalam. Ternyata ayah Solehin yang membuka pintu."Haa kamu rupanya Wan. Nak jumpa Fadila ke?"
Guruh mula berdentum. Air yang ditakung awan mula menitik sedikit demi sedikit. Aku melihat kelibat Solehin yang beredar dalam keadaan hujan yang semakin lebat. Aku biarkannya berlalu pergi.Hujan di luar semakin rancak. Hati aku mula tak senang. Dari tadi berdegup kencang. Ah aku benci perasaan ini. Aku terus masuk ke dalam bilik. Selimut di tarik. Aku pejamkan mata rapat. Aku mahu diri aku lenyap dalam mimpi. Tapi aku tau semua itu hanya sia-sia.Sial...aku terus bangun mencapai kunci kereta. Enjin dihidupkan. Aku mula mencari kelibat Solehin. Fon aku dikeluarkan dari poket. Nombor Solehin di dail. Areyyy kredit takda pulak.Ketika sampai di simpang jalan, enjin kereta aku tiba-tiba meragam. Enjin kereta aku mati. Banyak kali aku cuba tetapi tak dapat dihidupkan. Aku mula sumpah seranah tentang nasib aku yang malang tanpa henti. Aku mula hilang arah. Mati akal. Aku ada dua pilihan. Pilihan pertama, aku berlari ke kedai seven E berde
Aku melihat jam di tangan. Pukul 4 pagi. Cepatnya masa berlalu. Seperti sengaja mahu segera memisahkan aku dengan dia. Aku mengajak Adila pulang ke motel. Opss kami tidur bilik asing asing hokehhh. Aku tahu aku ni nakal sikit sebab tu aku berwaspada ehekkkk. Dia bangun dengan malas. Aku tahu dia juga tidak mahu masa ini berhenti berdetik. Kami masuk ke dalam bilik masing-masing. Aku merebahkan badan aku di atas katil. Fikiran aku terasa kosong. Mata aku tak dapat lelap dengan tenang. Aku terus bangun. Buku diari aku keluarkan dari beg sandang. Aku mahu abadikan hari ini dalam tulisan aku.Pernah suatu ketika kau ada segalanya tapi kau perlu belajar untuk melepaskan. Hati ini terasa mahu menjerit tapi tidak didengari manusia yang ada. Kau sakit tapi tidak mampu untuk ceritakan sakit yang kau rasa. Begitu lah rasa kehilangan. Orang yang dulu ada depan mata tapi bakal hilang untuk selamanya. Hari esok tidak akan sama dengan hari kelmarin. Tawa ini mana mungkin
"Kau yakin ke kau boleh setia bila masuk universiti nanti?" Soal Adila."Alaa walaupun dekat sana aku dihidangkan perempuan yang lawa macam bidadari tapi hati aku tetap pilih kau. Janji.." Jawab aku yakin dengan janji yang belum pasti. Aku dengar dia ketawa."Eleh lelaki macam kau ni mulut manis. Bahaya sikit." Aku tersengih. Perempuan. Sikap syak dan ragu-ragu tidak mungkin boleh berpisah."Serius lah. Tak percaya sudah." Rajuk aku. Sengaja mahukan perhatian dari dia."Gedik ahh kau nak merajuk bagai hahaha.." Kami berdua ketawa. Masing-masing tidak berhenti berkongsi cerita.Aku tersenyum. Gambar-gambar itu aku ambil lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Aku mahu membawa kenangan ini bersama aku. Selesai memeriksa segala kelengkapan, aku berbaring di atas katil. Hari esok. Tidak sabar untuk aku tunggu.Perjalanan yang memakan masa 4 jam dari tempat asal aku ke Tanjung Malim agak memeritkan. Yelaa aku seorang manusia yan
"Ain. Panggil saja Ain." Jawabnya sebelum bayangan dia hilang. Aku memandang kertas itu. Bibir aku mengukir senyuman.Selepas selesai urusan borang-borang pendaftaran, kami beratur mengambil kunci kolej. Ada beberapa nama kolej seperti KHAR, KUO, KAB, KZ. Itu jaa aku ingat. Aku ditempatkan di kolej KHAR. Tingkat 3? Pfttttttt. Aku menaiki tangga sambil menggalas beg yang aku bawak. Aku bawak apa sial berat sangat ni. Sampai saja di tingkat 3, aku memulas tombol pintu. Ada beberapa orang sedang duduk berbual. Aku rasa mungkin ini housemate aku. Aku senyum sambil berjabat tangan. Aku masuk ke dalam bilik aku. Beg diletakkan di atas lantai. Aku join mereka lepak di ruang tamu. Sesi perkenalan. Nak duduk 3 tahun kan mesti kena kenal dengan housemate kau. Ada yang dari Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Aku oke jaa negeri mana pun. Aku tak rasis. Janji ngam dengan aku, oke jaa. Angka jam menunjukkan tepat pukul 2 petang. Aku meminta izin untuk mandi. Mahu segarkan badan dan solat. S