Home / Mystery/Thriller / OBSES (BAHASA MALAYSIA) / Chapter 61 - Chapter 70

All Chapters of OBSES (BAHASA MALAYSIA): Chapter 61 - Chapter 70

102 Chapters

(S2) BAB 26

“Berita terkini, negara kita sedang mengalami rusuhan yang tidak terkawal. Pihak kerajaan pula tidak mengambil sebarang tindakan seolah sengaja membiarkan perkara ini berlaku. Di manakah Presiden yang sepatutnya menjaga keamanan dan keselamatan  rakyat?” Seorang wartawan dari saluran Maya melaporkan berita keadaan  semasa. Jack ketawa sambil mengusap janggutnya. Syam yang duduk dari tadi  hanya mampu menunduk tidak dapat melakukan apa-apa. Tangannya diikat sambil diperhati 2 ekor anjing hitam .“Nampaknya Presiden kau sudah mula membakar api. Gara-gara dia tidak dapat menemui dalang pemegang Fail Laura, dia buat huru hara dalam negara. Baik-baik. Aku akan guna cara yang sama kalau dia masih berdegil untuk duduk di kerusi empuk tu”. Jack senyum senget. Sehingga sekarang Syam masih tidak tahu kedudukan mereka berada. Semuanya terasa asing.“Kau tahu tak, para penyokong aku habiskan berjuta ringgit untuk pastikan aku bakal naik
Read more

(S2) BAB 27

Zamarul bangun dari baring. Agak lama dia hanya berkurung dalam bilik mengasingkan diri daripada Iqbal dan Emily. Dia melihat di luar jendela. Pelik kerana keadaan di bandar seakan sunyi. Apa yang sedang berlaku? Zamarul keluar dari bilik. Dia melihat Iqbal dan Emily sedang memandang laptop."Apa yang tengah berlaku?" Soal Zamarul buntu. Iqbal memandang sebelum bangun mendekati Zamarul."Presiden buat perintah darurat. Negara kita sekarang diambil alih askar. Dia taknak kuasanya hilang". Iqbal menjawab soalan Zamarul dengan tenang. Sebenarnya ada sesuatu perkara yang mereka baru tahu. Emily berjaya mengakses beberapa fail Laura. Mereka menemui satu fail yang tak sepatutnya mereka tengok."Aku tak tahu kau cukup kuat untuk tengok ni..." Iqbal memusingkan kepala sedikit menunjuk ke arah laptop. Emily menunggu isyarat daripada Iqbal untuk membuka video itu. Satu video yang bakal membuatkan Zamarul bakal menggila. Badan Zamarul menggigil apabila memandang video yang
Read more

(S2) BAB 28

Langit mula menurunkan hujan. Keadaan negara seperti sayu walaupun mereka mempunyai pemimpin baru. Adakah benar pemimpin ini akan membawa manfaat kepada mereka? Jack menghirup udara segar pada waktu pagi. Dia keluar ke arah beranda sambil memandang suasana pada waktu pagi. Dia tersenyum.“Tuan. Semuanya seperti yang dirancang.” Seorang pemuda masuk ke dalam bilik Jack.“Bagus. Sungguh pantas.” Jack duduk di atas sebalik tembok. Dia berpaling semula ke arah luar. Mayat-mayat bergelimpangan di atas tanah. Mereka semua telah mati dibunuh malam tadi sebaik sahaja Jack mengumumkan dirinya sebagai pemerintah baru. Mereka semua telah diasingkan mengikut kategori keluarga elit dan rakyat biasa. Sekiranya status mereka dari kalangan elit atau bijaksana, mereka akan mendapat keuntungan daripada kerajaan. Namun jika sebaliknya, mereka akan dipakaikan gelang khas yang akan mengalir elektrik bagi merenjat tubuh mereka. Ini lah rancangan Jack yang mahu negara
Read more

(S2) BAB 29

Tragedi ini berlarutan sehingga 8 bulan lamanya semenjak pemerintah Jack ambil alih. Sungguh keadaan gila ini menyebabkan hanya yang terbaik dan terpilih akan selamat. Sehingga ke hari ini Iqbal, Zamarul dan Emily masih lagi mampu menyelamatkan diri mereka. Emily juga telah dilatih oleh Zamarul untuk sentiasa bersedia walau apa jua keadaan. Masing-masing tidak tahu bakal menjadi pemburu atau mangsa. Mereka perlu cekal untuk terus hidup. Populasi rakyat semakin bertambah apabila rakyat dari golongan elit akan menerima imbuhan berbentuk ganjaran wang jika melahirkan zuriat. Manakala bagi rakyat marhaen, perlu melahirkan anak secara bersembunyi jika tidak mahu anak mereka mati dibunuh. Beginilah keadaan kehidupan di Bandar Tidak Bernama selepas bertukar pemerintah. Ramai yang cuba menjatuhkan Jack namun cukup sukar kerana ideologinya cukup kuat sehingga rakyat begitu taksub dengannya. Mereka sudah tidak ambil peduli tentang Syam lagi. Hidup atau mati, biarlah hanya tuhan saja yang tahu
Read more

(S2) BAB 30

Iqbal cuba mengawal emosi. Dia risau mereka akan sedar penyamaran Iqbal. Dia berjalan ke kawasan yang lebih lapang. Hari semakin lewat malam. Namun, golongan kayangan ini masih belum puas memburu biarpun mereka sudah selesaikan tugasan. Tak hairanlah mungkin kerana mereka melakukan semua ini untuk berseronok bukan untuk kepentingan keselamatan diri mereka.Dari jauh Iqbal melihat anak kecil yang menangis kerana ibu bapanya yang sudah terbunuh. Iqbal cuba mendekati budak itu. Namun ada dua orang lelaki berjubah cuba untuk menerkam ke arah yang sama. Iqbal terus mengeluarkan kerambit lalu cuba mempertahankan diri. Tindakan Iqbal yang pasti itu tidak disedari mereka yang lain. Iqbal mendukung budak itu untuk dibawa ke tempat selamat. Dia berlari sekuat hati mengikut laluan atas bumbung. Nasib Iqbal agak malang apabila sekumpulan terlihat Iqbal. Dia memaki hamun dirinya. Iqbal cuba menghampiri rumah selamat.“Dik, pergi sembunyi dulu.” Iqbal menurunkan budak it
Read more

(S3) BAB 1

Suasana bilik yang gelap dan busuk itu menusuk ke dalam hidung. Lelaki itu cuba menahan nafas namun dia sudah sampai had yang sepatutnya. Tangannya meraba dalam keadaan terseksa kerana telah diikat dengan ketat. Dia sendiri sudah lupa hari ini hari apa kerana terlalu lama berada di sini sehingga kewarasannya kadang-kadang bisa hilang sekelip mata. Kriukkkk…perutnya berbunyi. Lapar kerana sudah lama dia tidak menjamah makanan. Dia sendiri pun sudah lupa bila kali terakhir dia makan makanan sedap. Di sini dia hanya makan roti itu pun saki baki yang sudah basi dan berkulat. Dia mengira setiap detik. Dari angka satu sehingga 120. Sudah 2 minit dia tidak mendengar bunyi itu. Bunyi yang sangat menakutkan. Dia tahu dia telah diculik oleh seseorang yang sangat kejam. Bau hanyir sekitar bilik itu sungguh meloyakan. Tak silap hari tu ada rakan baru yang masuk ke dalam bilik ini.Tapi dia sudah lupa namanya. Biarlah. Dia tidak kisah. Yang penting sekarang dia tersangat l
Read more

(S3) BAB 2

Aku bersiap awal. Aku memandang rupaku di cermin. Rambut disikat kemas. Telefon aku berbunyi. Aku mendapat panggilan daripada nombor tidak dikenali.“ Pastikan tepat jam 10 pagi, kau dah sampai sini.”Panggilan dimatikan. Aku menelan air liur. Aku bergegas keluar dari rumah. Motor EX5 hitam yang aku bayar hutang terus aku hidupkan. Asap hitam yang mungkin mampu menipiskan lapisan ozon suatu hari nanti aku biarkan. Apa lah sangat asap aku berbanding pencemaran yang orang lain lakukan. Helmet kura (sebab bentuk macam kura-kura) aku pakai perlahan-lahan kerana tidak mahu merosakkan rambut aku. Tongkat dinaikkan. Motor aku yang hidup segan mati tak mahu itu berjaya meluncur meninggalkan kediaman rumah. Aku berhenti dihadapan bangunan usang. Aku mencari kelibat si Zam. Kalau dia tak datang, mati aku.“ Yo..”Bahu aku ditepuk. Aku terkejut. Zam tersengih.“ Datang pun kau. Ingat kau
Read more

(S3) BAB 3

“ Fauzan.. Kau tak pelik ke kenapa kita boleh terlepas?”Zam menaikkan kening. Aku tak faham apa yang dia maksudkan.“ Sebab botak bawak kereta laju macam pelesit.”Jawab aku yakin. Dia mengangkat jari memberi isyarat bahawa jawapan aku salah lagi terpesong. Zam mengeluarkan kotak rokok. Sebatang rokok dikeluarkan lalu diselitkan pada bibir. Rokok dihulur pada aku tapi aku tolak. Dia menyeluk poket. Kotak mancis dikeluarkan. Agak klasik kerana dia menyalakan rokok guna mancis bukan lighter seperti kebanyakan orang sekarang. Aku menanti jawapan dari dia.“ Kalau aku jawab kau jangan tanya lagi dah. Boleh?”Zam cuba bermain tarik tali dengan aku. Soalan dibalas soalan. Aku tiada pilihan selain mengiakan saja.“ Dia tak mati.”Asap dihembus perlahan ke arah aku. Sepatutnya aku batuk kerana aku tidak gemar bau asap rokok tapi disebabkan terkejut aku hanya m
Read more

(S3) BAB 4

“ Sini boleh nampak bintang cantik cantik tau. Buat awak rasa tenang.”Dia mula tersenyum. Aku menarik tangannya. Kami mencari tempat untuk duduk. Mujur ada bangku di situ.“ Duduk lah.”Aku jemput Aina duduk. Dia tersengih.“ You selalu lepak dengan siapa kat sini? Ada perempuan lain ke?”Aina mula menguji aku. Aku pantas menggeleng.“ Huishh mana ada. Awak seorang jaa perempuan yang keluar dengan saya. Saya tak cukup hensem lah nak jadi playboy hehe.”Jujur aku.“ Owh kalau hensem nak jadi playboy lah?”Soalnya lagi.“ Mungkin.”Ringkas jawab aku. Mata Aina membulat lantas segera mencubit aku. Aku menahan sakit sambil tersengih. “ Gatal yer. Jangan main-main dengan I.”Aina memberi amaran. Aku segera meminta maaf.“ Aina. Errr kenapa awak marah ayah awak? Betul cakap ayah awak tu. D
Read more

(S3) BAB 5

Aku tersedar. Aku tak tahu berapa lama aku tidur. Aku pandang sekeliling. Aku berada dalam sebuah bilik. Aku lihat bahu aku sudah berbalut. Sakit yang aku rasa semakin kurang. Aku dah ingat yang aku kena culik. Aku bangun dari katil. Banyak patung-patung pelik dalam bilik ini. Aku sendiri tak faham. Aku keluar dari bilik mencari lelaki misteri yang culik aku. Aku sendiri pun tak tahu tujuan dia culik aku. Aku baru sedar dalam rumah ini ada banyak bilik. Aku masuk satu demi satu bilik tapi ada pintu yang terkunci.“ Ha bangun pun kau.”Tegur seseorang dari belakang. Aku terkejut melihat rupa dia dengan jelas. Dia sedang duduk menghadap laptop. Aku mendekatinya.“ Siot. Kau perempuan ke sebenarnya?”Ayat yang keluar dari mulut aku selepas melihat dia.“ Bodoh. Kau kena kidnap dengan abang aku. Apa faedah aku nak culik kau.”Jawabnya. Dia sambung mengunyah coklat sambil menaip keyboard
Read more
PREV
1
...
56789
...
11
DMCA.com Protection Status